SAAT AKU BERPALING - 52
FALIQ sedang meniup unggun api yang dinyalakannya supaya lebih marak. Walaupun sudah berbalut dengan berlapis-lapis pakaian, kesejukan yang menyelimuti lembah ini masih lagi menusuk tubuhnya. Jari-jemarinya terasa kebas sahaja mungkin kerana terlalu sejuk. Ubi-ubi keledek sederhana besar turut diletakkan di dalam himpunan bara api yang sedang marak.

Awak dah makan Tegur Faliq sebaik sahaja melihat kelibat Nadhirah yang baru selesai menjemur pakaian.

Belum. Sekejap lagilah. Jawab Nadhirah.

Sebiji bakul yang digunakannya sebentar tadi diletakkan semula ditempatnya bagi kegunaan sukarelawan lain. Ke semua keperluan mereka cuba disediakan sesempurna mungkin oleh World Care namun kebanyakannya perlu dikongsi di sini bagi meminimumkan kos.

Duduk sini. Jom makan dengan saya. Saya bakar keledek. Faliq mempelawa Nadhirah.

Awak makanlah dulu. Sekejap lagi saya makan.

Saya nak ambil barang dekat dalam sekejap. Awak nampak dah kurus sangat Nadhirah. Kenapa Tak makan ke Faliq bertanya. Dia sudah lama ingin tahu. Sakit hatinya apabila melihat susuk tubuh Nadhirah yang sudah semakin kurus.

Kenapa pula tiba-tiba isu berat badan saya yang awak persoalkan. Benda tak penting pun. Nadhirah tersentuh namun dia cuba untuk menutup rasa itu serapat mungkin dari pandangan Faliq.

Penting pada saya. Apa jadi pada awak, apa yang berubah tentang awak, apa yang ada kaitan dengan awak. Semua tu penting pada saya. Sangkal Faliq sambil tangannya masih leka menguis ubi keledek yang kelihatan sudah pun hampir rentung dek kerana dia terlalu melayan perasaan sebentar tadi.

Jom lah, makan dengan saya atau temankan saya makan. Sekali lagi Faliq menyampaikan pelawaannya. Bukan makanan mewah pun tetapi dia benar-benar mahu melihat Nadhirah makan.

Nadhirah tidak jadi masuk ke dalam rumah. Takkanlah dia mahu menolak pelawaan Faliq. Tidak manis rasanya menolak pelawaan yang datang berkalikali. Apatah lagi, datang dari seorang lelaki yang sanggup bertungkus lumus mencarinya selama ini.

Nadhirah akui, kehadiran Faliq di sini merubah rentak hatinya. Hati keringnya mula terasa berbunga. Mungkin musim dingin yang selama ini bermukim dihatinya sudah mula bertukar wajah. Ada rasa nyaman yang bertamu dihatinya. Dalam diam Nadhirah sekali lagi dilanda cinta.

Dah hanguslah. Macam mana nak makan Nadhirah mengerutkan dahinya melihat ubi keledek yang diberikan kepadanya.

Mana ada hangus. Penuh kasih sayang tau saya bakar benda ni. Panas. Bak sini saya kopekkan Faliq mengambil ubi keledek berkenaan yang masih lagi panas. Kulit ubi berkenaan kemudiannya dikupas untuk Nadhirah.

Awak ambil dekat mana keledek ni

Tadi kan, kami keluar pergi beli bekalan makanan dekat bandar. Saya beli lebih untuk kita makan dinner ni. Faliq sebenarnya baru sahaja pulang sejam lepas. Dia, Eddi, Derek dan Stephen keluar ke bandar untuk mendapatkan bekalan makanan yang sudahpun berkurangan.

Dia orang yang lain makan apa

Dia orang nak makan keledek rebus. Kita je makan keledek bakar. Sebab tunang awak ni kan rajin.

Sejak bila jadi tunang pun saya tak tahu. Nadhirah malas mahu melayan Faliq. Jika dilayan makin merepek pula lelaki ini nanti.

