Kerana aku nak kisah cinta kami ada bahagia di pengujungnya, jawab Malena.
Dengan perlahan, Malena berjalan ke arah aku dan kucup aku dengan penuh perasaan cinta. Malena tanggalkan butang bajuku dan kucup dadaku. Malena tanggalkan tali pinggang aku dan masukkan tangannya ke dalam seluarku. Cair aku dibuatnya. Sejurus itu, kami sudah terbaring di atas lantai menggali nafsu masing-masing, di hadapan sebujur mayat. Selepas penat, aku terus terlelap di atas lantai di mana kami baru sahaja menjalani adegan ranjang kami. Apabila aku bangun keesokan paginya, mayat itu sudah tiada lagi. Malena masuk ke dalam bilik dengan dua cangkir kopi di tangannya.
Dengan secangkir di sebelah tangan, Malena bersuara: Minumlah sebelum kopi ni sejuk.
Apa dah jadi dengan sebelum aku habiskan ayat aku, Malena memotong dengan menjawab: Saya dah uruskan semuanya semasa awak tidur lena. Apa yang awak kena buat ialah buat laporan polis.
Seperti yang diarahkan Malena, Aku pun ke balai polis. Aku beritahu yang isteri aku hilang dan aku tak dapat jumpa dia di mana-mana.
Beberapa hari selepas itu, sepucuk surat sampai ke rumahku. Ianya daripada isteri aku. Dia tidak lagi cintakan aku Perkahwinan kami berdua jadikan dia sengsara Dia merasakan seperti seekor burung di dalam sangkar yang merayu minta dilepaskan Dia pun sudah menjumpai lelaki yang membawa bahagia dalam hidupnya yang sengsara itu Dia mahu habiskan sisa hidupnya di tangan jejaka itu.
Isteriku tulis: Lupakan yang saya ini wujud dalam hidup awak. Lupakan yang kita pernah berkahwin. Bila saya berkahwin dengan awak, saya memang percaya yang awak akan jadi lelaki pertama dan terakhir yang saya cintai. Mungkin kita tidak ditakdirkan untuk mencintai hanya seorang sahaja dalam hidup kita.
Aku tunjukkan surat itu kepada polos. Aku tunjukkan surat itu kepada kawan-kawan aku dan kepada temanteman dia. AKu juga tunjukkan kepada saudara-mara aku dan saudara-mara dia.
Isteri aku tak hilang, kata aku.
Dia tinggalkan aku.
Mereka semua percaya tipu-helah yang tertulis dalam surat itu. Isteri aku tidak menulis satu perkataan pun dalam surat itu. Malena yang mengarang surat itu.
****
Awak pernah tonton cerita Silence of the Lambs
Ya.
Awak tahu tak watak Hannibal dalam filem tu
Ya.
Sama aje. Saya makan daging manusia. Saya makan setiap bahagian badan dia. Taka da apa yang tinggal. Saya tak rasa polis akan dapat cari apa-apa.
Melihat kepada ekspressi muka aku, Malena ketawa terbahak-bahak.
Kadang-kadang awak ni kelakarlah, kata Malena.
Awak ni percaya apa yang saya kata dan itulah sebab saya sayang kat awak.
Macam-macam cerita liar Malena buat dan apa yang dia sudah lakukan kepada mayat isteri aku. Namun, semua cerita liar dia punya persamaan.
Kebenaran selalunya akan hilang. Dalam salah satu cerita liarnya, Malena berkata teman baiknya memiliki sebuah kolam renang yang penuh dengan piranha dan membuangkan Malena telah membuangkan mayat isteri aku dalam kolam renang itu.
Piranha dah makan semuanya dan tak ada apa yang tinggal, Malena berkata sambil ketawa.
Cerita lainnya bila Malena memberitahu aku bahawa dia sudah menjual mayat isteri aku ke syarikat farmasi yang selalu memerlukan mayat-mayat untuk tujuan penyelidikan.
Lumayan juga mereka bayar untuk dapatkan mayat, kata Malena sambil mengenyit ke arah aku.
