Sebelum saya keluar, ada sesuatu yang saya nak tanya katTuan. HRMD kat tingkat berapa ye
Tingkat 13. Keluar lif jalan terus, kemudian belok kiri. Kamu nampak jalur hijau, belok kanan, jalan terus lagi ada 3 bilik di depan nanti kamu pergi ke bilik yang terakhir. Masuk bilik tu jumpa setiausaha Tina. Ingat! Be on time!
Tergiang-giang di telinganya Tunku Raffzul memberi tunjuk arah tadi. Dia kini berada di tingkat 13 seperti mana yang diberitahu oleh lelaki itu.
Jalur hijau apa ke bendanya Jalur kuning adalah. Mana ada jalur hijau! Beliau nak kenakan aku ke apa atau dia sememangnya rabun warna Ngomel Qamra Ain lagi, menyampah. Penat sudah dijelajah turun naik lif. Kalau ada Yoonaniza di kaunter tadi bolehlah diminta bantuan jururawat itu menemani sebentar.
Qamra Ain melirik jam di pergelangan tangan yang menunjuk pukul 11 pagi. Kurang dari setengah jam lagi dia perlu berada di bilik mesyuarat yang tak dinyatakan secara terperinci oleh Tunku Raffzul. Ini bermakna satu lagi malapetaka yang bakal muncul lagi.
Argggh! Apa aku nak buat ni! HRMD tak jumpa lagi, bilik mesyuarat lagilah aku tak tau! Habislah aku! Ya Allah, hanya Kau yang boleh membantu hamba-Mu yang kerdil ni.
Setelah berhempas-pulas turun naik bertanyakan setiap jururawat yang lalu, akhirnya dijumpai juga ke jabatan itu. Yang lebih menyedihkan, ke jabatan itu hanya terletak betul-betul di hadapan pintu lif tingkat 3 dan terang-terangan tertulis HRMD dengan tulisan Arial di plat berwarna perak, saiz 72. Nampak sangat Tunku Raffzul sengaja nak kenakan dia pagi ini.
Dia cakap tadi tingkat 3 ke 13 Ke aku yang salah dengar Ah! Whateverlah!
Qamra Ain melangkah masuk. Hanya kelihatan beberapa orang jururawat yang bertugas di kaunter. Ada yang berbaju biru dan ada juga yang berbaju hijau. Mungkin mudah untuk membezakan jururawat yang mana pelatih dan yang mana senior. Dengan langkah yang longlai dan tercungap-cungap Qamra Ain terus menuju ke kaunter.
Assalamualaikum, saya Qamra Ain Qaseem. Baru tadi lapor diri dengan Tuan Raffzul. Saya datang nak ambil whitecoat, Qamra Ain memberi salam dalam termengah-mengah. Apa taknya, turun naik tangga dari atas sampai ke bawah. Jika dihitungkan jarak marathon tadi sah-sah sama jarak dari Kuala Lumpur ke Kuala Pilah.
Waalaikumussalam. Dr. Qamra Ain, ya Tadi Tuan Raffzul ada Interkom yang you nak datang sini. Nanti I ambilkan stuff milik you dalam bilik, jururawat yang bertugas berlalu pergi sebentar dan beberapa minit kemudian datang dengan kot putih yang sudah siap diseterika.
Kot putih yang masih di dalam plastik itu diserahkan ke tangan Qamra Ain.
Ini ada buku protokol, stetoskop, cop, access card, tag nama dan buku Drag Doses Frank Shann. Terima kasih, Cik ucap Qamra Ain.
Dia meneliti nama yang disulam berwarna hitam di atas dada sebelah kiri - Dr. Qamra Ain, DMD
Kartina. You doktor intern dari DMD, team Tuan Raffzul
Qamra Ain mengangguk sambil menyarung kot putih ke badan. Stetoskop juga pula dilingkari ke leher. Pertanyaan jururawat itu seperti berbaur sinis. Seolaholah ada sesuatu cerita sensasi tentang si kuku besi itu.
ER dan DMD. Tak taulah macam mana gaya nanti. Terkejar-kejarlah nampaknya.
