SILAU matahari begitu memeritkan. Anis dongak ke langit. Panas terik di atas kepala. Jam di pergelangan tangannya sudah pun pukul lima setengah petang tapi rasa panas dan membahang masih terasa. Nampaknya musim panas sudah nak mula. Anis pandang pula ke seberang jalan. Dia sudah berjanji dengan Sarah untuk temankannya ke pasar. Dia lebih selesa dengan Sarah bila ke pasar. Nak ajak Izara, satu apa pun dia tak tahu.Di pejabat tadi, dia cuba juga ajak Izara. Izara menolak dengan baik.
Mungkin dia sibuk dengan persiapan barang pertunangannya dengan Razif.
Mana pulak Sarah ni Anis meninjau-ninjau ke arah rumah sewa lamanya dulu.
Sementara menungu Sarah, Anis keluarkan buku masakan Chef Ismail yang belum sempat dia baca. Rasanya dah berlambak buku masakan yang dia beli. Cuma tak berkesempatan nak belek lagi. Dia mula cari tempat duduk.
Duduk di sini ok jugak ni. Teduh sikit. Cuaca panas macam ni, elok aku duduk kat bawah pokok ni. Anis labuhkan punggung ke atas akar pokok yang menjalar di situ. Agak besar.
Sesekali dia lepaskan pandangan ke arah jalan menuju ke ruma sewa lamanya Kelibat Sarah masih belum kelihatan. Anis menyambung semula melihat menu dan resepi dalam buku masakan tu.
Hai!
Anis mendongak. Silau cahaya matahari terik memancar. Terkebil-kebil dia melihat. Seorang lelaki berbaju kemeja jenama Armani dan berseluar jeans jenama Timberland sedang tersenyum di sebalik kaca mata hitam yang menutupi kedua matanya. Lelaki itu berdiri sambil berpeluk tubuh. Tepat memandang ke arahnya.
Anis mula berkerut kening.
Err..awak siapa Anis tanya.
You tak kenal I Lelaki itu tanya Anis. Dia tidak perkenalkan dirinya.
Err..entah.. Anis betulkan tudung yang terselak bila ditiup angin petang. Dia dongak ke langit. Cuaca panas tadi sudah mula redup.
I Fuad! Lelaki itu buka kaca mata hitamnya dan menghulurkan tangan.
Rasa macam kena cucuk duri, Anis bingkas bangun.
Fuad Macam mana awak ada kat sini Anis mula menggelabah. Bimbang Fuad akan buat sesuatu yang tak baik.
Kebetulan I lalu di sini. Nampak you kat bawah pokok ni. Buat apa kat sini Fuad pandang pokok yang rendang dan kemudian beralih melihat sekitar situ.
Saya tunggu kawan Anis berdiri jauh sikit dari Fuad.
Kawan Siapa Imran
Anis tidak menjawab sebaliknya dia hanya diam dan mula mencari kelibat Sarah. Masih belum muncul. Agaknya Sarah dari tempat kerjanya.
Honestly,I suka you. Would you be my girl Pantas Fuad pegang tangan Anis yang masih berdiri di situ.
Eh! Apa yang awak buat ni Anis rentap tangan dari genggaman tangan Fuad.
I tahu you sukakan Imran kan Tapi sayang, Imran pilih Natasha. I pasti, you dah nampak apa yang berlaku kat hotel tu. Come on la Anis. Sekarang ni dunia dah moden. Bebas buat apa saja. Tak suka, buang. Fuad ketawa. Dia merenung nakal Anis yang menggosok pergelangan tangannya.
Itu bukan urusan awak. Anis mengetap bibir. Jumpa dengan Fuad sama sakitnya bila jumpa dengan Natasha.
Ketawa Fuad semakin galak.
Dont try to be innocent here. Hidup tak akan seronok kalau tidak mengecapi nikmat dunia. And remember, dalam dunia moden sekarang ni, status suami isteri hanya di kertas saja. In reality, bebas nak buat apa saja. No boundaries! Fuad masih ketawa.
Anis diam. Fuad sudah hanyut dengan keseronokan dunia. Hanyut dalam dunia yang diciptanya sendiri. Sayang, insan berjaya seperti Fuad diperdaya oleh syaitan yang sentiasa bertepuk tangan dengan setiap dosa yang dilakukan.
