Kawasan yang lapang dan luas serta sistem pengudaraan yang lancar menjadikan masjid merupakan tempat strategik dan selesa untuk melakukan sebarang aktiviti. Apa yang lebih menyenangkan, perjumpaan di masjid adalah line clear dan tidak mudah disyaki. Lebih mengukuhkan alibi apabila berpakaian baju melayu ataupun cukup sekadar bersongkok.
Seperti mana pelbagai amal ibadat dapat dilakukan di masjid, pelbagai permainan dan aktiviti sama ada berkumpulan atau individu dapat dilakukan terutamanya sewaktu orang lain sedang menunaikan solat. Selain permainan dan aktiviti, antara ragam di masjid yang popular adalah:
Berborak atau menghisap rokok di atas motor
Bagi mengelak dari pecah lubang, apabila imam bangun dari sujud untuk duduk tahiyat akhir, semua kanak-kanak akan berpusu masuk ke dalam masjid dan terus duduk tahiyat akhir, berpura-pura solat dan terus memberi salam.
Mencuri doa
Songkok tertanggal
Oleh kerana malas hendak menadah tangan sambil berdoa, kanak-kanak akan mencuri doa di dalam tadahan tangan orang lain yang sedang menadah tangan lalu mengaminkan dengan segera supaya tuannya tidak dapat mengambil kembali doanya. Menurut fahaman kanak-kanak apa yang didoakan akan berkumpul di tapak tangan orang yang berdoa dan bersifat kebendaan.
Songkok kepunyaan orang lain yang tertanggal dari kepala ketika sujud akan diambil dan diletakkan di celah kelangkangnya. Selesai bangun dari sujud dan hendak duduk antara dua sujud, tuan punya songkok akan terduduk di atas songkoknya sendiri.
Memijak kaki
Ketika sedang berdiri tegak untuk solat, kanak-kanak akan memijak kaki rakan sebelah dan membiarkan kakinya di atas kaki rakannya. Rakan sebelah yang kesakitan akan cuba menarik kakinya dan membalas kembali perbuatan tersebut.
Bermain bola sepak
Dengan menggunakan songkok sebagai ganti kepada bola, kanak-kanak akan bermain permainan bola sepak sambil menyepak songkok untuk dijaringkan.
Menyebut Amin
Ketika Imam selesai membacakan Al-Fatihah, kanakkanak akan melaungkan amin dengan nada yang lebih panjang atau lebih awal dari makmum yang lain. Ada juga yang sengaja melaungkan amin dengan nada yang pelik untuk membuatkan rakan yang lain ketawa.
Bercakap ketika khutbah
Jika terdapat kanak-kanak yang berkelakuan baik dan senyap ketika khatib membaca khutbah akan muncul kanak-kanak lain yang dengan sengaja bertanyakan soalan atau menegur rakan yang tadi senyap sehingga terpaksa membuka mulut lalu dia diketawakan kerana telah hilang pahala Jumaat.