I harap you yang paling lama bertahan dalam pasukan DMD sebab doktor pelatih terdahulu paling lama pun 2 minggu aje, lepas tu menangis-nangis minta posting ke ke jabatan lain, cerita Kartina serta menghulurkan cawan kertas berbentuk kon yang berisi air mineral. Kartina dapat baca keadaan doktor pelatih ini yang kehausan tahap Gaban akibat dehidrasi.
Pernah juga ada seorang doktor intern sebaya you datang sama keadaan begini.
Mesti dia tengah happy dapat tukar posting ke jabatan lain, kan
Tukar posting apanya Tuan Raffzul terminate terus doktor tu. Sebabnya biarlah rahsia. Nanti you akan tahu juga ceritanya... terbantut terus keterujaan Qamra Ain untuk mendengar lebih lanjut lagi tentang gosip terhangat yang berkaitan dengan Tunku Raffzul. Saya nak tanya sesuatu, boleh tak Tuan Raffzul tu, kaki dera emosi ke Seriau juga kalau betul beliau perangai begitu. Qamra Ain cuba mengorek rahsia. Air di dalam cawan kertas tadi diminum habis dengan sekali teguk.
Waktu mula jadi VP, friendly aje. Sejak dari tragedi tempoh hari terus Tuan Raffzul tukar tune. Pantang doktor intern buat silap, ditengking sampai terkencingkencing dibuatnya. Baru aje doktor tu resign bulan lepas, kira you ni ganti dia.
Tadi, Tuan Raffzul bagitau petunjuk entah apaapa kat saya, melilau saya cari HRMD tadi. Bergoyang skru lutut dibuatnya, Kak Tina, adu Qamra Ain sambil mengurut-gurut keting yang masih terasa geronyot dari tadi.
Tuan Raffzul sejak jadi VP tak pernah sekali pun turun ke mana-mana ke jabatan selain dari tingkat 2 dan TED. So, faham-faham ajelah.
Oooo dia kenakan sayalah tadi Sungut Qamra Ain.
Kartina tersenyum nakal. Memang benar tekaannya.
You kena berhati-hati sikit dengan dia. Bulan ni aje dah 4 orang minta tukar posting, 3 orang lagi tender resignation. Beliau jenis hot temper, paling benci kalau team DMD tak tepati waktu. Best of luck and fighting! Pesan Kartina menyampaikan wasiat seram sejuk hari pertama bertugas di THSC.
Qamra Ain mengoyak senyum terpaksa walhal dalam jauh di sudut hati sudah bertapak semula rasa gundah gelana, resah, gelisah, keluh kesah, segalanya bercampur- aduk. Namun, dia harus cekal. Bak kata Hussein - keep calm, study hard and be a good doctor!
Kak Tina, kat tingkat berapa bilik mesyuarat Tuan Raffzul Saya ada mesyuarat pukul 11.30 pagi. Tingkat 2 sela 2 bilik dari bilik MD. Bilik mesyuarat tu hanya untuk Tuan Raffzul aje yang guna. Ketua ke jabatan (HOD) lain tak berani nak pakai. Tapi, adakala dia mesyuarat dalam biliknya sendiri. Sebelum tu, doktor sign kat kolum sini bukti dah terima, tunjuk Kartina.
Qamra Ain mencapai pen dakwat biru lalu menenyeh tandatangan di sudut kiri buku A4 itu.
Kemudian diberikan semula pada Kartina.
Terima kasih, Kak Tina. Saya pergi dulu ya.
Sambil melirik jam yang tepat menunjukkan pukul 11.30 pagi, Qamra Ain berlari sepantas yang boleh untuk sampai ke bilik mesyuarat yang dimaksudkan. Sampai di depan pintu, dia mengetuk terlebih dahulu. Jika ada yang menyahut dari dalam bermakna memang sah kena lagi sedas sindiran tanpa henti oleh Tunku Raffzul. Jika senyap tanpa suara, itu tandanya dia terselamat dari sindiran sekali lagi. Tanpa berlengah, diketuk pintu perlahan-lahan. Tiada sahutan.
Qamra Ain tersenyum lebar. Ini bermakna dia menepati masa seperti yang dijanjikan tadi. Dengan yakin dipulas tombol pintu. Pintu dibuka bersama seluas senyuman di wajahnya dan alangkah terkejut beruk bila semua doktor yang berada di dalam bilik itu menumpu perhatian ke arah pintu termasuk Tunku Raffzul.