So, whats your answer Fuad ulang lagi soalannya tadi.
Apa Anis meninggikan suara.
To be my girlfriend! Fuad sekali lagi pegang tangan Anis. Dia tarik rapat ke tubuhnya.
Panggggg!
Ni jawapan saya! Awak juga yang kata bebas buat apa saja. So,tak salah kalau saya tampar awak! Terasa pedih tapak tangan. Agaknya sekuat hati dia menampar pipi lelaki miang tu.
SARAH terkocoh-kocoh ke tempat yang dijanjikan. Laju dia melangkah ke tempat Anis. Langkahnya terhenti sebaik terpandang Anis bersama seseorang. Jelas lelaki itu cuba buat sesuatu.
Aduh! Sarah gosok bahunya. Asyik melihat Anis dan lelaki itu di seberang jalan, dia terlanggar bahu seseorang.
Hoi! Tak ada mata ke Menyinga lelaki tu memarahi Sarah.
Maaf! Saya tak sengaja. Sarah jeling lelaki itu yang asyik mengambil foto di sekitar kawasan.
Huh! Entah apa yang cantik sekitar sini pun tak tahulah..tak betul agaknya mamat ni. Sarah merengus sendiri. Dia lihat sekitar kawasan itu. Hanya pokok-pokok hutan yang agak rendang di sepanjang pembahagi jalan. Tiada yang istimewa.
Sebelum beredar, sempat Sarah menjeling lelaki itu yang tersenyum sendiri.
Hmmsomething wrong. Aku rasa pernah nampak dia ni kat restoran dulu. Yes!! Baru aku ingat! Sarah mengetap bibir. Tak sangka, lelaki itu mengekori Anis.
BALIK dari pasar tadi, Anis mengurungkan diri di dalam bilik. Imran seperti biasa, lepas waktu pejabat, dia sibuk pula dengan mesyuarat. Kadang-kadang sampai malam.
Ya Allahkenapalah aku jumpa mamat miang tu lagi. Tak serik dia nak goda aku. Ya Allah..ampunkan dosaku. Jadilah aku
seorang isteri yang taat pada suami. Anis raup muka. Dia tahu dengan perjanjian itu dia bebas melakukan apa saja tanpa zin Imran tapi dia masih tahu batas seorang isteri.
Huh! Ingat ni Amerika ke Bebas buat apa saja! Gila! Betul-betul dah gila!
Anis ikat rambut dengan riben getah dan kemaskan kain batik yang agak terlondeh tadi. Dia bergegas menuju ke dapur. Somtam dan hidangan makan malam perlu disediakan sebelum Imran pulang.
Anis jenguk ke laman. Langsir disingkap sedikit. Bunyi deruman kereta Imran jelas kedengaran di telinganya. Dia menapak semula ke dapur. Lauk yang telah siap dimasak, dihidang di atas meja. Somtam pula diletak siap-siap dalam peti sejuk.
Eh! Tudung! Anis berlari pula ke bilik. Cepat-cepat dia sambar tudung dalam almari. Berlari pula ke dapur.
Eh, kenapa dengan awak ni Lari macam tak cukup kaki je. Nampak hantu ke apa Imran jeling sekilas. Anis tercungap-cungap menahan mengah.
Tak..tak ada apa. Awak dah makan Anis sengih. Tak tahu nak jawab apa.
Belum..banyak kerja hari ni. Awak ke mana tadi Macam tergesa-gesa saja nak balik Imran letak beg kerjanya di sofa.
Oh..saya ke pasar tadi. Stok betik dah habis. Esok, makcik Senah nak lebih sikit. Katanya ada orang pesan. Ujar Anis.
Kalau awak lapar, saya dah siapkan. Anis kemaskan tudungnya yang senget benget. Terkocoh-kocoh tadi naik ke bilik semula.
Imran tidak angguk mahupun geleng. Dia mendekati Anis yang masih bertudung dalam rumah. Kedua tangannya memegang bahu Anis. Lama wajah putih kemerahan itu ditatap. Tubuh Anis dipeluk erat.
Awak.. Hanya itu yang keluar dari bibir Imran.