Banyak kali juga aku naik berang mendengarkan ceritacerita liarnya. Aku perlukan kebenaran dan aku tidak memperolehinya. Tetapi, aku tidak boleh ada perasaan marah terhadap Malena. Dia memang tahu bagaimana untuk memenangi hari aku.
Saya suka bila awak marah kata Malena sambil meletakkan kepalanya di dada aku selepas salah satu sessi asmara kami.
Awak nampak lebih kacak bila mula jadi marah, tambah Malena lagi.
Awak memang tak akan cerita yang sebenarnya pasal mayat isteri saya kan Tanya aku.
Saya sentiasa bercerita benar sungguh pun bila saya berbohong, jelas Malena.
Nah, macam nilah awak, berkias-kias, kata aku.
Kenapa awak beriya-iya sangat nak tahu cerita sebenar ni Sayang, kebenaran ni tak syok. Kebenaran ni tak penting. Apa yang awak perlu tahi ialah isteri awak sudah tidak ada lagi dalam hidup kita. Bergembiralah. Janganlah risau tentang perkara lainnya, jawab Malena sebelum melekatkan bibirnya ke mulutku dengan ghairah.
****
Selagi lelaki wujud, perempuan akan hidup merana. Itulah motto yang isteri aku percaya bila dia tidak berkahwin dengan aku. Dia dari sebuah kumpulan kawan-kawan yang bencikan kaum lelaki sama seperti Hitler bencikan kaum Yahudi. Jika mereka berkuasa, mereka sudah tentu akan hapuskan spesis aku ini. Mereka mahukan dunia ini tanpa lelaki.
Kami bertemu buat pertama kali di kolej. Aku belajar untuk menjadi tikang masak sedangkan dia mahu menjadi pelukis. Bagi aku, cinta kami pandang pertama. Tetapi, cinta dan lelaki tidak ada tempat dalam hidupnya.
Saya dah tengok ramai wanita yang lupakan impian mereka hanya kerana cinta, katanya.
Akhirnya mereka pakai apron dan buat kuih untuk suami mereka. Saya tak akan jadi seperti mereka.
Dia pulangkan semua surat cintayang aku utuskan buatnya. Dia buang semua bunga dan hadiah yang aku hadiahkan untuknya ke dalam tong sampah. Tetapi aku tidak pernah berhenti memujuk. Aku bekerja keras untuk menambat hatinya. Aku bekerja keras untuk menjadikan dia sebagai isteri aku. Aku bekerja keras untuk menjadikan dia ibu kepada anak-anak aku.
Bila saya pergi memburu, saya jarang balik tangan kosong, aku beritahu dia.
Dia mendapati kerja keras aku ini sesuatu yang menarik, mempesonakan dan sangat seksi. Lama-kelamaan dia izinkan saya untuk menari-nari dalam hatinya,
****
Kisah cinta kami sepatutnya berakhir dengan kebahagiaan. Tetapi aku telah buat satu kesilapan. Aku kenalkan perempuan yang aku cinta itu kepada ibuku. Kadang-kadang, perempuan yang dibiarkan boleh jadi rumit dan begitu juga ibuku.
Sejak kami ditinggalkan bapa, dunia ibu aku berlegarlegar di keliling aku. Ibuku tidak pernah suka kepada kawan-kawan yang aku rapati. Ibu hanya mahu satu sahaja kawan mendampingi aku, dan itu adalah diri dia. Ibu aku jadi pengawal tegar. Lemas aku dibuat oleh ibuku dengan kasih sayangnya yang berlebih-lebihan. Sering berlaku tekanan di antara aku dan ibu. Aku mahukan kebebasan. Di mahukan teman. Perasaan benci aku bertambah dari sehari ke sehari.
Kaulah segalanya, Kenapa aku tak boleh jadi segalanya untuk kau Tanya ibu.
Pada saat aku menjadi dewasa, aku membuat keputusan untuk tidak sebumbung dengan ibu lagi.
Kau nak tinggalkan aku macam bapak kau kata ibu dengan marah.
