El El dah sedar ke sayang Kejap eh ibu panggilkan doktor.
Puan Rahayu bergegas keluar untuk memaklumkan kepada doktor tentang Elzaara yang sudah sedar.
Keluar! Aku cakap keluar! Aku tak nak tengok muka kau orang! Berambus!!
Puan Rahayu terkejut apabila melihat Elzaara betul-betul sedang mengamuk di hadapan Lisa dan juga Brian. Dia sendiri tidak tahu apa punca yang menyebabkan anak bongsunya mengamuk sedemikian rupa.
Habis segala barang di lontarkan ke arah Lisa dan juga Brian tetapi tidak sedikit pun Brian mengelak mahupun berganjak. Dia hanya membiarkan saja Elzaara melampiaskan kemarahannya terhadap dirinya kerana dia tahu dia bersalah dalam hal ini.
El Eh, kenapa ni Syhhh!! Dah, dah. Tak baik buat macam tu. El
Puan Rahayu terus merangkul Elzaara ke dalam pelukannya. Sebaik saja doktor masuk ke bilik, semua di minta keluar dari bilik untuk sementara waktu dan membiarkan doktor untuk menangani Elzaara. Puan Rahayu terus bertanyakan kepada Lisa tentang punca Elzaara mengamuk sakan tadi.
Errr... Sebenarnya Mak Long... Lisa menggarugarukan kepalanya yang tidak gatal. Matanya dihalakan ke arah Brian yang sedang membisu.
Brian hanya mempamerkan riak wajah yang sugul tanpa sebarang kata-kata.
Dah macam ni. Jom kita duduk dekat satu tempat, kita bincang elok-elok, sama-sama. Apa pun yang jadi, cerita je dekat Mak Long. Mak Long takkan marah, okey Pujuk Puan Rahayu cuba melegakan hati anak saudaranya dan juga tunang anak bongsunya itu.
Kedua-dua mereka mengangguk serentak.
Tiba di kafe, keadaan yang agak lenggang membuatkan mereka berasa selesa untuk bercerita dan memaklumkan kepada Puan Rahayu tentang apa yang berlaku kepada Elzaara sehingga dia mengamuk sakan tadi. Brian sempat membelikan sepinggan kuih dan minuman untuk mereka bertiga.
Okey, sekarang cerita dengan Mak Long. Kenapa El mengamuk sakan tadi Setahu Mak Long lah kan, El dengan Lisa kan rapat, tak pernah bergaduh pun. Tadi masa Mak Long keluar nak panggilkan doktor, Mak Long tengok El okey je. Terkejut juga Mak Long tengok El mengamuk sampai halau Lisa dengan
Bunyamin tadi.
Errkk.. Macam ni Mak Long...
Aunty, saya minta maaf sebab saya Elzaara jadi macam ni. Ni semua salah saya. Saya yang tak jaga dia elok-elok sampai dia tercedera. Maafkan saya aunty. Saya yang bersalah. Semuanya ni berpunca daripada saya. Saya tak kisah kalau El nak marah saya sekali pun. Saya sanggup.
Aunty tak salahkan kamu tapi apa puncanya jadi macam ni
Saya bagitahu perkara sebenar pada Elzaara soal pertunangan tu. Mungkin dia tak dapat terima hal ni, dia cuba lari. Mungkin dia ingat saya tipu dia. Kami cuba kejar dia tapi dia langsung tak menoleh ke belakang. Sedar-sedar kaki dia dah tertusuk batang kayu yang tajam dan kepalanya pula berdarah. Saya bagi tahu dia sebab saya yakin dia dah okey sebab sebelum tu kami boleh bergurau senda, bergelak ketawa. Tapi sumpah aunty, saya tak ada niat nak buat Elzaara macam tu. Saya sayangkan dia aunty, saya tak sanggup nak tipu dia sampailah hari pernikahan nanti sebab tu saya nak dia dengar daripada mulut saya sendiri. Maafkan saya aunty. Saya tak sangka benda buruk macam ni nak jadi.
Aunty tak marah kamu, cumanya aunty terkilan dengan sikap Elzaara tu. Dia tu suka buat keputusan ikut kepala angin dia je. Aunty tak sangkalah pula yang dia sanggup bertindak sampai macam tu sekali. Kita memang nak beritahu dia tapi dia sendiri yang buat keputusan yang tak masuk dek akal tu. Sebenarnya, kalau nak diikutkan, aunty pun tak setuju bila dia buat permintaan macam tu tapi sebab dia dah berkeras sangat, aunty dengan uncle terpaksa turutkan juga cakap dia. Aunty faham perasaan kamu tapi kita tak boleh nak buat apa. Elzaara tu memang keras kepala budaknya tapi aunty harap dia tak bertindak di luar jangkaan.
