FIQA! Cepat!
Sergahan Cikgu Salmi yang datang menerpa ke biliknya secara mengejut itu, mengejutkan Afiqa yang sedang ralit menyemak kertas kerja yang baru disiapkan tadi. Wajah gadis itu cemas sambil laju langkahnya mendekati Afiqa. Dahi Afiqa berkerut.
Kenapa ni Afiqa turut terkesan dengan riak wajah cemas rakan sekerjanya itu.
Semua wartawan ada dekat bawah. Baik Fiqa pergi
dari sini dulu.
Afiqa terkejut. Wartawan Datang menyerbunya Kenapa
Patutlah sedari dia berjalan menuju ke sekolah pagi tadi, dapat dia rasakan yang dirinya sedang diperhatikan.
Tetapi, perasaan itu diabaikannya sahaja. Tidak sangka pula akan jadi begini.
Tapi, kenapa diorang semua datang sini, cikgu soal Afiqa bingung.
Apa yang penting Fiqa kena pergi dulu dari sini. Cepat!
Afiqa turut cemas dengan gasakan Salmi yang tanpa henti. Penuh kalut dia menyiapkan dirinya. Barangbarangnya dicapai begitu sahaja. Salmi sebenarnya antara rakan sekerja yang paling rapat dengannya di sini. Malah, wanita itu mengetahui bahawa suaminya adalah pelakon terkenal.
Salmi sudah bersiap sedia di hadapan pintu bilik Afiqa, sedang memerhatikan jika ada sebarang petanda wartawan datang menyerang ke sini. Setelah dia memastikan line clear, pantas tangannya melambai-lambai kepada Afiqa supaya rakannya itu bergegas keluar sebelum mereka dikesan.
Salmi membawa Afiqa menyulusuri jalan anak tangga yang satu lagi, di mana yang agak jarang digunakan oleh orang ramai kerana tangga itu jauh dari koridor mereka. Afiqa hanya mengikuti sahaja jejak langkah Salmi dari belakang. Wajah cemasnya cuba diselindungkan.
Hatinya yang berdetak kencang, dikawal agar tidak terlalu kalut dan gelisah. Laju kaki Salmi melangkah sehingga memaksa Afiqa untuk berlari anak demi mengejar langkah wanita itu. Peluh renik yang terpancar di dahi dilap dengan telapak tangan. Nafas panjang ditarik mencari oksigen untuk tubuhnya. Sesak nafas dirasakannya dengan nafasnya yang turun naik ini.
Sebaik sahaja kaki Afiqa mencecah lantai tingkat satu, anak matanya tertangkap akan berbelas orang wartawan yang bertandang di sekolahnya. Langkah kaki Afiqa terhenti sendiri. Matanya hampir terbuntang apabila terpandangkan beberapa orang lagi cikgu yang rapat dengannya sedang mengawal keadaan menghalang para wartawan itu daripada terus menyerbu mencarinya.
Diharap semua dapat bersabar. Tolong jangan buat kecoh di sini. Ini sekolah. Tolong hormatkan anak-anak pelajar yang mahu menimba ilmu di situ, tempik salah seorang guru apabila keadaan yang bingit seperti itu memaksanya menggunakan seluruh tenaga suaranya.
Fiqa! Cepat! Seruan Salmi dengan nada suara yang tertahan, mengejutkan Afiqa.
Afiqa mengangguk. Kakinya laju mengejar kedudukan Salmi. Namun, Afiqa tidak betah lagi dengan persoalan yang banyak bermain di dalam mindanya ketika ini. Kejutan itu sungguh membuatnya semakin keliru. Lalu, langkahnya dihentikan automatik. Salmi yang perasan hanya langkahnya kedengaran pantas berpusing ke belakang, menghadap Afiqa. Gadis itu kelihatan bingung dengan apa yang terjadi.
Boleh tolong jelaskan tak Fiqa macam orang gila.