Anis tergamam. Terasa berada dalam satu babak drama yang menyedihkan. Pelukan Imran terasa semakin kuat.
Ke..kenapa dengan awak ni Apa yang dah jadi Anis lepaskan pelukan Imran. Ada air bergenang di pelupuk mata biru itu.
Awak menangis ke Anis tanya lagi. Terpinga-pinga. Pertama kali dia lihat air mata lelaki.
Awak..mata saya masuk benda tadi. Sakit la.. Imran gosok mata. Digenyeh sampai merah.
Hah Apa dia Mana Anis cuba lihat ke dalam mata Imran. Memang merah tapi tiada tanda-tanda adanya benda masuk.
Ni.. Imran tarik tangan Anis dan letak di matanya. Dia belek luas kelopak mata.
Mana Anis pula tercari-cari benda yang dimaksudkan oleh Imran tadi.
Carilah..ada tu..
Anis dekatkan mata ke mata Imran. Jantung berdegup kencang. Mata biru itulah yang membuat hatinya sentiasa merasa pelik. Tanpa sedar, bibirnya tersentuh pipi Imran. Dia cepat-cepat jarakkan diri.
Gotcha!! Imran mula ketawa.
Anis bengang. Suka sangat bergurau! Aku serius dia main-main! Lain kali tak nak dah tolong!
Awak ni! Janganlah main-main! Anis segera ke singki. Mencuci saki baki pinggan kotor.
Imran turut membuntuti Anis. Awak marah
Anis muncung. Namun dalam hati, dia bahagia dengan sikap Imran tadi. Agaknya dari seratus dua puluh darjah sudah berubah jadi seratus lapan puluh darjah.
Awak tak nak makan keAnis cedok nasi ke dalam pinggan.
Imran senyum. Dia duduk dan mula menikmati makan malam. Lauk ikan tenggiri goreng, sayur kailan ikan masin dan sotong goreng kunyit cukup menyelerakan. Ah, apa saja yang dimasak Anis, memang menyelerakan.
Awak..dah bagi tahu mama pasal pengajian saya Anis bertanya memecah keheningan suasana.
Belum. Kenapa
Tak adalah..kalau awak tak bagi tahu, biar saya yang beritahu. Anis turut menjamah makanan.
Hmm
Minggu depan saya kena selesaikan pendaftaran dan pasport. Lagi dua minggu saya akan berangkat.
Imran diam. Hatinya masih mengharapkan Anis menarik balik tawaran pengajiannya ke Perancis.
Dah muktamad ke keputusan awak nak ke Perancis Imran habiskan nasi dalam pinggan. Air sejuk diteguk .
Anis angguk.
Jadi saya harap awak benarkan saya pergi. Kalau ikut perjanjian tu, saya tak perlu minta izin awak tapi saya sedar sebagai isteri berdosa jika tak beritahu suami walaupun jelas dalam perjanjian tu kita buat hal masing-masing. Anis mengulangi semula apa yang terkandung dalam perjanjian.
Imran mengeluh seketika. Lagi-lagi perjanjian! Ah! Aku sendiri yang inginkan perjanjian tu! Dia mula rasa bersalah. Kerana atas dasar ego, perjanjian itu dibuat tanpa memikirkan kesan kemudian hari. Nyata dia sendiri telah melawan fitrah!
Baiklah. Saya akan beritahu mama. Saya pun tak boleh kata apa kalau mama tak izinkan. Imran bangun.
InsyaAllah..tahulah saya nak jawab nanti kalau mama tanya. Awak jangan bimbang. Saya tak akan buka rahsia pasal perjanjian tu. Anis senyum hambar. Jelas di mata Imran, ada pandangan sayu.
Malam itu, Anis dan Imran masing-masing berkurung dalam bilik. Agaknya masing-masing melayan perasan sendiri. Anis pula rasa serba salah kerana terpaksa korbankan pernikahan yang baru mencecah dua bulan dan Imran pula mungkin dia tidak tahu apa yang harus dijawab dengan keluarganya nanti. Dia pilihan keluarga Imran. Jadi sudah tentu perkara seperti ini akan menjadi topik hangat nanti. Namun bukan itu yang menjadi persoalan. Kemungkinan rahsianya dan Imran akan terbongkar. Perjanjian yang selama ini dirahsiakan dari pengetahuan keluarga masing-masing.
