Itu awak punya pasal.
Lelah dia melayan angin isterinya. Tak beritahu salah. Beritahu beginilah jadinya. Balik-balik terus nak mengamuk! Sakit jiwanya.
Abang! sakit hatinya mendengar tutur suaminya.
Apa masalah awak ni Hanim Tak boleh ke awak terima Arissa tu macam anak kita Dia tidak faham, apa masalah Puan Hanim. Jenuh dia memikirkan.
Anak Berkerut dahinya memandang Encik
Razali.
Salah ke
Puan Hanim senyap.
Kalau awak tak setuju, itu masalah awak. Saya tetap nak adakan majlis untuk dia orang! tegas Encik Razali.
Dia orang nikah tak beritahu kita pun, bang! Tibatiba nak buat majlis kahwin kat hotel pula. Mesti orang tanya bila dia orang nikah nanti!
Kenapa awak peduli sangat apa orang kata Yang penting dia orang dah nikah. Lainlah kalau tak nikah, tegas Encik Razali.
Geram pula dia apabila Puan Hanim membantah rancangannya. Begitu pun dia tetap akan mengadakan majlis resepsi Hakimi dan Arissa.
Puan Hanim berdengus kasar. Tangan sudah dilipat ke dada.
Hakimi senyap sedari tadi. Malas hendak masuk campur. Silap-silap, dia pula bertekak dengan Uminya. Arissa sudah disuruh masuk ke dalam bilik dan tidak dibenarkan keluar selagi tidak dibenarkan.
Seronoklah dia dapat ketuk abang dengan Kimi ya. Sengaja dia menyindir Hakimi dan Encik Razali. Ingin melihat reaksi keduanya.
Hakimi bangun. Sindiran Puan Hanim buat dia tidak senang. Lebih baik dia beredar dari terus duduk di situ mendengar isterinya dicemuh oleh Uminya. Walid, Umi... Kimi naik dulu. Penat! Bulat mata Puan Hanim.
Kimi! Umi belum habis cakap lagi! keras suara Puan Hanim.
Walid pun nak tidur. Encik Razali juga turut bangun dari duduknya. Daripada dia mendengar rungutan, sungutan dan bebelan yang tidak berfaedah dari isterinya, lebih baik dia tidur.
Ternganga mulut Puan Hanim dengan reaksi suaminya. Sengaja kedua mereka mahu menyakitkan hatinya.
Walid dah makan ubat kan Hakimi berhenti melangkah lalu menoleh.
Dah... Arissa bagi tadi sebelum dia masuk ke dalam bilik. Encik Razali mula melangkah mahu meninggalkan ruang keluarga itu.
Hakimi terus melangkah naik menuju ke biliknya. Bang! pekik Puan Hanim terpinga-pinga sendiri melihat kedua anak dan suaminya berlalu begitu sahaja.
Ya! Encik Razali menoleh.
Saya belum habis cakap lagi.
Cakap apa
Pasal majlis Kimi.
Awak kata awak tak setuju. Jadi nak cakap apa lagi pandang Encik Razali.
Terkedu Puan Hanim mendengar.
Dah... saya nak tidur. Awak tak penat ke Kalau tak, bawa-bawa mengaji, berzikir. Tidur awal ke Bangun awal. Buat Solat Sunat Tahajud dan Taubat ke Banyak-banyak beristighfar. Insya-Allah, hati awak takkan bersalut dengan prasangka yang tak baik pada orang. Kita dah tua, biarlah anak-anak nak bahagia. Pahala tau, pahala kita buat orang bahagia, nasihat Encik Razali.
Hisy! dengus Puan Hanim geram dengan nasihat suaminya.
Encik Razali kembali melangkah meninggalkan isterinya. Lebih baik dia tidur dan berehat. Cadangnya hendak mengikut Arissa ke pejabat esok.
Menantunya itu ada janji temu dengan pembekal karpet esok. Dia tahu Arissa sengaja berbuat begitu untuk melarikan diri dari isterinya.
Dia menggeleng-geleng sendiri. Lelah sungguh dengan sikap isterinya. Serba tak kena Arissa dibuatnya. Kasihan dia dengan gadis itu. Sampai bila Arissa dapat bertahan. Bagaimana reaksi Puan Hanim jika wanita itu tahu siapa Arissa yang sebenar. Mampukah wanita itu menerima Arissa
Harap-harap kau dapat terima Arissa, Hanim! keluhnya sambil melabuhkan punggungnya di birai katil.
KETIKA dia masuk ke dalam bilik, Arissa sedang duduk di sofa membelek majalah yang dia sendiri tidak pasti. Dia terus menghampiri
isteri dan duduk di sebelah.