Ada apa semua ni
Sekarang, cikgu! Please...
Tiada guna baginya jika mereka asyik berlari.
Sekurang-kurangnya dia perlu bersedia. Mana tahu nanti dia terserempak juga dengan mana-mana wartawan, akan susah pula kerana dia belum bersedia apa-apa. Airish dan Dhia Anna dah putus tunang.
Mata Afiqa terbuntang.
Mereka semua datang nak dengar penjelasan
daripada isteri Airish sendiri.
Afiqa bagaikan hilang punca. Lemah lututnya terasa ingin berdiri.
Airish sebenarnya dah lama putuskan pertunangan tu. Sebelum dia datang pada Fiqa lagi. Tapi, berita ni baru tersebar. Dhia sendiri yang beri kenyataan. Sebab tu baru sekarang diorang datang.
Afiqa terdiam. Mulutnya terkunci rapat. Kini, akalnya terimbau kembali bagaimana Airish datang semasa hujan lebat itu.
Shooting di Terengganu Adakah semuanya dusta Afiqa kehilangan kata-kata. Lidahnya kelu ingin bersuara. Teringatkan akan tindakan Airish begini membuatkan dadanya diasak dengan debaran yang menggila. Jadi, adakah papa lelaki itu tahu tentang Airish yang sudah tinggal bersamanya
Lalu, tidak semena-menanya ugutan Datuk Tengku Syahir terimbau kembali dalam mindanya. Tubuh Afiqa mengigil tanpa dipinta. Ugutan itu berbekas kembali dalam jiwanya. Dadanya berdebar-debar. Fikirannya sudah melayang entah ke mana.
Itu dia!
Kelibat mereka dikesan oleh salah seorang wartawan di situ. Lantas, suasana bertukar riuh. Berpusu-pusu wartawan berlarian di koridor, ingin mendapatkan Afiqa. Afiqa cemas. Akalnya tidak boleh berinteraksi dengan hatinya sendiri sekaligus membuatkan suaranya tersekat di kerongkong.
Tanpa sempat mereka membuka langkah terlebih dahulu, mereka sudahpun dikepung oleh para wartawan di situ. Wartawan sekarang sudah mengelilingi mereka membentuk sebuah bulatan. Afiqa mati akal. Tanpa disedarinya, tangannya direntap tiba-tiba. Fikirnya itu adalah Salmi tetapi sangkaannya meleset apabila Airish muncul, mengengam erat tangan Afiqa.
Bawak Fiqa pergi dari sini. Let me handle this, arah Salmi.
Luas tangan Salmi bersama beberapa orang guru lagi menghadang para wartawan tersebut daripada melepasi laluan yang telah dibuat khas untuk Airish dan Afiqa.
Sal, thank you! ucap Airish sebelum membawa
Afiqa jauh dari situ.
Afiqa menurut sahaja ke mana jejak langkah Airish. Telinganya masih lagi dapat mendengar dengan jelas soalan demi soalan ditujukan buat mereka berdua.
Airish, sila bagi penjelasan!
Afiqa! Tolong beri penjelasan kenapa pertunangan
Airish dan Dhia terputus begitu sahaja. Apa sebabnya
Afiqa! Tolong beri penjelasan kenapa awak tiada semasa pengumuman majlis pertunangan Airish dan
Dhia
Afiqa! Sila beri penjelasan.
Bertubi-tubi soalan itu diutarakan oleh para wartawan buat mereka berdua. Airish tidak mempedulikan jeritan mereka sebaliknya langkahnya diteruskan tanpa sekali pun berpaling ke belakang. Langkah Airish laju sahaja membawa Afiqa menyusur keluar dari perkarangan sekolah.
Mereka terus mendapatkan motosikal yang terdampar tidak jauh dari mereka. Airish memecut laju kemudiannya membelah jalan raya membawa Afiqa jauh dari pandangan para wartawan itu.