Setelah hampir seminggu sejak pertemuan mereka dahulu, inilah kali pertama Nadhirah sudi duduk dan berbual dengannya secara rela. Faliq bersyukur kerana doanya yang satu ini dikabulkan. Tiada perkataan yang boleh digunakan bagi menggambarkan kegembiraannya.

Sebelum saya datang ke sini, saya ada jumpa Alana. Dia yang beritahu saya tempat awak sembunyikan diri.

Saya dah agak dah. Memang kerja Alana.

Thanks to her. Akhirnya saya berjaya juga cari awak. Tapi, Nad bukan itu aja yang kami bualkan.

Apa lagi

Dia ada cerita sedikit tentang kehidupan awak sejak kecil.

Banyak ke yang dia ceritakan

Tak sangat sebab tu setiap kali tengok wajah awak, ada banyak benda yang berlegar dikepala saya. Alana menyedarkan saya yang saya masih belum kenal awak sepenuhnya.

Jadi

Boleh tak kita bersembang semua tentang awak malam ni Saya nak tahu semua pasal awak.

Semua tentang saya Why me

Sebab saya dah tahu semua tentang diri sendiri. Sebab tu saya kena tahu tentang awak pula. Jawapan yang diberi Faliq sememangnya boleh mendatangkan kemarahan.

Apa yang awak nak tahu

Soalan pertama saya, awak suka saya tak

Saya takkan jawab soalan macam tu. Next question. Nadhirah malas melayan soalan Faliq itu.

Tapi, saya suka awak. Ingat tu. Baiklah saya tukar soalan. Saya nak tahu, macam mana kehidupan awak masa kecil

Hidup saya tak adalah menarik sangat. Senang cakap, macam neraka. Dengan nada gurau, Nadhirah memberi jawapan yang paling pendek dan padat untuk menggambarkan kehidupannya.

Saya tak nak dengar jawapan yang macam tu. Lagi Soal Faliq beberapa kali.

Ada dua fasa dalam hidup saya. Fasa pertama adalah bila saya hidup dengan Mama saya di Australia. Mama berkahwin dengan warga Australia hanya untuk dapatkan kerakyatan. Dia tak nak balik Malaysia. Seingat saya Mama sibuk orangnya, ayah tiri saya pula memang tak lekat di rumah dan saya pula paling suka kalau mereka berdua tak ada di rumah. Kata-kata Nadhirah terhenti.

Faliq masih setia mendengar.

Bila mereka tak ada, maknanya tak ada orang yang akan herdik saya, takkan ada orang tunjal-tunjal kepala saya, takkan ada orang asyik ulang betapa durjananya saya di mata dia dan takkan ada orang asyik mengungkit apa sahaja yang mereka pernah bagi pada saya. Kebanyakan masa saya habiskan sendirian. Sambungnya lagi.

Kemudian

Fasa kedua adalah apabila Mama mati dan ayah tiri saya terperuk di penjara. Saya dibawa balik ke Malaysia. Tak ada yang berubah. Hidup saya yang susah bertambah susah. Hidup saya yang sunyi bertambah sunyi. Disebabkan kehadiran saya yang merosakkan keluarga Tan Sri Malik, saya di penjara di rumah Papa sendiri.

Jari jemarinya sengaja disibukkan dengan menghabiskan keledek yang dibekalkan oleh Faliq.

Seingat saya kali pertama saya dipukul oleh Puan Sri Munirah adalah kerana saya bergaduh dengan Adelia. Masa tu umur saya 14 tahun. Sejak dari hari itu tak ada satu benda pun yang saya buat betul, tak ada satu pun yang saya cakapkan didengar sesiapa. Faliq mengangguk-anggukkan kepalanya.

