Betul ke Puan nak balik soal Mak Cik Ruhaya sebaik Arissa masuk ke dapur.
Aah, jawab Arissa sambil mencapai gelas dan menuang air masak ke dalam gelas untuk Encik Razali. Bila dia balik
Arissa senyum memandang Mak Cik Ruhaya. Nampaknya bukan dia seorang yang bimbang. Mak Cik Ruhaya juga sama sepertinya.
Tak tahulah saya. Dah... Mak Cik jangan risau. Mak Cik tak risaukan diri Mak Cik. Tapi Arissa tu. Mulut dia tu... keluh wanita itu tanpa menghabiskan ayat-ayatnya.
Jangan risau. Saya tak apa-apa, Mak Cik. Arissa menepuk tangan Mak Cik Ruhaya lalu melangkah keluar dari ruang dapur.
Bila Uminya nak balik sini
Encik Razali menyuap sedikit nasi goreng yang dibuat oleh Arissa. Sedikit sangat menantunya seduk nasi goreng untuknya. Begitu pun Arissa meletak sebiji epal yang sudah dibuang kulit dan dipotong-potong untuk di makan.
Hari ni. Flight pukul 4.00 petang. Sampai sini pukul 5.00 petang, jawab Hakimi.
Spontan Arissa dan Encik Razali memandang Hakimi.
Kenapa tak beritahu semalam Keras suara Encik Razali.
Umi baru call kejap tadi. Hakimi memandang Encik Razali dan Arissa silih berganti.
Encik Razali berdengus kasar.
Arissa senyap. Nampaknya rumah itu akan kembali riuh dengan suara Puan Hanim. Nak buat macam mana, dah ini rumah anak dia. Masakan dia tidak benarkan wanita itu berada di situ. Tambahan pula tidak lama lagi majlis resepsi akan di adakan.
Encik Ariff dan Encik Kamarul dah report duty ke Hakimi memandang Arissa.
Dah, semalam, jawab Arissa lalu meneguk sedikit kopi yang dibuat oleh Mak Cik Ruhaya sebentar tadi.
Ada budak-budak construction call Encik Johan soal Encik Razali.
Semalam dia tidak ke pejabat, rasa tak larat jadi dia hanya berehat di rumah.
Entahlah, keluh Arissa. Dia sendiri tidak pasti. Semalam ada dua temu janji. Jadi tidak sempat berbual dengan lelaki itu.
Kenapa dengan budak-budak construction kat sana Soal Hakimi.
Tak... Walid minta dia orang tolong carikan rumah sewa untuk Encik Kamarul dan Ariff. Restauran dah hampir siap, jadi elok dia ke sana. Sama dengan Encik Kamarul, jelas Encik Razali.
Hakimi mengangguk beberapa kali.
Dah ada senarai jemputan, Kimi Encik Razali memandang Hakimi.
Belum lagi. Sibuklah Walid, keluh Hakimi.
Sibuk pun sibuk la juga. Ada masa sepuluh, lima belas minit tu cubalah buat sekejap. Hakimi sengih.
Arissa dia beralih kepada menantunya.
Kawan adalah. Saudara mara tak tahu ada ke tidak. Arissa sengih.
Pedih hatinya mendengar jawapan menantunya. Dia cuba senyum.
Jemputlah siapa yang Arissa kenal, kata Encik Razali.
Arissa mengangguk-anggukkan kepalanya. Hanya ada beberapa nama yang sudah berada di kepalanya yang akan dijemput. Shima sudah tentu menjadi jemputan utama.
Jemputlah Shima sekeluarga. Pak Cik, Mak Cik yang ada dekat apartment sayang tu. Gaduh dia orang nanti kalau sayang tak jemput. Hakimi mengusap belakang isterinya dan teringat jiran-jiran yang pernah bertanya dahulu.
Boleh ke
Arissa memandang Hakimi sebagai tidak pasti dengan apa yang dikatakan oleh suaminya. Memang dia ada niat hendak menjemput mereka, tapi tidak pasti memandangkan Hakimi sekeluarga datang dari orang-orang berada dan bimbang kalau-kalau mereka punya protokol sendiri.
Boleh... jemput, jemput dia orang semua! Faham dengan pandangan Arissa. Ini majlis Kimi dan Arissa. Jemput siapa yang korang nak jemput. Tak ada syarat kaya, miskin, semua tu tetamu. Apabila tetamu datang mereka bawa rezeki dan apabila tetamu pulang maka Allah mengampuni dosa-dosa kita. Lagipun ini nak meraikan dan memberitahu yang Kimi dan Arissa dah bernikah, jelas Encik Razali memperbetulkan tanggapan Arissa. Faham dengan maksud menantunya. Rasa luluh hatinya dengan setiap tutur Arissa yang begitu merendah diri.
