Aku, Dia Dan Somtam - 50
BAB 50

ANIS letak betik muda di tepi kabinet dapur. Esok dia perlu hantar ke gerai makcik Senah. Dia pandang jam. Hampir maghrib.

Imran masih belum pulang. Entah ke mana dia merayap. Anis melangkah malas ke bilik. Usai solat maghrib, dia menyambung baca halaman Quran yang ditanda. Dia baca dengan terjemahannya sekali. Ayat 2 dan 3 dari surah Al-Ankabut itu dibaca perlahan. Cuba memahami apa yang tersirat.

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji

Memang benar. Aku mengaku aku telah beriman sedangkan aku kalah bila diuji dalam pernikahan begini. Aku hamba Allah yang lemah. Luaran memang nampak tabah tapi aku simpan rasa sedih dalam hati Anis mula sebak. Naskhah Quran ditutup dan dicium lembut.

Ya Allahtabahkan hatiku menempuhi dugaan dan ujian Mu. Mungkin pernikahan ini memberi seribu hikmah kepada aku melayari tanggungjawab ku sebagai isteri walaupun tidak dihargai.

Anis meraup muka perlahan. Lama dia bersimpuh di atas sejadah hijau hadiah di hari pernikahan dia dulu.

Tok! Tok! Tok!

Anis berpaling ke arah pintu. Dia bangun malas menuju ke muka pintu. Tombol pintu dipulas perlahan.

Awak..bila balik Anis pandang Imran yang senyum di muka pintu.

Baru jeawak dah solat

Err..baru sudah. Anis berkata perlahan. Mata Imran masih melekat padanya. Anis menelan liur. Dia dapat rasa pandangan mata Imran begitu mempesona.

Oh.. Imran mula berlalu pergi menuju ke biliknya di hujung koridor.

Anis hanya melihat tingkah Imran. Suaranya macam tiada semangat. Apa kena pulak dia ni Lemah je. Anis melipat telekung di atas sejadah. Dia mula menapak ke ruang dapur. Imran tentu lapar.

Selesai masak, Anis hidang siap-siap di atas meja makan. Menunggu Imran turun. Sementara menunggu, dia mengupas betik muda untuk dibuat somtam nanti.

Awak masak apa

Anis mendongak. Terkejut dengan teguran Imran. Pisau di tangannya hampir jatuh. Imran sudah siap dengan baju melayu dan kain pelikat. Hmm..dah solat agaknya tu. Dia meneka.

Nak makan Anis bermanis muka.

Imran angguk. Dia mula duduk.

Anis mula mencedok nasi ke dalam pinggan.

Awakbetul ke awak nak belajar kat sana Imran mula bertanya hal pengajian Anis.

Ya kenapa Anis jeling Imran sekilas.

Tak adalahdah bagi tahu mama

Anis geleng. Dia sendiri tidak tahu macam mana nak beritahu semua tu pada ibu mertua dan keluarga Imran yang lain.

Err..makanlah ulam tu. Sambal belacan pun saya ada buat tu. Anis hulur pinggan ulam dan sambal belacan kepada Imran.

Awak tak makan sekali Tanya Imran lagi.

Saya dah kenyang. Tadi saya keluar ke pasar. Jumpa Sarah kejap. Dah lama tak jumpa, jadi saya ajak dia makan sekali tadi di restoran. Maaf sebab saya tak bagi tahu awak pasal jumpa Sarah. Anis teringat dia hanya minta izin pergi ke pasar saja.

Oh.. Imran mula menjamah makanan.

Anis pula hanya senyum melihat Imran begitu berselera cicah ulam pegaga dengan sambal belacan. Gulai ikan tongkol pun habis satu pinggan. Dua pinggan nasi habis dimakan. Puas bila dapat melayan suami.. Suami Entahlah..terasa istilah suami isteri tidak wujud antara mereka berdua.

Awak tak nak tanya ke, saya ke mana tadi Imran pandang Anis yang tidak pernah menyoal ke mana dia pergi, balik pukul berapa dan apa yang dia buat. Mungkin Anis terlalu mengikut perjanjian itu.