Saya menangis setiap kali dipukul, tapi lama kelamaan saya dah tak menangis lagi. Saya ada hobi baru. Saya mula mengira. Setiap kali saya kena pukul, saya akan kira dan kiraan tu terhenti sampai kali ke seratus tujuh puluh satu. Saya rasa masa tu saya dah penat mengira, sebab tu saya berhenti. Sebab tu saya pandai matematik. SPM saya dapat A plus. Nadhirah sengaja berseloroh.

Tak luculah. Faliq menggelengkan kepalanya tanda tidak senang. Langsung tidak lucu apa yang didengarnya kini.

Well, saya dah tak peduli lagi. Nak pukul, pukul lah. Nak maki pun ikut suka hati dia orang lah. Nak hina saya, hina lah. Nak cerca saya buatlah. Dah tak ada beza.

Faliq merenung dan terus merenung. Dia hanya memerhatikan gelagat Nadhirah yang sedang melawan perasaan sendiri. Sukar pula bagi dia melihat betapa Nadhirah cuba untuk tidak menangis di depannya.

Saya betul-betul berharap yang kita boleh bertemu lebih awal. Faliq bersuara. Hati lelakinya sudah tidak sanggup untuk mendengar apa yang diperkatakan oleh Nadhirah. Dia sakit hati mendengar semua itu.

Kenapa

So that I can protect you. Oh, Nad, I wish I was there...

Masa silam saya memang teruk, tapi itu yang mematangkan saya. Ianya mengajar saya mengenai banyak perkara tentang kehidupan. Selama saya menumpang di situ, saya tinggal di tingkat paling atas di rumah agam Tan Sri Malik selama 4 tahun. Langsung tak ada kawan, langsung tak boleh keluar. Untuk pengetahuan awak, tempat tu sebenarnya stor simpan barang. Stor yang penuh dengan barang dan habuk, tikus, lipas.

Keledek yang berbaki disumbatkan ke dalam mulut sebelum dia menyambung semula ceritanya.

Cuma ada satu tingkap yang membolehkan saya tengok keadaan dekat luar. Setiap hari saya akan duduk ditingkap memandang langit. Pelangi, awan, bulan, bintang, matahari, hujan. Itu aja lah kawan-kawan saya sebelum saya jumpa Alana. Dari situlah saya sedar betapa cantiknya langit tak kira lah semasa hari cerah atau mendung, betapa cantiknya pelangi, betapa bebasnya burung-burung di luar dan betapa sunyinya saya yang terkurung di dalam bilik tu.

Cerita awak ni dah semakin tak menarik sekarang.

Rasa macam menyesal pula saya sibuk bertanya tadi.

Kan saya dah cakap yang saya tak ada benda nak diceritakan pada awak. Tapi, awak degil, nak dengar juga. Awak yang tak nak percaya tadi, kan

Tapi, saya nak kenal awak Nad...

Okey saya sambung. I am survivor Faliq, Mujurlah ada Alana yang sudi jadi kawan saya. Saya rasa kalau Alana tak datang jadi tutor saya, kalaulah dia tak ada masa tu, saya dah lama gila.

Balik Malaysia nanti, I should buy Alana dinner.

Something nice, warm and expensive, I think.

Kenapa

Sebab dia tolong jagakan awak untuk saya. Saya sepatutnya menunjukkan lebih penghargaan kan

Saya cuma dapat keledek hangus je. Takkanlah pula awak nak belanja Alana. Nadhirah mencebik.

Kira mewahlah tu Cik Nadhirah. Dapat juga awak merasa makan keledek dekat Mongolia ni. Orang lain dekat sini, nak jumpa sekepal nasi kosong pun susah.

Thanks sebab bagi saya makan keledek. Ada lagi ke soalan untuk saya jawab pada awak

Ada. Saya nak tahu apa yang paling awak takutkan dalam hidup awak

Hurmm... Paling takut Lama juga Nadhirah mendiamkan diri. Saya paling takut untuk hidup macam Mama saya. Setelah lama berfikir, itulah yang paling Nadhirah takuti. Hidup dan mati seperti mamanya!