Dengan raut wajah ketakutan tahap Gaban, Qamra Ain menghayunkan langkah terkial-kial terus menuju ke tempat duduk kosong di belakang. Baru saja hendak duduk, kedengaran namanya dipanggil dengan nada keras dan suara nyaring.
Dr. Qamra Ain! Please step forward!
Qamra Ain tiada pilihan dari melangkah berundur hingga ke ruang tengah bilik mesyuarat itu. Wajahnya menunduk saja menekur ke lantai. Tak berani bertentangan mata dengan ke semua doktor yang sedang menumpu perhatian ke arahnya. Lebih-lebih lagi dengan cerlungan tajam Tunku Raffzul, menokok tambah lagi keseriauan yang sedia ada.
Apa yang kamu nampak di skrin tu! Kes lelaki yang kamu buat CPR di tengah lobi minggu lepas! jerkah Tunku Raffzul sambil mencampakkan sekeping fail di atas meja. Amarahnya tak dapat dibendung lagi. Sudahlah waktu melapor diri pagi tadi lewat, masuk ke mesyuarat juga lewat.
Qamra Ain mengangkat muka. Dia berpaling ke belakang. Skrin sebesar 42 itu yang memaparkan gambar x-ray pesakit diamati sedalam-dalamnya.
Endokarditis.
Bukan itu yang saya nak dengar! Explain in details! Suara petir Tunku Raffzul berkumandang di dalam bilik mesyuarat sambil tangan menepuk kuat meja.
Ada di antara mereka yang sudah lali dengan karenah VP itu. Itu petanda amaran terawal Tunku Raffzul yang tak berkenan dengan kelakuan doktor pelatih yang ambil sambil lewa arahannya.
Qamra Ain menghela nafas panjang. Dia tak mahu tersilap fakta. Dipejam mata rapat. Itu caranya, mencari ketenangan sesingkat 3 minit sebelum meneruskan hujah-hujah yang berkaitan dengan endokarditis.
Endokarditis, keradangan lapisan dalam endokardium jantung. Jika diteliti dari Paparan x-ray di skrin menunjukkan embolus septik dalam peparu kiri pesakit dengan jangkitan endokarditis yang melibatkan injap jantung kanan. Ianya
Alat kelui bergema di dalam bilik mesyuarat mengganggu hujahan Qamra Ain. Serentak mereka mengambil alat kelui masing-masing dari dalam poket. Tuan Raff, ada VIP kes di Resus. We have to move now! Rudy Armani yang pertama bersuara. Yang lain pula tergesa-gesa mengemas barang di atas meja dan terus bergegas keluar dari bilik mesyuarat.
Qamra Ain termangu-mangu seorang diri sambil menggaru kepala. Tak tahu apa yang sedang berlaku. Belum sempat bersuai kenal dengan pasukan DMD, mereka semua dikeluikan dengan kes kritikal di ER Resus.
Kamu yang berdiri tercegat lagi buat apa Pergi ke TED sekarang!
Terkulat-kulat Qamra Ain bila dijerkah Tunku Raffzul. Lantas tanpa berlengah dia keluar dari bilik mesyuarat dengan langkah sepantas yang boleh dan ketika melewati di depan kaunter sempat dia melirik ke arah Yoonaniza dengan wajah yang masih terpingapinga. Kenapa dengan Dr. Qamra tu, macam kena sampuk hantu aje
Yoona! Nanti you bagi alat kelui pada Dr. Qamra. Senang I nak jejak dia nanti. Lagi satu, kemaskini namanya dalam TimeTrack System (TTS). I nak you
pantau check-in and out dia, faham!
Baik, Tuan Raff.
Tak sangka, kita ada berjodoh rupanya. Dr. Rudy
Armani, just call me Rudy. Physician Specialist kat TED. Qamra Qamra Ain. Nice meeting you, Dr. Rudy,
Can I say something I tengok your presentation tadi, I rasa you patut posting kat Jabatan Kardiologi (CD). Jangan sia-siakan bakat yang you ada, Qamra cadang Rudy Armani apabila mereka beriringian melangkah keluar dari lif.
Mereka melalui lorong kecil yang kiri dan kanan yang menempatkan bilik-bilik pesakit. Hanya sela beberapa bilik untuk sampai di TED.