Itu hal awak. Kita buat hal masing-masing. Jadi saya tak berhak tanya semua tu. Awak juga yang buat perjanjian tu kan Anis ingatkan semula perjanjian itu pada Imran kalau-kalau dia sudah lupa.

Imran habiskan nasi dalam pinggan. Dia bangun ke sinki membawa pinggan yang telah digunakan tadi.

Eh! Tak payah basuh. Biar saya yang basuh. Awak rehatlah kat ruang tamu. Nanti saya buatkan kopi untuk awak. Anis bingkas bangun. Pinggan di tangan Imran segera diambil.

Awaksayasaya.. Imran tundukkan wajahnya. Terasa ada benda tersekat di kerongkongnya.

Kenapa Anis bertanya. Tangannya ligat membasuh pinggan dan membersihkan meja makan. Lauk yang tidak habis, dia simpan di dalam peti sejuk.

Kenapa nimuram je. Belum jumpa gadis idaman ke Anis mengusik. Itu juga perjanjian Imran dulu. Kalau Imran berjumpa dengan gadis idamannya, Imran akan bernikah dengan gadis itu walaupun dirinya masih isteri Imran.

Bermakna bermadu. Kalau tidak, Imran akan lepaskannya atas permintaannya sendiri. Ah! Inilah sebuah pernikahan pelik yang terpaksa ditempuhi.

Imran jeling tajam ke arah Anis. Aku dah mati kutu dia pula nak bergurau.Actually you are my dream girl!! Mahu saja dia menjerit satu dunia tentang siapa gadis idamannya. Namun lidahnya terasa kelu. Keras. Teringat kata-kata Zafran tempohari. Dia perlu bersabar. Kalau bertindak melulu, mungkin dia akan kehilangan Anis buat selama-lamanya.

Belum..sebab tulah saya nak awak stay kat rumah ni lagi. Tak adalah saya kesunyian nanti. Imran cuba mencari alasan yang logik didengar.

Pakcik Imran..nak cari gadis idaman tak perlu tunggu saya ada kat sini atau takbila-bila masa awak boleh cari dan jadikan suri hidup awak. Dengan rupa awak ni, petik jari je awak dapat gadis tu. Awak hanya perlu berterus terang saja. Thats it! Anis mula memberi pandangannya yang juga dikira boleh meretakkan hatinya sendiri bila-bila masa.

Makcik Aniscakap memang senang. Bukan senang nak dapat gadis idaman. Tambah pula zaman sekarang ni. Hipokrit je banyak. Imran geram. Anis macam dah obses dengan perjanjian tu.

Itulah pakcik Imran. Suka tuduh semua perempuan hipokrit macam Natasha tu. Awak kena buka hati dan fikiran awak. Think positive. Bila kita fikir positif, kita akan lihat semua perkara secara positif dan hasilnya juga akan jadi positif. Jadi buang pemikiran negatif dan penuh keladak tu. Cuba lihat sesuatu tu dari sudut yang baik. Anis mula mengeluarkan hujah. Teringat kata-kata dari Prof. Muhaya yang selalu dia lihat dari rancangan Celik Hati di kaca tv.

Huih! Sejak bila awak ni jadi motivator Mana awak dapat semua tu

Nak berhujah tak payah tunggu jadi konsultan atau motivator ke hapa ke Anis menjawab selamba. Malas nak bercerita lebih-lebih.

Imran mula berfikir kata-kata Anis tadi. Anis sibuk mengemas dan menyambung mengupas betik muda. Nak buat somtam agaknya.

Eh, awak jual kat mana somtam ni Imran tukar topik perbualan. Dia mula mendekati Anis yang berdiri di tepi meja makan.

Kat kampus. Ada juga sikit-sikit kat kedai runcit. Kenapa Anis jeling Imran yang semakin dekat.

Tak sangka ya. Awak ni rajin dan bercita-cita tinggi. Awak rasa somtam awak ni boleh pergi jauh ke Imran sengih. Dia berpeluk tubuh.

Kalau saya boleh buktikan, apa awak nak kata Anis mencebik. Imran memang tidak pernah berubah bila menyentuh hal somtam.

