MY SWEET ARISSA - 52
WALID! Terkejut dia sebaik melihat Encik Razali masuk ke dalam biliknya.

Sibuk ke Encik Razali senyum sambil menutup pintu bilik Hakimi.

Err... tak. Duduklah. Encik Razali segera menutup pintu itu menandakan ada sesuatu yang sangat peribadi hendak dibincangkan.

Encik Razali melangkah ke sofa yang ada di tengah-tengah ruang bilik Hakimi.

Walid nak minum

Tak payah... Arissa tak bagi Walid minum manismanis. Dia ketawa.

Hakimi senyum lalu duduk tidak jauh dari lelaki itu.

Bosan sangat. Johan, Kamarul dan Ariff dah keluar tengok van yang dia orang nak hantar ke resort tu lusa. Arissa pun dah keluar untuk appointment dia. Memang dia bosan dengan suasana sepi bila sendirian di pejabat sementaranya.

Semua van itu akan digunakan untuk mengambil pekerja-pekerja dan menghantar mereka ke rumah sewa kelak.

Berapa buah

Buat masa ni dua buah dulu. Encik Razali menyandarkan tubuhnya di badan sofa sambil menyilangkan kakinya.

Hakimi mengangguk.

Umi dah tahu. Tegak matanya memandang Hakimi.

Tahu Pasal apa

Encik Razali mengeluarkan sesuatu dari sampul surat besar yang dibawanya bersama.

Ni. Dia menghulurkan bingkai gambar kepunyaan Arissa.

Hakimi menyambutnya.

Patutlah dia cari semalam tak jumpa. Hakimi ketawa kemudian memandang Encik Razali. Diletak bingkai gambar itu di atas meja kopi.

Encik Razali senyum.

Walid minta maaf tak bagi semalam. Tahu jelah Umi tu. Pening kepala Walid kalau bertekak dengan dia.

Umi cakap apa bila dia tahu yang Arissa anak saudara dia Tidak sabar hendak mengetahui kisah dari Walidnya.

Susah nak cakap Kimi. Orang kuat cemburu macam tulah. Tak faham Walid dengan Umi tu. Perkara dah lama. Tak payah nak diungkit lagi. Tak sedar-sedar

umur dah nak masuk 60 tahun, haish!

Hakimi senyum. Sabarlah Walid.

Memang Walid sabar ni Kimi. Kalau bukan sebab resort tu, Kimi dan Arissa, memang Walid dah balik ke Doha. Tinggallah Uminya kat sini, luah Encik Razali.

Ya, dia lebih selesa berada di sana. Tidak tahu mengapa. Tetapi keterujaannya terhadap projek yang terbengkalai beberapa tahun lalu membuat dia pulang untuk menyiapkan projek di Pulau Langkawi.

Tak payahlah Walid... duduk je sini. Nanti boleh main dengan... hampir sahaja dia terlepas cakap.

Terangkat kening Encik Razali memandang Hakimi.

Boleh main dengan apa Sengih Encik Razali mendengar ayat-ayat yang tidak disudahkan oleh Hakimi.

Terkulat-kulat Hakimi. Tak pasti patutkah dia beritahu yang lelaki itu akan mendapat cucu lagi. Tetapi dia sudah berjanji dengan Arissa.

Kimi... Arissa dah mengandung ke

Macam mana Walid tahu Arissa bagi tahu ke Terkejut dia dengan soalan Walid.

Jadi betullah

Terkedu Hakimi. Terasa dia diperangkap oleh Encik Razali sebentar tadi. Hendak tak hendak terpaksa dia mengangguk.

Alhamdulillah. Encik Razali meraup kedua telapak tangan ke muka.

Mana Walid tahu

Mood dia on and off sejak dua menjak ni. Encik Razali ketawa.

Lebar sengih Hakimi. Sangkaannya dia seorang yang perasan isterinya begitu. Encik Razali pun perasan. Yalah, orang berpengalaman.

Berapa bulan Pandangannya beralih ke wajah Hakimi.

Baru enam minggu. Baru sebulan lebihlah...

Alhamdulillah. Sekali lagi Encik Razali meraup telapak tangan ke muka. Itu bermakna semasa Naim cuba untuk memperkosa Arissa tempoh hari, menantunya itu sedang mengandung. Ya Allah, kasihannya cucu dan menantunya. Namun Allah sentiasa memelihara menantunya itu. Memang dia rasa bersyukur sangat-sangat.

Hakimi senyum melihat reaksi lelaki itu.

Kimi... panggilnya perlahan.

Dia masih berkira-kira untuk memberitahu tentang kejadian tempoh hari tetapi dia sudah berjanji dengan Arissa untuk tidak memberitahu kepada Hakimi.

Ya.

Lama dia memandang Hakimi. Encik Razali senyum. Tak sanggup untuk dia memungkiri janjinya pada Arissa. Ya, bimbang Hakimi akan mengamuk dan perkara itu pasti akan menjadi lebih besar.

Walid Puas dia menunggu suara dari Encik Razali.

Encik Razali senyum lagi. Tunggulah dulu. Pasti ada masa yang sesuai, bisiknya sendiri.

