TAKAFULMAN - 48
Dalam 2-3 hari ni, ramai pula orang bercakap pasal ekonomi.

Rizab negara, hutang negara, inflasi, tukaran mata wang, pendapatan per kapita, pasaran modal, pertumbuhan KDNK, sukuk, bon, sistem kewangan dan pelbagai lagi istilah ekonomi yang pandai-pandai.

Semasa kita sedang bercakap,

MatNuh peniaga kelapa di Alor Setar pula sedang memikirkan langkah-langkah yang perlu dia ambil untuk mengukuh dan meningkatkan lagi prestasi perniagaan kelapa yang dimulakan 6 bulan lepas.

Puan Anis, pembantu pegawai gred biasa-biasa di Putrajaya pula yang kawan Facebooknya baru cecah 1500 orang semalam sedang giat mempromosikan produk kecantikan berjenama WhoCare dengan modal mula sebanyak RM3,000.

PakYa, yang sekian lama berniaga nasi beriani di Pasar Malam sekitar KL pun ligat ke hulu ke hilir buat marketing untuk projek catering nasi beriani yang dia akan lancarkan hujung September ni. Manakala Razif anak muda lulusan akauntan UITM tahun 2015, masih sibuk menghabiskan kelas pengurusan kewangan setiap Sabtu dan Ahad demi menjadi seorang consultant Takaful yang berwibawa.

MatNuhh, Puan Anis, PakYa dan Razif juga turut risau apabila semua orang tiba-tiba bercakap pasal ekonomi dengan istilah pandai-pandai dan bernada kita dalam bahaya.

Mereka risau, walaupun maklumat ekonomi itu entahkan tepat entahkan tidak, mereka tetap berasa tidak selamat.

Mereka cuma faham satu hal, iaitu dalam keadaan apa pun nanti, tidak ada siapa pun yang peduli akan nasib keluarga mereka.

Ini terbukti apabila Muiz jiran MatNuh di Alor Setar sana sudah setahun tidak bekerja akibat masalah kejatuhan harga minyak dunia. Syarikat yang Muiz bekerja, SLB telah memberhentikan dia berkuat kuasa serta merta bersama 3 bulan pampasan gaji.

Begitu juga dengan Shahril adik Puan Anis, seorang technician berdedikasi di sebuah kilang elektronik Shah Alam. Bisnes syarikat Jepun ni, HQ dia di Saitama dah arahkan kilang Shah

Alam tutup sebab nak cut cost. Jadi berpakatlah dua beradik tu belajar meniaga produk dengan harapan mereka boleh generate keuntungan. Shahril ni mula nak apply kerja kilang lain, tapi bila dia fikir nanti anytime je dia boleh kena buang macam baru-baru ni, dia tak jadi apply kerja, sebaliknya tekun memulakan niaga.

PakYa dan Razif, manifestasi kegigihan walaupun berbeza usia. PakYa dalam lingkungan 50an dan Razif awal 20 an, memahami satu perkara, yang mereka tidak pernah entitle atau memiliki priviledge untuk suatu apa pun, hanya tulang empat kerat dan akal fikiran sebagai pemandu demi sebuah kehidupan di masa depan yang tidak bergantungan.

Mereka, tidak memberi alasan, dan mereka tidak sering menyalahkan. Kerana alasan dan menyalahkan tidak pernah mengubah apa-apa melainkan kepuasan hati yang sementara.

Ekonomi negara mungkin penat dan tenat, tetapi itu tidak menghalang seluruh rakyatnya untuk terus berfikir dan berusaha demi menambah hasil dan produktiviti, kalaupun kesannya bukan kepada keberuntungan negara, memadailah tindak tanduk perlaksanaan itu dirasai oleh diri sendiri dan ahli keluarga.

Oh ya, MatNuh, Puan Anis, PakYa dan Razif Itu pun sama macam kita. Tak berapa nak faham,

Rizab negara, hutang negara, inflasi, tukaran mata wang, pendapatan per kapita, pasaran modal, pertumbuhan KDNK, sukuk, bon, sistem kewangan dan pelbagai lagi istilah ekonomi yang pandai-pandai.