Kepalanya dilentukkan atas birai katil. Bantal panjang dipeluk erat. Masih memikirkan apa yang bakal berlaku nanti.
Lagu Maher Zain mula bergema. Anis jeling telefon bimbit di tepi bantal. Nama Sarah tertera di skrin.
Sarah, kau ke mana tadi Jenuh aku tunggu tau tak. Laju je Anis tanya.
Maaflah Anis. Aku terlambat tadi. Bos aku pulak tetiba je suruh aku kira stok ubat. Aku dah sampai tadi sebenarnya tapi aku tengok kau bercakap dengan seseorang. Siapa tu
Anis diam sekejap. Bermakna Sarah nampak apa yang telah berlaku.
Habis tu kenapa kau tak datang jumpa aku Anis tanya. Geram. Soalan Sarah tidak dijawab.
Aku tak naklah ganggu kau
Suara Sarah mula kendur di hujung talian.
Apa ganggunya. Kalau kau nak tahu, lelaki tu gila tau tak. Teringat sikap Fuad siang tadi.
Gila Aku tengok okey je.
Maksud aku, dia tu miang! Ada ke nak suruh aku jadi girlfriend dia! Aku kan dah kahwin! Entah kenapa Anis melepaskan geram.
Hah Itu memang dah gila!
Anis diam. Kata-kata Sarah di hujung talian juga mengiakan katanya.
Aku janji, esok aku temankan kau.
Yalah tu.Okeylah Sarah. Aku pun dah ngantuk ni.
Talian putus.
Anis letak semula telefon di tepi bantal. Rambut yang terjuntai di dahinya diselak dan diselit di belakang cuping telinga. Bantal dipeluk kembali memikirkan apa alasan yang harus dia beritahu Puan Zaharah nanti.
Anis jeling komputer.
Ah..biarlah. Aku pun tak ada mood.
Usai solat isyak, dia segera tutup lampu. Gelap.
PUKUL lapan setengah pagi Anis sudah tercongok di pejabat. Dia pandang meja. Agak berselerak.
Kenapa dengan meja aku ni Anis mula mengemas. Fail yang disusun sudut kiri meja sudah berubah tempat.
Dia menyiapkan semua tugasan yang diberi Imran. Surat perletakan jawatan yang dia hantar dua minggu lepas masih belum ada apa-apa berita dari Imran. Walaupun tinggal serumah, Imran seolah membisu dan mengunci mulut dalam hal ni. Hari ni, Imran masuk lewat sikit. Pertama kali dia ada mesyuarat sebelah pagi. Seawal sembilan pagi lagi Imran kena berada di KLCC. Kali ini pelanggannya sendiri yang pilih tempat mesyuarat. Anis lega kerana tidak perlu ikut Imran ke sana.
Hai kakak!
Laaaku ingat siapalah tadi. Kenapa panggil aku kakak Anis senyum. Izara sengih sambil melabuhkan punggung di kerusi depan.
Laakau kan dah jadi isteri Imran. Aku panggil dia abang dan kau pulak, kenalah aku panggil kakak! Izara ketawa mengekek.
Huhtak ada maknanya. Err..Zara, aku ada sesuatu nak beritahu kau. Anis pandang Izara yang masih tersengih.
Apa dia Kau dah pregnant ke Ada riak ceria di wajah Izara.
Hish! Ke situ pulak. Aku sebenarnya ditawarkan belajar di luar negara. InsyaAllah, aku akan berangkat hujung bulan nanti. Anis berkata selamba. Tekaan Izara tadi sedikit sebanyak mengganggu emosinya.
Hujung bulan ni Izara bingkas bangun. Suaranya agak tinggi.
Anis angguk.
Berapa lama
Setahun.
Kenapa kau baru bagi tahu Imran tahu Izara duduk semula.
Anis angguk lagi.
Mama dan kak Dina Tanya Izara lagi. Riaknya macam orang terkena kejutan elektrik.
Kali ini Anis geleng. Imran kata dia nak beritahu..jadi aku tunggu dia beritahu tapi sampai sekarang dia masih berdiam diri. Jadi hari ni, aku ingat nak beritahu mama dan kak Dina. Anis berkata perlahan.
