KERETA BMW hitam yang dipandu Zaki meluncur meninggalkan laman banglo Daniel menuju ke satu tempat. Usai sarapan tadi, mereka mula menjalankan misi mencari ayah Zaki.
Bos, betul ke jalan ni Zaki berhenti di bahu jalan sebaik tiba di simpang tiga jalan di Sri Damansara.
Kalau ikut maklumat ni...dah betul ni. Daniel garu kepala. Selalunya dia serahkan semua itu kepada Gagak dan Robin.
Zaki ambil kertas dari tangan Daniel. Dia memerhati setiap maklumat yang tertera di atas kertas itu.
Hmm..saya rasa alamat syarikat ni dah dekat ni. Mungkin kita boleh masuk simpang depan tu.Zaki kembalikan semula kertas itu kepada Daniel.
Kereta dipandu perlahan menelusuri setiap jalan kecil yang kiri kanannya ada bangunan pejabat.
Saya rasa...inilah tempatnya. Tengok papan tanda tu. Daniel jenguk keluar tingkap kereta sambil menuding ke arah papan tanda syarikat di tingkat satu bangunan tiga tingkat itu.
Zaki turut menjenguk. Memang sama dengan nama yang tertera di atas kertas itu. Mereka berdua mula keluar dari perut kereta.
Daniel sengaja pakai topi yang hampir menutupi sebahagian mukanya. Bimbang dia akan dikenali oleh pekerja di situ. Baju pula tidak bergosok. Sengaja. Dah rupa orang lelaki berserabai.
Err..bos, macam mana sekarang ni Zaki mendongak melihat ke arah bangunan tiga tingkat.
Just call me Adam. Saya tak nak orang tahu yang saya ni Daniel anak Datuk JB. Daniel berbisik.
Zaki mengangguk tanda faham. Mereka mula menapak naik tangga ke tingkat satu.
Maaf..cik, boleh kami jumpa Encik Johan NasirZaki mula bertanya di kaunter penyambut tetamu.
Encik ada buat appointment ke hari ni
Zaki senyum. Dia pandang Daniel di sebelah yang asyik menarik topi di kepala.
Err...tak ada. Kami pertama kali datang sini. Err..kena buat appointment dulu ke Zaki bermanis muka. Dia jeling tag nama di tudung gadis itu. Marlia.
Tak juga..bos saya tak kisah. Kalau encik nak jumpa, sila duduk sekejap ya. Boleh saya tahu nama encik Marlia senyum sambil menuding ke arah set sofa.
Saya Zaki dan ini kawan saya Adam Zaki sekali lagi melemparkan senyuman manis.
Marlia turut membalas senyuman Zaki. Dia kemudian menghubungi bosnya.
Daniel dan Zaki mula melabuhkan punggung di situ. Zaki melihat sekitar ruang pejabat yang agak terbatas ruangnya. Walaupun begitu, pejabat itu tetap nampak kemas.
Encik Zaki! Encik boleh masuk sekarang! Marlia melaung dari tempat duduknya.
Zaki bingkas bangun. Daniel turut mengikut Zaki melangkah ke bilik pejabat Encik Johan Nasir yang terletak hanya di sebelah tempat set sofa.
Pintu diketuk. Kedengaran suara menyuruh mereka masuk ke dalam.
Assalamualaikum. Zaki terus memberi salam sebaik pintu dibuka. Daniel pula berada di belakang Zaki hanya memerhati.
Waalaikumussalam! Sila masuk! Johan mula bangun dan mempelawa tetamunya masuk.
Zaki dan Daniel menapak perlahan ke arah meja Encik Johan Nasir. Ada dua buah kerusi di depan meja. Mereka melabuhkan punggung di situ.
Ya, ada apa encik berdua ni jumpa saya Johan bermanis muka.
Zaki tergamam. Lama wajah lelaki itu diperhatikan. Ya..memang itulah wajah yang dilihat kali terakhir dulu semasa dia berusia tujuh tahun sebelum berhijrah ke Korea bersama makcik Fatimah.
Err..Encik Zaki ada apa nak jumpa saya Ulang Johan lagi. Terasa pelik bila direnung begitu.
Daniel cuit lengan Zaki.
Hah Err..saya..saya nak beli bahan mentah dari syarikat ni, macam mana ya Zaki tergagap-gagap.
