TAKAFULMAN - 50
Bang saya nak tanya, saya kalau nak meniaga, saya nak meniaga benda yang saya minat. Apa pendapat abang pasal meniaga dengan hal minat ni

Ya, betul. Semua orang nak buat benda yang dia minat. Aku pun tak pernah terfikir dalam hidup ni aku akan jadi TAKAFULMAN. Gila siapa yang simpan cita-cita nak jual Takaful

Semua orang nak berniaga benda yang cool, yang hip, yang dilihat power, yang mendatangkan respek, yang dia sorang je buat orang lain tak buat, yang ada branding, yang dapat perhatian.

Ya benda yang kau nak meniaga tu ibarat mengimpikan ayam goreng di tengah padang pasir, dan kau tengah lapar nak mampos. Tengah kau berjalan, kau cuma jumpa roti tak ada ayam goreng. Jadi makan lah roti tu dulu lapik perut, bagi ada tenaga, bagi ada kekuatan untuk kau terus mencari ayam goreng.

Roti ni lah perniagaan depan mata yang selalu orang macam kau abaikan. Roti ni lah perniagaan senang, mudah, simple yang kau tak mahu pandang sebab dia tak hip, dia tak cool dia tak dapat perhatian.

Asasnya mudah, makan lah roti dulu, makan sampai kenyang sebab tu je benda yang ada depan mata kau sekarang, sebab itu je makanan nak isi perut kau supaya kau boleh terus berjalan.

Ayam goreng Bila perut kau kenyang, jalan lah terus cari cita-cita ayam goreng kau tu.

Cari lah sampai jumpa.

Dan jangan sekali kali kau mati kelaparan mencari ayam goreng dek kerana bodohnya kau meninggalkan roti yang setia memberi khidmat untuk mengisi perut kau di sepanjang perjalanan.

TAKAFULMAN ini lah roti aku.

Nak makan roti Lepas ni datang jumpa aku