MY PRETTY BOY - 47
APA status terbaru Azmeer bertanya kepada jururawat ya ng seda n g mencatatkan sesuatu di atas kertas. Dia yang ditugaskan di Zon Hijau terpaksa selesaikan kes lelaki yang tiba-tiba rebah di lantai lobi pagi tadi. Itu pun secara kebetulan lalu di TED, seorang doktor di ER Resus memintanya gantikan sementara yang sepatutnya kes itu dikendalikan oleh Rudy Armani.

Sementara waktu Sudah seharian dia berada di TED, bayang doktor yang ditunggu masih tak kelihatan. Mujurlah ada Rudy Armani atau nama ringkasnya Rudy mengambil alih tugasnya di sana.

Jantungnya terhenti sekali lagi, Dr. Azmeer. Kami guna defibrilator dan Alhamdulilah, jantung pesakit tadi berdenyut semula seperti biasa. Cuma kita perlu pantau sehari lagi untuk ketahui tindak balasnya pada adrenalin, terang Maya melaporkan secara terperinci prosedur yang telah dilakukan olehnya.

Azmeer mengangguk faham. Dia berkalih wajah semula ke arah pesakit yang terbujur di atas katil yang lena tidur. Dia pula yang seharian berkejaran di TED masih belum berkesempatan untuk lelapkan mata.

Meer, apa status terbaru Tanya Rudy Armani dalam keadaan tercungap-cungap dek tak sabar sampai ke sini untuk mengetahui perkembangan pesakit yang rebah tadi.

Aku rasa ada seseorang buat CPR kat pakcik tu sebab ada kesan gincu kat mulut dia. Kau tau tak, siapa Ligat tangan Azmeer menyelimut lelaki tadi hingga paras dada.

Sekilas Rudy Armani teringat pada gadis yang memerhatikan pasukan ER kelam kelibut selamatkan pesakit tadi.

Takkan dia kut Tak nampak macam doktor pun, macam budak lepasan SPM aje Rudy Armani mengomel sendiri namun masih dapat didengari oleh Azmeer yang berdiri di sebelah.

Kau cerita apa Budak lepasan SPM Azmeer menoleh ke arah Rudy Armani yang sedang berdiri mencekak pinggang.

Tangan sebelah lagi memegang rekod perubatan lelaki itu. Selepas membaca sekali imbas, diletak semula ke tempat asal.

Kau bagi adrenalin Rudy Armani bertanya kerana terbaca catitan di dalam rekod tadi.

Harap-harap ada perkembangan positif esok. Kau kata tadi, ada budak sekolah yang selamatkan pakcik ni

Nampak macam budak sekolah tapi kata-kata Rudy Armani terhenti bila terpandang ke arah gadis yang sedang meninjau-ninjau di dalam ER Resus. Mungkin tercari-cari pesakit yang diselamatkan pagi tadi.

Hi, kiut ta! You cari pesakit tadi ke tegur Rudy Armani. Anak matanya tak beralih langsung dari menatap sebujur wajah Qamra Ain. Ayu bertudung gaya Hana Tajima.

Ya, macam mana keadaan pakcik tu sekarang

Sebelum tu, you ni siapa Saudara mara dia ke atau anak Atau pun jiran sebelah pintu atau pun ehem, ehem isteri muda dia bertalu-talu Rudy Armani melontar soalan.

Seperti biasa, dia pantang melihat gadis yang cun melecun berdahi licin. Takkan dilepaskan peluang untuk mengurat walaupun hanya sekadar suka-suka.

Isteri muda Dia ingat pakcik tu sugar daddy aku ke Agak-agaklah sikit kalau nak test market pun!

Tak. Kebetulan aje dia rebah kat depan saya tadi. Sementara tunggu pasukan ER sampai, denyutan jantungnya tiba-tiba terhenti. So, saya ada buat CPR,

Jadi, you yang tinggalkan kesan gincu kat mulut pakcik tu Haish! Keluh Rudy Armani. Kan bagus kau buat CPR kat aku aje tadi! Aduhai, kenapa bukan aku yang rebah kat lobi pagi tadi erk Dapat CPR free!

Kenapa Ada sesuatu yang berlaku ke

Dia

Hes in stable condition. Dont worry. Saya Dr. Ameer, doktor yang uruskan kes pakcik yang you selamatkan tadi. On behalf of ER team, thank you very much for your help. Azmeer datang menyampuk perbualan mereka.

Rudy Armani mengigit bibir. Baru saja hendak mengayat, pantas sungguh Azmeer mencelah. Qamra Ain pula, terasa lega sedikit setelah mendengar berita baik tentang pakcik tadi.

Setiap kali aku nak jual cinta, selalu aje kau kacau daun, marah Rudy Armani perlahan namun disahut dengan deraian ketawa oleh mereka berdua.

