PEJAM CELIK, dah hampir lapan bulan Anis belajar di Institut Paul Bocuse worldwide Alliance. Sengaja dia pilih tempoh kursus setahun walaupun ada kursus intensif selama empat bulan di institut tu. Pengajiannya pun sudah hampir ke penghujungnya. Baru semalam rasanya dia tiba di lapangan terbang Saint Exupery Airpot. Baru semalam rasanya dia mula melangkah di institusi Lyon.
Begitu cepat masa berlalu.
Masanya banyak dihabiskan menelaah pelajaran. Kelas praktikal yang diadakan tiga kali seminggu digunakan sepenuhnya untuk mempelajari teknik dan hiasan masakan. Alhamdulillah, ramai teman sekelas yang sudi membantunya. Kebanyakkannya dari negara Eropah sendiri. Tidak ramai yang datang dari Malaysia sepertinya. Namun itu semua tidak menjadi penghalang baginya untuk menimba ilmu terutama ilmu akhirat. Dia berusaha mencari masjid di bandar Lyon itu bersama Liya yang juga teman senegara yang turut mempunyai minat yang sama dengannya. Hujung minggu mereka akan belajar ilmu agama di masjid itu.
Cuti semester pula digunakan sepenuhnya bekerja sementara di restoran yang dikendalikan oleh Chef terkenal di institut itu. Dia rasa bersyukur kerana terpilih untuk menyediakan masakan di restoran milik chef senior Paul Bocuse. Banyak masakan yang dipelajarinya. Walaupun berbeza bahasa, dia tidak pernah merungut. Malah dia turut belajar bahasa Perancis secara sambilan bagi memudahkannya memahami apa yang dipelajari. Sepanjang belajar di situ, ternyata Jay tidak pernah lupakannya walaupun kadangkala dia tidak sempat membalas mesej Jay. Imran pula diam membisu. Seolah lenyap terus dari hidupnya. Rasa bersalah dan berdosa kerana dia masih isteri Imran tapi melayan jiwa dan perasaan dengan Jay. Kadang-kadang dia berfikir, apakah dia masih isteri Imran Teringat masa hari terakhir dia berjumpa di banglo mewah itu, Imran tidak melafazkan apa-apa yang boleh menjatuhkan talak padanya.
ANIS berjalan perlahan menyusuri persisiran sungai berdekatan dengan deretan kedai yang menjual cenderahati. Banyak buku-buku terpakai turut dijual di situ. Dia betulkan baju sejuk yang dipakai. Musim sejuk sudah seminggu menjengah bumi Perancis itu. Dia sudah bersedia dengan baju dan seluar untuk dipakai pada musim sejuk. Perjalanannya dari bandar Lyon menaiki kereta api di stesen Gare de Lyon, antara stesen kereta api terbesar menghubungkan bandar-bandar ke kota Paris yang hanya mengambil masa kurang dari dua puluh minit. Sesekali dia dan Liya akan meronda sekeliling kota cinta itu bersama-sama.
Kenangan turut diabadikan di situ. Itulah saja peluang yang ada untuknya menikmati keindahan kota yang terkenal dengan cinta dan kasih sayang dan terkenal juga dengan fesyen yang cantik-cantik.
Subhanallahcantik-cantik orang di sini. Kulit dia orang halus dan putih. Macam model pulak. Anis tidak berkelip memandang penduduk sekitar yang lalu lalang. Musin sejuk begini tidak banyak fesyen yang dapat dilihat.
Yalah Anis..jealous aku. Kalaulah kulit aku semulus kulit dia orang ni..hmm.. Liya mula membayangkan dirinya seperti orang Perancis.
Alah..buat apa semua tu kalau hati tak beriman. Dah tu orang sini bukannya suka cakap Inggeris. Tak layan! Tergeliat lidah aku nak sebut perkataan Perancis ni. Masa mula-mula datang dulu, aku hanya tahu bonjur je..hahaha! Anis gelak.