Sementara itu, pecutan motosikal Airish diperhatikan tajam oleh seseorang dari kejauhan. Matanya membulat tajam bersama perasaan dendam yang berkumandang kuat dalam hatinya. Tangannya saling mengengam erat sesama sendiri.
Airish!
Bibirnya dan giginya saling diketap. Kaca matanya dikemaskan posisinya. Cermin tingkap keretanya dinaikkan tinggi, dengan hati yang membengkak. Dalam hatinya sudah terpahat azam kemas di dada.
Aku akan pastikannya, Airish. Sama ada aku atau dia yang akan mati!
SEJURUS sahaja motorsikal Airish tepat berhenti di halaman rumah mereka, terus Afiqa turun. Melangkah laju mahu masuk ke dalam rumah. Rentapan tangan Airish memusnahkan segala rentak langkahnya tadi. Afiqa merenung Airish tajam.
Kenapa kau tak jawab panggilan aku Airish bersuara.
Afiqa mengeluh sejenak.
Kenapa awak putuskan pertunangan tu
Sebab aku tak suka!
Awak dah gila Awak sedar tak apa yang awak buat ni suara Afiqa sedikit meninggi.
Sebab aku sedarlah, aku buat ni semua.
Afiqa menghembuskan nafasnya. Nafas yang hangat ditarik dan dihembusnya sehinggalah dirinya kembali tenang.
Baliklah.
Airish kaget dengan permintaan Afiqa itu. Apa
Awak sedar tak apa yang awak buat ni Kalau papa awak tahu pasal ni, hidup awak dan saya akan musnah. Jadi, boleh tak awak balik dan perbaiki segala-galanya
Aku tak nak! tegas Airish menuturkannya.
Apa
Aku sukakan kau. Jadi, macam mana aku nak bertunang dengan orang yang aku tak suka
Afiqa tergamam di situ. Saat mendengarkan katakata Airish itu, terasa putaran waktu yang berlalu bagaikan terhenti. Telinganya tidak percaya dengan apa yang didengarinya tadi.
Lupakan saja. Anggap semua ini sekadar mainan perasaan awak saja.
Dalam terpaksa Afiqa bertutur. Hatinya jelas gembira dengan luahan perasaan daripada lelaki itu. Namun, apakan daya. Dia lebih takut dengan ujian yang bakal mendatang. Dia tidak mahu Airish ditimpa musibah hanya disebabkan dirinya. Cukuplah dengan apa yang dilalui lelaki itu. Ugutan Datuk Tengku Syahir kembali bermain di mindanya.
Kau tak faham ke. Memang saya tak faham!
Airish mengetap bibirnya.
Aku sayangkan kau! Aku cintakan kau! Hati aku tak boleh terima orang lain. Hanya kau yang aku nak. Bahagian mana lagi yang kau tak faham
Afiqa sekali lagi terpegun di situ. Matanya dipejam seketika.
Dunia kita berbeza. Kalau papa awak tahu yang kita tinggal bersama, tak mustahil hidup awak dan saya akan musnah.
Sejak kecil lagi memang hidup aku dah musnah.
Hidup aku macam ikan emas yang dikurung dalam akuarium. Setiap saat, aku terseksa. Ada ayah atau tak, sama aje bagi aku. Sekarang, kau rasa kita masih berbeza
Afiqa terus tertunduk.
Apa yang kau risaukan sangat Papa dah lama tahu tentang semua ni. Aku dah tinggalkan semuanya yang aku ada untuk bersama kau. Sekarang kau ada aku. Kau masih takutkan papa
Papa awak ugut saya macam-macam. Saya tak sanggup tengok awak derita lagi. Kehilangan mak dan ayah sangat sakit untuk ditempuhi, luah Afiqa akhirnya bersama titisan air mata kasihnya kepada sang suami.
