JAM sembilan pagi Daniel sudah berada di pejabat. Hari ini jiwanya terasa tenang. Masalah Zaki sudah selesai. Zaki sudah pun bertemu ayahnya semula. Malam tadi, Zaki menghubunginya. Dia akan bermalam di rumah ayahnya untuk seminggu.
Hmm...maknanya..ayah aku juga kenal siapa ayah Zaki dan mak Zaki. Jadi bermakna, ibu Arissa juga dia kenal. Apa hubungan mereka sebenarnya Kenapa ayah Zaki terkejut bila dia dapat tahu makcik Fatimah ada anak kandung Hmm...theres something wrong. Macam Encik Johan sembunyikan sesuatu..Daniel sandar di kerusi. Mata menala ke siling.
Tuk! Tuk! Tuk!
Daniel menoleh ke arah pintu. Come in!
Muncul Sherry dengan beberapa fail yang diminta tadi.
Thanks Sherry. Daniel melemparkan senyuman manis. Sherry dilihat sudah semakin sopan berpakaian. Tidak lagi pakai seksi macam dulu. Blaus merah hati dan seluar panjang denim hitam cukup elegan di matanya.
You are welcome boss. Anything else Sherry melemparkan senyuman balas.
Well...thats all for now. Daniel senyum dan mula membelek fail yang diberi Sherry tadi.
Err...boss, may I ask you something Suara Sherry sudah tersekat-sekat.
Daniel mendongak. Yes
Err..you look different lately. This office, surau and all the memos for muslim staf. Are you okay boss Sherry berkerut kening. Masih tercegat di depan meja Daniel.
Im fine. Selama ini saya layan pekerja saya dengan baik tetapi bila sentuh hal orang Islam, saya tidak pinggirkan soal tempat dan waktu solat mereka. Jadi, waktu makan tengahari saya panjangkan jadi satu jam setengah. You juga yang untung kan Daniel sengih.
Err...yes.. Sherry tunduk. Dia memang suka makan tengahari di luar setiap hari. Jadi masa satu jam tak pernah cukup baginya.
Daniel menyambung semula membelek fail tadi.
If you need anything, just intercome me. Sherry mula berlalu pergi.
Daniel mendongak. Jelas riak Sherry tadi nampak seperti seorang yang tidak mengerti tentang perubahan di pejabatnya.
At least dia dah berubah... Senyum Daniel semakin lebar. Teringat memo yang dihantar dulu mengarahkan semua pekerja perempuan memakai pakaian sopan dan tidak menjolok mata.
Lamunan Daniel terganggu dengan deringan kuat telefon di atas meja. Perlahan dia mengangkat gagang telefon.
Hello. Yes. I am. Okay, okay bye!
Gagang diletak. Daniel senyum. Tadi panggilan dari peguamnya, Mr. Mahendran. Bulan depan perbicaraan akan bermula. Dia di pihak pendakwa akan memastikan semua bukti yang ada digunakan sepenuhnya untuk menentang pihak pembela.
Dia sebagai plaintif akan cuba menjawab yang terbaik.
Telefon bimbit dicapai dari poket seluar.
Gagak, Aku nak kau buat sesuatu untuk aku. See you after work.
Talian putus.
Hmm...apa khabar agaknya Arissa sekarang Ya Allah...I miss her so much. Rasa nak sangat menelefon dan bertanya khabar gadis itu.
Serba salah Daniel bila fikirkan hal itu. Terasa apa yang dibuatnya serba tak kena. Foto Arissa di atas meja ditatap lagi. Foto itu dipeluk erat. Lama matanya dipejam. Tanpa sedar ada titis jernih jatuh ke pipi.
Assalamualaikum..
Daniel buka mata. Zarul sudah tercegat di depan meja.
Bila kau masuk Daniel cepat-cepat letak foto Arissa dan mula menyapu pipi.
Aku dah sepuluh minit terpacak kat sini. Kau tu yang melangut. Siap peluk foto lagi. Foto siapa Zarul sengih. Dia melabuhkan punggung di kerusi depan meja Daniel.