Dah tu apa kita nak buat ni Mak Long Lisa rasa bersalah sangat sebab buat El macam ni. Dia dah tak percayakan Lisa sampai dia betul-betul marah sangat dengan Lisa sebab Lisa merahsiakan hal ni daripada pengetahuan dia. Mungkin dia ingat Lisa nak kenakan dia. Sampai dia tuduh yang Lisa ni dah khianti dia pasal ni. Lisa cuma nak tengok El bahagia je Mak Long. Lisa tak ada niat lain sebab El tu dah macam adik Lisa sama macam Lyn. Dah cukup dia menderita selama ni.
Tak apa Lisa, Mak Long faham dan Mak Long tak salahkan Lisa pun. Elzaara tengah marah tu, mungkin bila dia dah reda Insya-Allah dia akan okey tu. Mak Long harap Lisa dan Bunyamin boleh bersabar ya. Nanti Mak Long cuba pujuk Elzaraa ya. Sama-sama kita berdoa moga hati El tu lembut dan nak terima hakikat ni.
Terima kasih Mak Long. Nilah pertama kali Lisa tengok El mengamuk macam tu, gerun juga Lisa tadi.
Puan Rahayu tersenyum nipis. Dia tahu gelagat anak bongsunya yang satu ini. Anak bongsunya betul-betul sudah berubah sejak kejadian dulu. Puan Rahayu suami isteri sudah tidak tahu bagaimana cara untuk mengembalikan keceriaan di wajah anak mereka. Trauma yang melanda Elzaara sejak kematian Kakaknya menyebabkan dendamnya terhadap lelaki tidak dapat dikikis daripada dirinya.
Bunyamin, aunty minta maaf bagi pihak Elzaara ya sebab Elzaara bertindak macam tu dekat kamu. Maafkan Elzaara ya. Dia tengah marah tu.
Eh, tak ada apalah aunty. Saya faham. Salah saya juga sebab saya tak sabar-sabar nak berterus terang dengan dia dulu. Bila dah jadi macam ni memang wajar dia rasa macam tu. Dia baru nak memperoleh kepercayaan tapi malangnya kepercayaan yang baru dia nak bina tu dah ranap. Dia terasa macam dia ditipu. Saya faham keadaan dia dan saya juga tak ambil hati dengan dia. Saya cuma harap yang saya boleh tawan hati dan kembalikan kepercayaan dia pada saya balik.
Insya-Allah! aunty yakin satu hari Elzaara akan sedar semua kebaikan kamu tu.
Mak Long, Lisa dengan Bunyamin, kami nak balik dulu. Nanti esok kami datang jenguk El lagi ya Mak Long.
Ya, ya terima kasih sebab jenguk El. Terima kasih juga sebab Lisa dan Bunyamin dah bawa El ke hospital ni. Kalau tak, Mak Long pun tak taulah apa nak jadi dengan budak bertuah tu. Mujur ada Lisa dengan Bunyamin.
Tak ada apalah Mak Long. Hal kecil je tu. Lisa dan Puan Rahayu berpelukan sebelum Lisa dan Brian mengatur langkah untuk pulang. Bunyamin mengangguk sebelum beredar.
TIBA SAJA di dalam kereta, Brian terus menarik nafas lega. Pada mulanya, dia mengandaikan bakal ibu Mertuanya akan memarahinya kerana dia telah menyebabkan anaknya cedera tetapi sangkaannya meleset sama sekali. Puan Rahayu seorang ibu yang sangat memahami dan tidak cepat melatah apabila menghadapi sesuatu situasi yang tidak langsung dia jangka. Hatinya kini benar-benar lega dan lapang. Beban di bahunya sedikit terangkat setelah bercerita pada Puan Rahayu tadi.
Brian, are you okay
Yeah, I okey je. I cuma risau sikit je tadi tapi sekarang dah Okey. So, esok kita nak datang pukul berapa
Lisa membelek kepala jam tangannya dan serentak dia menepuk dahi.
Allah!
Kenapa ni
Akibat terkejut, Brian membrek secara mengejut tanpa mempedulikan orang belakang. Lisa yang juga terkejut dengan tindakan spontan Brian sempat menahan diri daripada terantuk kepala di dashboard depan.
Kenapa you brek mengejut
Youlah! Yang tiba-tiba istighfar kenapa I dah panik tau. Ingatkan you kenapalah tadi.
Tak, tak. Sorry, sorry. I terlupa yang esok I kena pergi kolej untuk meeting dengan Unit Kaunseling. So, nampaknya esok I tak dapatlah nak jenguk El. You tak apa ke kalau pergi sendiri
Laaa, sebab tu je ke You ni kan, buat I takut jelah. Ish! Yeah boleh, I boleh pergi sendiri. Kafe tu nanti I suruh Aiman tengok-tengokkan. Apa-apa nanti I update dengan you. Bebel Brian.
