Mencari Kiblat Cinta - 49
Kenapa Aliff tak beritahu kami selama ni Tengku Saida kelihatan kesal.

Aliff pernah cuba ma. Tapi bila Aliff ingatkan ayah, harapan ayah Aliff memaksa diri bertahan. Aliff tak sanggup hampakan hati ayah. Bisik Aliff resah.

Tengku Saida terdiam. Sedih hatinya mendengar kata-kata Aliff. Dia menjeling suaminya yang tunduk diam di suatu sudut. Lelaki itu memandang kosong ke arahnya dengan pandangan yang sukar dimengertikan.

Filman yang tercegat di suatu sudut hanya mampu menarik nafas panjang. Dia tidak sangka sampai begitu sekali tindakan Aliff. Semata-mata kerana patuh pada ayahnya, Aliff membahayakan dirinya sendiri. Filman beredar dari bilik itu dengan langkah longlai. Hatinya sebak mengenangkan adiknya yang seorang itu. Dan dia tidak sanggup berlama-lama di bilik itu lagi.

Di luar bilik, mata Filman berpapasan dengan wajah muram Najla. Gadis itu mengangkat kepala memandangnya. Filman mengeluh. Dia tahu Najla turut mendengar segala-galanya. Pelupuk mata anak gadis itu kini dibasahi air jernih.

Sebaik dia melangkah masuk ke ruang bilik tidurnya, matanya mencari-cari kelibat suaminya. Apabila dia mengalihkan pandangan, dia segera terpandang kelibat suaminya sedang termenung di balkoni di luar bilik.

Tengku Saida mengatur nafas berulangkali sebelum melangkah ke arah lelaki itu. Menyedari kehadiran isterinya, Tengku Amar segera berpaling.

Aliff dah tidur Tanya Tengku Amar.

Dah. Lepas Doktor Rabinder balik tadi, dia terus tidur. Balas Tengku Saida.

Yang lain-lain

Naj pun dah tidur. Filman masih di bilik Aliff. Sengaja saya suruh dia temankan Aliff kalau-kalau perkara yang sama berulang lagi. Ujar Tengku Saida sebelum singgah di samping suaminya.

Tengku Amar mengangguk. Dia kembali meluruskan badannya mengadap ke arah pemandangan malam di kawasan perumahan itu.

Diam-diam Tengku Saida melirik ke arah suaminya. Wajah lelaki itu keruh. Dia tahu lelaki itu sedang memikirkan tentang Aliff

Aliff tak apa-apa bang. Awak jangan risau sangat. Doktor Rabinder akan bincang dengan Doktor Hisyam bila dia balik nanti. Pujuk Tengku Saida, cuba meredakan perasaan suaminya.

Awak rasa, saya ni terlalu bertegas sangat ke dengan anak-anak kita Tengku Amar tiba-tiba menyoal begitu.

Kalau saya jawab ya sekalipun, esok dan lusa, awak akan ambil tindakan yang serupa bang. Inilah diri awak. Cara awak mendidik anak-anak kita sama macam ayah awak didik awak dulu. Tukas Tengku Saida tenang.

******

Tengku Amar mengerling isterinya. Bibirnya melemparkan senyuman. Sejak dia mengahwini Tengku Saida tiga puluh lima tahun yang lalu, beginilah perangai isterinya itu. Sering bercakap terus terang walau adakalanya tidak sedap didengar. Tapi kejujuran hati wanita itu benar-benar dihargainya.

Saya benar-benar sayangkan Aliff macam saya sayangkan anak-anak kita yang lain. Keluh Tengku Amar.

Saya tahu. Kalau awak tak sayangkan Aliff, mustahil awak bawa dia tinggal dengan kita dulu. Hati awak sebenarnya baik bang, hanya luaran awak sahaja yang nampak kasar dan tegas. Simpul Tengku Saida.

Saya tak bermaksud nak buat Aliff jadi macam ni.

Tengku Saida menarik nafas panjang. Dia merenung wajah suaminya dalam-dalam.

Apa yang berlaku pada Aliff bukan salah awak bang. Ini semua berpunca dari Aliff sendiri. Doktor Hisyam dah kata dulu, Aliff berada dalam keadaan trauma. Dan selagi kita tak bantu Aliff mengingati kisah silamnya, selagi itulah Aliff akan terus jadi begitu.

Tengku Amar memandang isterinya. Maksud awak

Bang, sudah sampai masanya kita cari siapa Aliff sebenarnya. Kita selidik latar belakang dia. Ungkap Tengku Saida.

Dan selepas itu apa Kita serahkan dia semula jika kita jumpa keluarganya, begitu Saya tak setuju Saida. Aliff dah jadi anak saya. Saya sayangkan Aliff sepenuh hati saya. Bentak Tengku Amar. Dia benar-benar tidak menyetujui rancangan isterinya.

Saya pun sayangkan Aliff bang. Tapi kerana sayang inilah, maka saya nak cuba pulihkan Aliff. Awak tak faham lagikah bang Aliff sedang menderita. Fizikal dan emosi Aliff terganggu. Lagipun awak tak mahu tahukah apa sebenarnya berlaku pada Aliff dulu Soal Tengku Saida separuh geram. Suaminya seolah-olah sengaja menidakkan kenyataan tentang Aliff. Inilah yang membuatkan dia tidak senang hati.

Tengku Amar terdiam mendengar kata-kata isterinya. Meskipun sebahagian hatinya mengakui apa yang dikatakan wanita itu ada benarnya, namun nalurinya benar-benar bimbang kehilangan Aliff suatu hari nanti.

Puas sudah dia cuba melelapkan mata. Tapi setelah satu jam berlalu, matanya masih degil tidak mahu tidur. Kelibat Filman yang sedang tidur di kerusi panjang di dalam biliknya diperhatikan agak lama. Kasihan abang Filman, tak fasal-fasal dia kena temankan aku, detik hati kecil Aliff.

Fikirannya terawang-awang teringatkan mimpinya sebentar tadi. Kenapa dia terlalu kerap dihidangkan dengan mimpi yang sama Apakah maknanya semua ini

bersambung

Bab akan datang:

Mimpi apakah yang sering mengganggu Aliff Apa yang berlaku dalam mimpi itu