on, saya ada untuk awak sapa Qamra Ain sambil memetik-metik jari di hadapan wajah Tunku Hussein. Sambil itu, dia menghulurkan paper cup Coffee Bean yang masih hangat ke tangan.
Tunku Hussein mengambil sambil tersenyum hambar. Susah untuk menyembunyikan raut wajah kehampaan di hadapan Qamra Ain.
Tiada jawapan. Sunyi. Hanya keluhan panjang yang dilepaskan oleh Tunku Hussein kedengaran di segenap bilik pengasingan mel. Qamra Ain memerhatikan tangan lelaki itu ligat mengasingkan mel mengikut zon kawasan. Kalau dulu, terkial-kial menghafal zon-zon yang terpampang di setiap kotak tapi kini, sungguh mudah lelaki itu mengendali seorang diri. Seolah-olah tanpa perlu bantuannya lagi selepas ini.
Saya ada buat salah ke, Sein Kalau ada saya minta maaf, tapi please jangan buat saya begini. Saya risau sebab awak tak pernah sikap macam ni sejak kita kenal, pujuk Qamra Ain seraya menyentuh perlahan bahu Tunku Hussein sekaligus terhenti terus kerjanya mengasing mel.
Kenapa awak tak bagitahu saya soal Tunku Hussein serius tanpa menoleh.
Qamra Ain serta-merta mengangkat tangan yang mendarat di bahu jejaka itu. Baru dia hendak maklumkan ternyata Tunku Hussein terlebih dahulu mengetahuinya. Ni mesti Reza yang kasi tau!
Saya baru nak bagitau awak, tapi
Dah seminggu awak dapat tawaran, baru sekarang awak nak bagitau saya! Tertinggi sedikit suara Tunku Hussein dek sakit hati bila mendapat tahu dari kakaknya semalam.
Itu pun disebabkan tergerak hati untuk berjumpa dengan Tunku Hazreen di kaf dan luruh terus hati bila dimaklumkan yang Qamra Ain berjaya menempatkan diri sebagai doktor pelatih.
Kenapa awak emo sangat ni! Giliran Qamra Ain pula meninggi suara sedikit. Keras kedengaran bunyinya. Sama intonasinya 12 tahun dulu, di hadapan lelaki yang menghancurkan cinta dan kehidupannya.
Sebab katanya terus terhenti di situ. Sebab aku sayangkan kau, Qamra. Sayang yang melebihi diri aku sendiri.
Selama 7 tahun saya bersusah payah habiskan pengajian, Sein. Ini cita-cita saya. Cita-cita arwah Babah saya yang mahukan saya memegang status doktor. Saya bekerja di sini sementara aje, Sein. Duit gaji yang saya dapat semata-mata untuk pengajian. Kini, saya gembira. Akhirnya impian arwah Babah terlaksana sudah. Saya harap awak faham, cerita Qamra Ain menjelaskan kedudukan yang sebenar.
Dia harap agar Tunku Hussein mengerti yang dia tak pernah ketepikan jejaka ini dalam setiap hari-hari yang mereka lalui bersama. Dia bersyukur, walaupun gagal dalam temuduga minggu lepas pihak THSC masih lagi memberi peluang untuk berkhidmat di sana. Bukankah itu satu rezeki untuknya Takkan dia harus menolak kerana sayang untuk tinggalkan Mels E
Qamra Ain mencapai mel-mel yang masih berada di dalam troli. Malam ini dia perlu menghabiskan pengasingan mel. Hanya tinggal sehari saja lagi sebelum perkhidmatannya berakhir di Mels E. Tiga tahun dia berada di sini. Pelbagai kisah suka dan duka. Lusa, bila mentari mula memancar sinar dia bakal harungi cabaran hidup yang baru.
Mels E sudah diibaratkan seperti rumah keduanya. Lebih-lebih lagi sejak kehadiran Tunku Hussein yang teguh menemani setiap malam menghabiskan waktu mengasingkan mel bersama. Kadangkala jejaka ini juga yang menghabiskan saki baki kerjanya di kala sibuk menyiapkan tugasan pengajian.
Saya sokong cita-cita awak, Qamra malah saya bangga dengan kejayaan awak. Cuma saya takut awak lupakan saya bila awak sibuk dengan doktor lelaki yang lebih kacak bergaya dari saya yang selekeh. Jeles rupanya!