Mak, tolong drama sangat. Saya bukannya nak tinggalkan mak. Saya akan lawat mak kalau senang, jelasku.
Ibu membuat setiap helah yang ada dalam buku tipu helah yang dibelinya, daripada menangis hinggalah pujuk rayu agar aku dapat mengubah fikiran. Tetapi semuanya gagal. Aku hanya perlukan suatu jarak di antara aku dan ibu. Aku hanya mahu ibu berhenti menjerut aku dengan tindak-tanduknya. Jadi, aku tidak terkejut apabila ibu bencikan semuanya tentang perempuan yang aku cintai. Dia bencikan dari rupa paras hinggalah ke cara kawan aku berkata-kata.
Mak, saya tahu mak mahu saya menyintai mak dan tidak orang lain, kataku.
Saya tak boleh jadikan mak segala-galanya buat saya sebab saya ada keperluan yang mak tak boleh penuhi. Saya pasti agama pun tak benarkan mak tidur dengan saya.
Dia menempeleng aku. Aku ketawa besar seperti kena histeria.
Berambus kau, jerit mak dengan marah.
Berambus kau dari rumah aku, berambus kau. Aku tak nak tengok muka kau lagi.
****
Dua tahun selepas itu, ibuku kembali. Wanita yang aku cintai sudah pun menjadi isteriku dan pada ketika itu, kami sedang menunggu kelahiran anak sulung. Ibuku tidak sabar-sabar menjadi nenek. Dia terlalu mahukan menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Tteapi, aku sendiri masih belum bersedia untuk menerimanya kembali dalam hidup kami.
Jangan kahwin lelaki yang bencikan ibunya kerana dia akhirnya akan membenci kamu, kata isteriku dalam gurauan.
Saya tak mahu awak benci saya, jadi awak kenalah berbaik-baik dengan mak awak. Lagi pun, elokkan kalau anak kita dapat kasih sayang neneknya. Maafkan aje mak awak tu. Jadikan dia keluarga kita.
Dengan rasa berat, aku terim nasihat wanita yang aku cintai. Dan itulah kesilapan terbesar yang aku pernah buat sepanjang hidup aku.
****
Kebanyakan menantu tidak sukakan ibu mertua mereka. Tetapi isteri aku ini menjadi teman akrab ibu aku. Mereka sering luangkan masa bersama. Di bawah pengaruh ibu, isteri aku banyak berubah. Ada ketika itu isteri kau punya impian yang amat tinggi. Dia mahu jadi seorang pelukis terkenal. Sebagai hadiah perkahwinan kami, aku binakan sebuah pondok di halaman rumah supaya dia dapat menghabiskan masanya berjam-jam dengan melukis.
Tetapi, impian itu rupa-rupanya seperti hangt tahi ayam. Dia jadikan pondok itu sebagai tempt permainan anak kami. Isteri aku ini sebenarnya seorang yang pandai bercakap. Tetapi sekarang tidak lagi. Dia menjadi seorang isteri yang mendengar kata suami dan matlamat utamanya dalam kehidupannya adalah untuk menjadikan aku gembira. Isteri aku menjadi seorang wanita yang dia sendiri tidak sukakan wanita yang lupakan cita-citanya atas nama cinta, dan akhirnya memakai apron dan membuat kuih untuk suaminya.
Aku dan latih isteri kamu untuk jadi isteri yang lebih baik untuk kau dan ibu yang lebih untuk anak kau, kata ibu dengan bangganya.
Ibu aku, seorang wanita yang aku bencikan, telah menukar wanita yang aku cintai. Aku sudah tidak kenal ibu aku ini. Dia sudah seperti menjadi seorang yang asing bagiku. Dengan perlahan-lahan, aku mula membenci wanita yang aku cintai itu. Apakah yang anda akan lakukan apabila anda benci wanita yang kau cinta
****
Tuhan punya masalah ego. Kenapa kita perlu sentaisa menyembah Dia Saya tak boleh percaya pada Tuhan yang mahu kita sentiasa puji Dia.
