MY DARLING ANGEL - 48
EL, BANGUN EL. Kita dah sampai ni. bangun El. Kedengaran lembut suara Lisa

mengejutkan Elzaara yang sedang nyenyak tidur.

Earphone masih lagi tercucuk kemas di telinganya dan muzik juga masih rancak berkumandang.

Lisa segera menutup MP3 di dalam handphone Elzaara dan menggoncangkan tubuh Elzaara, El...

Eh Kak, kita dah sampai ke ni Abang Zahar mana Kak suara Elzaara yang agak garau menyapa Lisa. Matanya di gosok perlahan dan mulutnya laju menguap menandakan bahawa dia masih lagi dalam mood yang mengantuk.

Dah! Baru 15 minit tadi kita sampai. Akak kejutkan El dari tadi sampai nak bergegar kereta ni tau. Meh turun. Kita check-in bilik. Kunci bilik Abang Zahar dah ambilkan tadi. Budak-budak pun dah ramai berkumpul dekat sana. Jom!

Allah! Malunya aku! Ni kalaulah Abang Zahar tengok ni confirm geleng kepala dia nanti. Segera Elzaara terkocoh-kocoh menuju ke bonet yang menempatkan beg pakaiannya tetapi apabila dia menjengukkan kepalanya ke dalam bonet kereta, beg pakaiannya sudah pun tiada!

Kak, beg El mana ya Bukan tadi dalam bonet ke Akak dah keluarkan beg El ke

Semua beg dah dikeluarkan tadi. Dah dikumpulkan depan pejabat pentadbiran tadi. Beg El pun sama. Dah, jom cepat. Semua orang dah tunggu.

Tulah mamai lagi.

Okey.

Elzaara termalu sendiri akibat sikap gelabahnya yang tak tentu pasal. Pasti Kak Lisa memikirkan yang bukan-bukan terhadap dirinya. Elzaara membuntuti langkah Lisa menuju ke pejabat pentadbiran dengan langkah yang kecil dan juga kepalanya ditundukkan ke bawah kerana dia tidak sanggup untuk mengangkat wajahnya yang sudah kemerahan.

Hatinya masih belum selesai mengutuk diri yang terlelap di dalam kereta sehingga dia menjadi gelabah begini. Tiba-tiba hatinya berdebar kencang. Irama jantungnya berlainan daripada biasa. Perasaannya tika itu sama persis waktu dia bertunang dulu.

Aduh, kenapa pula aku rasa berdebar semacam ni Alamat apakah ini Mungkin aku dah lama tak join event macam ni kot sebab tu aku jadi macam ni. Sabar Elzaara Natasya, you can do it darling. Hatinya bermonolog sendirian, memahatkan kata-kata positif ke dalam jiwanya.

Telinganya mendengarkan saja bait-bait ucapan yang sedang diucapkan oleh pengerusi kelab Jungle Extreme yang ditubuhkan oleh tak lain tak bukan iaitu buah hati Kakak sepupunya, Abang Zahar. Kemudiannya nada suaranya bertukar intonasi dan kini pula ketua ekspedisi pula memberikan taklimat berkaitan dengan aktiviti mereka sepanjang 3 hari itu.

Sepanjang taklimat, Elzaara langsung tidak mengangkat wajahnya dan topi menjadi pelindung wajahnya yang masih lagi tebal berinci-inci gara-gara dia masih mamai tadi. Dia risau seandainya ada ahli kelab yang melihatnya tergopoh-gapah tadi. Lisa masih lagi berdiri di sisinya dan kelihatan dia seperti sedang bersembang dengan seseorang, tetapi dengan nada yang amat perlahan.

Okey, itu sahaja taklimat daripada saya. Sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan ataupun pertolongan, bolehlah rujuk pada pembantupembantu hutan di sini ya. Saya ingin mengucapkan semoga berjaya dan selamat bergembira selama anda semua berada di Rock Eco Resort. Terima kasih dan selamat datang.

Kedengaran tepukan sebaik sahaja taklimat sudah menemui titik noktahnya. Masing-masing sudah mula bergerak menuju ke chalet masing-masing dan berehat kerana aktiviti mereka akan bermula pada petang nanti.

ELZAARA segera membuntuti langkah Lisa kerana dia tidak tahu di manakah biliknya dan juga beg pakaiannya juga tidak kelihatan di mana-mana. Matanya asyik meliar mencari kelibat beg pakaiannya sehingga akhirnya dia terlanggar seseorang.

Maaf, maafkan saya. Saya tak sengaja. Maaf ya.

Elzaara You okey ke ni

Huh! Macam kenal je suara ni

Segera Elzaara mengalihkan topi yang sedari tadi menutupi wajahnya dan alangkah terkejut beruk dia apabila terpandangkan wajah di hadapannya.

Awak! A... Awak buat apa dekat sini

I pun join event ni juga. I nak cari Zahar tadi, tapi

I tak sengaja terlanggar you. You okey ke ni Dup dap dup dap...