Izara diam. Tapi kenapa Kau dah putus asa dengan Imran Err..maksud aku..Imran tak layan kau dengan baik
Anis tersentak. Mata hazel milik gadis itu ditenung. Izara pun tahu perjanjian tu Anis bingung.
Bu..bukan tu. Aku yang ingin further study. Kau sendiri tahu aku minat bidang kulinari ni. Alhamdulillah, keputusan peperiksaan aku melayakkan aku terpilih untuk ke kolej terkemuka di Perancis. Anis terpaksa berterus terang.
Imran benarkan kau pergi
Anis diam seketika. Soalan Izara sukar untuknya jawab kerana sampai saat ini Imran tidak memberi kata putus.
Zara, aku ingat nak jumpa mama lepas kerja nanti. Aku tumpang kau balik boleh
Err..kenapa tak ikut Imran je Izara betulkan duduknya.
Imran ada hal hari ni. Dari pagi tadi dia ada mesyuarat. Selalunya aku ikut dia tapi kali ni dia pergi sorang. Anis menerangkan hal sebenar.
Okey..aku tunggu kau lepas kerja nanti. Aku harap kau tak jadi berangkat ke sana. Izara mula bangun. Suaranya lemah.
SUDAH lama Anis tak keluar berdua dengan Izara. Sepanjang perjalanan pulang, dia yang lebih banyak berbual. Izara pula hanya sekali sekala menyampuk.
Zara..kau ni kenapa Selalunya kau yang kepoh! Anis jeling Izara yang menumpukan pada pemanduannya. Dia melemparkan pandangannya keluar tingkap. Melihat kesesakan dan hiruk pikuk kota. Itulah fenomena yang selalu terjadi bila habis masa bekerja. Masing-masing ingin cepat sampai ke destinasi.
Tak ada apa..aku hanya kasihankan Imran.
Anis pantas menoleh ke arah Izara semula. Kasihan Kenapa
Sebab dia abang aku. Izara menjawab selamba.
Aku tahulah dia tu abang kau. Anis mencebik. Tidak puas hati dengan jawapan Izara.
Kalau kau pergi, dia seorang diri di sini. Kau tak takut ke kalau dia cari orang lain Setahun tu lama Anis. Izara pandang Anis sekilas.
Anis diam. Memang itu yang Imran inginkan. Mencari gadis idaman yang belum dijumpainya. Mungkin dengan pemergiannya nanti, Imran mempunyai lebih masa untuk merealisasikan impiannya.
Anis, aku tanya ni!
Hah Err..kau tanya apa tadi Anis tersedar dari lamunan.
Aku tanyakau tak takut ke kalau ada perempuan yang cuba goda abang aku tu Kau kan tahu, ramai yang menunggu di luar sana termasuklah betina tu! Nada Izara sedikit keras.
Biarlah. Itu yang dia mahu agaknya Anis membalas antara dengar dengan tidak.
Apa kau cakap Izara brek mengejut.
Zara! Kau ni bawa kereta melulu je. Anis mengurut dada. Jantungnya kuat berdegup.
Aku belum pekak. Tadi..kau cakap pasal abang aku.. Izara pandang tepat ke mata Anis.
Nanti kita bincang di rumah. Drive cepat. Dah nak maghrib ni! Anis suruh Izara meneruskan pemanduannya.
TIBA di banglo mewah, Anis dan Izara mula melangkah masuk. Di laman tadi, dia sempat menjeling ke arah kereta milik Imran dan Kak Dina yang turut tersadai di situ. Anis teragak-agak melangkah ke ruang tamu. Tekaannya tepat.
Semua sudah berkumpul di ruang tamu termasuk abang Kamarul, suami kak Dina.
Mama.. Anis mencium tangan Puan Zaharah. Kemudian dia mencium pula tangan Kak Dina.
Suami tak cium ke Izara cuit bahu Anis yang ingin melabuhkan punggung di sebelah Imran.
Anis menoleh ke arah Imran. Tangan Imran ditarik dan dicium lembut. Terasa semua mata memandang ke arahnya. Riak Imran sudah lain. Tiada senyuman terukir di bibirnya. Anis perhati pula mama dan Kak Dina yang masih berdiam diri. Tiada sepatah kata keluar dari mulut mereka. Masing-masing diam membisu. Suasana hening seketika.
