Tengku Amar memangku Aliff di ribanya.Aliff, ini ayah nak. Dengar cakap ayah, kamu kena kuat. Kamu kena lawan sakit tu Aliff. Pujuk Tengku Amar. Dia menjeling ke arah isterinya Tengku Saida yang sudah mengalirkan airmata.
Di luar pintu bilik, Najla berperang dengan perasaan sendiri. Dia ingin menjenguk masuk namun tidak sampai hati melihat keadaan Aliff. Setiap kali lelaki itu terkena serangan, dia hanya mampu menanti di luar. Menunggu dan berharap semoga Alif tidak apa-apa.
DIA melayang-layang sebentar sebelum terhempas ke dalam air. Tubuhnya tenggelam ke dasar. Dia cuba menahan nafas, tapi air semakin banyak masuk memenuhi paru-parunya. Nafasnya tersekat-sekat kelemasan. Matanya juga pedih dan berpinar-pinar. Dia hanya mampu memandang ke atas permukaan air dengan pandangan kosong.
Tiba-tiba dia terpandang satu kelibat tubuh terjun dari permukaan air lalu berenang ke arahnya. Rambut lembaga menyerupai perempuan itu panjang sehingga ke pinggang dan hampir menutup wajah.
Dia memandang lembaga yang baru muncul itu dengan pandangan kabur. Badannya semakin lemah. Otaknya pula diselubungi kelabu. Kosong dan kelam. Namun lembaga perempuan itu terus berenang ke arahnya.
Aliff. Panggil lembaga itu sayup-sayup kedengaran. Dia ingin menyahut, namun suaranya seolah-olah tersekat di kerongkong. Kelopak matanya hampir tertutup. Imej perempuan itu semakin kabur dalam pandangan.
Aliff!! Suara lembut menggoda itu bertukar keras. Tiba-tiba sahaja tubuhnya digoncang agak kuat. Satu kekuatan dan kesedaran mula menyergah setiap rongga tubuhnya.
Aliff tersentak. Udara panas menyerbu ke dadanya membangkitkan bahang. Dia membuka mata seluas-luasnya. Sejurus melihat beberapa wajah mengadap ke arahnya, dia terpinga-pinga. Wajah ayah dan ibunya ditatap silih berganti.
Kamu tak apa-apa Aliff Suara itu bertanya dengan nada risau. Namun dia tidak menyahut. Dia masih bingung sebenarnya.
Tengku Amar duduk di birai katil. Bahu anak muda itu ditepuk perlahan.
Kamu mimpi lagi Soal Tengku Amar bagaikan tahu apa yang sedang dialami anak muda itu.
Aliff sekadar mengangguk. Dia langsung tidak berupaya untuk menafikannya. Mimpi ini bukan yang pertama kali, dan pasti juga bukan yang terakhir.
Aliff masih ambil ubat yang Doktor Hisyam beri tempohari Tanya Tengku Saida pula sambil mengusap kepalanya. Gerak geri wanita itu penuh dengan perhatian dan kasih sayang.
Ada ma. Aliff selalu makan ubat tu.
Tengku Amar mengangguk. Baguslah, ubat tu kena dimakan hari-hari. Kalau habis, call saja Doktor Hisyam. Dia akan berikan preskripsi baru.
******
Dia tidak menjawab. Wajah ayahnya ditenung agak lama. Ada sesuatu yang mahu disuarakannya, namun entah kenapa sehingga sekarang dia tetap menyimpan perkara itu di sudut hati. Tapi sampai bila dia harus begini Sampai bila dia harus cuba bertahan pada sesuatu yang membangkitkan rasa ingin tahu dalam dirinya
Ayah, Doktor Hisyam Filman yang tiba-tiba muncul di muka pintu, tergaman melihat Aliff yang mulai sedar.
Kenapa dengan Doktor Hisyam, Fil Tanya Tengku Saida.
Err..Doktor Hisyam ada kat Penang sekarang ni. Dia ada seminar, tapi dia akan minta kawan dia datang. Beritahu Filman.
Abang, cakap kat Doktor Hisyam, tak payahlah suruh kawan dia datang. Lagipun Aliff dah tak ada apa-apa. Lepas rehat sekejap, Aliff okey la. Pinta Aliff.
Tak apalah, sekurang-kurangnya dia boleh tengok-tengokkan keadaan Aliff ni. Ma risaulah Aliff, dah lama Aliff tak kena macam ni. Alih-alih malam ni, jadi semula. Keluh Tengku Saida dengan hati gusar.
Sejak bila Aliff dapat semula serangan macam ni Soal Tengku Amar pula ingin tahu. Wajah anak muda itu ditatap tajam.
Aliff memandang lelaki itu. Bibirnya bergerak-gerak, namun setiap saat berlalu dengan kebisuan. Dia memandang pula ke arah Tengku Saida dan Filman yang turut memandangnya. Dan ternyata Aliff mengalah kali ini. Mungkin lebih baik jika dia berterus terang sahaja dengan semua orang.
Maafkan Aliff ayah. Aliff hampakan ayah. Aliff hampakan semua orang. Dia memandang Tengku Amar dengan wajah sedih. Perasaan bersalah terlalu kuat menghantuinya.
Maksud kamu Tengku Amar terpinga-pinga tidak mengerti.
Aliff kelihatan sukar mahu menjelaskan dengan kata-kata Lagi-lagi dia mengerti harapan lelaki itu menggunung tinggi terhadapnya.
Aliff tipu ayah bila Aliff kata Aliff dapat cuti semester lebih awal dari pihak universiti. Sebenarnya bukan begitu, ayah. Aliff bukan dapat cuti tapi Aliff minta tangguh pengajian. Beritahu Aliff.
Tengku Amar tersentak. Kata-kata anak muda itu membangkitkan gelodak resah di fikirannya. Dahinya serta-merta berkerut. Air mukanya berubah serius.
Tapi kenapa Bukankah pengajian Aliff cuma tinggal setahun saja lagi Soalnya ingin tahu.
Aliff tahu ayah. Tapi Aliff tak boleh tumpukan perhatian Aliff pada pelajaran kat sana. Serangan yang Aliff alami ni, sebenarnya berlaku lebih kerap sejak setahun yang lalu. Dulu ia mampu bertahan dengan adanya ubat dari Doktor Hisyam. Tapi sekarang ubat-ubat itu sudah tidak ada gunanya lagi ayah. Kepala Aliff ni sakit bagaikan nak pecah. Keluh Aliff.
bersambung
Bab akan datang:
Sampai bilakah Aliff mampu bertahan Bolehkah penyakit Aliff sembuh