You just lean on me. Pegang tangan aku bila kau ketakutan, sama macam apa yang kau dah buat dulu. Aku akan ada dengan kau sentiasa. Sekarang dan selamanya.
Makin lebat air mata Afiqa mengalir. Airish mendekat. Wajah Afiqa ditenung dengan pandangan penuh kasih. Perlahan-lahan kedua-dua belah tapak tangannya naik menyentuh pipi Afiqa. Air mata gadis itu diseka sebelum tangannya mengusap wajah gadis itu.
Baru aku sedar aku banyak buat kau menangis. Aku mintak maaf, Fiqa.
Esakan Afiqa mula kedengaran bersama tangisannya yang tersekat-sekat. Kepala gadis itu menggeleng-geleng. Bibir bawahnya digigit.
Dalam dunia ni, aku hanya ada kau sahaja. Aku dah tinggalkan semua yang aku ada demi kau. Jangan buat aku jadi gila, Fiqa. Berhenti berlari daripada aku, dan kembali pada aku macam dulu. Tolong.
Afiqa terus memeluk Airish erat. Menyembamkan mukanya ke dasar dada Airish sambil kepalanya mengangguk dalam pelukan itu. Airish memejamkan matanya. Pelukan Afiqa turut dibalas. Tanpa sedar, air mata lelakinya tumpah juga.
Setelah agak lama mereka berkeadaan begitu, pelukan mereka akhirnya dileraikan oleh Afiqa. Airish tersenyum manis. Tangan mereka berada dalam gengaman erat masing-masing. Afiqa tertunduk malu. Segan apabila ditenung Airish begitu. Renungan redup Airish sungguh menggetarkan naluri kewanitaannya.
Untuk aku pegang tangan ni, memakan masa hampir tiga bulan, Fiqa. Waktu aku baru sedar betapa berharganya kau pada aku. Aku sayangkan kau.
Wajah Afiqa memerah sudah. Tidak mampu menyorokkan lagi wajahnya di mana-mana. Airish tersenyum geli hati memandang gelagat Afiqa ketika itu.
Aku cintakan kau.
Begitu lembut suara itu menerombos di segenap halwa telinga Afiqa. Afiqa menjadi tidak keruan pula. Senyuman Airish yang kelihatan amat menggoda di matanya membuatnya bagai hilang arah. Afiqa ingin melarikan diri tapi Airish memeluk pula tubuh Afiqa dari belakang.
Apa ni Orang tengoklah! Afiqa mencuba mencipta alasan di sebalik rasa malunya itu.
Kenapa Biarkanlah. Kalau dah malu macam ni, macam mana nak masuk TV nanti
Afiqa mengangkatkan sedikit mukanya memandang Airish.
Muka saya layak masuk TV ke
Airish gelak kecil.
Mestilah. Dah nama pun isteri Tengku Airish Shah. Memanglah layak.
Afiqa tersenyum sahaja dengan gurau senda suaminya.
Rancangan apa
Airish berfikir sejenak. Romantika.
Ucapnya penuh sesual dengan sengaja bibirnya didekatkan jaraknya ke arah telinga Afiqa. Afiqa mengelak kerana kegelian namun Airish tidak mempedulikannya sebaliknya wajahnya didekatkan terus pada pipi Afiqa. Fiqa.
Hurm Afiqa tidak mengangkat wajahnya. Pandangannya hanya diluruskan ke hadapan sahaja. Sukar untunya memandang wajah suaminya dengan Airish yang memeluknya dari belakang itu. I love you!
Afiqa tersenyum lebar.
Lagi Afiqa sudah nakal semacam. Menggedik pulak.
Lebih-lebih pulak. Orang bagi kaki nak paha.
Dua-dua tak nak. Nak hati abang.
Wow! Lagi melebar senyuman Airish mendengar panggilan abang yang digunakan Afiqa buatnya. Afiqa pula sudah berdebar menanti reaksi Airish dengan percubaan berani mati itu.