Daniel pantas menoleh. Beli bahan mentah
Err.begini Encik Johan, tujuan kami datang ni sebenarnya nak tahu sebutharga bahan mentah yang syarikat encik pasarkan. Kami dari syarikat pembuatan kasut kulit. Daniel terpaksa bersuara. Zaki dilihat masih memandang tepat ke arah Encik Johan Nasir.
Oh..tapi sebelum tu, macam mana encik berdua ni tahu syarikat saya ni membekalkan bahan mentah untuk produk kulit Johan mula berkerut kening.
Oh..saya dengar dari kawan saya. Encik Johan tahu syarikat JB Corp Daniel mula ramah.
Memang kenal la. Syarikat kami yang membekalkan aluminium kepada mereka. Err..encik berdua ni dari syarikat itu ke Johan pandang Daniel dan Zaki silih berganti. Pandangannya jatuh pada Zaki. Lama dia menatap wajah anak muda itu. Ada iras seseorang.
Tak..mereka yang beritahu pasal syarikat Encik Johan ni. Jadi kami ingat, kami nak tempah bahan mentah dari syarikat Encik Johan. Daniel melemparkan senyuman manis.
Oh..boleh je. Sekejap ya. Johan mula menelefon seseorang.
Seketika kemudian, muncul seorang gadis membawa satu fail dan dihulur kepada Encik Johan.
Oh ya Zulaikha, tolong ambilkan saya satu lagi fail tentang kulit lembu ya. Johan senyum.
Baik tuan. Zulaikha berlalu pergi.
Zaki hanya memerhati gadis itu pergi. Gadis itu manis dengan baju kurung warna firus dengan corak bunga ros halus dan sopan dengan tudung yang dililit labuh menutupi dada. Terasa ada getar di hatinya.
Daniel senyum melihat tingkah Zaki.
Ni dia harga bahan mentah kami. Encik tengoklah dulu. Syarikat kami kecil saja. Kalau encik nak dalam jumlah yang banyak tu, tak dapatlah kami nak bekalkan.Johan merendah diri.
Oh..kami pun baru nak mula. Daniel melihat fail yang mempunyai tanda harga pada setiap jenis kulit yang dijual.
Hmm...kulit jenis mana yang paling sesuai untuk beg tangan dan dompet Daniel beralih mata pada Encik Johan.
Zaki pula masih diam dari tadi. Masih tak percaya dapat berjumpa semula ayah yang telah lama berpisah. Agaknya itulah perasaan Arissa tatkala bertemu semula dengan ibunya.
Saya hanya bekalkan kulit binatang yang halal dan tidak dilarang sahaja. Kulit lembu, kerbau dan kambing. Kalau encik nak kulit ular atau buaya, terpaksa kami tempah dari Vietnam atau China. Johan senyum.
Err..sebenarnya Encik Zaki yang berminat produk kulit ni. Macam mana Zaki Daniel cuit lagi lengan Zaki.
Aaa...err..ya..saya nak sebutharga kulit lembu, untuk produk kami nanti. Zaki mula tersedar dari lamunan.
Okey. Kalau macam tu, kami akan beri sebutharga pada encik berdua. Nanti emel kepada kami berapa dan jenis kulit yang encik nak. Johan turut senyum.
Err..boleh saya tanya sikit Zaki sudah tidak sabar. Sudah lama dia menunggu saat ini.
Ya silakan. Johan senyum sambil bersandar di kerusi.
Encik kenal Siti Salmiah
Riak wajah Johan mula berubah.
Daniel pantas menoleh ke arah Zaki. Aduh!
Err..Siti Salmiah yang mana ni Johan menelan liur. Soalan Zaki tadi bagai sudah mencucuk jantung hatinya. Nama yang masih melekat di hati dan nama itu juga terpaksa ditinggalkan.
Siti Salmiah Mokhtar.. Zaki merenung tajam wajah lelaki tua di depannya yang sudah mula berubah riak.
Johan terdiam. Zaki dipandang tak berkelip. Diamati wajah anak muda itu. Memang ada iras wajah isterinya terutama bentuk mulut dan tahi lalat di bibir atas kiri.
Ke...kenapa Johan sudah menggelabah. Siapa sebenarnya anak muda ini Kenapa dia nak tahu aku kenal ke tak isteri aku tu
Dia..dia ibu saya..Zaki masih tidak mengalihkan pandangannya pada Encik Johan.
Daniel turut melihat riak Encik Johan yang sudah berkerut kening.