Anis..mama nak tanya sikit.. Puan Zaharah memecah keheningan senja itu.
A..apa dia mama Anis mendongak. Matanya tepat memandang wajah ibu mertuanya yang juga sudah berubah riak. Serius.
Anis..ada hubungan dengan lelaki lain ke
Anis tersentak. Tersentap dengan pertanyaan yang keluar dari mulut Puan Zaharah. Dia menelan liur.
Apa mama cakapkan ni Anis tak faham.. Anis pandang Puan Zaharah tidak berkelip.
Nih! Imran campak beberapa keping gambar ke atas meja. Habis berterabur atas meja dan lantai.
Anis mengutip foto yang jatuh terkena kakinya. Terbeliak dia melihat semua foto itu.
Apa ni Anis Izara turut melihat foto yang ada di atas meja.
Ya Allah! Ini fitnah mama! Anis perhati betul-betul foto di tangannya. Jelas itu foto yang diambil secara curi ketika Fuad cuba menariknya rapat ke tubuh.
Mana bukti yang awak kata itu fitnah Sudah terang dan jelas foto tu menunjukkan awak dan Fuad ada hubungan! Imran meninggikan suara.
Astaghfirullahalazim! Masa ni saya tengah tunggu Sarah nak ke pasar sekali. Tak sangka Fuad datang dan ganggu saya. Anis mula pertahankan diri.Tidak tega dia dituduh curang begitu sedangkan dia tidak tahu apa-apa.
Habis tu Foto tu apa Saja nak bergambar Imran tenung Anis yang menundukkan wajahnya.
Anis diam. Dia sendiri tidak tahu macam mana foto itu diperolehi. Mesti ada seseorang yang mengambil gambar secara curi-curi.
Terpulang nak percaya atau tak. Allah lebih tahu. Saya datang ni bukan nak bincang hal fitnah ni. Saya datang nak beritahu, dua minggu lagi, saya akan berangkat ke Perancis. Dengan ini saya ingin minta izin awak dan keluarga semua. Anis mengesat air mata.
Apa Nak ke Perancis Puan Zaharah terkejut. Anis direnung seketika.
Entah-entah dia dah berjanji dengan Fuad! Imran menambah.
Anis cepat-cepat mendongak ke arah Imran. Sampai begitu sekali Imran menuduhnya. Cemburu ke dia
Awak! Saya ada maruah. Saya sedar saya masih isteri awak. Berdosa seorang isteri menduakan suami. Awak tahukan fitnah tu lebih besar dosanya dari dosa membunuh! Anis pandang Imran yang mula muncung.
Sudah! Boleh tak kita bincang elok-elok! Puan Zaharah cuba meleraikan keadaan yang tegang.
Anis nak sambung belajar ke Irdina yang dari tadi hanya diam membisu mula bersuara. Haikal, anak kecil masih nyenyak tidur di riba.
Ya kak. Sebenarnya saya belajar part time kat UiTM. Alhamdulillah, saya lulus dengan baik. Dengan keputusan tu, saya mohon untuk sambung belajar di Perancis sepenuh masa. Anis bersuara lemah.
Anis ambil bidang apa Kamarul turut mencelah.
Kulinari. Anis menjawab pendek.
Hmm..bagus bidang tu. Sesuai dengan Anis yang suka masak. Tapi macam mana dengan rumahtangga Anis Irdina menyoal lagi.
Anis pandang Imran. Ingin saja dia meluahkan apa yang sebenarnya berlaku di sebalik pernikahan yang dipagari dengan perjanjian pelik.
Err.. Anis serba salah. Sudah buntu apa yang harus dijawab.
Abang Boleh ke Anis sambung belajar Irdina pandang pula Imran setelah Anis diam membisu.
Kalau itu yang dia nak. Saya tak boleh halang. Lagipun dia sendiri pilih jalan tu. Jangan salahkan saya pulak nanti kalau saya ada orang lain! Imran cuba mengugut.
Anis mendongak. Matanya sudah berair. Imran betul-betul maksudkan apa yang termaktub dalam perjanjian.
Abang! Puan Zaharah cubit lengan Imran. Kata-kata Imran tadi dirasakan terlalu pedas untuk Anis.