Alahai, sayang. So sweet.
Pipi Afiqa dicium Airish penuh kasih. Hampir tersedak Afiqa dibuatnya. Lemah lutut aku macam ni. Belum pernah dia menerima kucupan daripada seorang lelaki. Tak tahulah pula rasanya sungguh indah. Kalau macam ni, kena gaya cium setiap hari pun boleh ni. Nakal betul pemikiran Afiqa itu. Otak pink betul.
Eh, siapa yang datang tu lurus telunjuk Afiqa pada sebuah kereta yang memasuki ruangan halaman rumah mereka.
Airish merengus kecil. Siapa pula yang menyibuk di kala ini Baru sahaja babak romantik nak bermula, sudah ada yang menyibuk.
Honda Prelude yang berhenti di hadapan rumah mereka dijeling Airish sahaja. Persoalannya sudah terjawab. Mahu apa Aidil datang ke sini Tapi, macam mana pula dia tahu dirinya ada di sini Persoalan yang timbul dalam benak Airish terjawab sudah apabila matanya memandang pada kelibat tubuh yang muncul dari sebalik kenderaan itu.
Katrina.
SUASANA di meja makan berlangsung dengan hangat. Masing-masing rancak bercerita tentang itu dan ini sambil menikmati juadah. Tak habis-habis Katrina memuji dan membahan Afiqa dalam masa yang sama dek tragedi masakan Afiqa yang pernah menyebabkan Airish diserang keracunan makanan.
Masing-masing tak sangka yang masakan Afiqa sudah jauh lebih hebat sekarang.
Itu dulu ye! Tolong sikit, Fiqa yang dulu bukan yang sekarang!
Ketawa lagi.
Tapi betullah tak sangka Fiqa boleh masak gulai nangka sesedap ni! Fuh!
Bersinar mata Katrina mendengar pujian Aidil pada Afiqa. Amboi, bukan main puji masakan isteri orang ye
I pun bolehlah masak gulai nangka ni!
Nak tunggu you masak masakan kampung macam ni, alamatnya mati kempunan la I!
Jemari Katrina pantas singgah di paha Aidil. Aidil mengaduh sedikit menerima perit bak sepitan ketam itu.
Adoi la nasib badan. Hari-hari pekena ketam bercili!
Pecah lagi tawa antara mereka. Sungguh mereka tidak menyangka mereka dapat berkumpul bersama dan berkongsi cerita, gelak tawa begini. Sungguh seronok rasanya.
Namun, bagaimanapun tawa mereka menjadi bisu tatkala bunyi deringan telefon Aidil yang secara tibatiba itu. Aidil mengerutkan keningnya memandang pada nombor yang tidak dikenalinya. Tapi, tidaklah pula panggilan itu ditamatkan sebaliknya punat hijau ditekan, sebelum huluran salam dihulurkan.
Lebih kurang lima minit berlalu, akhirnya talian tersebut dimatikan. Wajah Aidil jelas ada riak perubahan sedikit.
Siapa yang call Airish bertanya terus. Pelik melihat reaksi tiba-tiba Aidil itu. Ada sesuatu yang terjadikah
Kenapa Jangan bagitahu saya awak ada kerja Awak dah gila ke Kita dah ada plan ni Katrina memberi peringatan pada kekasih hatinya.
Mana mungkin dia akan membenarkan Aidil pergi kerja. Habis dia nanti macam mana Mereka datang ke sini atas tujuan untuk menyambut hari jadi Afiqa sebenarnya atas desakan Airish.
Semua tentatif program hari tersebut sudah disusun oleh mereka bertiga sebaik-baiknya. Habislah dia jika Aidil tiba-tiba tidak dapat hadirkan diri. Iyalah, Afiqa pasti akan berkepit dengan Airish senantiasa. Terus dia jadi apa Tiang lampu Tiang elektrik Bella yang call.
Wajah Airish langsung berubah riak.