I dulu, tawaf semua ke jabatan dan TED, posting
I paling lama. So, you jangan risau. Lambat-laun you bakal lalui apa yang I dah lalui.
Perbualan mereka berakhir di depan pintu masuk TED. Sebelum masuk ke dalam, Qamra Ain menoleh ke arah seorang wanita tua yang duduk memeluk lutut di atas kerusi. Dari jauh, dia mengagak wanita itu sedang menahan kesejukan yang teramat akibat penghawa dingin yang tinggi.
Dr. Rudy masuk dulu. I nak pergi tengok kejap pesakit kat kerusi depan tu. Entah apa tak kena dengan dia.
Rudy Armani mengangguk. Dia menekan butang pintu automatik dan melangkah masuk ke dalam TED. Tinggal Qamra Ain bersendirian sambil merenung jauh ke arah wanita itu. Perlahan-lahan dia datang merapat.
Makcik, kenapa makcik seorang diri di sini Tiada siapa yang temankan makcik ke Sapa Qamra Ain lembut seraya tangan kanan mendarat di atas bahu wanita itu.
Oleh sebab tiada sebarang reaksi, Qamra Ain duduk berlabuh di sebelah.
Aku nak anak aku! Aku nak anak aku! Hantar balik anak aku!! Jerit wanita tadi hingga bergema di segenap pelusuk ruang legar TED.
Diselang seli pun dengan hilaian ketawa dan terjerit-jerit menangis. Qamra Ain terkedu. Apa taknya, wanita itu memekik betul-betul dekat dengan telinga.
Mungkin anak makcik pergi keluar kejap. Makcik sabar ya, pujuk Qamra Ain sambil mengusap lembut belakang wanita itu.
Kau yang ambil anak akukan!! Tiba-tiba wanita tadi bangun dan sekilas merentap leher baju kurung Qamra Ain.
Badannya terdorong sekali ke depan. Akibat rentapan yang kuat, dia mengalami kesukaran untuk bernafas.
SA sabar dulu, mak makcik! Nan ti kami cari a nak makcik ya Qamra Ain mengecek wanita itu dengan suara tersekat-sekat dan seberani yang mungkin.
Seriau pula rasa kerana hanya mereka berdua yang berada di situ. Segala kemungkinan bakal berlaku jika dia tak memujuk cara yang betul.
Hah! tu dia, pergi lekas sebelum dia lari lagi! Dah naik lebam saya kejar dari tadi!
Dari jauh kedengaran seorang doktor lelaki menjerit sambil mengerahkan jururawat menangkap wanita tua itu. Seorang dari mereka berusaha melepaskan cengkaman kuat tangan wanita tadi pada leher baju kurung Qamra Ain. Sedaya upaya mencuba, akhirnya berjaya juga dilepaskan.
Tercekik dirasakan batang lehernya. Beberapa kali Qamra Ain terbatuk-batuk. Tercungap-cungap dia menarik nafas yang tak teratur. Mujurlah mereka datang tepat pada masanya, jika tak sah-sah dia pula menjadi penghuni katil bersebelahan dengan pesakit yang berada di ER. Sambil mengurut leher yang terasa sakit diperhatikan seorang doktor yang sedang berlari ke arahnya.
Are you alright, Dr.
Qamra Ain dari DMD.
Im Dr. Luqman a.k.a Luke Skywalker dari Jabatan Psikologi (PD). Dulu posting, I di DMD. After appointed new HOD, I pindah ke PD, Luqman memperkenalkan diri serta mengoyak senyum manis.
Apa Luke Skywalker atau I salah dengar tadi,
Eh gurau aje. Call me Dr. Luke. Betul you tak apa-apa Maaf pasal tadi, makcik tu dari Wad Psikiatri. Dari pagi tadi kami cari dia rupa-rupanya melepak sihat di sini. Maaf dia atas apa yang berlaku pada you tadi. I terkejut macam mana boleh terlepas keluar dari bilik sekali lagi.
Tak apa, sikit aje ni. Boleh I tanya sesuatu Apa yang terjadi dekat pesakit you tu sebenarnya I dengar tadi, anaknya hilang.
Entahlah, sejak masuk sini setiap hari dia bertanya tentang anaknya. Meracau kata anaknya diambil oranglah, anaknya kena culiklah. Yang terbaru, semalam dia kata anaknya datang cari dia. Setahu I, tak ada seorang pun pernah datang melawat.
