DARI KLCC KE TANJUNG MALIM - 48
Kelmarin, aku mendapat satu sms dari Salman Khair. Salman Khair adalah kawan aku semasa di sekolah agama dahulu. Beliau amat handal berbahasa Inggeris. Bukan setakat beliau, adik-adik beliau, emak ayah, saudara mara, semuanya handal berbahasa Inggeris. Tak pernah duduk England, tapi Salman punya handal, boleh menangis rakyat England kalau dengar.

Aku masih ingat masa peperiksaan akhir tahun tingkatan dua. Kertas Bahasa Inggeris. Satu soalan berbunyi macam ni:

Its time to _____. Arif packs his stuff before leaving the hotel.

a) going out c) move out

b) check out d) run away

Aku yang claim diri sendiri sama taraf dengan Salman menjawab c).

Lepas keluar dewan, aku tanya Salman. Apa jawapan beliau. Salman kata dia jawab b). Kah kah kah. Aku gelak gila-gila bila tahu Salman jawab check out. Aku terang pada Salman dalam nada menyoal...

Woi, check out ini guna masa dekat bank la. Apa kaitan check dengan hotel pula Kena guna check ke masa bayar duit hotel Kah kah kah aku sambung ketawa. Puas hati aku dapat kantoikan Salman dalam arena Bahasa Inggeris. Siap masa tu ada tiga empat kutu lagi sokong aku dari belakang.

Salman balas pada aku dengan penuh ketenangan, jom kita tanya Teacher Muazzah. Jom! Aku balas pantas.

Nak harapkan apa Teacher Muazzah sekolahkan aku secukup rasa! Lepas pada hari tu, aku berhenti baca komik Hong Kong. Aku lebih gemar membaca Reader Digest. Kalau baca majalah hiburan pula, aku pilih GALAXY. Dengar radio saluran Hitz FM. Tengok tv semua cerita orang putih. Aku kurangkan makan nasi. Lebihkan burger, lamb chop dan KFC.

Ok. Berbalik pada sms Salman Khair. Salman ajak aku datang kenduri kahwin dia dekat Ipoh pada 8 syawal. Sambil sms jemput kenduri, sambil minta nombor telefon kutu-kutu lain. Ah, bab ni aku lemas sikit. Blackberry Bold 9000 aku mana boleh hantar business card! Kena salin nombor telefon balik tekan satu-satu. Menyusahkan macam jahanam!

Aku tengah meronda-ronda di Pasar Ramadan masa itu. Jadi aku kata dalam hati nanti-nanti lah. Tengah sempit-sempit ni, payah!

Sedang aku meninjau-ninjau juadah sambil mengusha makwe-makwe UPSI yang berhimpit-himpit di Pasar Ramadan, Blackberry Bold 9000 aku bebunyi. Salman. Aku tak angkat. Aku tau dia nak suruh aku hantar nombor budak-budak yang dia mintak tadi. Jenis tak bersabar! Aku melangkah berhati-hati, mengelakkan pergeselan bukan mahram.

Tak lama lepas tu Blackberry Bold 9000 aku berbunyi lagi. Masih juga Salman. Aku tetap tak angkat. Kalau cakap pun bukannya boleh dengar. Aku di Pasar Ramadan, bukannya dalam pejabat tulis blog. Dia tak tahu ke Pasar Ramadan punya sesak sama saja macam berdiri dalam LRT waktu balik kerja. Pernah kau orang nampak siapa-siapa cakap dengan telefon sambil pipi melekat kat tingkap LRT Sesak macam tu lah.

Penipuan Kecil Di Bulan Ramadan

Baru lima enam tapak aku melangkah, poket kanan seluar aku bergegar macam tadi juga. Salman lagi! Bloody Hell! Aku dah menyampah tapi aku tenangkan hati. Tak boleh jadi ni. Aku keluarkan diri sendiri dari kesesakan lalu berdiri di tepi gerai Kebab. Ramai makwe di situ. Aku tekan butang telefon. Sms khas untuk Salman yang handal berbahasa Inggeris.

Bro, im driving now. I cannot pick up call while driving. Call me back after 1 hour.

Aku sambung berhimpit-himpit di Pasar Ramadan dengan tenang sambil bersiul lagu Hari Raya. Peace Upon Me!

NOTA KAKI:

Salman tak telefon aku dah lepas tu. Kau orang rasa-rasa Salman kecil hati ke tidak aku tipu dia dalam bahasa Inggeris macam tu