Apa abang cakap ni Izara yang hanya jadi pendengar setia sejak tadi mula menyampuk.
Nampaknya Imran dah izinkan. Saya tak halang kalau Imran nak bernikah lagi. Kalau ditakdirkan begitu, saya redha. Anis menundukkan wajah.
Macam nilahapa kata abang temankan Anis di sana. Tentang hal syarikat tu, biar Kak Dina yang uruskan. Alah..setahun bukannya lama. Pejam celik pejam celik..sekejap je. Puan Zaharah memberi cadangan.
Imran diam. Tidak mengiakan atau menidakkan. Baginya Anis telah curang dengannya.
Tak apalah mama. Saya boleh jaga diri sendiri. Lagipun kat sana nanti, saya akan ada kawan. Anis senyum hambar. Cuba menyedapkan perasaan sendiri. Pujuk hati yang sudah retak seribu dengan sikap Imran.
See She already has somebody to take care of! Imran mencebik.
Anis diam. Ternyata Imran sengaja mencari kesalahannya. Benarlah Imran mudah berubah watak. Hidup bersama Imran bak somtam yang dibuatnya. Semua rasa ada. Masam, masin,manis dan pedas. Malah, kalau silap ramuan, pahit!
Sudahlah tu. Lupakan pasal foto tu. Itu semua fitnah. Fitnah abang lagi dasyat tahu tak Izara mengingatkan Imran yang nyata masih marahkan Anis.
Saya sedar siapa diri saya. Dari dulu lagi saya memang tak layak berada di sini. Imran tentu sudah ada pilihan sendiri sebelum kami bernikah. Saya sedia undur diri kalau itu boleh jernihkan keadaan. Saya rasa Imran lebih bertanggungjawab pada Natasha. Anis menerangkan duduk perkara.
Anis, kau ni kenapa Abang aku dah buang perempuan tu. Izara cepat-cepat mencelah.
Ni.. Anis buka beg tangannya dan mengeluarkan sesuatu dari sampul surat.
Apa ni Izara ambil sampul surat dari tangan Anis.
Saya tak tahu benar atau tidak tapi jalan terbaik, elok Imran dan Natasha disatukan. Anis tunduk kembali.
Puan Zaharah dan Irdina turut melihat kandungan sampul yang dihulur Anis tadi.
Ya Allahmana Anis dapat ni Puan Zaharah ternganga. Foto yang berada di tangannya lagi jijik dari dulu.
Natasha sendiri yang bagi pada saya.
Imran sambar foto dari tangan Puan Zaharah. Terbeliak dia melihat aksi ghairah dia dan Natasha di atas katil tanpa seurat benang. Lebih teruk dari dulu.
Astaghfirullah! Ni dah fitnah! Superimpose!! Abang tak buat semua ni! Sanggup perempuan tu gadai maruah diri semata-mata nak kenakan abang! Imran campak foto itu ke atas meja. Mukanya sudah merah menahan geram. Tangannya meraup muka.
Berserabut!
Natasha memang dah melampau! Entah-entah foto ni dia buat dengan orang lain lepas tu dia edit. Izara renung foto lucah di tangannya.
Dansekarang ni dia dah hamil. Katanya itu anak Imran. Anis teringat pengakuan Natasha yang menangis di depannya dulu. Mungkin mengharap simpati.
Apa
Serentak Imran dan Izara menjerit.
Maafkan saya. Saya tak ada niat nak jatuhkan maruah awak. Foto ni saya simpan lama di dalam beg saya. Tak sanggup saya nak dedahkan tapi memandangkan saya pun tak diperlukan lagi, jadi saya rasa ini mungkin satu sebab yang boleh saya beri untuk awak lepaskan saya secara baik. Saya doakan awak bahagia. Anis pandang Imran yang masih menekup muka.
Mama, Kak Dina, Zara dan abang Kamarul..terima kasih kerana selama ini begitu baik melayan saya sebagai menantu rumah ni. Maafkan segala kesalahan saya. Saya minta diri dulu.
Cincin pernikahan yang tersarung kemas di jari manis Anis diletakkan atas meja sebelum dia berlalu pergi.
Anis! Izara cuba menahan Anis dari pergi.