Dah berapa lama pesakit you di Wad Psikiatri
Sejak setahun lepas, itu pun sebab pesakit I pengsan dekat parkir kereta MD. Jadi, MD yang suruh buat rawatan atas bantuan dana yayasan THSC.
Ooo Begitu ceritanya. Kesian, kan
Ermmm tak apalah. I pergi dulu, kalau ada masa free datanglah ke PD, boleh lawat makcik tadi. Manalah tau, kalau serasi boleh sertai pasukan I nanti, pelawa Luqman.
Insya-Allah, kalau ada masa terluang sampailah nanti, ujar Qamra Ain sambil memberikan segaris senyuman kepada Luqman.
Dia memerhati doktor persis wajah Hindustan itu berlalu pergi hingga hilang di sebalik tembok.
Jari telunjuk Qamra Ain menekan butang pintu automatik dan serta-merta pintu terbuka. Dia menghala langkah ke arah Rudy Armani yang sedang menanti pesakit yang didaftar masuk ke ER Resus tadi.
Mana pesakit tadi Tanyanya sambil meninjauninjau di dalam bilik ER.
Ada dalam bilik X-ray Tomografi Berkomputer (CT Scan). And you dah habis sesi suaikenal dengan makcik tadi Giliran Rudy Armani pula menyoal.
You nak tau, tiba-tiba aje dia cekik I.
I kenal makcik tu. Dah berapa kali terlepas keluar.
Simpati I tengok Luke Skywalker asyik nak kejar makcik tu setiap hari. Sebelum ni, Luke kerja dengan pasukan DMD. Tuan Raff paksa I swap dengan dia.
Luke Skywalker Memang I tak salah dengarlah tadi. Ada apa dengan nama tu
Rudy Armani ketawa besar. Siapa yang tak kenal pada ketangkasan Luqman bila di dalam OT. Pegang scalpel serupa macam pegang light saber. Sejak dari itulah melekat gelaran itu, Luke Skywalker.
Nanti you tau bila you dah lama di THSC, sengaja dia mahu Qamra Ain mencari jawapan sendiri.
Simpati pula bila teringat kisah makcik tadi, keluh Qamra Ain perlahan.
Simpati takkan mengubah apa-apa, Qamra. Setiap orang aturan nasib tak sama. Mungkin ada sesuatu cerita di dalam kehidupan lepas makcik tu yang kita tak tau. Derhaka dengan suami ke, dera anak ke, kan Contohhhh.
Mana you tau You main petik aje cerita. Tak baik tau, serkap jarang berdosa! Sangkal Qamra Ain sambil memeriksa denyutan nadi pesakit yang sedang lena di katil sementara menunggu Azmeer dan Elmina membawa keluar pesakit dari bilik CT scan.
I taulah. Luke pernah cerita pada I. Itu pun secara tak langsung makcik tu cerita dekat dia. Disebabkan kesempitan hidup tergamak dia tinggalkan keluarga sendiri. Bekas suami yang tangkap isterinya curang dengan suami orang. Lepas tu, minta cerai secara paksa. So, takkan nak jadi suami dayus kut Terus diceraikan. Yang lebih sadis, anaknya masih kecil waktu tu. Ibu jenis apa kalau begitu perangainya.
Habis tu, mana suaminya
Suami baru tinggalkannya. Lelaki playboy, mana cukup satu! Kalau you nampak suami you berasmaradana dengan perempuan lain, apa yang you buat Confirm you tangkap leleh meroyan punya. Makcik pernah cerita, bekas suami dulu baik. Tak pernah angkat tangan pukul dia. Tak macam suami yang ada. Asyik-asyik naik tangan ke muka. Mungkin itu balasan sebab nak kejar sangat lelaki kaya.
Tak semua lelaki kaya begitu, Rudy. Ada juga yang berhati baik macam MD kita.
Kita lupakanlah pasal makcik tadi. I rasa, lama lagi nak tunggu Azmeer dan Elmina. Apa kata kita
morning tea kejap di kaf.
Tuan Raff tak cari ke kita nanti
For your info, satu tempat yang si kuku besi tu takkan jejak kaki adalah kaf. Rimas dan lemas, katanya.