Jual cinta konon! Nak jual sangat, pergi jual kat ZALORA sana! Sindir Azmeer dan kemudian menarik Rudy Armani ke belakang bagi memberi ruang gilirannya pula untuk berbicara dengan gadis itu.

You jangan risau, pakcik tu stabil dan kami berdua yang kendalikan kes dia.

Syukurlah pakcik tu selamat. Kalau tak ada apaapa, saya balik dulu.

Takkan cepat sangat Baru nak kenal, kata Rudy Armani dari belakang Azmeer.

Sengaja dia menghalang kaki Rudy Armani dari melangkah ke depan. Qamra Ain tersenyum. Terhibur seketika rasa hati bila melihat gelagat kedua-dua doktor kacak yang berebut-rebut mahu berbual dengannya.

Mungkin satu hari nanti, tapi bukan hari ini. Saya harus pergi, pinta Qamra Ain dan kemudian berlalu pergi sambil diperhatikan oleh mereka berdua di muka pintu.

Siapa dia tu hah Aku dapat cium baru aura yang dia bakal doktor pelatih THSC, teka Rudy Armani yang bersandar di muka pintu sambil menyilang tangan rapat ke dada.

Mulutnya juga sesekali diherot kiri kanan. Azmeer juga terasa begitu.

Aku tau siapa yang boleh jawab soalan kau.

Siapa

Kau ikut aku. eh... kejap Maya, pantau perkembangan pesakit di katil hujung sana. Lepas tu maklumkan pada saya.

Baiklah, Dr. Azmeer, jawab Maya mengangguk faham.

Mereka berdua berjalan beriringi keluar dari TED untuk pergi berjumpa seseorang yang boleh memberi jawapan di setiap soalan mereka tadi.

T

EMUDUGA dengan si kekwat tu soal Rudy Armani dan Azmeer serentak seperti tak percaya apa yang diceritakan oleh Adura

pada mereka.

Ya, Dr. Azmeer. Saya sendiri baca surat dia. Baru kejap tadi dia bagitau saya yang dia gagal temuduga hari ni. Kesiankan Dahlah susah payah selamatkan pakcik tadi. Siap buat CPR lagi. Kalau tak, entahlah

Jadi, memang betullah dia buat CPR. Aku ingatkan kau reka cerita pasal gincu kat mulut pakcik tu kata Rudy Armani sambil menompang dagu dengan keduadua tangan di hadapan Adura.

Suka benar bila dapat berbuat begitu jika ada peluang dari asyik duduk mengadap pesakit seharian. Sesekali mahu juga bermain mata dengan barisan receptionist yang ganteng-gedik di THSC ini.

Gila kau! Kes kritikal macam tu kau fikir mainmain! Think positive, Dr. Rudy! Tak semena-mena Azmeer meluku di tengah kepala Rudy Armani membuatkan lelaki itu terjerit kecil.

Sakitlah mengong! marah Rudy Armani mengosok-gosok kepala yang terasa sakit.

Adura tersenyum sendiri melihat gelagat keduadua doktor muda yang suka menyakat sesama sendiri. Hendak dikira pada pengalaman, Azmeer sudah lebih 9 tahun berkhidmat di THSC dan berjaya melengkapkan posting dalam tempoh itu. Rudy Armani pula baru 4 tahun. Itupun hanya tinggal setahun dua lagi untuk lengkapkan posting. Dalam sebulan hanya dua, tiga kali mereka dapat meluangkan masa sebegini. Selebihnya, mereka sibuk berada di dalam ER atau pun duduk mengadap Tunku Raffzul yang juga ketua DMD di tingkat 2 jika ada special case atau pun kes yang melibatkan klien VIP.

Ada kecemasan, ambulans sedang menuju ke THSC. Diminta pasukan Resus bersedia di pintu lobi utama bergema suara yang keluar dari setiap corong di setiap penjuru lobi.

Rudy Armani dan Azmeer melepaskan keluhan. Baru saja mereka mahu mengorek cerita tentang gadis misteri tadi, diterjah pula dengan kes baru.

Aduhai, aku baru nak tarik nafas panjang keluh Rudy Armani sambil membetulkan kedudukan kolar kot putih.

Rambutnya pula disikat ke belakang. Kalau orang lain bersusah payah membawa sikat, tak pada dia yang hanya mengunakan hujung jari.

Kes apa Soal Rudy Armani kebetulan seorang jururawat yang keluar dari TED melintasi mereka berdua.

Kes langgar lari! Jawabnya sambil berlari menuju ke arah pintu lobi utama.

Azmeer juga turut berlari mengekori jururawat tadi menuju ke arah yang sama. Dalam kelam kelibut, sempat Rudy Armani menghadiahkan kenyitan nakal ke arah Adura serta mengekori Azmeer berlari dari belakang.