Ibu Johan menelan liur berkali-kali. Dia mula bangun.
Saya bukan tak nak percaya tapi saya sudah serik dengan semua tu. Sekarang ni bermacam cara digunakan untuk menipu. Saya bukan orang kaya. Cukuplah apa yang terjadi selama ini. Kalau encik berdua tidak ada apa-apa lagi, encik boleh pergi sekarang. Saya pun ada banyak kerja nak buat.
Maafkan saya.Johan duduk semula. Dia cuba menahan sebak.
Zaki pantas mendongak. Kata-kata lelaki itu cukup membuatnya terkesima. Bermakna selama ini ayah pernah melalui kisah pahit.
Jadi, betullah apa yang Daniel siasat hari itu. Ayah cukup terseksa sebenarnya.
Ayah! Saya Zaki, anak ayah! Zaki bingkas bangun.
Maaf...saya tak kenal encik siapa. Maafkan saya.Johan tunduk. Air mata mula mengalir.
Zaki mendekati ayahnya. Ayah..tengok Zaki ayah. Saya anak kandung ayah dengan mak. Saya hidup sebatang kara! Ayah tinggalkan kami dua beranak. Lepas tu, mak pula buang saya. Makcik Fatimah yang jaga saya selama ni. Zaki sentuh bahu Encik Johan.
Johan menoleh. Dia sebut makcik Fatimah Macam mana dia kenal perempuan tu
Ma..maksud awak..Fatimah Abdullah..Lee Dae Hae Johan sudah tercengang.
Zaki mengangguk.
Oh.... Johan menekup muka.
Ayah. Zaki rindukan ayah. Sudah lama Zaki cari ayah dan mak. Kawan saya nilah yang tolong saya selama ini. Mak...mak dah tak ada. Zaki tunduk. Tangannya masih di bahu Encik Johan.
Johan pantas mendongak. Zaki ditenung seketika. Dia kemudian menekup muka sekali lagi. Oh...maafkan aku Siti..maafkan aku....
Ya...Zaki cuba cari mak dan bila dapat tahu dia di mana, mak sudah lama meninggalkan dunia ni.
Daniel tunduk. Apa yang berlaku di depan matanya kini sama keadaannya dengan mendiang ayah dulu. Faham perasaan Zaki ketika ini.
Ma...maafkan ayah...maafkan ayah... Terus Johan mendakap erat anak kandung yang sudah lama terpisah.
Daniel mula senyum. Zaki bertuah kerana ayah kandungnya masih mengenali dan menerimanya.
Pakcik...maafkan saya. Saya tahu selama ni pakcik hidup melarat. Pakcik bukan sengaja tinggalkan Zaki dan isteri pakcik. Pakcik tak sanggup melihat mereka hidup miskin kan Pakcik bawa diri. Daniel mula berterus terang. Itulah yang dia tahu hasil siasatan Gagak dan Robin dulu.
Ma..macam mana Adam tahu Johan lepaskan pelukannya. Matanya beralih pula pada Daniel.
Daniel pandang Zaki seketika.
Ayah...sebenarnya Adam yang tolong saya selama ini. Adam yang siasat. Dan Adam juga tahu ayah adalah adik kandung Tan Sri Johari Nasir.. Zaki menjelaskan perkara sebenar.
Johan masih pandang Daniel. Siasat Siapa Adam ni
Maaf...pakcik rasa Adam ni bukan nama sebenar kan Johan merenung tajam ke arah Daniel. Wajah Zaki diperhatikan seketika. Ada iras Datuk JB.
Daniel dan Zaki mula serba salah.
Ayah...sebenarnya Adam ni bos Zaki. Itu nama Islam dia. Nama sebenar dia..Daniel, anak mendiang Datuk James Brandon, pemilik JB Corp Berhad. Zaki terpaksa berterus terang.
Datuk James Brandon Awak anak Datuk JB Johan sudah bulat mata. Patutlah rupa Daniel mengingatkannya pada sabahatnya itu.
Daniel angguk.
Oh...ya Allah..kecilnya dunia ni..Johan meraup muka.
Ayah kenal ke Datuk JBZaki pula bingung.
Syarikat ni...Datuk JB yang bantu ayah bina semua ni. Dia juga yang tolong ayah dapatkan tender dari JB Corp dulu untuk projek kecil. Datuk JB banyak tolong ayah selama ini. Johan berkata sugul.