Kalau macam tu, jomlah. I pun belum sarap lagi.
You belanja I, boleh
Anything for you, Dr. Qamra Ain!
Q
AMRA AIN menikmati sarapan di kaf THSC sambil ditemani oleh Rudy Armani. Oleh sebab keterujaan untuk melapor diri pagi tadi, sampaikan sarapan yang disediakan oleh Tunku Hazreen di kaf tak sempat dijamah sedikit pun. Bertambah kelam kelibut lagi bila tiba-tiba Tunku Hazreen mengadu sakit perut dan terpaksa pergi menemani gadis itu ke klinik.
Bestnya dapat makan mee goreng bersambalkan sotong. Teringat arwah Babah yang selalu masak untuk bekalan saya ke sekolah cerita Qamra Ain serta menyuap mee goreng ke dalam mulut dengan wajah ceria. Begitu nikmat dirasakan.
Kalau dulu, setiap pagi ada saja bekalan yang dibawa ke tempat kerja lama. Setiap hari wajib dibawa 2 bekalan. Satu untuknya dan satu lagi untuk Pakcik Tan.
Ibu you
Tak ada cerita yang terindah untuk I kongsi tentang wanita bergelar Ibu, Rudy. Sebab Ibu tinggalkan I masa kecil. Sejak tu, I hanya kenal arwah Babah aje dalam hidup I, ada nada kesayuan dalam tutur kata Qamra Ain yang didengari oleh Rudy Armani.
Sampai ke saat ni, I masih menanti sebuah jawapan yang tepat mengapa Ibu pergi tinggalkan Babah yang menderita sakit ketika tu. Sampaikan Babah I pernah merintih, kenapa ibu tinggalkan dia dalam keadaan sakit begitu.
You jawab apa masa tu
Apa yang harus I jawab. Sejak umur 7 tahun, serba-serbi I buat. Balik sekolah, I kemas rumah, tanak nasi dapur kayu maklumlah kehidupan kami miskin. Babah hanya bekerja di ladang teh. Malam, I siapkan kerja sekolah di bawah pelita minyak. Mungkin keadaan begitu yang buatkan Ibu tinggalkan kami. Tak sanggup lagi hidup dihimpit kemiskinan.
Rudy Armani kusyuk mendengar. Sama seperti di mana hujah Qamra Ain semasa di dalam bilik mesyuarat pagi tadi.
I nekad masa tu, lepas tamat pengajian I nak buktikan pada Babah yang I boleh berjaya dan ubah nasib hidup kami. Tapi, sayang Babah I pergi tanpa sempat tengok kejayaan I, nada suaranya berubah.
Semakin tengelam dek menahan sebak di dada. Bila teringat arwah Babah, hatinya terasa hiba. Terkilan tanpa pengakhiran. Terkilan kerana tak kesampaian untuk merawat penyakit yang dideritai Babahnya.
I dengar you sesat pagi tadi, cari HRMD cepat-cepat Rudy Armani menukar topik perbualan memandangkan Qamra Ain berubah riak wajah dek terasa sedih bila kisah lama diungkit pagi ini.
You tak bosan ke bertugas kat TED Tanya Qamra Ain dan kemudian menjamah semula mee goreng.
Bosan Bila I dapat tau yang posting tetap I di TED, I dah dapat bayangkan situasi kat sana. Ada kala hanya seorang dua pesakit, kadangkala sampai tak cukup katil. Kalau tiba-tiba dipanggil ke Resus, masa tu memang macam Gaban jadinya. As you know, THSC kekurangan doktor tapi ada ramai jururawat. For you Dr Qamra, welcome to the ER Marathon Club.
Boleh I tanya sesuatu Tuan Raff macam tak suka I aje I asyik kena tengking bila jumpa dia. Mungkin sebab I melawan cakap kut.
You jangan takut kalau you rasa betul. Bantah tak semestinya melawan. Kita sebagai doktor ikut diagnosis dan biopsi. Bukan main bantai cakap. Nyawa pesakit bukan alat mainankan Always think positive and learn new things every moment.
Siapa benarkan kamu berdua sarapan waktu begini! Tiba-tiba ada suara yang mengganggu perbualan mereka.