Tunang aku la.. Daniel turut senyum.
Zarul ketawa mengekek.
Kenapa kau ketawa
First time aku tengok kau angau macam ni. Aku rasa kan..kau tu dah.. Zarul pusing-pusingkan jarinya di kepala.
Apa Gila Daniel boleh meneka apa yang Zarul maksudkan dengan tingkahnya tadi.
Come on la Daniel. The most macho man and the best engineer in town can act like this Zarul masih ketawa.
Daniel lempar pen yang berada di atas meja ke arah Zarul. Sempat Zarul mengelak.
Ok! Ok! Aku gurau je. You know what Zarul masih menahan ketawa.
What
Aku rasa aku berkawan dengan alien yang baru dapat bunga! Sekali lagi ketawa Zarul pecah.
Daniel turut ketawa. Dia sendiri tidak faham dengan dirinya sekarang ini.
Err...Nelissa macam mana Daniel mula ubah topik.
Entahlah...aku dengar dua minggu lagi, Nelissa akan dinikahkan dengan Sharif. Lemah suara Zarul.
Hmm..so, apa tindakan kau Dah fikir Daniel pandang Zarul yang mula menguis-nguis bucu kertas di atas meja.
Susah...aku tak berdaya nak lawan Tan Sri tu. Zarul berkata sugul.
Daniel senyum. Mudah putus asa mamat ni.
You must fight for your love! Daniel ketawa.
Aku serius la. Zarul mengetap bibir.
I have a good plan for you. Take this! Daniel hulur sekeping sampul surat yang diambil dari laci meja.
Apa ni Zarul berkerut kening.
Tengoklah dulu..
Sampul berwarna putih bersaiz A4 itu dibuka perlahan.
Tiket Zarul pandang Daniel yang sudah tersengih.
Yup! Aku dah aturkan semuanya. Kau tunggu saja di airport. Nelissa akan dibawa ke sana. Daniel senyum lebar.
SongkhlaZarul berkerut kening.
Daniel senyum. Mamat ni...aku nak bagi nikah percuma pun banyak tanya lagi.
Kau dan Nelissa bila sampai sana, terus nikah. Aku dah contact orang sana. Kau jangan bimbang. Ada orang yang akan bawa kau jumpa kadhi atau person incharge di Majlis Agama Islam di Songkhla. Cuma aku nak segala dokumen kau dan Nelissa kena lengkap supaya kau mudah daftar pernikahan kau kat Malaysia nanti. Daniel sandar di kerusi.
Macam mana kau tahu semua tu Zarul pandang Daniel yang sudah tersenyum dari tadi. Hmm...Daniel ni dah pernah rasa perempuan Thai ke sebelum ni
Aku ada kawan kat sana. Dia tahu semua ni. Janji lepas nikah kau kena daftar dengan konsulat Malaysia kat sana dulu. Aku nak kau beritahu Nelissa pasal hal ni supaya senang kerja kita nanti.
Tapi... Zarul dah serba salah. Dia menelan liur.
Kau nak ke tak nak Suara Daniel sudah naik satu oktaf.
Sah ke nikah aku nanti Zaru sudah bingung. Keliru.
Zarul...kalau kau nikah kat Malaysia ni, dah sah-sah orang tua tu tak akan benarkan kau nikah dengan Nelissa. Jadi, nak tak nak, kau kena nikah di luar Malaysia. Jadi kau boleh guna wali hakim. Daniel geleng. Bengap pula kawan aku sorang ni!
Boleh ke Kan Tan Sri tu masih ada, takkan boleh guna wali hakim Zarul merenung tepat ke anak mata Daniel. Pelik! Mana Daniel tahu semua tu
Aku dah tanya seorang ustaz. Kau dan Nelissa dah wajib bernikah...kau faham kan maksud aku Jika ada tentangan dari orang tua Nelissa, kau boleh bawa ke mahkamah tapi kau nak ke macam tu Takkan kau tak tahu orang tua tu macam mana Daniel turut merenung tajam Zarul yang sudah kebingungan.
