Complete Me - 49
Bab 49

MAMA mana terjah Airish terus masuk ke dalam rumah.

Tercungap-cungap Airish dibuatnya. Nafasnya turun naik dengan dadanya bergasak dengan pelbagai perasaan yang sunggut memeritkan. Bergegas dirinya pulang dari Terengganu ke Kuala Lumpur kerana bimbangkan keadaan mamanya dan Bella. Kereta Honda Prelude tersebut dibiarkan tersadai di hadapan pintu pagar rumahnya.

Mama ada dalam bilik, ucap Bella perlahan.

Macam mana Bella datang sini Papa tahu adik keluar dari rumah dengan mama

Bella mengangguk sahaja.

Bella datang sini dengan Daus. Daus yang tolong hantarkan.

Nasib baik lelaki itu ada. Kalau tidak agak rumit juga mereka mahu membawa diri ke rumah Airish itu.

Mama tidur ke Bella menggeleng.

Mama tak boleh tidur. Seharian dia menangis. Along pergilah tengok mama sekejap. Cuba pujuk mama suruh rehat. Kesian Bella tengok mama dalam keadaan macam tu.

Airish menarik nafasnya sedalam mungkin. Kakinya menapak ke arah kamar tidurnya. Pintu diketuk sebelum dibuka. Anak matanya menangkap susuk tubuh mamanya yang sedang duduk di kerusi meja solek. Mata tua itu kelihatan sembab. Lalu, Airish mendekati mamanya.

Mama.

Datin Fariza mengangkat muka. Terpancar riak gembira di wajah itu tatkala terpandangkan anaknya. Tubuh Airish dipeluk.

Anak mama dah balik!

Tubuh Airish dipeluk erat. Sejurus sahaja pelukan itu dileraikannya Datin Fariza seperti tercari-cari sesuatu. Airish memandang sahaja keletah mamanya.

Mama cari apa

Mana menantu mama

Airish tersenyum kecil. Fiqa tak datang. Airish cepatcepat datang sini tadi. Dia kirim salam pada mama.

Fiqa ada dekat mana

Airish mengusap perlahan tangan mamanya.

Fiqa ada di rumah keluarga angkatnya dekat Terengganu.

Mata Datin Fariza membulat, membuatkan Airish kaget melihatnya.

Apa Kamu dari Terengganu Dah makan ke belum ni

Habis Mama tu dah makan ke belum

Wajah ceria mamanya bertukar masam pula. Posisi duduknya yang tegak menjadi kendur sedikit.

Mama tak ada selera....

Mama, jangan menangis lagi. Mama nak berikan papa masa untuk berfikir, jadi mama pun patut ambik masa untuk tenangkan fikiran. Mama janganlah sedih lagi. Okey, mama

Datin Fariza mengalihkan pandangan matanya ke arah sisi lain.

Papa kamu dah tak sukakan mama.

Airish terkedu di situ. Wajahnya menunduk. Tidak tahu apa yang perlu dibalasnya. Sesudahnya Airish hanya diam dan kata-katanya mati di situ sahaja.

AKHIRNYA, papa betul-betul dah hampakan Airish. Sergah Airish sebaik sahaja dirinya menerpa masuk ke dalam kamar kerja papanya. Datuk Tengku Syahir tidaklah pula terkejut dengan kehadiran Airish itu. Riak wajahnya hanya mempamerkan riak yang bersahaja seperti sudah dapat mengagak kehadiran Airish di situ.

Kamu juga dah hampakan papa, balas Datuk Tengku Syahir bersahaja.

Mama baru sahaja tinggalkan papa, dan papa langsung tak berniat nak kejar mama

Buat apa papa nak kejar Lambat laun nanti, mama kamu pasti akan balik ke sini juga.

Airish tersenyum sinis.

Papa kurung mama tak ubah macam mama ni perempuan simpanan. Papa layan mama tak pernah sama macam suami orang lain. Hidup mama sempit. Ni, siling ni! Inilah langit mama sebenarnya. Papa tak sedar ke semua tu

Airish berjeda sejenak.

Sekarang, mama dah tinggalkan papa. Sepatutnya itu yang yang patut mama lakukan pada papa dari dulu lagi. Sekarang, papa dah puas Papa bolehlah nikmati hidup kemewahan yang papa nak. Airish akan jaga mama dan

Bella.