Tak adalah..semua ni perlu perancangan yang rapi. Marketing kena bagus, dari sudut kebersihan pula, kenalah jaga. Contohnya ada IMP atau GMP. Semua tu menyumbang kepada penjualan produk nanti. Tambah lagi kalau nak pasarkan ke luar negara.

Penjenamaan tu penting. Takkan nak letak nama somtam je. Taruklah nama komersial sikit. MacamPapaya Salad ke. Ni nama kampung, mana ada standard! Semua tu kena diambil kira. Bukan boleh main bantai je. Makcik Anis faham Imran tersengih lagi.

Anis terdiam. Imran lebih banyak tahu tentang selok belok perniagaan. Yalah, dia sekarang kan dah jadi tuan pengarah.

Hmm..boleh saya rasa sikit somtam awak ni Imran ambil sesudu dan mula mengunyah. Dia pejamkan mata. Menikmati somtam yang dibuat Anis tadi.

Emmada rasa masin, masam, manis, pedas. Tapi dari segi ingredient tu, saya rasa ada kurang sikit. Imran buka mata.

Tersenyum.

Anis jeling Imran yang berlagak seperti penguji makanan. Apa yang kurang

Tengok bahan somtam ni, saya rasa elok awak tambah kacang dan kurangkan udang kering tu. Busuk! Imran tekup hidung.

Awak apa tahu Udang kering nilah yang memberi penyedap pada somtam saya ni. Anis ketap bibir.

Ha..yang ni pun kena kurangkan. Apa nama ni Nampla Imran tunjuk pula pada botol sos ikan yang ada gambar sotong.

Sudahlah! Ikut nasihat awak ni, rosak somtam saya tau tak! Anis suruh Imran ke ruang tamu. Kalau dilayan kata-kata Imran, tak menjadi somtamnya nanti. Geram melihat Imran yang ketawa terbahak-bahak sambil berlalu pergi ke ruang tamu.

Saja je nak kenakan aku! IMPlah! GMPlah! Sini bukannya kilang! Dia yang dok pegang-pegang tu, agaknya dah bertempek bakteria Staphylococcus kat somtam aku! Anis membebel sendiri.

Anis siapkan dua puluh bungkus somtam. Ikutkan hati nak buat sepuluh bungkus saja tapi itu permintaan makcik Senah sendiri. Terpaksalah juga dia buat. Siap semuanya,dia bancuh pula kopi untuk Imran.

Nah! Kopi awak! Anis letak cawan kopi ke atas meja kecil di sebelah Imran duduk.

Awak tak minum sekali ke Imran masih ketawa. Geli hati dapat menyakat Anis tadi. Dari riak Anis, dia sudah dapat meneka yang Anis mati-mati percaya kata-katanya sebentar tadi.

Anis geleng. Tak ada selera. Saya naik dulu. Selamat malam.

Imran senyum lagi. Dia kembali menonton rancangan Wipe Out. Itu saja rancangan yang menarik matanya untuk menonton malam tu.

Anis pula sengaja mengatur langkah perlahan-lahan menaiki anak tangga. Menunggu reaksi Imran meneguk kopi panas yang dia bancuh tadi.

Uhuks!

Anis senyum melihat Imran berlari ke sinki. Rasakan! Senyumannya semakin lebar. Pantas dia melangkah ke bilik.

Tunggu!

Belum sempat dia buka pintu, Imran sudah tercegat di sebelah. Lajunya dia berlari naik Anis tergamam.

Awak bubuh apa dalam kopi Imran tarik tangan Anis.

Itu resepi terbaru kopi saya. Serbuk kopi berperisa nampla dan udang kering! Anis sengih.

Apa

Anis senyum lagi.

Awak sengaja nak kenakan saya ya Imran tarik Anis semakin kuat. Rapat ke tubuhnya.

Tadi awak juga kenakan saya kan Anis tanya balik soalan yang sama.

Imran tidak puas hati. Dia tarik Anis masuk ke bilik. Pintu dikunci rapat.

A..apa awak nak buat ni Anis mula menggelabah.