Kenapa

Dia dapat anak yang menyusahkan, dia ada kehidupan yang menyusahkan apatah lagi setelah ditambah dengan kehadiran saya. Saya rasa semua benda yang dia tempuh sepanjang adanya saya jadi perit buat dia. Semuanya menyusahkan.

Lagi Faliq mengetap bibir bawahnya. Kata-kata Nadhirah bagai menjerut tangkai lehernya. Dia enggan menunjukkan simpati tatkala Nadhirah berusaha sedaya upaya untuk kelihatan tenang dan bersahaja. Saya takut mati macam Mama saya.

Maksud awak

Hidup Mama saya sunyi. Tak ada sesiapa yang menangis kehilangan dia kecuali saya. Tak ada saudara, mak ayah, kawan pun tak ada. Mama memang ada rakan sekerja, tapi masa tu saya tak tahu pun nak hubungi sesiapa. Tak ada sesiapa langsung yang datang jenguk jenazah dia.

Dari rumah ke hospital sampailah dia dikebumikan, dia cuma ada saya di situ. Di tanah perkuburan pun cuma ada saya seorang. Kata-kata Nadhirah terhenti seketika. Mungkin dia memikirkan sesuatu.

Saya tak boleh nak bayangkan macam mana kalau saya yang ada ditempat awak masa tu. Luah Faliq ikhlas.

Beberapa helai rambut Nadhirah yang menutup wajahnya disingkap ke telinga. Faliq masih belum puas menatap wajah ini. Seraut wajah yang sering meninggalkan kesan dihatinya dan seringkali berjaya membuatkan dia kelu.

Katakanlah kalau saya mati 5 bulan lepas, sebaik sahaja kita putus. Saya rasa saya betul-betul akan mati seperti Mama saya mati. Mama dah tak ada, Papa dah tak ada, adik beradik sendiri pun tak ada, Imran tak ada, awak pun tak ada. Akhirnya, yang saya ada cuma Alana. Itulah yang difikirkannya sebelum dia memutuskan untuk datang ke Mongolia sendirian.

Kalau saya terus tinggal di Malaysia masa tu dan kalau saya mati, kematian saya mungkin sama macam Mama. Seorang diri. Saya tak nak mati macam tu, sebab tu saya ke sini. Mencari sedikit ruang di mana mungkin ada lagi hati yang sudi terima orang macam saya. Mencari tempat di mana tak ada yang akan

mempersoalkan kisah silam saya.

Saya minta maaf atas apa yang saya dah buat pada awak. Sumpah saya tak tahu. Saya tak nak dengar apa yang awak cuba terangkan. Saya cakap macam-macam pada awak tanpa berfikir dulu. Itulah pertama kali dalam hidup saya hamburkan kata-kata yang saya

sendiri tak pernah maksudkan. Tangan Nadhirah diraih.

Saya marah sebab saya terlalu percayakan awak, saya sayang awak dan apa awak buat langsung di luar jangkaan saya. Saya janji pada awak Nadhirah, saya takkan biarkan awak hidup dan mati macam Mama awak.

Nadhirah senyum.

Jika diizinkan Allah, saya takkan sesekali tinggalkan awak. Saya janji. Faliq memegang tangan Nadhirah bagi mencurahkan suatu kepastian. Jika diizinkan Allah dia akan terus hidup bersama Nadhirah sehingga ke akhir hayat.

Awak dah maafkan ayah awak

Should I forgive him Soal Nadhirah kembali pada Faliq.

Shouldnt you Keputusan semua ada di tangan awak. Dia dah tak ada didunia ni Nadhirah dan mungkin juga sekarang dia sedang dihukum di sana untuk kesalahan yang dia dah buat pada hidup awak. Jawab Faliq.

Entahlah, saya masih berfikir. Nadhirah menjongketkan bahunya.

Teruskan berfikir dan buat keputusan. Saya tak boleh nak cakap apa-apa sebab saya akui apa yang dia dah buat memang teruk. Faliq terus memujuk.

