Edmundo Alves de Souza Neto the Animal rakan skuad Brazil, (nama beliau pada mulanya disenaraikan untuk final tersebut, sebelum diganti oleh Ronaldo), mendakwa beliau lihat Ronaldo cergas walaupun sebelum itu menangis (Roberto Carlos cuba menenangkan beliau). Ronaldo kemudiannya lena sejenak sebelum dibawa hospital untuk ujian.
Menurut Edmundo,
orang-orang NIKE mempengaruhi Ronaldo untuk berada dalam kesebelasan utama.
Orang-orang Nike berada 24 jam sehari, seolah-olah mereka ini staff teknikal. Ia suatu kuasa yang besar, itu sahaja yang mampu saya katakan.
Ulas Edmundo.
Segelintir pemain Brazil mendakwa doktor pasukan Lidio Toledo kelihatan resah bilamana dia tiba di bilik Ronaldo. Toledo menafikannya, dan mendakwa Ronaldo telah pengsan sewaktu beliau sampai ke bilik, tetapi bernafas dengan kuat.
Ronaldo dihantar ke hospital untuk ujian nurologi, yang
mana semua orang pasti, beliau tidak akan bermain di final. Keputusan ujian diperoleh, Toledo dan Mario Zagallo mengesahkan Ronaldo cergas untuk perlawanan akhir tersebut.
Salah satu akhbar utama Brazil, Folha de S. Paulo menulis, Ronaldo mengalami perasaan gusar yang terlampau. Ronaldo sudah menunjukkan tanda-tanda kemurungannya, seminggu sebelum final berlangsung apabila menghempas sebuah basikal ke dinding. Pada malam sebelum final tersebut, Ronaldo mengalami krisis murung yang teruk. Toledo masuk ke dalam bilik dan Ronaldo sedang menangis. Ronaldo tidak diberi ubat, kerana risau risiko doping.
Pengendali teknikal Zico menentang keputusan menyenaraikan Ronaldo, mengakibatkan berlaku krisis antara pasukan. Tiada sesi pemanas badan. Satu kumpulan diketuai oleh Dunga, menyokong kemasukan Ronaldo dalam kesebelasan utama, manakala satu lagi kumpulan diketuai Leonardo menentang.
Konspirasi FIFA, dakwaan Brazil menjual Piala Dunia berjumlah $23juta. Belum tentu kebenarannya, apabila FIFA mahu Perancis menjadi juara supaya rakyat Perancis dapat melupakan masalah sosial di negara tersebut. Dan FIFA berjanji akan memudahkan laluan Brazil di Piala Dunia 2002.
Pada tahun 2000, Suruhanjaya Parlimen ditubuh untuk menyiasat kes tersebut di antara Brazil dan Nike. Namun ianya masih tidak dapat merungkai tentang final Piala Dunia 1998. Dan kes tersebut akhirnya ditutup.