Saya nak kenakan awak lebih lagi. Imran sengih. Dia rangkul tubuh Anis erat. Pipi putih kemerahan milik Anis diusap lembut.

A..apa maksud awak Anis cuba melepaskan rangkulan Imran. Tiba-tiba tubuhnya ditolak ke atas katil.

Awak jangan cuba nak buat benda tu! Anis semakin menggelabah. Macam merayu pun ada. Ah! Apa-apalah! Janji Imran tidak sentuh aku!

Benda apa

Err.. Anis terdiam. Dia sendiri malu hendak menyebut benda itu. Dia pandang Imran yang semakin rakus menindih tubuhnya. Tidak berani meneruskan kata-kata.

Imran senyum lagi. Tubuh Anis didakap kemas. Lama mata mereka bertaut. Ya Allah..aku memang dah gila dengan isteri aku sendiri.

I love you.. Perlahan Imran menutur.

Erk!

I love you..

Bibir Anis dikucup lembut.

Stop it! Pantas Anis menolak tubuh Imran yang menghempap tubuh kecilnya. Terus saja dia melompat bangun dari katil, macam ada jarum mencucuk-cucuk punggungnya.

Gotcha!! Imran ketawa terbahak-bahak.

Eii..dah gila agaknya.. Anis cepat-cepat berdiri di muka pintu.

Selamat malam! Imran turut bangun dan mula keluar dari bilik Anis. Sempat dia cium pipi putih kemerahan itu sebelum beredar ke biliknya.Ketawanya belum reda.

Anis sapu pipi dengan tapak tangan. Gila! Imran sudah naik hantu! Pintu biliknya dikunci cepat-cepat. Mana tahu Imran masuk sekali lagi. Kalau dah gila seperti itu, apa pun boleh jadi. Dia kena berhati-hati. Perlahan Anis menapak ke katil semula. Bantal dipeluk erat. Degupan jantung terasa kencang. Peluh dingin mula menitik.

Dia kata..I love you Is he mean it Anis putar kembali kata-kata Imran tadi. Nyata Imran hanya bergurau. Kata-kata tadi tak ada makna. Ah.

Eh, Jay online ke Anis pandang komputer riba yang terbuka sejak tadi. Mesej dari Jay muncul.

Mawar Putih > Lama awak tak online

JS > Saya sibuk sikit. Lagipun tak elok saya ganggu awak selalu. Awakkan dah jadi isteri orang.

Mawar Putih > Yalah..tapi tak salah kalau kita hanya berbual pasal agama. Saling berpesan ke arah kebaikan. Betul tak

JS > Betul tu

Mawar Putih > So, apa cerita gajah depan mata awak tu

JS > Saya masih tak mampu berterus terang. Takut dia tolak saya. Dan yang paling saya takut, saya akan kehilangan dia. Mana lagi saya nak cari calon isteri. Awak sanggup ke ganti tempat dia jika ditakdirkan awak berpisah

Mawar Putih >Awak ni..macam awak doakan saya berpisah je

JS > Bukan macam tu. Saya kata kalau..

Mawar Putih > Hmmbelum cuba belum tahu. Awak dah mengalah. Apa perkara pun ada risikonya.

JS > Ok, saya akan cuba. Awak macam mana

Mawar Putih > Maksud awak

JS > Your lifeyour marriage..anything!

Mawar Putih > Tak perlu saya cerita hal rumah tangga pada orang luar. Berdosa saya nanti. Cukuplah saya katakan saya sekarang dalam proses memahami suami saya.

Anis senyum. Memahami suami Apa aku tulis ni Anis garu kepala berkali-kali. Tudung di kepalanya dibuka dan disangkut di hujung kerusi.

JS > Baguslah macam tu. Ada rasa apa-apa Maksud saya ada chemistry tak

Mawar Putih > Entahlahada kut

JS > Saya nasihatkan awak terima sajalah suami awak tu dengan baik. Dia mungkin tidak tunjuk rasa kasih dan sayangnya pada awak tapi saya faham sikap lelaki. Ego tinggi.

Mawar putih > Err..awak kenal ke suami saya

JS > Tak..saya teka je. Saya rasa dia baik. Cuma dia tak tunjuk kebaikannya pada awak.