Perbuatan wali yang enggan menikahkan atau menghalang wanita nikah tanpa ada alasan syarak adalah dilarang dan dianggap satu tindakan yang zalim kepada wanita itu.
Zarul pandang Daniel tak berkelip. Mana dia ni belajar semua tu
Ada dalil dari Quran Hadis ke Zarul sengih. Dah alang-alang Daniel bercakap soal hukum, baik aku uji dia ni. Entah-entah kelentong je kat aku. Main taram je!
Aku tak akan cakap kalau tak betul. Aku pernah hadir satu ceramah dulu, kebetulan ceramah tu banyak sesi soal jawab. Aku tanya la pasal ni. Daniel sengih lagi.
Oh...ya la..lupa kau nak nikah dengan Arissa... Zarul turut senyum.
Ustaz tu jawab, menurut Jumhur Fuqaha (Syafi'e, Maliki dan Hambali) apabila wali aqrab enggan menikahkan pengantin perempuan, maka wali hakim lah yang menikahkannya. Rasulullah saw bersabda: "Kalau wali-wali itu enggan maka Sultan atau hakim menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali. Itu dari riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi Wali aqrab tu ialah wali yang paling dekat hubungannya dengan pengantin perempuan mengikut susunan wali tapi dalam kes kau ni, wali enggan sebab Tan Sri tu tak setuju. Daniel menjelaskan perkara sebenar.
Kau baca ni.. Sebuah buku diberi kepada Zarul.
Zarul membelek di halaman yang telah bertanda. Dia membaca bait ayat di halaman itu.
Hukum nikah di luar negara itu akan menjadi sah sekiranya ikut syarat pernikahan macam rukun nikah, jarak melebihi dua marhalah, tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin dan juga guna wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakadnikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim
Err..dua marhalah tu macam mana Zarul garu kepala. Malu pula pada Daniel yang baru memeluk Islam sudah banyak yang Daniel tahu sedangkan dia masih terkapai-kapai.
Dua marhalah tu ialah jarak empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Daniel sengih. Dia saja sebut macam tu.
Apa kau cakap ni Burudin Zarul menelan liur.
Alah...senang cerita.. dua marhalah tu 89 kilometer atau 90 kilometer. Daniel senyum lebar.
Cakaplah macam tu! Ni burudin la..apa-apa din kau ni! Zarul lempar kertas yang dikeronyok ke arah Daniel. Namun dalam hati dia begitu kagum dengan sahabatnya itu. Rasanya belum enam bulan Daniel memeluk Islam tapi sudah banyak ilmu yang dikutip.
Daniel senyum.
Wah! Aku tabik la kau dude! Sempat juga kau belajar semua tu eik Zarul bulat mata. Kagum dengan Daniel, walaupun baharu memeluk Islam, Daniel sudah banyak tahu soal hukum hakam. Rajin sungguh!
Kau pun kena ambil tahu hal ni. Ha..bila dah jadi macam nilah, semua tu penting! Daniel turut kenyit mata.
Ya la..tak terfikir pulak aku ni. Aku ni kadang-kadang lebih teruk dari orang bukan Islam. Nama je Islam tapi satu hapa pun tak tahu! Zarul mengeluh.
Sudahlah..bila dah tahu ni, belajarlah. Ustaz Hakimi kan ada. Kau pun dah rajin ikut aku belajar dengan ustaz tu. Daniel melemparkan senyuman. Lega.
Zarul angguk-angguk.
Tapikan...aku rasa ayah Zaki tu boleh jadi wali Nelissa tu.
Apa kena mengena ayah Zaki dengan hal nikah aku Zarul bingung semula.
Sebenarnya...ayah Zaki tu adalah adik kandung Tan Sri Johari. Jadi Zaki tu sepupu Nelissa. Mereka berdua boleh jadi wali yang boleh digunapakai kalau mengikut turutan wali. Ayah Zaki tu bapa saudara Nelissa. Jadi kau boleh nikah di sini, tak payah pergi ke Thailand. Daniel terpaksa berterus terang.
Zarul terdiam.
Err..maknanya Zaki tu sepupu Nelissa
Daniel angguk.
