FIZIK-LAH! - 47
Di sini kami ingin sentuh satu lagi fenomena aneh yang diramalkan oleh relativiti khas iaitu pelambatan masa (time dilation). Masa dilengahkan adalah satu lagi fenomena yang terdapat dalam teori Einstein. Kami tak nak cerita terperinci pasal hal ini tapi kami nak buktikan ia memang berlaku dalam dunia realiti.

Jadi bagaimana Pertama kami dah sebut teori Einstein adalah teori pasal objek yang bergerak sepantas cahaya. Jadi, sebarang subjek yang mahu kita gunakan untuk menguji teori tersebut, mestilah memenuhi kriteria penting dalam teori ini iaitu bergerak menghampiri kelajuan cahaya.

Untuk menjadikan eksperimen ini mempunyai kredibiliti tambahan, kita bukan saja kena cari objek yang boleh bergerak sepantas cahaya tetapi juga nyawanya mestilah pendek. Kenapa nak cari subjek yang nyawanya pendek

Sebabnya, kita ingin melihat kesan kelajuan subjek tersebut terhadap nyawanya. Adakah ia benar-benar mematuhi apa yang diramalkan Einstein Adakah betul nyawa memang boleh dilengahkan apabila objek tersebut bergerak sepantas cahaya Ini yang kita nak uji dan tengok sekarang.

Sebenarnya objek macam itu memang ada iaitu zarah muon. Kewujudan muon membolehkan saintis menguji teori Albert Einstein. Syukur, contoh ada depan mata.

Muon adalah sejenis zarah yang mampu bergerak menghampiri kelajuan cahaya malah hayatnya juga sangat pendek. Ini membuatkan muon adalah calon yang sangat ideal kepada ujian kita.

Sebuah fasiliti bernama Alternating Gradient

Synchrotron (AGS) yang terletak di Brookhaven National Laborotary, New York adalah sebuah kemudahan yang digunakan bagi menguji benda ini.

Di penghujung tahun 1990M, saintis di Brookhaven telah menghasilkan zarah-zarah muon yang bergerak dengan 99.94% kelajuan cahaya. Dengan hayatnya yang hidup hanya 2.2 mikro saat, muon sepatutnya mampu membuat 15 kali pusingan saja dalam laluan zarah Brookhaven.

Tapi bukan itu yang terjadi. Sebaliknya muon mampu membuat 400 kali pusingan! Ini juga bermaksud hayatnya dari 2.2 mikro saat telah berganda menjadi 60 mikro saat iaitu peningkatan sebanyak 29 kali ganda!

Ini menunjukkan, sejak pertama kali diteorikan pada tahun 1905M, teori Einstein dah berjaya dibuktikan pada tahun 1990M, iaitu 85 tahun selepas itu. Kita sekarang mesti akui, masa boleh diregangkan.

Cerita muon belum habis lagi.

Selain dari kisah muon yang diuji di Brookhaven, hayat muon yang menjadi panjang boleh diperhatikan di alam sekeliling. Muon adalah zarah yang terhasil akibat sinaran kosmik melanggar permukaan atmosfera bumi pada kedudukan 15 km hingga 10 km dari daratan.

Pelanggaran pertama biasanya menghasilkan sejenis zarah bernama pion dan kemudian barulah pion menyusust (decay) dan menjadi muon. Seperti yang disebutkan hayat muon hanyalah selama 2.2 mikro saat.

Ini bermakna, dengan menggunakan formula formula fizik tingkatan empat,

Jarak ( distance ) = kelajuan ( speed ) masa ( time )

Maka jarak yang dapat muon pergi sepatutnya ialah.

Ini bermaksud muon takkan sempat pun untuk tiba ke permukaan bumi. Akan tetapi, terdapat banyak muon yang telah berjaya sampai ke permukaan bumi.

Kenapa ya Jawapannya pada pelambatan masa tadi.