Mawar putih > Entahlah

JS > Macam mana pengajian awak Jadi ke

Mawar Putih > InsyaAllah..hujung bulan ni saya berangkat. Sekarang ni tengah buat persiapan pakaian yang sesuai. Baju sejuk dan pakaian lain.

JS > Oh

Mawar Putih > Awak jadi ke nak merantau

JS > Insya Allahbak kata pepatah, tuntutlah ilmu walau ke negeri Sepanyol.

Anis senyum. Jay pandai buat lawak. Mentang-mentanglah dia nak ke Cordoba.

Mawar Putih > Alhamdulillah. Err..awak..saya minta diri dulu ya. Ada hal sikit.

Anis tutup perbualannya dengan Jay bila ternampak mesej dari Imran.

Imran > Awak online ke

Mawar Putih > Yup

Imran > Siapa awak sebenarnya

Mawar Putih > Bunga putih yang wangi.

Imran > Awak jangan nak buat lawak bodoh.

Anis senyum. Biar Imran tidak tahu siapa aku. Isterinya sendiri!

Mawar Putih > Awak kat mana sekarang ni

Imran > Kat depan komputer la.

Mawar Putih > Ya..hehehhe

Imran > Awak ni macam budak-budak! Kalau awak tak nak kenalkan diri awak, saya akan korek rahsia awak dari adik saya.

Mawar Putih > Koreklah kalau berani. Ada saya kisah! Saya suka awak sangat-sangat!

Imran >

Mawar Putih > Kalau tak, saya takkan cari awak dalam FB ni.

Imran >Cari saya Purposely

Mawar Putih > Awak rasa

Imran > Dari cara awak tulis ni, macam gedik! Tak malu ke awak mengurat lelaki

Mawar Putih > Buat apa nak malu Awaklah yang sepatutnya saya goda.

Imran >

Anis ketawa mengekek. Dah penasaran dia ni. Padan muka! Rasakan!

Mawar Putih > Awak suka saya tak

Imran >Suka

Mawar Putih > Ya..atau lebih tepatnya, awak cintakan saya tak

Imran >Cinta

Mawar Putih > Ya!

Imran > Awak ni betul ke tak ni Saya tak kenal awak pun!

Mawar Putih > Tapi saya kenal awak. Awakkan popular di kampus dulu tambah lagi di kalangan siswi.

Imran > Jadi awak nak jadi salah seorang dari mereka tu

Mawar Putih > Saya manusia. Tak lepas dari ujian perasaan. Tapi saya sedar siapa saya. Tak layak untuk awak. Anyway, sekarang ni, saya nak kejar cinta awak. Awak sudi terima cinta saya

Imran > Eh, awak dah gila ke apa Siapa awak

Mawar Putih > Panjang kisahnyasaya pendekkan untuk awak supaya awak mudah faham. Saya suka dan cintakan awak sejak setahun yang lalu tanpa awak sedari. Saya tak berani nak luahkan sebab awak terlalu kacak untuk saya yang hina ni. Jadi, saya pendam saja rasa tu. Sekarang ni saya rasa, saya perlu luahkan. Takut nanti meletup bak gunung berapi. Meleleh keluar dari puncak. Menghambur lahar panas. Lepas tu jadi arangsaya tak mahu macam tu.

Imran > Jadi awak nak goda saya sampai dapat Itu maksud awak

Mawar Putih > Tak perlu sampai ke tahap tu sebabah, tak payahlah saya nyatakan sebabnya.

Imran > Awak ni betul ke main-main

Mawar Putih > Ini betul-betul bukan cubaan.

Anis ketawa lagi.

Imran > Maaf..saya dah berpunya.

Mawar Putih > Ya Kekasih seseorang Tunang Atau..suami orang

Imran >Suami orang!

Mawar Putih > Oh..orang kata suami orang banyak pengalaman. Saya lagi suka!

Imran > Awak dah gila ke apa

Anis tutup komputer. Puas hati dapat kenakan Imran malam tu. Sudahlah air kopinya dia bubuh bahan somtam. Anis gelak sendiri.