Sepi suasana di ruang makan.
Hari tu Kimi dengan Bad angkut tilam tu, tilam dari mana
Hakimi memandang Arissa dengan senyuman.
Err... tilam dari pangsapuri Arissa. Sebab nak letak katil bujang dua buah kat dalam bilik Arissa dulu, jelas Hakimi.
Malunya dia. Arissa bangun dan melangkah ke dapur. Kenapalah itu yang ditanya oleh Encik Razali.
Betul Puannya nak balik petang ni
Terkejut Arissa. Pasti Mak Cik Ruhaya mendengar perbualan mereka di ruang makan sebentar tadi. Err... ya. Itu yang Hakimi bagi tahu tadi. Mak Cik Ruhaya senyap.
Kenapa
Esok kena datang ke
Semenjak kehadiran Arissa dia sudah tidak perlu datang Sabtu dan Ahad. Rasa lega sedikit. Itu pun Arissa yang meminta Hakimi berbuat begitu. Namun gajinya masih berjalan seperti biasa.
Tak adalah... Mak Cik jangan risau. Hari isnin datang macam biasa je.
Mak Cik Ruhaya mengangguk-anggukkan kepala.
Nanti Mak Cik datang ke majlis saya dan Hakimi di hotel tau. Lebih baik dia beritahu wanita awal-awal. Puan bagi ke Mak Cik Ruhaya tidak pasti.
Ini Encik Razali, Hakimi dan saya yang jemput.
Mak Cik jangan risau. Di usap belakang wanita itu.
Ya, Insya-Allah. Sengih Mak Cik Ruhaya.
Nanti dah siap kadnya saya bagi Mak Cik, ya, janjinya.
Ya. Terima kasih Arissa. Teringin Mak Cik nak masuk ke hotel, makan di hotel. Tak pernah merasa. Alhamdulillah, dapat juga Mak Cik merasa nanti. Mak Cik Ruhaya ketawa.
Terharu dia mendengarnya. Nafas ditarik dalamdalam sebagai menahan rasa sebak di hati.
Insya-Allah, Mak Cik doa supaya majlis saya ni berjalan dengan lancar ya Bimbang juga tiba-tiba Puan Hanim minta Encik Razali batalkan.
Mak Cik sentiasa doakan Arissa. Arissa dah macam anak Mak Cik.
Terima kasih Mak Cik. Okeylah... saya pergi dulu. Diambil tangan wanita itu dan disalam dan dicium seperti yang biasa dilakukannya. Kemudian memeluk wanita itu dengan erat sekali.
Sayang! pekik Hakimi dari luar.
Ya.
Laju langkah Arissa keluar dari ruang dapur mendapatkan suami dan bapa mentuanya. Beberapa ketika mereka berempat beredar meninggalkan rumah mewah berkembar itu menuju ke hotel Sweet Arena.
AMBOI, sejak balik dari Langkawi, senyap terus, komen Arissa sebaik menjawab
salam Shima di sebelah sana.
Aku sibuk. Tak duduk office dua hari ni. Shima mengeluh di sebelah sana.
Ya ke Arissa senyum. Walaupun Shima tidak memberitahunya tetapi ada orang nampak dia dan Encik Johan keluar bersama.
Laa... betullah.
Kau tak nak beritahu aku apa-apa ke Tidak sabar hendak mendengar cerita Shima.
Beritahu apa pula
Janganlah nak sorok-sorok. Aku kawan kau! Geram dia dengan Shima yang mula berdolak dalih. Sorok apa
Buat-buat tak tahu pula. Menyampah aku. Karang aku tanya Encik Johan sendiri karang! ugutnya dengan rasa bengang. Mujurlah Encik Johan dan Encik Razali belum balik dari Solat Jumaat.
Shima sudah ketawa di sebelah sana.
Betullah tu kan Geramnya dia. Cakap pusing sana pusing sini. Mengaku jelah!
Shima masih ketawa.
Shima... Dia bukan mahu mendengar tawa temannya tetapi pengakuan dari Shima. Jika benar ia satu berita gembira. Tetapi sebelum tu dia nak sakat sikit temannya.
Baru kenal lah. Secara tak langsung Shima sudah pun mengaku.
Tulah hari tu bukan main lagi kan Kutuk dia. Arissa mengingatkan apa yang dikatakan oleh Shima terhadap Encik Johan.
Shima ketawa.
Tulah, tak kenal maka tak cinta kan Sekarang... padan dengan muka kau! tambah Arissa dengan ketawa.