Itulah kata-kata isteriku tatkala kita keluar bersama. Tetapi sikap keibuannya telah menukarnya secara drastik. Ibuku membawa isteri aku ini ke salah satu gereja bagi mendengar khutbah dan isteri aku secara tiba-tiba tertarik dan curahkan kasih-sayangnya kepada Tuhan.
Saya mahu syurga, kata isteriku ini.
Saya mahukan syurga buat suamiku. Saya mahukan syurga buat anakku. Ikutilah jalanyang Tuhan telah pilih, maka syurga akan dianugerahkan kepada kita.
Isteri aku seolah-olah dilahirkan sebgai Kristian semula. Dia juga seolah-olah membawa aku untuk percaya kepada keagungan Nabi isa dan gereja.
Awak tak mahu ke anak awak membesar dengan nilainilai agama Tanya isteri aku.
Awak tak mahu ke anak awak ke syurga Awak mesti jadi alim sekurang-kurangnya demi anak awak ini.
Saya sentiasa mengizinkan isteri yang aku cintai ini untuk menetapkan jalan hidup aku. Aku boleh tertinggal membayar cukai tetapi tak mungkin untuk aku meninggal daripada menghadiri upacra gereja pada hari Ahad. Aku aka berpura-pura teruja dengan malaikat, syaitan, syurga dan neraka. Di dalam jiwa ini, aku rasa teramat sengsara. Ini bukanlah hidup yang ku inginkan. Aku benci Tuhan. Aku benci agama. Aku bencikan gereja. Dan yang paling penting, aku benci isteri aku.
****
Saya bukan hanya hilang ibu mertua saya. Saya hilang seorang mentor. Saya sudah hilang teman baik saya.
Itulah kata-kata isteri aku semasa pengkebumian ibuku. Aku langsung tidak berminat untuk memberikan eulogi ibuku. Tiada apa yang baik-baik aku mahu katakana tentang ibu aku ini. Nasib baik isteri aku ambil alih. Isteri aku sujud tatkala jasad ibuku lalu.
Jiwa saya kosong sebelum ini, kata isteri aku.
Tetapi sejak saya kenal ibu mertua saya, saya tidak lagi sesat. Dialah malaikat yang menyelamatkan jiwa saya. Saya menjadi manusia yang lebih baik. Saya tak punya ibu mertua di sebelah saya lagi. Tetapi apa yang dia telah ajarkan tidak akan hilang dari jiwa ini.
Memang, ada kebenaran juga dalam apa yang isteri aku katakan. Ibu sudah meninggal dunia tetapi tidak pengaruhnya. Isteri aku telah menjadi fotokopi ibu aku. Wanita yang aku benci, ibu aku telah menakluki jiwa wanita yang aku cintai, isteri aku.
****
Saya ak boleh kawal perasaan saya terhadap awak Saya dilahirkan untuk menyintai awak dan tidak ada orang lain.
Malena memberi pengakuan dengan berani dan tanpa segan silu tentang cinta dia kepada aku.
Malena mahukan aku. Malena inginkan aku bersamanya.
Pabil cinta itu bukan kegilaan, ia bukanlah cinta, kata Malena.
Jangan kejar saya., saya tidak akan menjadi kekasih awak walau apa pun terjadi, kataku dengan tegas.
Bila saya pergi berburu, jarang saya pulang dengan tangan kosong, balas Malena.
Malena tak putus-putus cuba memujuk aku. Malena tak putus-putus menggoda saya. Malena tidak pernah berhenti untuk mengutus surat-surat cinta kepada aku. Malena sememangnya bersungguh-sungguh untuk mejadi kekasih hati aku.
Tulis Malena: Saya mencintai seorang lelaki dan saya tidak boleh miliki. Dan awak punya seorang wanita dan awak tidak boleh cintai. Tragik sungguh kehidupan yang kita berada sekarang.
Pada suatu malam yang dingin dek hujan, aku menjadi lemah dan izinkan Malena tidur disamping aku.
Awak dilahirkan untuk merosakkan saya, kan, kata aku.