Bila terfikirkan dia, saya masih lagi berdendam. Walaupun dia dah tak ada, luka yang dia tinggalkan masih lagi sakit. Saya tak tahu apa akan saya rasa pada masa depan tapi sekarang, saya belum maafkan dia.

Tak boleh. Saya tak boleh nak maafkan dia.

Tak apa lah, saya faham.

Dah habis ke soalan awak

Belum. Bila kita nak balik Malaysia

Faliq, jangan mulakan, boleh tak Nadhirah ketawa. Faliq masih lagi belum berputus asa untuk membawanya pulang.

Okey, saya tak tanya dah. Memandangkan soalan saya tadi tidak berjawab, saya dah tak ada soalan lain lagi. Lain kali kalau saya ada soalan, saya tanya lagi. Awak masuk lah dulu ke dalam. Saya pun dah nak

balik rumah dah.

Aik, dah habis ke keledek awak bakar

Kenapa Awak lapar lagi ke

Tak. Dah kenyang dah. Cuma saya rasa keledek tu tadi macam banyak. Bila awak makan semua

Dah habis lama dah keledek-keledek tu. Awak cerita seperenggan, awak makan. Lepas seperenggan lagi, awak makan. Saya sempat makan dua biji je keledek tu. Yang lain semua awak makan. Penat saya kopek. Rungut Faliq.

Awak yang ajak saya makan tadi, mana boleh merungut macam tu. Nadhirah sendiri tidak sedar bila dia memakan semua keledek-keledek itu.

Bukan merungut, Cuma saya ni nak bagitahu awak yang keledek tu semua dah habis. Dah tak ada. Terang Faliq.

Baiklah saya faham. Saya masuk dulu.

Tidur nyenyak-nyenyak. Nanti saya masuk dalam mimpi awak. Faliq menitipkan pesan.

Merepeklah awak ni. Getus Nadhirah sebaik sahaja pesanan merapu Faliq hinggap ke telinganya.

Nak gurau sikit pun tak boleh ke

Tak boleh. Jawab Nadhirah dengan segaris senyuman nipis.

Nadhirah! Panggil Faliq apabila melihat Nadhirah sudah sedia untuk beredar.

Apa lagi

Lagi satu soalan. Boleh

Tak boleh. Nadhirah menggelengkan kepalanya.

Please, satu ni aja. Soalan paling penting yang saya nak tanya awak. Faliq memandang Nadhirah penuh makna. Dia teringin untuk tahu apa jawapan yang boleh diberikan Nadhirah pada soalannya ini.

Apa

Kenapa berhenti

Berhenti Nadhirah tidak memahami soalan yang diberikan Faliq padanya.

Kenapa berhenti dari membalas dendam. Awak hampir musnahkan mereka semua, tinggal Adelia sahaja lagi. Kenapa berhenti

Soalan Faliq menyebabkan Nadhirah membisu. Dia cuba memilih ayat yang sesuai untuk digunakan bagi menjawab soalan Faliq.

Its not fun anymore. Adelia datang pada saya selepas beberapa hari Puan Sri Munirah meninggal. Buat pertama kalinya dia minta maaf sambil menangis. Dia minta maaf atas semua yang dia dan keluarganya dah buat pada saya. Mulanya saya ingat yang saya akan tepuk tangan, senyum sampai ke telinga tapi tak ada apa yang berubah pun. Saya tak gembira pun lepas saya musnahkan hidup dia. Dalam tak sedar, saya rupanya dah hancurkan juga hidup Adelia.

It would be more fun kalau Adelia terus menyombong dan terus layan saya macam dulu. Tapi dia dah tak macam tu, dia dah berubah. Jadi semuanya dah tak seronok lagi. Dah tak berbaloi. Nadhirah seterusnya berlalu tanpa memandang wajah Faliq. Air matanya yang sudah bergenang enggan ditunjukkan pada Faliq.