Shima menyambut tawa temannya.
Shima... Hakimi nak buat majlis resepsi kahwin kami nanti, beritahu Arissa.
Ya!
Aah.
Bila
Hujung bulan ni, jawab Arissa melepas nafasnya. Hujung bulan pun tinggal 3 minggu je lagi. Tulah. Lemah Arissa menjawab.
Kenapa ni
Emak mentua aku balik petang ni.
Laa... aku ingatkan dah tak nak balik sini lagi. Shima seperti tidak percaya.
Arissa senyum. Itu jugalah yang diharapkan sebelum ini. Berdosakah dia berharapkan sebegitu
Aku rasa macam nak tidur kat office jelah. Ya, rasa tak sanggup hendak bertemu muka dengan Puan Hanim. Apakah misi wanita itu kali ini
Aku harap kau sabar banyak-banyak, ya.
Arissa menghela nafasnya. Memang itulah yang dapat dilakukan. Sabar selagi boleh tetapi sampai bila tahap kesabarannya dapat bertahan.
Nanti kau jadi pengapit aku ya Arissa kembali bersuara.
Boleh je. Dah pilih baju
Dah... Hakimi nak pakai baju songket, tanjak dan keris.
Sekali lagi Shima ketawa kuat di sebelah sana.
Arissa senyum. Nada suara Shima menyatakan yang temannya itu sedang gembira dan bahagia dengan hubungan yang baru dibina. Dia juga turut merasa bahagia. Harap-harap ia berakhir dengan lafaz akad suatu masa nanti.
Malas aku nak gaduh-gaduh. Ikutkan je. Lagipun Hakimi dan Walid yang keluarkan belanja. Sekali lagi dia rasa tidak selesa dengan situasi itu. Dia pasti sangat yang Puan Hanim akan bangkang dengan rancangan Hakimi dan Encik Razali nanti.
Okeylah tu Ris. Itu namanya rezeki.
Ya ke Dia tidak pasti dengan penjelasan Shima. Betullah. Rezeki kau. Dah... kau jangan fikir yang bukan-bukan. Allah dah takdir kau bertemu Hakimi dan itulah jodoh kau, tekan Shima lagi.
Bukan apa Shima... aku rasa macam. Sukar untuk dia menjelaskan maksud yang tersirat di hatinya.
Shima senyap.
Bila aku kenang balik, memang aku rasa tak layak dengan Hakimi ni. Apa yang aku ada Ibu Tak ada. Ayah Tak ada. Duit Memang tak ada. Memang aku ni menumpanglah. Tiba-tiba hatinya rasa begitu sebak dengan apa yang diucapkan sebentar tadi.
Ris... jangan cakap macam tu. Kau macam menyesal aje. Tak baik menyesal tau.
Bukan menyesal.
Kau rasa rendah diri dan tak yakin, ya
Arissa mengangguk sambil mengesat air matanya. Ya, hatinya menjawab.
Sebenarnya aku tak mahu dia orang adakan majlis resepsi ni. Mesti Umi Hakimi bising dan menyinga dengan aku. Kau tahulah mulut dia. Dulu aku boleh tahan sebab aku rasa ia tugas aku. Tapi bila aku jadi isteri Hakimi, aku rasa macam... aku seperti manusia yang tak layak hidup dekat muka bUmi ni. Berdosa ke jadi miskin, berstatus anak yatim. Bukan aku yang pinta hidup aku begini. Dah Allah tetapkan hidup aku macam ni, luah Arissa menahan sebaknya.
Kau kena banyak bersabar, Ris. Allah sedang menduga kau. Sebab dia sayangkan kau dan kau tahan diuji. Aku percaya satu hari Umi Encik Kimi akan sedar semua ni, nasihat Shima lagi.
Entahlah, Shima. Arissa mengesat air matanya.
Jangan sedih-sedih. Kau nak jadi pengantin tak lama lagi. Nanti hilang pula seri.
Arissa senyum sambil mengesat matanya yang sudah berair.
Eh, okeylah, terima kasih dengar luahan hati aku. Aku nak solat ni, sekejap lagi Walid dan Encik Johan nak masuk. Apa-apa aku call kau ya.
Yalah. Assalammualaikum.
Waalaikumussalam. Arissa segera memutuskan talian sebaik pintu di buka. Kelihatan kakitangan dari kitchen menghantar hidangan tengah hari untuk Encik Razali yang dimasak oleh Chef Shakir sendiri.
Selepas budak-budak yang menghantar hidangan itu keluar Arissa juga keluar untuk bersolat zuhur.