Dia menoleh semula ke arah THSC. Anak matanya terus merenung ke arah tingkat 2, ke arah tingkap bilik VP yang diberi jolokan lelaki kuku besi itu. Bukan setakat kuku besi saja, budi bahasa langsung ke laut.
Bak kata Jaga dalam filem Seniman Bujang Lapok,
Nama saja melayu, tapi panggil orang Hoi! Hoi! Hoi!
Dia teringat kembali sesi temuduganya dengan lelaki kuku besi itu.
Maaf saya terlambat.
Maaf! Ingat dengan maaf saya kasihan pada kamu! Ini ke sikap bakal seorang doktor Datang lewat ke tempat temuduga! Kamu ingat hospital ni, Kelab malam Zouk! Sesuka hati aje nak datang! Kamu baca tak pukul berapa kamu patut datang jumpa saya! Terkebil-kebil mata Qamra Ain bila mendengar suara petir si penemuduga berkumandang nyaring di segenap bilik itu.
Saya tau salah saya. Takkan disebabkan saya lewat, saya dihina seperti sempat dia melirik ke arah plat nama berwarna silver tertulis, Dr. Tunku Raffzul - doktor Perubatan, MD.
Kalau begini sikap kamu, tak layak kamu bekerja di THSC! Were done! Kamu boleh keluar! Arah Tunku Raffzul tanpa berpaling muka langsung ke arah calon terakhir itu sebaliknya sibuk menulis sesuatu di atas Borang Penilaian Calon.
Takkan saya tiada peluang kedua, Tuan Saya janji, saya perbaiki kesilapan saya jika Tuan bagi peluang pada saya bekerja di sini.
Get out now! Lurus jari telunjuk menunjuk ke arah pintu tanpa mengangkat muka.
Itu perkataan terakhir sebelum dia melangkah keluar dari bilik VP yang bongkak itu. Betul kata Adura. Betul juga kata ketua jururawat Yoonaniza. Tunku Raffzul memang berlagak. Berlagak tahap Gaban! Hanya Gaban saja yang layak berkawan dengan lelaki itu.
Geram sungguh rasa hati. Kalau diikutkan panas hati, sudah lama tapak kakinya di perut lelaki itu. Lantaklah, kalau dia dihukum atas perbuatannya. Yang penting, hatinya puas dapat lepaskan geram kesumat disebabkan hinaan tanpa sebab yang tak masuk akal! Suka hati mulut puaka dia kata aku buat hospital ni macam nightclub! Gaban tu agaknya yang tak reti nak beza nightclub dengan hospital, cakap aku pula!
BB Z10 yang berkumandang lagu Taufik Batisha, Awak Kat Mana menyentaknya dari lamunan. Cepatcepat dia menyeluk ke dalam poket beg galas.. Dia meneliti nombor yang tentera di skrin telefon sesentuh. Disebabkan borang temuduga perlu menulis nombor telefon, terpaksa dihidupkan semula BB Z10 tanpa pengetahuan sesiapa. Teragak-agak dia menekan butang call. Takut entah panggilan insuran dari syarikat mana yang rajin menelefon semenjak dua ini. Nombor siapa ni Ah! Jawab ajelah. Kalau membebel yang merepek, tekan aje butang end call! Full stop!
Assalamualaikum wbrt perlahan Qamra Ain memberi salam pada pemanggil di talian seperti selalu.
Ya saya Qamra Ain Qaseem.
Ya ada, ya ya APA serta-merta BB Z10 terlepas dari pegangan.
Jantungnya berdegup kencang. Tangan mula terasa mengigil. Dia rasa bagaikan mimpi. Adakah dia benar-benar sedang bermimpi atau di alam realiti Awat pula MD, THSC yang call aku Bukan ke yang interbiu aku si Gaban yang angkuh tu tadi
Qamra Ain tunduk mengutip semula BB Z10 untuk menjawab panggilan tadi namun si pemanggil sudah pun mematikan talian. Keningnya bertaut rapat. Benaknya mula menganalisa. Lepas satu, satu perkara aneh terjadi sejak menjejak kaki semula ke KL.
Qamra, jom!
Dia tersedar dari lamunan bila seseorang menegurnya dari dalam kereta. Entah bila Tunku Hazreen tiba dan memarkir kereta di perhentian bas. Qamra Ain menjenguk ke dalam melalui cermin kereta yang diturunkan separuh. Kelihatan Tunku Hazreen sedang menjawab panggilan. Dia menarik pintu kereta lantas menghenyak punggung di tempat duduk bersebelahan tempat pemandu.
Yes, Pa. Thanks Pa. She with me now! Love you, Pa always ucap Tunku Hazreen sekilas melirik ke arah Qamra Ain yang sedang menarik seatbelt. Talian dimatikan.
Memang nak kena taichi dengan aku si Raff ni agaknya!