MATA yang perlahan-lahan dibuka, terasa sungguh memeritkan. Pedih matanya dengan sinaran lampu oren yang menyinar
terang itu. Kepalanya yang tertunduk diangkat sedikit demi sedikit, memandang ruangan di sekelilingnya.
Bilik apakah ini Dan baunya sungguh... ah, hapak! Bilik yang semak dengan kayu-kayan yang bertaburan di sana sini itu meresahkan Afiqa sebelum kehadiran kasut but yang memasuki ruangan itu mencuri perhatiannya. Matanya perlahan-lahan dinaikkan dari kasutnya, seluar, bajunya sehinggalah matanya terhenti pada wajah itu. Bukan main terkejut lagi Afiqa dibuatnya. Senyuman sinis Darina menyentakkan Afiqa. Di tangannya dipegang sebuah kotak.
Dhia
Spontan Darina tergelak kuat dengan kata-kata itu. Nampaknya tiada satu pun manusia yang tahu akan identitinya. Darina terus mendekati Afiqa. Gadis itu meronta-ronta untuk melepaskan diri. Malangnya, ikatan erat tali di tubuhnya menyukarkannya lagi untuk bergerak.
Darina kemudiannya menunduk memerhati Afiqa.
Kau taklah cantik sangat. Tapi, kenapa Airish pilih kau!
Sebuah tamparan hebat mengenai pipinya. Terteleng kepala Afiqa dibuatnya. Matanya menghala pada Darina tajam. Tidak menyangka Dhia yang baginya seorang yang lemah lembut, bertukar menjadi sekasar ini. Darina yang memandang wajah bengang Afiqa itu tergelak jahat.
Kenapa Kau tak percaya ini Dhia gelaknya bersambung.
Tubuh Darina berdiri tegak menapak ke arah kotak itu. Dicapainya kotak itu dengan langkah bersambung menuju ke arah Afiqa. Kotak itu diangkat tinggi sebelum melimpah segala isi di dalamnya.
Ah!
Afiqa menjerit ketakutan apabila puluhan tikustikus putih yang sudah mati disimbah ke arah tubuhnya. Mengigil tubuh Afiqa merenung tikus-tikus itu. Gelinya sungguh tak terkata. Kerusi yang didudukinya digoncang-goncangkan untuk membuang tikus-tikus itu dari ribaannya. Tidak henti-henti mulutnya terkumatkamit menyeru nama Allah Yang Maha Esa. Memohon agar dirinya diberikan kekuatan.
Kau masih ingat tikus-tikus ni Afiqa menunduk memandang pada puluhan tikus putih itu. Lalu, ingatannya segera diterjah pada dirinya yang dihadiahkan seekor tikus di dalam sebuah bungkusan merah itu. Aku yang hantar, khas untuk kau!
Afiqa tergamam.
Kalau kau fikir aku Dhia Anna, kau silap!
Afiqa semakin bingung mendengar bicara gadis itu yang seperti sasau sahaja.
Aku Nini Darina! Kembar Dhia!
Rasa berdetum dada Afiqa mendengarnya. Bagaikan sebuah kisah fantasi pun ada. Dhia punya kembar Rasa dunianya begitu sempit berputar. Apakah semua ini Mimpikah dirinya
Tak kisahlah siapa pun kau... tapi kenapa kau buat aku macam ni
Darina merenung tajam pada Afiqa. Kakinya mendekati gadis itu. Ekor selendang Afiqa ditariknya kuat. Kepala Afiqa terdorong ke belakang jadinya. Giginya dikancing kuat. Sakit apabila ditarik begitu. Senyuman sinis terukir di bibir Darina sebelum wajahnya menjadi serius pula.
Kau dah rampas Airish aku! Aku dah buat macam-macam untuk pisahkan korang! Tapi dia tetap cari kau! Sial punya perempuan!
Cubalah terima kenyataan yang Airish tak cintakan kau!
Darina membulatkan matanya. Nafasnya yang hangat semakin panas dirasakannya. Paluan di dada yang kian berkocak hebat. Darina menarik rambutnya kuat. Tidak dapat terima kenyataan dengan kata-kata Afiqa itu. Kesan kemalangan ngeri tempoh hari menyebabkan saraf warasnya seakan sudah terputus.
Lalu kayu yang bersepah sana sini, dicapai Darina. Matanya tajam memanah pada Afiqa. Afiqa menelan liurnya apabila Darina kian mendekat.
Terima kenyataan, ya
Kayu tersebut diangkat tinggi. Afiqa berdebar memandang pada kayu itu. Fikirannya seakan-akan dapat membayangkan apa yang akan berlaku seterusnya.
Jadi, aku rasa aku perlu buat Airish juga terima kenyataan. Kalau aku tak dapat, orang lain pun kena berputih mata!
Kayu itu pantas dihayunkan!
Allah!
Pandangan mata Afiqa bertukar menjadi gelap tiba-tiba.
KEMUNCULAN Dhia Anna, Dato Sulaiman dan Datin Anis semakin membuatkan semua orang menjadi bingung.
Macam mana uncle tahu saya ada dekat sini Dhia Airish menyoal bingung. Dalam kepalanya tidak senang duduk apabila memikirkan tentang keselamatan Afiqa.
Itu semua tidak penting. Sekarang, apa yang penting ialah Darina ada datang sini tak
Darina Siapa Darina
Dhia menarik nafas panjang sebelum menceritakan segala-galanya. Usai sahaja, kisah seakan dongeng itu terluah, masih-masih kebingungan. Sukar untuk mencerna apa yang terjadi. Airish bingkas bangun. Memori lalu yang bertandang dalam kepalanya dibuang ketepi.
Ini bukan masanya untuk dia ulangi kenangan masa lalu! Dia perlu menjejaki ke mana isterinya dilarikan terlebih dahulu.
Nini Darina perlu dicari!