MY PRETTY BOY - 51
QAMRA AIN berdiri tercegat di depan pintu masuk automatik yang memisahkan dengan lobi THSC dengan dunia luar. Perasaannya bercampur-aduk. Antara gembira dan gerun. Sejak mengenali si penemuduga Gaban itu, dia sudah mencium bencana yang bakal terjadi pada dirinya kelak. Dan, mengharapkan juga tiada lagi orang yang tiba-tiba rebah di depannya seperti minggu lepas.

Apa khabar pakcik tu agaknya

Tunku Raffzul merangkap ketuanya bermula hari ini. Setiap kali terbayangkan wajah lelaki itu yang bengis dan menyinga, semakin gerun rasa hati melangkah masuk melapor diri pagi ini. Dia berasa pelik, pengajian selama 7 tahun dalam bidang kedoktoran, dia lebih arif tentang kardiak sebaliknya diletakkan di bawah DMD.

Sekurang-kurangnya, di TED ada segala yang berkaitan dengan bidang kepakaran yang dia belajar dulu. Qamra Ain mengumpul seluruh tenaga yang ada. Dia perlu yakin dengan kewibawaan sebagai doktor pelatih yang termuda di hospital terkenal ini. Fighting! Jerit Qamra Ain sambil mengangkat naik tangan kanan lurus ke atas dengan tujuan memberi semangat pada diri sendiri.

Dia melangkah masuk dengan penuh keyakinan diri. Sudah lama dia tak berkeadaan begitu selepas mengharungi detik-detik menyakitkan hati sebagai hamba cinta yang setia. Mujurlah ada Tunku Hazreen dan Tunku Hussein, penyuntik semangatnya untuk teruskan kehidupan baru. Mereka juga yang menjadi tulang belakangnya untuk mengapai cita-cita, menjadi seorang doktor. Dr. Qamra Ain. Leka mengomel seorang diri, tanpa disedari sudah pun sampai di hadapan bilik yang tertulis nama YM Dr. Tunku Raffzul Tunku Raffie, MD - VP, HDMD.

Panjang sungguh namanya! Nasib baik lelaki, kalau perempuan berbelit lidah tok kadi nak sebut.

Dengan perasaan takut berbaur gerun diberanikan diri mengetuk pintu kayu itu. Hanya dengan 2 kali ketukan kedengaran suara garau memanggilnya masuk. Qamra Ain memulas tombol perlahan-lahan dan menolak pintu tersebut sedikit ke dalam. Hanya muat-muat untuknya masuk ke dalam bilik yang menjadi saksi bisu di kala ditemuduga minggu lepas. Kemudian menutup pintu itu seperlahan yang boleh. Assalamualaikum wbrt, YM Dr. Tunku Raffzul.

Lambat lagi! Kamu tau pukul berapa sekarang Soal Tunku Raffzul serius tanpa mengangkat muka kerana sibuk mengemaskini kertas kerja laporan perubatan.

Salamnya juga tak berjawab. Terkebil-kebil mata Qamra Ain bila dijerkah tiba-tiba. Ah! Mungkin dia jawab dalam hati, fikir positif Qamra!

Maafkan saya sebab lewat lapor diri pada Tuan Raffzul, jawabnya takut-takut.

Bukan disengajakan datang lewat hari ini. Dia terpaksa menemani Tunku Hazreen ke klinik pagi tadi. Dia tahu hari ini adalah hari pertama melapor diri. Takkan dibiarkan Tunku Hazreen pergi klinik seorang diri dalam keadaan perut yang memulas-mulas akibat period pain.

Kamu ingat maaf boleh perbetulkan disiplin kamu Atau memang sikap kamu, suka sangat datang lewat. Kamu fikir, kamu ada share dalam hospital ni THSC rekrut kamu sebab kamu selamatkan pesakit yang terlentang di lantai lobi minggu lepas. Bukan sebab kamu layak, faham Kalau tak sebab MD, tak ingin saya rekrut doktor macam kamu dalam pasukan saya! Do you understand what I am trying to say Answer me!

Saya fa... faham Tuan Raffzul. Saya janji ianya takkan berulang lagi! Semakin takut dia menjawab hinggakan kedengaran berlaga-laga giginya. Terasa bingit telinga mendengar.