Aku tahu pun dari siasatan aku hari tu. Zaki nak sangat jumpa ibunya yang hilang entah ke mana. Alih-alih aku dapat tahu emak Zaki dah meninggal dan ayah Zaki pula rupanya adik kandung Tan Sri Johari yang dikhianati Tan Sri Johari sendiri. Semua harta pusaka dibolot Tan Sri Johari. Ayah Zaki hidup melarat. Keluarga Zaki dah berpecah belah. Daniel mula kendur suara.
Zarul diam. Ternyata Tan Sri Johari tidak ada perikemanusiaan! Dia mengangguk-angguk.
Tapi...tarikh ni macam tiga bulan dari sekarang. Lambat lagi ni. Zarul perhatikan tarikh di tiket.
Tak apa. Banyak masa untuk kau dan Nelissa berfikir. Aku bagi cadangan saja. Aku sengaja tempah tarikh tu. Aku dah siasat. Tarikh tu termasuk dalam minggu mereka nikah. Aku nak Tan Sri keparat tu malu! Daniel mengetap bibir.
Zarul menelan liur berkali-kali. Ternyata dendam Daniel belum berakhir.
Habis kerja nanti, aku nak jumpa Gagak bincang hal ni. Kau nak ikut
Zarul angguk.
BALIK dari berjumpa Gagak tadi, Daniel kembali semula ke pejabat. Dia perlu bereskan kerja yang masih banyak tertangguh. Kertas kerja yang Encik Halim serahkan padanya dua hari lepas masih belum disemak. Memang itu sikapnya sendiri yang suka meneliti sendiri kertas kerja yang telah siap sebelum dibawa masuk ke dalam mesyuarat dan seterusnya diserahkan kepada rakan bisnes.
Hmm...the proposal is good enough. Complete. Daniel sengih. Lehernya diurut seketika. Hampir satu jam dia tunduk mengadap kertas kerja.
Kopi di dalam mug sudah lama sejuk. Daniel menapak perlahan ke bilik pantri. Mug dibasuh dan dia membancuh kopi panas.
Wonder how is Tan Sri facing all these. Im pretty sure that he is definately collapse! Daniel senyum sambil meneguk perlahan kopi panas yang dibancuh tadi.
Dummmm!!
Daniel berpaling ke arah pintu. Bunyi benda jatuh jelas di telinganya. Dia jeling jam di pergelangan tangan. 9 malam.
Whats that Takkan waktu macam ni ada lagi staf aku yang belum balik Mug diletakkan di atas meja. Dia melangkah berhati-hati ke arah pintu bilik pantri. Perlahan dia jenguk ke ruang pejabat.
Oh no! Daniel menelan liur. Dia cepat-cepat tutup lampu pantri. Kelibat seseorang yang dilihat tadi sedang menyelongkar sesuatu dari laci kabinet dokumen syarikat.
Daniel masih memerhati. Matanya mengintai kedudukan cctv di situ. Tadi, ruang pejabat di luar biliknya agak suram. Hanya satu lampu sahaja dibiarkan menyala. Dia membongkok berhati-hati mendekati lelaki yang mengenakan pakaian serba hitam. Setiap gerak geri lelaki itu dirakam dengan video kamera telefon bimbitnya.
Kali ni lelaki tadi yang bertopi dilihat cuba menceroboh bilik pejabatnya yang terang benderang. Jelas dia melihat lelaki itu mula tutup lampu. Lelaki itu menggunakan lampu suluh kecil.
Daniel segera menghubungi Gagak dengan suara berbisik. Matanya masih menala ke arah lelaki tadi. Dia perlu berhati-hati. Mana tahu lelaki itu mempunyai senjata. Lama dia memerhati lelaki itu cuba mengumpil laci kabinet dan laci mejanya.
Hmm..looks like he is really looking for something. Who is this guy Macam mana dia boleh masuk ofis aku Daniel cuba mencari idea untuk memerangkap lelaki tadi.
I have to be careful. I dont have any weapon with me right now. Daniel mula gelisah. Tindakan lelaki tadi jelas inginkan sesuatu yang penting dari pejabatnya.
