ANEKDOT RABAK - 51
Semua benda yang aku tulis di perenggan atas adalah antara karya-karya agung yang mengubah dunia, malah ada yang menjadi masterpiece penting untuk pop culture. Pernah tak fikir, kenapa artis-artis di atas tak mahu gunakan formula yang sama untuk karyakarya mereka lepas tu Simple.

Repetition, baby. Pengulangan tu membunuh.

Artis harus teroka sisi baru dan tempat-tempat asing. Bereksperimen dengan karya. Jika hanya menggunakan corak yang sama, aku percaya, tak jauh bezanya antara artis yang konon art dengan Justin Bieber (at least si mamat Justin ni tahu dan sedar dia memang nak jadi artis yang begitu). Salut hormat lebih aku berikan pada Bieber, jika situasi tu terjadi.

Kalaulah kewujudan art atas muka bumi ni hanya untuk melakukan pengulangan yang sama (maksud aku pengulangan yang sama daripada pengkarya yang sama)--lebih baik aku main golf-mengulang-ulang memukul kayu golf atau lebih baik aku kerja

pejabat; same routine everyday sampai aku mampus.

Jadi, bila ada yang bertanya, why aku tak tulis lagu seperti Gadis Elektrik atau Indie Rock Darling lagi, kenapa aku tak tulis seperti Anarki atau 28 Hari lagi

Jawapan aku ada tiga.

Samada korang tak ready untuk berevolusi dan revolusi, korang nak aku jadi pemain golf atau korang nak aku pegi kerja pejabat.