Jaga isteri tu elok-elok. Banyak-banyak bersabar. Bukan senang dia mengandung. Tambah-tambah Arissa tu kerja. Kimi jangan pula nak meragam itu dan ini. Jangan nak marah-marah Arissa tu, faham! Tekannya.

Ya. Hakimi mengangguk.

Rasa tak sabar pula Walid.

Walid jangan beritahu Umi ya.

Ya. Jangan risau. Teraba-raba dia mencari telefon bimbitnya yang sedang berbunyi dan akhirnya dia berdiri. Sengih dia meliha nama si pemanggil.

Ya, Arissa

Walid kat mana Budak dari kitchen kata Walid tak ada kat bilik. Dia orang bawa lunch untuk Walid. Saya suruh dia orang letak je kat meja Walid. Kedengaran suara Arissa seperti orang bimbang di sebelah sana.

Ooo... Walid kat bilik Kimi ni. Bosan Arissa dan yang lain tak ada. Walid pergi bersiar-siar sekejap. Dia ketawa di hujung kata-katanya.

Arissa ketawa. Walid jangan lupa makan tau.

Ya, jangan risau.

Okey... assalammualaikum.

Waalaikumussalam.

Encik Razali senyum sambil menggelenggelengkan kepalanya.

Walid turun dulu. Perut ni tiba-tiba rasa lapar pula. Kimi tak keluar pergi lunch ke Hakimi bangun.

Sekejap saya call restoran minta dia orang hantar kat tingkat lima, pejabat resort. Segera dia ke mejanya dan menghubungi restoran di tingkat bawah.

Beberapa minit kemudian kedua mereka melangkah meninggalkan pejabat Hakimi menuju ke tingkat lima.

SEMASA dia masuk ke dalam bilik dia melihat Arissa sedang menaip sesuatu di komputer ribanya di atas sofabed yang pernah menjadi tempatnya tidur. Sofabed itu punya kenangan yang tersendiri. Kenangan tak akan hilang walaupun sofa itu akan lusuh suatu hari nanti. Tak akan sesekali dia membuang sofa itu seperti tilam dan katil isterinya.

Arissa menoleh lalu bangun.

Mana abang jumpa frame gambar Ris Arissa menuding jari kepada bingkai gambar di meja sisi katil.

Alah... sayang letak bawah bantal abang. Hakimi ketawa dalam bohongnya. Masakan dia hendak beritahu perkara sebenar.

Laa... ya ke Arissa sudah ketawa.

Haa... kan. Sayang selalu letak gambar bawah bantal kan Betullah tu kalau Arissa sudah ketawa.

Semakin kuat Arissa ketawa.

Hakimi menghampiri lalu memeluk pinggang isterinya. Ditenyeh hidungnya di atas hidung isterinya.

Kenapa letak bawah bantal gambar Ibu dan Ayah sayang Dia memandang mata Arissa yang memandangnya. Dekat sangat-sangat renungan mereka.

Supaya dapat mimpikan dia orang. Supaya Ris tak lupa wajah dia orang. Ris nak anak kita rupa dia seperti muka Ibu atau Ayah Ris. Boleh ke Arissa sengih dalam mengutara impiannya.

Sebak dia mendengar harapan Arissa. Dipeluk isterinya dengan erat.

Boleh. Insya-Allah, ucap Hakimi lembut.

Terima kasih.

Hakimi merenggang sedikit pelukannya lalu memandang isterinya.

Untuk apa terima kasih, terima kasih ni. Pelik pula dia mendengarnya. Namun perkataan itu cukup istimewa dipendengaran.

Sebab abang sentiasa memahami Ris. Hakimi senyum.

Terima kasih.

Untuk apa pula ni Lebar sengih Arissa.

Sebab sayang sentiasa memenuhi keperluan abang. Hakimi ketawa lalu memeluk tubuh isterinya dengan erat untuk kesekian kali.

Eee... teruknya. Arissa mencucuk pinggang Hakimi.

Tersenget sedikit Hakimi kerana kegelian.

Amboi, sayang ni. Cucuk sana sini. Nak kena dengan abang ke gurau Hakimi. Sengaja hendak melihat reaksi Arissa.

Cepat-cepat Arissa menolak tubuh Hakimi.

Teruk abang ni, tau! Arissa kembali duduk dan menatap komputer ribanya.

Hakimi duduk bersebelahan isterinya.

Betul ke sayang kena ikut Walid lusa ni Rasa berat hendak membenarkan Arissa ke Pulau Langkawi tetapi Encik Razali sendiri sudah memberitahunya semasa makan tengah hari tadi. Hendak tak hendak terpaksa dia menjawab ya.

Arissa memandang Hakimi.

Kalau abang tak bagi, nanti Ris beritahu Walid ya. Apa pun dia kena dulukan suaminya.

Tak, bukan macam tu. Sayangkan mengandung. Abang bimbang. Dahlah abang tak ada sama. Naik feri pula tu. Banyak sungguh alasannya.

Arissa senyum.

Insya-Allah, Allah kan ada. Arissa mengingatkan Hakimi sambil memandang lelaki itu.

Hakimi senyum lalu memeluk isterinya. Ya, Allah akan sentiasa melindungi isterinya apa yang perlu sekarang hanya berdoa dan terus berdoa.