Laju saja tangannya menurunkan handbrek dan meneruskan perjalanan pulang. Kepalanya digeleng tanda tidak berpuas hati dengan tindakan spontan Lisa tadi.
Okey set.
Soal Elzaara, I akan cuba sedaya upaya untuk menangi hati dan tawan balik hati dia sampailah dia betul-betul sudi terima I. Kali ni I tak nak tipu dia lagi. Biarlah dia marah sekali pun, yang penting dia tahu soal keikhlasan dan kejujuran I terhadap dia. Azam Brian.
I yakin you boleh buat. Kerak nasi lama-lama kalau curah dengan air pun akhirnya akan lembut juga. Macam tu juga dengan hati El. I sentiasa doakan yang terbaik untuk you berdua.
Aamiin!! Thanks Lisa.
Keadaan di dalam kereta kembali senyap dan hanya kedengaran lagu berkumandang di corong radio sahaja. Suasana yang suram ditambah lagi dengan lagu-lagu yang sedih menambahkan lagi kesuraman suasana.
Lis, I nak tanya you, you rasa I keterlaluan sangat ke buat dia macam tu Maksud I, I terlalu berharap, terlalu memaksa dia dan I buat dia sengsara dengan kehadiran I dalam hidup dia You rasa I macam tu ke aju Brian secara tiba-tiba.
Kenapa you tanya macam tu You dah give up ke dengan El
Bukanlah give up, tapi I tak sanggup nak meluKakan, nak memaksa ataupun menganiaya hati dan perasaan dia. I betul-betul sayangkan dia, cintakan dia tapi I tak tahu apa yang I buat ni adalah tindakan betul ataupun tidak. Kalau boleh I tak nak tengok dia merana lagi sebab hati I akan terhiris bila tengok dia berkeadaan macam tu. I kalau boleh nak tengok dia tersenyum, bahagia. I tak nak dia rasa terpaksa ataupun dipaksa sebab hubungan dan ikatan yang dah sedia terjalin ni. Kalau boleh, biarlah hubungan antara I dengan dia ni berlandaskan cinta dan kasih sayang yang ikhlas dan suci. I tak nak hubungan ni penuh dengan kepura-puraan.
Brian, I betul-betul kagum dengan you. You sememangnya seorang lelaki yang tabah dan sabar dalam meladeni kerenah taufan Elzaara tu. Kalau lelaki lain, I rasa dah lama Elzaara tu kena tinggal, tapi you tak. You tetap sabar dan turutkan je perangai tak matang Elzaara tu. I tau, you boleh bimbing Elzaara ke jalan yang sepatutnya dan satu hari nanti Elzaara akan terbuka hati dengan sendirinya. Dia akan sedar dengan semua pengorbanan yang you lakukan untuk dia. Cumanya sekarang ni you kena terus berusaha dan terus bersabar, Insya-Allah ganjarannya untuk you pasti berbaloi.
Ya, betul cakap you Lis. I selalu berdoa dan mengharapkan segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Andai kata tiada jodoh untuk kami, I terima. Yang penting kebahagiaan dia. Itu yang penting buat I.
Be positive Brian. I tau Allah pasti dah aturkan yang terbaik untuk you dan Elzaara.
Insya-Allah Lis.
Tapi sorrylah I dah susahkan you dan Zahar sampai-sampai aktiviti jungle tracking tu terpaksa ditamatkan awal. I rasa bersalah pula dekat semua orang.
You jangan risaulah Brian. Hal tu pandaipandailah Zahar uruskan nanti. Dia pun faham dan tak kata apa-apa pun. You jangan nak rasa bersalah pula. Bukan salah you pun. Benda dah jadi, kita tak boleh nak elak. Bukannya kita minta pun benda ni jadi kan. Relaks la.
Brian mengangguk menyetujui kata-kata Lisa. Semangatnya yang merudum kini kembali meningkat setelah disuntik dengan kata-kata semangat. Toyota Camry Brian berhenti betul-betul di hadapan pintu pagar rumah Lisa.
Terima kasih Brian sebab hantar I balik.
Sama-sama. Terima kasih untuk you juga sebab you sudi berkongsi dan mendengar luahan hati I. I hargai sangat-sangat.
Hal kecil je tu. Lagi pun you bakal adik ipar sepupu I juga kan. Lisa tersenyum.
Okeylah, I gerak dulu. Apa-apa pasal Elzaara, you inform pada I ya.
Tersungging senyuman di wajah Brian apabila mendengarkan perkataan bakal adik ipar sepup.