Maafkan pakcik kerana tak sempat tengok wajah Datuk JB buat kali terakhir. Masa tu, pakcik tak ada di Malaysia. Pakcik hanya dapat tahu melalui suratkhabar saja. Maafkan pakcik.. Johan peluk pula Daniel yang masih berdiri di situ.
Zaki turut sebak. Tak sangka mendiang Datuk JB sungguh mulia. Walaupun dikhianati Tan Sri Johari tapi masih ingin menolong ayah membina syarikat sendiri sedangkan dia tahu ayah ada pertalian saudara dengan Tan Sri Johari.
Err..makcik Dae Hae apa khabar Dia sihat Air mata yang mengalir disapu perlahan. Sempat Johan bertanyakan Lee Dae Hae, sahabat isterinya dulu.
Sihat ayah..dia ada kat Malaysia, di rumah anaknya di Sri Hartamas. Zaki mengesat air mata yang jatuh ke pipi.
Anak Johan menelan liur. Terkejut.
Ya, kenapa ayah Zaki pula tercengang.
Johan diam seketika. Seingatnya sewaktu dia dan isterinya dulu berkahwin dan umur Zaki baru masuk enam bulan, Lee Dae Hae yang menyusukan Zaki ketika itu. Pelik juga bila seorang anak dara ada air susu macam tu.
Berapa umur anak dia Johan masih tidak mengerti. Terasa sudah semakin keliru.
Dia muda setahun dari Zaki, dua puluh tujuh tahun. Zaki tatap wajah ayahnya yang sudah bingung.
Anak kandung Tanya Johan lagi, ingin kepastian.
Zaki angguk.
Daniel hanya diam. Rahsia Arissa masih disimpan kukuh. Belum masa untuknya bongkar semua itu. Tan Sri Johari Nasir perlu diajar!
Johan masih diam. Putar semula kisah dulu. Jadi...Lee Dae Hae mengandung
Kenapa ayah Ada yang tak kena ke Zaki pula penasaran.
Err..tak..tak ada apa.. Johan masih keliru. Bingung.
Pakcik..saya gembira kerana pakcik terima Zaki. Pakcik tinggal kat mana sekarang ni Daniel mula mengukir senyum. Lega.
Pakcik tinggal di Kelana Jaya. Adam..jemputlah ke rumah pakcik. Nanti pakcik kenalkan dengan anak dan isteri pakcik.. Johan turut melemparkan senyuman.
Zaki terperanjat.Bila ayah nikah lagi
Sepuluh tahun yang lalu. Sebelum tu, ayah cuba cari mak Zaki tapi tak jumpa. Ayah rasa dunia dah tamat. Lama ayah menderita.
Segala usaha ayah sia-sia. Ayah bina syarikat ni semata-mata ingin mencari kesenangan dan ingin hidup bahagia bersama isteri dan anak tapi hampa. Ayah tak pernah lagi jumpa mak Zaki. Datuk JB yang beri semangat pada ayah. Ayah nikah lagi tapi percayalah ayah masih mencari isteri pertama ayah sehinggalah Zaki beritahu hal kematiannya.. Johan ambil sapu tangan dari poket seluar. Air mata yang menitis disapu perlahan.
Oh.. Zaki tunduk.
Hmm...kami nak juga kenal tapi mungkin lain kali. Tapi kalau Zaki nak pergi rumah pakcik, saya tak kisah. Zaki, macam mana
Daniel pandang Zaki yang tunduk dari tadi.
Err...tak apa ke bos Zaki mendongak.
Daniel angguk. Dia tahu perasaan Zaki yang rindukan ayahnya sejak dulu.
Kalau macam tu, saya minta diri dulu pakcik. Daniel mula minta diri.
Terima kasih Adam... Sekali lagi tubuh Daniel dipeluk erat. Johan menggosok-gosok belakang badan Daniel.
Zaki, nanti kalau ada apa-apa, just call me. Daniel senyum.
Err...jadi ke nak sebutharga tu Zaki tergagap-gagap.
Jadi! Daniel kenyit mata. Dia faham riak Zaki. Mereka saja cipta syarikat sendiri tadi semata-mata nak tahu siapa Encik Johan Nasir. Lucu juga bila difikirkan balik.
Daniel mula menapak keluar dari bilik pejabat ayah Zaki meninggalkan Zaki dengan ayahnya di situ.