Betul tu..aku sokong seratus satu peratus! Liya menarik tangan Anis menuju ke stesen metro. Mereka mula melihat peta yang terdapat di muka tangga setiap stesen.
Hmm..apa kata kita pergi ke Eiffel Tower Liya mula tersenyum.
Anis turut senyum. Liya yang memiliki nama penuh Sharifah Aliya sudah pun bertunang. Tunangnya pula selalu juga datang menjenguk Liya di kampus dan kadang-kadang keluar bersama ke kota cinta itu. Mungkin tunang Liya anak orang kaya. Kalau tak, takkan dia selalu datang melepaskan rindu pada Liya. Setakat ini dia belum pernah kenal tunang Liya.
Anis senyum lagi. Dia cukup hormat pada Liya yang selalu menjaga batas pergaulan. Selalunya Liya akan keluar bersama teman sekuliah yang lain termasuk dirinya. Namun dia menolak dengan baik. Dia perlu berjimat. Duit yang ada cukup-cukup untuknya belanja untuk tambang, penginapan dan yuran pengajian. Kadang-kadang ibunya hantar juga wang kepadanya. Bila ditanya, ibu tidak menjawab dari mana dia dapat duit tu.
Eh..kau dengar tak Liya goncang tangan Anis yang menggigil kesejukan.
Dengar..jomlah! Anis senyum. Dia tahu sudah banyak kali Liya ke situ. Tidak jemu-jemu. Sedangkan dia tidak merasa apa-apa yang istimewa di situ. Entah apa yang istimewa sangat sampai kota itu digelar kota cinta.
Anis hanya mengikut rentak Liya. Bergambar dan berjalan menaiki Eiffel Tower. Kalau ikutkan hatinya, dia lebih suka menyusuri sekitar bandar Paris sambil melihat gelagat penduduk dan pelancong yang datang ke situ.
Hello miss! Assalamulaikum! Malaysian
Anis menoleh bila ditegur oleh suara garau dari belakang. Seorang lelaki kulit hitam tersenyum sambil menghulur seberkas replika kecil Eiffel Tower kepadanya. Muslim agaknyadah bagi salam macam tu.
No thanks! Liya senyum kelat.
Its only five euro for five! Lelaki itu mendesak Anis dan Liya untuk membeli cenderahatinya.
Err..ok.. Anis tak sampai hati mengecewakan lelaki kulit hitam itu. Dia beli lima replika kecil Eiffel Tower dari lelaki itu.
Kau ni! Tengok! Liya tuding ke arah beberapa orang lelaki kulit hitam yang mula mendekati mereka dengan membawa cenderahati yang sama.
Hah
Anis dan Liya segera beredar dari situ.
Kan aku dah cakap. Jangan layan mereka tu. Tengok apa dah jadi. Elok-elok aku nak naik tower tu, kita tersadai kat sini! Liya muncungkan mulutnya. Dia berpeluk tubuh menahan kesejukan. Angin mula menghembus lembut. Tudung yang dipakai segera dimasukkan ke dalam baju sejuk.
Anis hanya senyum. Alah..sorry. Aku tak ingat pesan kau tadi.
Assalamualaikum..
Liya segera menarik tangan Anis. Sorry we dont want to buy!
Err..maaf..
Anis dan Liya segera berpaling bila mendengar seseorang menegur mereka dalam bahasa Melayu.
AwakAnis tergamam.
Jay senyum.
Mata Anis masih melekat pada Jay. Kali ini penampilan Jay berlainan sekali. Dia segak dalam baju sejuk labuh warna hitam melepasi lutut dengan seluar jeans dan kasut but hitam paras lutut. Kaca mata hitam dan topi tetap menjadi identitinya.
Anis, siapa ni
Hmm..jadi nama awak Anis Jay senyum semakin lebar.
Anis cuit lengan Liya yang mendedahkan namanya yang sebenar kepada Jay.