Arissa memandang Hakimi.
Umi cakap apa Rasanya dia boleh mengagak apa yang Puan Hanim cakap.
Hakimi senyap. Tak perlulah dia bercerita tentang Puan Hanim. Bimbang Arissa tersinggung pula.
Umi tak setuju kan
Hakimi memandang Arissa. Tangannya sudah memeluk bahu isterinya.
Biarlah Umi nak cakap apa pun. Abang tetap nak adakan majlis resepsi kita, sebab abang nak pakai songket purple tu, tanjak dan keris! tekan Hakimi mengulangi keinginannya.
Sengih Arissa. Rasa lawak dengan apa yang dicakap oleh Hakimi.
Abang ni macam orang mengidamlah. Dia masih memandang suaminya.
Spontan Hakimi meletak ciuman di bibir isterinya. Terkejut Arissa.
Abang! Ditampar lembut dada Hakimi. Geramnya dia!
Hakimi sengih sambil menyandarkan tubuhnya di badan sofa.
Mengidam Ada ke lelaki mengidam Orang perempuan mengandung je yang mengidamkan
Wajah isteri ditatapnya. Arissa mengandung ke Hatinya pula bersoal sendiri.
Tak semestinya. Kadang-kadang, suami dia mengidam... isteri dia yang mengandung.
Kalau abang mengidam, sayang mesti mengadungkan Tangannya mula masuk ke dalam baju Arissa dan meraba perut isterinya.
Apa abang ni! Hampir melompat Arissa.
Hakimi ketawa kuat.
Hisy! Dicubit tangan Hakimi. Terkejut dia tadi.
Hakimi masih ketawa. Rasa lucu sangat-sangat melihat reaksi Arissa tadi. Latah juga isterinya walaupun tidak bersuara.
Sayang mengandung ke
Tak adalah.
Habis abang dah mengidam ni Mana tahukan memang betul-betul Arissa mengandung.
Arissa senyap. Lama dia memandang Hakimi. Dadanya sudah berdebar-debar dengan kata-kata Hakimi sekejap tadi. Dia meraba perutnya. Tak ada buncit pun. Kempis macam selalu.
Kalau ada, nanti kita bersanding bertigalah ya.
Hmm... bersanding dengan anak sekali.
Tak adalah... mana ada. Perut Ris kempis lagi.
Betul ke Lama dia memandang isterinya yang seperti orang berfikir.
Betullah. Walaupun sebenarnya dia tidak pasti.
Hakimi merenggangkan sedikit tubuhnya kemudian memandang kepada perut Arissa. Di raba baju tidur yang melindungi perut isterinya.
Arissa mengesut beberapa kali menjauhkan dirinya dari Hakimi. Bimbang diraba lagi oleh lelaki itu. Bahaya betullah tangan Hakimi ni. Kalau dibiarkan mahu bermaharaja lela tidak kira masa.
Hakimi ketawa.
Abang pandang apa Kusyen yang ada berhampiran dicapai dan ditutup tubuhnya dari pandangan Hakimi.
Sengih Hakimi. Reaksi spontan Arissa kadang kala membuat dia ketawa.
Abang nak periksa perut sayang. Ada atau tak anak abang dalam tu.
Belum ada lagilah! Sangkal Arissa.
Betul
Err... betullah! Keras suara Arissa walaupun tidak pasti.
Nanti abang kira.
Hakimi bangun dan melangkah ke kabinet buku lalu mengambil stand calendar di situ. Kemudian kembali duduk di sebelah isteri.
Okey... ini first night kita. Hakimi menunjuk tarikh yang dipangkahnya.
Astaghfirullah al azim! Terkejut Arissa.
Apa abang ni! Tak sudah-sudah dengan malam pertama mereka. Eee... rasa nak luku je kepala Hakimi ni!
Hari bersejarah sayang! Hari ini... eh, bukan!
Malam bersejarah tahu tak. Mana boleh abang lupa! Arissa menggeleng lalu bangun.
Nak ke mana Hakimi menoleh lalu meletak kalendar di atas meja kopi.
Tidurlah. Pening kepala, abang asyik ungkit malam pertama, malam pertama. Memang pening kepalanya. Sudahlah kepalanya pening memikirkan Puan Hanim.
Malam tulah segala-galanya bermula tau! Hakimi sengih sambil menuruti isteri yang sudah naik ke katil mereka.
Arissa senyap. Cuba dipejamkan matanya namun fikirannya masih melayang-layang memikirkan hari esok yang pasti akan mendebarkan hatinya.