Aduh! Apasal pulalah jantung aku ni nak melompat daripada tempat dia ni. Duduk diam-diam boleh tak wahai cik jantung Dan, dan kau nak berjoget-joget time ni. Karang aku yang sihat walafiat ni terus jadi tak sihat. Yang mamat ni pun ada sekali buat apa, kan menyusahkan hidup aku je. Aku nak enjoy pun tak boleh. Menyemakkan pemandangan betullah dia ni.

Gumam Elzaara.

El You okey tak ni

Pap! Elzaara tersentak! Terus sahaja Elzaara tersedar sebaik sahaja petikan jari Brian betul-betul menghentikan lamunannya tadi.

Ya ya, saya Okey. Terima kasih. Saya pergi dulu. Maaf ya.

Tanpa melengah-lengahkan masa, Elzaara terus beredar di situ meninggalkan Brian yang terpingapinga melihat kelakuan kelam-kabutnya. Brian hanya tergeleng dan tersengih melihat aksi Elzaara yang bagaikan kanak-kanak yang sedang lari dari dikejar oleh orang dewasa.

Elzaara, Elzaara. Geleng Brian sambil tersenyum.

Brian mengetahui bahawa Elzaara juga mengikuti aktiviti kelab mereka kali ini pada mesyuarat mereka sebelum ni dan ini adalah merupakan hadiah yang paling baik buatnya pada waktu itu. Dia terus melangkah ke arah Zahar yang sedang sibuk memeriksa alat PA sistem yang berada di dewan.

El! Nak ke mana tu laung Lisa.

Lisa merasa pelik apabila Elzaara berjalan sendirian seperti sedang terburu-buru. Dia merasa risau juga seandainya adik sepupunya itu terkena sampuk ataupun gangguan makhluk halus. Maklum saja tempat yang mereka berada kini adalah kawasan perumahan makhluk halus.

Akak pergi mana El cari Akak daripada tadi.

Laaa, El cari Akak ke Sorrylah, Akak pergi uruskan urusan untuk kita semua check-in tadi lepas tu masukkan beg semua. Akak lupa nak bagitahu El tadi. Oh ya, El satu bilik dengan Akak tau. Jom, kita masuk bilik dulu, rehat-rehat lepas tu petang kita ada ice breaking. Jom!

Laju sahaja Elzaara melangkah menuju ke bilik mereka berdua. Sempat lagi dia menoleh ke belakang untuk melihat susuk tubuh tinggi lampai lelaki itu. Hatinya masih belum pulih daripada bergetar hebat sejak dia dan Brian berlanggar tadi. Tetapi kelibat Brian sudah pun menghilang daripada tempat mereka bertembung tadi.

Sebaik sahaja mereka berdua masuk ke dalam bilik, masing-masing menganga melihatkan dekorasi bilik yang sangat simple tetapi amat menarik. Masingmasing mula menghenyakkan tubuh mereka di atas katil yang empuk. Di dalam bilik, masing-masing sudah bertukar watak. Gaya mereka sudah diibaratkan seperti pelajar sekolah yang sedang menjalani perkhemahan sekolah kerana masing-masing begitu teruja melihat pemandangan sekeliling mereka.

Lisa melambakkan beg sandang dan juga fail aktiviti yang dia dapat daripada Zahar sebentar tadi. Elzaara mencapai sehelai kertas yang merupakan kumpulan-kumpulan yang telah ditentukan untuk sepanjang aktiviti mereka selama tiga hari akan datang. Matanya tajam mencari nama mamat yang menjengkilkan hatinya tetapi tiada.

Alhamdulillah, nasib baik dia tak sama kumpulan dengan aku. Kalau tak, hurm... Rimas betul kalau dia ada. Suka sangat nak menyendeng dekat aku. Huh! bebel Elzaara sendirian apabila memikirkan soal lelaki itu.

Apa yang dibebelkan tu El oii Dah serupa mak nenek Akak tengok. Kejap berkerut, kejap senyum macam kerang wangi, apa kes ni El okey ke

Eh, tak ada apa-apalah Kak. Biasalah, excited punya pasal. Tak sabar nak jadi Tarzan perempuan.

Macam-macamlah awak ni El. Dahlah, Akak nak keluar kejap. Nak bincang pasal equipment yang kita nak pakai nanti dengan pihak pengurusan. Kalau El penat, El rehatlah dulu. Ice breaking pun petang karang lepas asar. Nanti nak start aktiviti Akak kejutkan El.

Okey Kak.

Oh ya, lupa Akak nak cakap, kalau El nak makan ke minum ke, dekat kantin ada makanan dengan minuman. El pergi makan dekat sana tau. Ada apa-apa terus cari Akak ataupun Abang Zahar tau. Pesan Lisa dengan penuh keprihatinan.

Okey Kak.

Berlenggang Lisa mencapai fail yang berada di atas katilnya dan berlalu keluar daripada bilik chaletnya. Elzaara berkira-kira untuk ke kantin tetapi mengenangkan incident yang berlaku tidak sampai 10 minit tadi terus membantutkan hasratnya untuk menjamah makanan di kantin. Kesudahannya Elzaara merebahkan tubuhnya di atas katil dan melelapkan matanya