Malena tulis puisi tentang aku. Malena lukiskan potretku. Aku tak pernah merasa dicintai sebegini. Aku tidak lagi sengsara. Apabila kamu dilamun cinta, kami tidak lagi menjadi sengsara.
****
Kali pertama Malena menambat mataku semasa aku hadiri pameran lukisannya yang pertama. Malena pertunjukkan sebuah lukisan yang menggambarkan pertalian antara Tuhan dan manusia. Lukisannya menukilkan kisah manusia yang sudah jelek dengan Tuhan mereka yang sering mahu mereka sujud dan memujiNya setiap kali. Mereka menakluki syurga, menangkap Tuhan dan memenggal leherNya.
Malena akhiri siri lukisannya dengan tulisan: Lelaki tidak akan merasa bebas sehingga ketuanya dipenggal hingga mati.
Lukisan-lukisannya amat menakjubkan tetapi tulisantulisannya itu sukar untuk dimengerti. Ramai yang tidak dapat menerima hakikat bahawa Tuhan tidak sepatutnya digambarkan sebegitu rupa. Ada yang menyumpah Malena. Tetapi Malena tidak mengendahkannya. Malena suka akan kucar-kacir yang dibuat. Malena memberitahu aku: Saya dapati semua agama yang ada punya satu kesamaan. Semuanya menjengkelkan.
Dua hari kemudian, paderi di gereja ami melawat Malena dengan tujuan untuk memperbetulkan aqidahnya. Betaubatlah! Tuhan akan mengampuni kau dan kau ada peluang untuk masuk syurga, kata paderi itu.
Tapi saya tak mahu ke syurga, Malena berkata.
Kenapa pulak Tanya paderi keliru.
Sebab di syurga tak ada orang-orang yang menarik, Malena menjawab sambil ketawa berdekah-dekah.
****
Melena seorang pelukis, aktivis dan seorang yang suka melawan juga bersifat feminis. Malena pernah dihumban ke dalam lokap beberapa hari kerana terlibat dalam demonstrasi jalanan. Malena percaya kepada keperluan untuk mengutuk ketidakadilan dan menjadikan dunia ini sebuah tempat yang lebih baik untuk hidup.
Malena bukannya jenis wanita yang berfoya-foya kepada muzik masa kini. Aku sukakan sifat keasliannya yang suka melawan itu. Bukan hanya itu, aku sukakan semua sifat yang ada pada Malena.
Perempuan yang berperangai elok tidak patut dipenjarakan, aku mensinisnya.
Saya tak mahu jadi perempuan elok, kata Malena.
Setiap perempuan nak perangai elok, kataku.
Bukan saya. Saya mahu cipta sejarah dan perempuan yang perangainya elok tak selalu cipta sejarah, kata Malena dengan senyum lebar.
****
Kami mengambil langkah amat berhati-hati dalam mempastikan tidak ada sesiapa pun dapat mengetahui perubungan kami, terutama sekali isteri aku. Tetapi aku cuai. Malena pun cuai juga. Isteri aku terjumpa suratsurat cinta yang Malena tulis kepada aku. Isteri aku juga terjumpa lukisan-lukisan bogel aku yang Malena lukiskan.
Isteri aku jerit; Sampai hati awak biarkan anak kita lukis awak berbogel.
Macam mana awak boleh setubuh dengan anak sendiri
AKu cuba terangkan kepada isteri aku yang perhubungan aku dan Malena bukanlah perhubungan sumbang mahram biasa.
Kami dilahirkan untuk saling mencintai, ujarku.
Penjelasan aku itu lebih menjengkelkan isteri aku. Jerit isteri aku: Saya akan buat laporan polis. Saya akan pastikan awak hidup di penjara sampai mati. Saya pastikan awak tidak akan berjumpa dengan anak kita lagi.
Dengan tidak semena-mena, Malena muncul dari entah mana bersama tukul besi di tangannya. AKu hanya etngok sahaja Malena memukul isteri aku, ibunya bertubitubi hingga mati. Aku tidak berbuat apa-apa pun. Aku sentiasa izinkan perempuan yang aku cintai ini mengatur kehidupanku.