RETRO BOLA SEPAK - 50
Terlalu banyak kepedihan, suasana bilik persalinan cukup suram. Untuk mengekang skuad seumpama Argentina sebegitu lama setelah kami bermain 10 orang, itu sangat membanggakan. Kami begitu hampir untuk mencatat kemenangan bersejarah.

Luah ringkas pengendali England di Piala Dunia 1998, Glenn Hoddle, sebaik pasukannya tewas kepada Argentina dalam penentuan penalti.

Bertempat di Stade G e o f f r o y - G u i c h a r d , tanggal 30 Jun 1998, ia jadi saksi pertembungan 16 pasukan akhir Piala Dunia 1998 antara England dan Argentina.

Mana-mana pasukan yang menang dijanjikan tempat ke suku akhir dan bakal bertemu dengan Belanda.

Separuh masa pertama padat dengan aksi.

Kedua-dua pasukan sudah merekod gol sedari awal permainan lagi.

Diego Pablo Simeone dijatuhkan oleh David Seaman lalu penalti disudahkan oleh Gabriel Batistuta. Kemudian budak Liverpool pula dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Simeone. Kali ini, bintang Newcastle United, merangkap ketua pasukan England, Alan Shearer menyudahkan penalti.

Tak berapa lama lepas itu, budak Manchester United, David Beckham pula buat satu hantaran lambung-bijak ke arah Owen. Budak

Liverpool FC tersebut lebih licik, memintas Jos Chamot dan mengatasi Roberto Ayala sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol rambut bersikat tengah yang kini dah jadi paderi, Carlos Roa.

Seorang lagi budak

Manchester, Paul Scholes ada peluang untuk jadikan kedudukan 3-1, tapi sepakan beliau langsung tersasar dari jauh.

Di penghujung separuh masa pertama, Argentina dianugerahkan sepakan percuma betul-betul di luar kotak penalti England.

Batistuta dan Juan Sebastin Vern berada pada bola. Tengok pada gaya, memang sepatutnya Veron lah yang ambil.

Nyata Argentina lebih licik. Barangkali rutin set-piece yang dah dilatih berulang-kali, Batistuta yang macam nak sepak, tapi Veron yang buat lorongan, memerangkap benteng England, sambil pemain yang sentiasa muda dan lagenda F.C. Internazionale Milano, Javier Zanetti sudah pun lakukan larian lalu melepaskan rembatan untuk menyamakan kedudukan

2-2 buat England.

Memang para pemain England tak dapat nak duga set-piece sebegitu.

Separuh masa kedua baharu berlangsung, Simeone dan Beckham terlibat dalam satu pergelutan. Darah muda, Beckham yang tertiarap di bawah terkuis kaki Simeone. Lupa agaknya si Bekcham ini betapa Argentina memang licik dan bijak bermuslihat.

Di hadapan pengadil, Simeone terjatuh sambil

menuding jari ke arah Beckham betul-betul di hadapan pengadil.

Mula lah lokasi pergelutan tadi dikerumuni para pemain. Simeone hanya dilayang kad kuning sementara Beckham terus dilayangkan kad merah.

Maka bermain lah England 10 orang dalam tempoh berbaki yang masih panjang.

Perlawanan masih terikat dan diheret ke masa tambahan. Bek kental dari Tottenham Hotspur berjaya menanduk masuk bola ke gawang Argentina. Gol tersebut sudah dirai, kerana tahu England akan menang, tapi tidak buat pengadil dan penjaga garisan.

Shearer didapati telah mengkasari Carlos Roa semasa perebutan bola di udara. Tuah tiada pada England.

Skor masih buntu, lalu ditentukan oleh sepakan penalti.

Dua penyepak awal tiada masalah, iaitu Sergio Berti dan Shearer. Tapi penyepak kedua dari kedua-dua pasukan pula yang gagal. Hernn Crespo dan Paul Ince gagal. Berikutnya, penalti disudahkan mengikut turutan Veron, Paul Merson, Marcelo Gallardo, dan Owen. Penyepak terakhir Argentina, Ayala juga berjaya. Tapi tidak buat David Batty. Pemain yang pernah beraksi menentang Malaysia pada tahun 1991 itu gagal, apabila sepakan beliau ditepis oleh Carlos Roa. England kandas, dan Argentina mara, dalam satu perlawanan yang cukup klasik di Piala Dunia 1998.