Ferenc Pusks, Sir Stanley Matthews dan Alfredo Di Stfano. Raymond Kopa, merupakan pemenang tiga kali Piala Eropah dengan Real Madrid C.F..
Legenda bola sepak Perancis ini pernah bantu negaranya raih tempat ketiga di Piala Dunia 1958, edisi yang turut dimenangi Brazil.
Raymond Kopa atau nama sebenarnya Raymond Kopaszewski, merupakan seorang warga Perancis berketurunan Poland.
Keluarganya berasal dari Krakw, Poland berhijrah ke Perancis semasa konflik Perang Dunia Pertama.
Era itu, Perancis sangat perlukan tenaga kerja untuk bekerja di lombong-lombong arang batu miliknya. Justeru, salah satu caranya adalah mengupah tenaga kerja dari negara lain, terutamanya dari rantau timur Eropah. Sekitar September 1919, Perancis telah meterai perjanjian dengan Poland, kebenaran untuk para pekerja industri dari Poland bekerja di Perancis.
Golongan pekerja ini diberi permit kerja dan pas keluar-masuk sempadan Perancis. Menjelang dekad 1920an, lebih banyak pekerja lombong Poland yang bekerja di Perancis. Mereka ini kebanyakannya sebelum itu bekerja di Westphalia, Jerman tapi disebabkan faktor upah
lumayan mengakibatkan para pekerja bangsa Poland ini beralih arah ke Perancis.
Menjelang tahun 1930an, terdapat kira-kira setengah juta warga Poland di Perancis, iaitu kira-kira 20% daripada jumlah warga asing yang menetap dan bekerja di Perancis.
Hal ini termasuklah keluarga si Raymond Kopa ini. Mereka menetap di sebuah pekan perlombongan dikenali sebagai Nux-les-Mines, tidak jauh dari Kota Lille.
Disebabkan nama Kopaszewski terlalu panjang untuk dieja, di sekolah, nama Raymond dieja Kopa sahaja. Namun apabila Perang Dunia Kedua meletus, seperti kebanyakan remaja pada ketika itu, persekolahan Raymond Kopa tergendala.
Beliau terpaksa bekerja di lombong arang batu, tempat di mana ayah dan datuknya pernah mengerah keringat.
Waktu itu, seperti sudah didoktrinkan, bahawa kalau kamu orang Poland di Perancis, maka pekerjaan paling sesuai hanya lah sebagai pelombong. Begitu lah perihalnya yang berlaku pada keluarga Raymond Kopa. Mereka tidak nampak pekerjaan lain yang sesuai selain berkeringat peluh bercampur minyak dan arang sebagai pelombong.
Walaupun minat Raymond Kopa amat meminati bidang pendawaian dan pemasangan elektrik, namun hasrat keluarga dan tanggapan umum bantutkan cita-citanya. Pernah suatu ketika, Raymond Kopa berjalan-jalan di pekan, cuba mendapatkan pekerjaan di kedai elektrik, namun ditolak apabila beliau memberitahu nama sebenarnya, Raymond Kopaszewski.
Kalau perhati dan soroti imej Kopa ini, cuba fokuskan pada jari telunjuk tangan kiri beliau, tampak seolah pendek dan kudung.
Maka mahu atau tidak, terpaksa juga lah Raymond Kopa terus bekerja di lombong arang batu.
Ketika bekerja di lombong arang batu itu lah Raymond Kopa, 16 tahun usianya ketika itu, mengalami kemalangan sehinggakan jari telunjuk tangan kiri beliau putus. Sebiji batu besar telah menghempap tangan kiri beilau lantas meremuk serta menghancurkan terus jari telunjuknya.
Selama 6 bulan Raymond Kopa berehat sehingga tangannya sembuh. Sebaik pulih, Raymond Kopa hanya diberi tugas ringan, bukan lagi kerja melombong yang perlu turun sedalam beratus-ratus meter ke dalam tanah.
Masa senggang Raymond Kopa diisi dengan bermain bola sepak. Sedari usianya 8 tahun, beliau dah ada pasukan bola sepaknya, yang terdiri daripada kanak-kanak keturunan Poland. Sering juga beradu kuat dengan pasukan yang majoritinya warga Perancis, dan lazimnya pasukan Raymond Kopa lah yang menang.
Seorang jurulatih tempatan bernama Constant Tison lah individu yang pertama kali mencungkil bakat Raymond Kopa. Beliau diserapkan ke pasukan remaja US Noeux-les-Mines walaupun masa itu beliau baru berusia 14 tahun. Cumanya disebabkan Raymond terikat dengan kerja di lombong arang batu, amat jarang sekali lah beliau sertai kejohanan-kejohanan bawah umur di peringkat domestik.
Hanya pada usia 18 tahun, baharu lah Raymond Kopa pamerkan kualitinya. Dalam setu kejohanan peringkat Kota Lille, Raymond Kopa dinobat selaku Pemain Terbaik. Beliau juga bantu kelab dari US Noeux-les-Mines mara ke perlawanan akhir yang berlangsung di Kota Paris.
Seorang wartawan bernama Gabriel Hanot dari akhbar LEquipe merupakan salah seorang pegawai pertandingan.
Beliau lah yang menulis tentang kualiti Raymond Kopa di dalam akhbarnya.
Sejurus selepas itu, pada tahun 1949 Raymond Kopa terus mengikat kontrak dengan pasukan Divisyen Dua, Angers SCO. Dua tiga musim sahaja bersama kelab itu, tahun 1951, Raymond Kopa berhijrah ke Stade de Reims. Di kelab Reims ini lah nama Raymond Kopa mula mekar.
Beliau membantu kelabnya meraih kerjuaraan liga Perancis, selain muncul naib juara Piala Eropah, di edisi 1956, tewas kepada Real Madrid C.F. dalam perlawanan akhir. Berhempas-pulas juga lah Real Madrid untuk kalahkan Reims. 4-3 Real Madrid menang, dengan tiga gol Reims itu semuanya gerakan Raymond Kopa.
Musim berikutnya, Real Madrid berjaya mendapatkan khidmat Raymond Kopa, untuk sebaris dengan legenda Real yang lain seperti Alfredo di Stefano, Hctor Rial, Francisco Gento dan lain-lain legenda Estadio Santiago Bernabu.
Tahun 1958, merupakan tahun bertuah Raymond Kopa. Beliau bantu Real juarai Piala Eropah dan juarai Liga Sepanyol selain membantu negaranya meraih tempat ketiga di Piala Dunia, lantas anugerah Ballon dOr tahun itu, adalah hak mutlak Raymond Kopa.
Kisah hidup Raymond Kopa sering jadi inspirasi. Mana mungkin hendak berjaya jika tak lalui fasa payah, susah dan sukar. Kisahnya diteladani untuk kita yang kadang-kala seolah berputus asa walaupun dihimpit sekecil ujian.
Raymond Kopa, si Raja Bola sepak Perancis.