Serentak mereka mendongak mencari empunya suara ganas itu. Serentak itu juga mereka terpandang ke arah Tunku Raffzul yang sudah bercekak pinggang. Masih seperti tadi, pandangan yang tajam menikam.
Tuan Raff Macam mana boleh terlepas sampai ke kaf Mimpi apa dia ni Monolog Rudy Armani.
Sudah bertahun Rudy Armani duduk lepak makan di kaf. Pagi, petang, siang dan malam hampir setiap hari, seminggu, sebulan bahkan bertahun dan pagi ini pertama kali dia melihat Tunku Raffzul turun mencari mereka di kaf. Mencari mereka atau mencari Qamra Ain
Sorry, Raff... Rudy Armani bingkas dari kerusi seraya tunduk hormat ke arah Tunku Raffzul kecuali Qamra Ain.
Dia mencuit lengan gadis itu dan mengisyaratkan supaya tunduk hormat sepertinya pada lelaki itu.
Buat apa aku nak tunduk hormat kat dia Bukankah lebih elok ucapan salam. Dia ingat ni negeri Britain ke nak tunduk hormat bagai
Kamu, Dr. Qamra Ain! Hari pertama dah langgar peraturan! Kamu tau tak kita ada kes kritikal di Resus Boleh kamu habiskan masa bergosip kat sini!
Jangan marah Dr. Qamra. A... aku yang ajak dia teman tadi.
You shut up, Rudy. Im asking her!
Terdiam terus Rudy Armani. Tak mampu berkata apa-apa lagi untuk pertahankan doktor pelatih itu. Dalam pada itu, dia berdoa agar muncul Tun Tunku Harith di waktu begini. Hanya MD saja yang boleh menyelamatkan keadaan jika melibatkan Tunku
Raffzul.
We have a critical case! Dr. Qamra! Ni kes pertama kamu dalam penilaian saya. Tunku Raffzul mencampakkan dua fail berwarna biru ke atas meja. Semakin nyaring suaranya.
Pengunjung yang terdiri daripada barisan doktor dan jururawat terhenti menikmati sarapan seketika terus menumpu perhatian kepada mereka bertiga. Baru mereka semua perasan yang Tunku Raffzul buat julung kalinya menjejak kaki di dalam kaf. Seorang demi seorang bergegas keluar. Akhirnya, kaf sunyi sepi yang hanya tinggal mereka bertiga di situ.
Finish up your breakfast and meet me in my office at 2 sharp and Dont be late again, Dr. Qamra!! Tunku Raffzul berlalu pergi begitu saja.
Qamra Ain duduk semula menahan geram. Lirikan tajam yang sungguh menikam mengekori langkah Tunku Raffzul hingga hilang di sebalik pintu masuk kaf. Semakin lama semakin membuak-buak meluatnya pada ketua jabatan yang budget bagus itu. Mentang-mentang anak saudara Tun Tunku Harith, sesuka hati nak tunjuk kuasa veto!
Sejak dari pertama kali jumpa di sesi temuduga dia sudah merasakan ketakserasian berkerjasama dalam satu pasukan Tunku Raffzul jika ditakdirkan dia berjaya menempatkan diri di THSC. Betul kata pepatah moden, makin kita fikir perkara negatif semakin dekat perkara negatif yang kita fikir. Akibatnya, terlalu memikirkan tentang attitude negatif Tunku Raffzul, akhirnya diletakkan sepasukan dengan doktor egois itu.
Rudy Armani mencapai fail biru yang di atas meja. Diselak satu persatu helaian yang tertulis. Begitu juga dengan Qamra Ain yang hanya membaca sekali imbas.
Kes Profil tinggi Seharusnya Raff tak boleh libatkan you dalam kes macam ni. You newbie dan hanya handle kes-kes di zon kuning atau pun di zon hijau. Ini kes VIP. Apa muslihat Raff sebenarnya Nak kenakan you ke
Qamra Ain mengungkit bahu. Fail kes tadi masih diteliti sambil berjalan ke arah pintu keluar kaf. Rudy Armani menolak pintu dan memberi laluan Qamra Ain terlebih dahulu keluar. Kemudian mereka berjalan beriringan menuju ke arah lif aras genap yang membawa mereka terus ke tingkat 2.
I akan buktikan yang I boleh handle kes ni, Dr.
Rudy.