Mencari Kiblat Cinta - 50
Dalam mimpi kamu, di mana kamu berada ketika itu Suara Doktor Hisyam kembali bermain di kepalanya. Dia masih ingat doktor lelaki kenalan ayahnya yang berusia hampir 50 tahun itu. Lelaki itu adalah antara orang yang paling rapat dengannya dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Tubuh saya di dalam air. Reaksinya terhadap pertanyaan doktor itu.

Di dalam air

Aliff mengangguk. Saya tak boleh bernafas. Badan saya ditarik-tarik oleh sesuatu. Dalam mimpi itu, saya seolah-olah lemas. Dia berterus terang.

Doktor itu tidak memberi sebarang ulasan. Setiap kata-katanya hanya dicatat di dalam sebuah buku kecil berkulit hitam yang kerap dipegang lelaki itu.

Ada apa-apa lagi yang Aliff nak tambah

Dia termenung panjang. Kepalanya ligat memikirkan setiap peristiwa yang berlaku di dalam mimpi-mimpi yang dialaminya. Sejurus dia memandang lelaki itu kembali.

Ada seorang perempuan. Ujarnya.

Kata-katanya menimbulkan minat Doktor Hisyam. Mata lelaki tua itu menujah ke wajahnya terus menerus.

Perempuan

Dia mengangguk.

Aliff nampak wajah dia

Dia menggeleng. Wajah perempuan di dalam mimpinya selalu hadir dengan imej kabur. Dia hanya mengingati rambut panjang ikal perempuan itu yang hampir menutup wajah.

Apa yang perempuan tu buat dalam mimpi Aliff Soal Doktor Hisyam lagi.

Dia muncul secara tiba-tiba. Dan setiap kali dia muncul, dada saya sakit seperti mahu pecah doktor. Bisik Aliff. Matanya merenung jauh cuba menggali wajah kabur di dalam mimpinya. Berkali-kali dia mencuba, namun dia tidak pernah berjaya melakar wajah itu di dalam memorinya. Tidak walaupun sekali!

Kelopak matanya tertutup rapat. Fragmen sesi terapinya bersama Doktor Hisyam cuba dihalau jauh-jauh. Mimpi ngeri yang kerap mengganggu fikirannya cuba dilupakan dari pelupuk minda. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Namun setiap kali dia cuba bertanya pada ayahnya, lelaki itu tidak pernah memberikan jawapan yang pasti.

Aliff tak boleh tidur Satu suara menyapa dari suatu arah. Dia berpaling. Filman terpisat-pisat memandangnya dengan mata merah. Entah sejak bila lelaki itu terjaga, dia sendiri kurang pasti.

Abang tidurlah di bilik abang. Aliff tak apa-apa. Ujarnya lalu tersenyum hambar. Kasihan pula dia melihat lelaki itu tidur dalam keadaaan tidak selesa di biliknya.

Tak apa, abang nak temankan Aliff malam ni. Ujar Filman. Dia bingkas bangun lalu mendekati adiknya. Bahu Aliff ditepuk lembut.

Aliff fikir apa sebenarnya ni Kalau ada sesuatu mengganggu fikiran Aliff, Aliff patut kongsi dengan abang. Abang nak Aliff percayakan abang. Pujuk Filman, sekaligus mahu memprovok anak muda itu bercerita.

Siapa sebenarnya Aliff ni bang Mata Aliff kini beralih ke wajah Filman.

Filman terkedu.

Macam mana Aliff nak bercerita dengan abang kalau Aliff sendiri tak tahu siapa diri Aliff ni. Dari mana asal usul Aliff Siapa mak ayah Aliff yang sebenarnya Keluh Aliff rungsing.

Aliff, kalau kami tahu, tentu sudah pasti kami akan beritahu Aliff segala-galanya. Tapi percayalah, kami memang tak tahu apa-apa fasal Aliff. Begitu juga dengan ayah. Dia yang jumpa Aliff ketika itu. Dia yang selamatkan Aliff. Pujuk Filman tenang.

Doktor Hisyam kata, semua serangan-serangan yang Aliff alami disebabkan oleh trauma pada sesuatu. Tapi kenapa Aliff tak boleh ingat apa-apa pun tentang masa lalu Aliff bang Apa sebenarnya yang berlaku pada Aliff Soal Aliff rungsing. Dia benar-benar tidak keruan kali ini.

Menyedari mendung yang berpupuk di wajah anak muda itu, Filman menghela nafas panjang. Alangkah bagusnya jikalau dia boleh meleraikan sengketa yang bertapak di fikiran Aliff. Namun dia benar-benar tidak mampu menyelesaikan segala kekusutan anak muda itu. Kasihan Aliff!

******

SEJAK awal pagi lagi, Filman sudah tercongok di hadapan taska yang bercat dengan warna-warna terang. Di bahagian hadapan rumah, lukisan-lukisan mural watak-watak kartun terkenal menjadi hiasan dinding. Jika dia ke situ, memang matanya mudah tertarik pada watak-watak kartun Snoopy dan Minnie Mouse yang terpampang pada sebahagian besar dinding-dinding di taska tersebut. Comel sungguh! Puji Filman tidak lekang dari bibir.

Sesekali dia mengerling Melia yang tersenyum ceria menanti di dalam kereta. Sejak semalam, anak gadisnya itu tidak sudah-sudah bersorak gembira apabila dia memberitahu yang mereka akan berkelah di pantai Port Dickson hari ini. Malah belum sempat dia mahu menyambung ceritanya, Melia sudah merengek-rengek mahu mengajak Danira bersama. Itulah sebabnya dia memberanikan diri menghubungi gadis itu. Mulanya dia tidak yakin gadis itu akan sudi memenuhi pelawaannya, namun otaknya lebih licik menggunakan helah agar Danira tidak menghampakan harapan anaknya Melia. Kerana itu dia mengambil keputusan menghubungi Kamila terlebih dahulu. Dan anehnya, hatinya entah kenapa dipenuhi bunga-bunga harapan untuk menemui gadis itu semula.

bersambung

Bab akan datang:

Sejauh manakah hubungan Filman bersama Danira pada masa akan datang Akan terbitkah rasa sayang terhadap Danira