Airish mula menapak perlahan ingin keluar dari kamar kerja papanya. Tapi, selangkah sahaja kakinya ke arah keluar, langkahnya kaku di situ.

Kemewahan boleh menggembirakan kita untuk seketika, namun hanya kasih sayang boleh membahagiakan kita buat selama-lamanya! Selamat tinggal, Datuk Tengku Syahir.

Penuh tersirat kata-kata Airish ditinggalkan untuk papanya. Datuk Tengku Syahir terdiam di situ dengan pandangannya yang tajam menghala ke depan. Fikirannya sedang berkecamuk mengulang tayang kembali kata-kata anak sulungnya itu.

Aku tak buat benda yang salah, ujarnya sendiri. Kepalanya tertunduk memandang fail-fail kerja di atas mejanya. Dada Datuk Tengku Syahir ditekan, menahan rasa sakitnya.

Aku tak buat benda yang salah! Bukan aku yang salah!

Gelas di sisi meja pecah berderai apabila ditepis oleh tangan tua itu. Matanya tajam menghala ke hadapan. Spontan, pandangan matanya berlaga di suatu sudut dinding ruangan kamar kerjanya. Terbentang besar foto keluarga mereka. Liurnya ditelan. Satu persatu wajah disorotinya. Senyuman yang terlakar di setiap bibir anakanak dan isterinya diperhatikan.

Masih dapatkah dia melihat lagi senyuman seperti itu

TELINGA Afiqa sudah tidak tersalah lagi. Dia dapat mendengar dengan jelas bunyi kenderaan masuk di halaman rumah. Lalu, Afiqa pantas berlari menuju ke arah pintu rumahnya. Sudah tidak sabar mahu melihat wajah suaminya. Hampir jam tiga petang, barulah muncul kenderaan Honda Prelude itu.

Daun pintu diselaknya seluas mungkin. Spontan senyuman di bibir terhasil juga. Elok sahaja kenderaan itu diparkir, Afiqa sudah terpacak di sisi pintu penumpang. Kepalanya terintai-intai sedikit akan wajah suaminya.

Airish di dalam kereta tersebut tergelak kecil. Nakal betul isterinya ini.

Sebaik sahaja Datin Fariza keluar dari perut kereta, terus tubuh tua itu diterpa Afiqa. Dia mahu memeluk ibu mentuanya itu. Pelukan antara mereka kemudiannya dileraikan, senyuman berbalas.

Fiqa happy sangat sebab mama boleh terima Fiqa. Fiqa mintak maaf pada mama sebab Fiqa tak pernah lawat mama selama ni.

Datin Fariza mengusap bahu menantunya.

Mama faham. Mana-mana perempuan pun akan

takut jejakkan kaki kat sana.

Afiqa mengangguk sahaja. Airish yang kebetulan baru keluar dari perut kereta ketika itu hanya tersenyum. Rasa penat lelahnya akibat memandu tanpa henti berbaloi juga setelah menatap wajah yang cantik ini. Hilang segala rindunya kepada isterinya itu.

Amboi, sayang. Baru sampai, sayang dah terpa mama dulu. Ingatkan nak peluk abang dulu. Terasa hati abang.

Bella mencebik.

Gediknya along ni. Meh sini, kak long! Biar Bella yang peluk dulu.

Afiqa tergelak. Tubuh adik iparnya menerpa masuk ke dalam pelukan Afiqa. Erat mereka berpelukan. Di wajah masing-masing terpancar riak gembira.

Along baru nak honeymoon kat sini. Datang pulak adik buat kacau. Sibuk betullah!

Bella hanya mencebik.

Ceh, tadi kat KL, dia yang merayu-rayu peluk kaki kita suruh kita ikut dia datang sini.

Terbuntang mata Airish mendengarnya. Pantas telinga Bella dipiat kuat. Terjerit gadis itu kesakitan.

Mama! Tengok along ni! Sini along... sini! Jangan

lari!

Bella pantas mengejar Airish yang sudah lesap ke dalam rumah. Afiqa dan Datin Fariza hanya tertawa kecil melihat keletah dua beradik itu sebelum sama melangkah masuk ke dalam rumah.