TAKAFULMAN - 49
Dalam tempoh 10 bulan ni, aku dah kontrak kan 18 orang ahli TAKAFULMAN baru.

Semua jadi handal

Tak. Tak semua jadi handal.

Ada beberapa orang menarik diri kerana tidak bersedia untuk berhadapan tanggungjawab tambahan.

Mereka, di peringkat awal seperti juga yang lain (yang get thru dan menghasilkan significant progress) ada kehendak dan keperluan hidup untuk dipenuhi.

Malangnya kemahuan itu tidak cukup kukuh, lalu akhirnya mengembalikan mereka ke tempat di mana mereka belum bermula.

Seperti kata-kata cerdik pandai;

Bagaimana boleh kita mencapai sesuatu yang belum pernah kita rasa, kalau kita tidak sanggup berbuat perkara yang tidak pernah kita fikirkan

***

Perubahan mesti melalui tembok paradox yang bermakam Instertellar.

Aku mahu keluar dari segala kesibukan yang menghamba masa. Aku mahu jadi bebas seperti kumpulan TAKAFULMAN itu

Setelah diajar dan dia meniti tembok paradox menuju dunia masa depan; lalu dia mengeluh.

Kesibukan sekarang terlalu binatang! Aku tidak punya masa untuk apa apa lagi di dunia ini melainkan mensyukuri perkara Taqdir yang terhidang di depan mata. Nasib menemukan aku ke jalan buntu

Berbeza dengan kumpulan yang menang melawan paradox; mereka teguh.

Kesibukan sekarang terlalu binatang! Aku tidak punya masa rehat, kerana rehatku harus aku telanjangkan demi kerja-kerja Takaful yang mulia. Itu adalah Taqdir yang aku pilih supaya di waktu hadapan, aku bisa mengkulikan masa untuk tunduk patuh kepada perintahku

Ibarat kata cerdik pandai,

Bagaimana boleh kita mencapai sesuatu yang belum pernah kita rasa, kalau kita tidak sanggup berbuat perkara yang tidak pernah kita fikirkan

Yang membunuh potensi manusia itu adalah angan-angan tanpa kesanggupan!