Jangan hanya pandai janji, tapi tak pandai tepati. Ingat! Kamu masih doktor pelatih. Saya yang menilai kamu. Jika prestasi kamu tak menepati selera, saya tak teragak-agak untuk pecat kamu dari hospital ni, faham!

Baik baik, Tuan. Qamra Ain mengangguk sambil telan air liur. Ni kalau silap kasi jawapan bukan setakat telan air liur, dengan aku-aku sekali dia telan! Simpang!

Tahun pertama, posting kamu di DMD. Kamu bekerjasama dalam pasukan saya. Kita kekurangan doktor pelatih di sini. Jadi sesekali kamu perlu berada di TED. Ingat, ada 2 tugasan kamu di sini. Pagi di TED, lepas lunch di DMD. Kecuali jika ada kes kritikal kamu dikehendaki sepenuh masa di DMD, faham

Baik, Tuan. Angguk Qamra Ain sambil senyum senget.

Lagi satu, saya pantang jika pasukan saya datang lewat. Kali ni saya lepaskan kamu. Jika berlaku lagi, saya tak teragak-agak untuk ambil tindakan tatatertib

terhadap kamu, faham

Faham, Tuan. Dia mengangguk lagi.

Dan lagi satu, kamu direkrut bukan sebagai doktor pilihan saya. Oleh kerana MD yang beria-ia rekrut kamu, jangan letak harapan tinggi pada saya, faham

Baik, Tuan. Semakin perlahan suaranya sedangkan suara Tunku Raffzul semakin lama semakin nyaring.

Makin lama berdiri tercegat, semakin merenyuk terus semangatnya pagi ini. Baru hari pertama, semangat terjelopok terus dek kata-kata Tunku Raffzul yang lebih bisa dari sengat lebah.

Kamu direkrut bukan doktor pilihan saya Chet! So annoying! Qamra Ain mengajuk balik kata-kata yang diucapkan Tunku Raffzul sebentar tadi berserta gayanya sekali.

Berani kamu mengajuk cakap saya!

Tak tak, Tuan Raffzul. Saya kalau nervous aje suka cakap seorang, ngeee sangkalnya cepat. Fuh! Nasib baik dia tak nampak apa yang aku buat tadi!

Kamu pergi ke HRMD. Ambil apa-apa yang patut. Sejam dari sekarang, jumpa saya di bilik mesyuarat. Ingat! Be on time!

Dirasakan bahang tahap bernanah telinga menadah syarahan pedas dari Tunku Raffzul. Dari masuk ke bilik tadi sampai ke sudah, doktor kacak itu tak langsung berpaling muka ke wajahnya. Tunduk menulis sesuatu di atas kertas sambil menjawab panggilan dari interkom.

Jangan hanya pandai janji, tapi tak pandai tepati. Ingat! Kamu masih doktor intern. Saya yang menilai kamu. Jika prestasi kamu tak menepati selera, saya tak teragak-agak untuk pecat kamu dari THSC, faham! Tergiang-giang setiap perkataan berbaur amaran tadi. Qamra Ain menghela nafas panjang. Dengan langkah yang lemah, dia keluar dari bilik yang tiba-tiba dirasakan berbahang.

Kasar sungguh bahasa dia! Baru jadi VP dah berlagak semacam. Belum lagi jadi MD. Berlagaklah sangat! Hello! Takkan ke mana arrogant kau tu! Dahlah cakap tak pandang orang, ingat dia tu handsome sangat ke Handsome lagi Sein! Tapi, kenapa muka dia seiras Sein ek Senyum pun lebih kurang sama. Agaknya manusia berdaftar nama Hussein ni memang dilahirkan 7 wajah serupa ke

Panas hati Qamra Ain masih belum reda. Baru hari pertama melapor diri, berdas-das tembakan sindiran yang dilemparkan oleh Tunku Raffzul sekaligus menjunam semangatnya untuk terus berada di hospital ini. Disebabkan minat yang mendalam dia perlu bangkit semula. Harapan arwah Babah untuk melihat dia bergelar doktor tercapai sudah. Setahun tempoh percubaan akan digunakan sebaik mungkin. Prestasi yang terbaik harus dilakukan demi untuk kekalkan diri di THSC.

Babah, Ain berjaya merangkul gelaran doktor seperti yang Babah mahukan. Demi Babah, Ain terus berjuang meski pun pelbagai rintangan yang perlu Ain tempuhi selepas ni. Semangat Babah senantiasa bersama Ain.