Ah! I have to! Pantas Daniel capai batang besi yang digunakan untuk mengambil fail dokumen yang diletakkan di rak tinggi. Perlahan dia mendekati lelaki berpakaian serba hitam dan bertopi tadi.
Satu hentaman kuat singgah di kepala lelaki itu. Sempat lelaki itu mengelak. Lelaki itu mula mengeluarkan sebilah pisau rambo.
Daniel menelan liur. Tidak jelas wajah lelaki yang berdiri tepat di depannya.
Who are you Daniel masih memegang batang besi. Lantang suaranya bertanya.
Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya pisau di tangannya cuba dihunus ke tubuh Daniel. Sempat Daniel mengelak.
Siapa hantar kau Sekali lagi Daniel bertanya. Semakin lantang.
Lelaki itu tidak menjawab. Pisau di tangannya cuba dihunus lagi ke arah Daniel. Kali ini terkena lengan baju Daniel. Terkoyak!
Daniel mula menyinga. Dia tarik tangan lelaki tadi. Tangan lelaki tadi dipusing sehingga pisau rambo tadi terkena pula lengan lelaki itu sendiri.
Hoi!!!
Gagak muncul. Lelaki itu sempat melarikan diri.
Bos!! Laju Gagak mendekati Daniel yang sudah tersandar di tepi dinding. Darah membuak keluar dari lengannya yang luka.
Cepat-cepat Gagak buka bajunya dan mula membalut lengan Daniel yang sudah berdarah. Daniel diangkat dan dibawa masuk ke dalam kereta.
DANIEL berehat di bilik. Tadi, balik dari klinik, Gagak terus menghantarnya ke rumah. Lengan kirinya masih terasa sengal dan pedih. Luka akibat hirisan pisau rambo tadi agak dalam. Terpaksa kena beberapa jahitan.
Bos, kalau nak apa-apa, beritahu saya. Gagak letak segelas jus oren atas meja kecil sebelah katil.
Terima kasih Gagak. Im fine. Daniel masih melihat pembalut di lengannya.
Tadi masa keluar dari pejabat tadi, awak dah kunci semua pintu Daniel teringat pejabatnya yang ditinggalkan tergesa-gesa tadi.
Sudah bos! Saya dah kunci semua. Nampaknya ada orang telah matikan sistem penggera pejabat bos!
Hmm...siapa agaknya lelaki tadi. Kejadian sebentar tadi masih segar di benak.
Gagak, saya nak awak siasat perkara tadi. Awak sendiri nampak tadi kan Daniel betulkan lengannya bila dia mula bangun. Jus oren diteguk perlahan.
Baik bos. Err..bos, macam mana dia boleh masuk Kan ofis tu lengkap dengan sistem penggera dan sistem keselamatan canggih dan terkini. Gagak berkerut kening.
Daniel diam seketika.
Kita kena siasat. Im pretty sure, that guy know well about this. Daniel mengetap bibir. Dia pasti ada seseorang dari pekerjanya sendiri yang mengkhianatinya.
Okay bos! Ada apa-apa lagi Gagak ambil gelas jus oren yang sudah kosong.
Itu saja. Tanya Robin, minta bantuan dia. Kita perlukan maklumat ni dengan segera
Gagak mengangguk tanda faham. Dia mula melangkah keluar dari bilik Daniel.
Daniel termenung. Otaknya ligat memikirkan kejadian tadi. Dia yakin, mesti ada seseorang yang telah bekerjasama dengan penceroboh tadi.
Aku perlu lakukan sesuatu..Daniel menghubungi seseorang. Dia mula beri arahan.
Tadi di klinik, doktor telah memberinya cuti sakit selama seminggu. Terpaksa aktiviti di pejabat dipantau dari rumah. Cctv sudah lama disambung ke komputer riba miliknya.
Daniel mula baring. Mata menala ke siling.
Arissa...I need you..please... Daniel pejam mata rapat-rapat. Dalam keadaannya macam tu, dia perlukan seseorang yang sentiasa di sisi.