Saya takkan pernah sekali pun lupakan awak, Sein. Terima kasih sebab awak selalu ada bersama saya. Awak juga yang telah mengusir sejarah hitam yang pernah menghuni dalam hati saya ni. Awak jangan bimbang, Sein. Awak tetap dalam ingatan, sampai bila-bila... pujuk Qamra Ain serta meletak semula mel-mel di dalam troli.
Lirikan redup sepasang mata hazel Tunku Hussein singgah ke wajah suci gadis yang teramat dicintai dalam diam. Begitu lama tempoh masa yang perlu diambil untuk merangkul cinta suci Qamra Ain. Pelbagai dugaan dan cabaran untuk menjadi Qamra Ain sebagai kekasih hatinya.
Tiga tahun juga dia mencuba singgah di hati perawan ini dan selama itu juga dia berjaya mengikis peristiwa tragik yang menghantui diri Qamra Ain. Namun begitu, hanya satu yang masih dia terkilan. Ungkapan cinta dari Qamra Ain! Itu yang masih dia ternanti-nanti hingga ke saat ini.
Dia sanggup tunggu walau berapa tahun lagi untuk mendengar ungkapan cinta dari Qamra Ain. Dia rela menanti. Biarlah sampai bila dia harus tunggu. Mungkin gadis itu masih trauma dalam menjalin hubungan cinta. Dia tak menyalahi Qamra Ain. Kerana cinta, jiwa gadis itu pernah tercalar dan merana. Ini tak bermakna dia harus putus asa menjadikan Qamra Ain miliknya.
Kau tahu, kan yang aku teramat sayangkan kau, Qamra.
Sein berilah saya masa sedetik lebih. Cukuplah buat masa ni, saya lebih selesa kita berkawan. Saya harap awak faham yang cinta buat saya rimas dan lemas!
Saya rela menanti jawab Tunku Hussein ringkas dan akhirnya senyum tawar dilemparkan ke arah Qamra Ain walhal di dalam hati terbit sekelumit rasa hampa.
Gadis itu juga turut tersenyum.
Jom, kita habiskan asingkan mel ni. Oh, lupa nak tanya bila awak report duty
Lusa. Saya ingat nak selesaikan semua kerja dulu sebelum berhenti. Kesian pula awak nanti kena buat seorang.
Qamra, aku CEO kat sini. Aku boleh kerah sesiapa saja selesai kerja kau! Bisik hatinya.
Sedang ralat mereka bertungkus-lumus menyiapkan tugasan masing-masing, kedengaran telefon berkumandang di dalam poket seluar jeans Tunku Hussein. Terus dia menyeluk poket lalu mengeluarkan SG N5 yang masih tak berhenti berdering.
Qamra, sekejap ya Pintanya dan berganjak jauh sedikit beberapa tapak dari tempat gadis itu mengasing mel tadi.
Tunku Hussein pantas menekan butang call, Yes, this is Tunku Hussein speaking.
Okay, thanks for your info. Will be there about half an hour.
Tunku Hussein mematikan terus talian. SG N5 dimasukkan semula ke dalam poket seluar jeans sambil mengatur langkah mendekati Qamra Ain semula. Mel-mel yang ditinggal tadi dikutip dan menyambung semula kerja mengasing mel yang tergendala tadi.
Qamra, awak temankan saya dinner boleh Saya tempah restoran untuk awak. Sempena meraikan kejayaan awak, Dr. Qamra Ain, ujar Tunku Hussein. Mereka saling senyum-menyenyum.
Masing-masing punyai persamaan, senyuman yang ada lekuk di kedua-dua belah pipi.
Boleh, tapi kita kena habiskan kerja yang ada ni dulu.
Orait! Eh! Lupa nak tanya awak, hospital mana awak report duty esok Boleh saya hantarkan naik skuter.
THSC. Saya terus lapor diri dengan VP.
Aaaa apa THSC! Soal Tunku Hussein sekali lagi, takut kalau-kalau tersalah dengar.
Qamra Ain mengangguk beberapa kali. Ternyata memang betul pendengarannya.
THSC Hospital Papa aku Kenapa, hospital tu pula! Kenapa tak hospital lain yang melambak di KL ni Parah ni! Tak jadi aku nak hantar kau, Qamra. Rein ni pun satu, kenapa tak bagitau aku semalam!
Yang lebih parah lagi adalah Qamra Ain, bakal menjadi mangsa si kuku besi Tunku Raffzul. Mangsa penyingkiran seperti yang pernah dilakukan pada doktor-doktor yang terdahulu.
Gulp!