Errawak buat apa kat sini
Kan saya dah janji, saya akan jenguk awak sekali sekala. Jay berpeluk tubuh. Wajah gadis yang sangat dirindui itu ditatap lama. Manis. Pipi gadis itu kemerahan dek cuaca sejuk.
Err..maaf, saya menyusahkan awak. Saya ingat awak hanya bergurau saja. Tak sangka pula Anis tunduk. Malu pada Jay yang merenungnya dengan tajam. Tidak beralih.
Saya sebenarnya ada hal sikit di Cordoba. Macam yang saya katakan dulu, saya juga merantau mencari ilmu. Now, here I am. Jay menjelaskan perkara yang sebenar.
Maknanya awak.. Anis memandang tepat pada Jay. Dia cuba mencari mata jejaka itu.
Ya..saya menimba ilmu Islam di Cordoba, Sepanyol. Dan lepas ni mungkin saya akan ke Granada pulak. Alhamdulillah, banyak ilmu yang saya dapat di sana. Kebetulan saya berada di sana, jadi saya singgahlah sekejap di sini menjenguk awak. Tak sangka saya akan jumpa awak di kota cinta ini. Lembut suara Jay menutur kata.
Siapa ni Anis Liya masih tidak puas hati. Perbualan antara Anis dan jejaka itu seperti ada sesuatu yang disembunyikan darinya.
Dia..dia.. Anis mula tergagap-gagap.
Saya bakal suami Anis.. Jay menghabiskan kata-kata Anis yang terhenti.
Oh! I see! Wow! Congrats! You have a such great husband to be! Liya peluk Anis. Oh..nilah jejaka bertuah yang Anis nak sorok tu...
Anis tunduk. Tak sangka, Jay mengotakan janjinya. Dan hari ni, dia benar-benar muncul. Dan yang lebih tak sangka, Jay kenalkan dirinya sebagai bakal suami! Ya Allah! Ujian apa yang aku lalui ni Aku masih isteri Imran tapi mengapa aku beri harapan pada Jay Rasa berdosa pada Imran, pada Allah. Hampir setahun dia di bumi Eropah, Imran tidak pernah sekali pun menghubunginya. Hanya Zara dan keluarganya yang lain selalu bertanya khabar.
So, bila nak langsung Liya mula usik Anis.
InsyaAllah..kalau tak ada apa halangan, mungkin selepas Anis tamat belajar.
Anis cepat-cepat mendongak. Dia renung wajah kacukan milik lelaki itu. Wajah itu cuba ditutupi dengan kolar baju sejuk yang agak besar. Hanya sebahagian kecil saja wajah Jay dapat dilihat. Ah! Nyata Jay seorang yang terlalu berhati-hati.
Oh ya Alhamdulillahnampaknya kau dulu la Anis. Aku lambat lagi. Liya teringat keputusan yang diambil untuk berkahwin setahun selepas dia tamat belajar.
Err..aku..dia.. Anis mula menggelabah. Terasa tuturnya sudah mula kelam kabut. Adoi! Haru macam ni!
Boleh saya temankan awak berdua Anggaplah saya sebagai bodyguard di sini. Bolehkan Jay mula menawarkan diri menemani Anis dan Liya.
Anis pandang Liya. Liya hanya senyum. Rasa kekok bila Jay ada bersama. Liya pula sengaja membiarkan Anis dan Jay berdua. Ada saja hal yang dia hendak buat.
Sepanjang perjalanan pulang semula ke bandar Lyon, Anis tidak banyak bercakap. Dia tahu Jay asyik memandangnya sejak dari kota Paris lagi. Dia jeling Liya yang duduk di kerusi belakangnya dalam tren. Jaga kau Liya! Biarkan aku berdua duduk dengan Jay.
Awak macam tak selesa je..
Anis cepat-cepat mendongak. Alamak! Jay dapat baca hati aku ke
Bukan..saya tak biasa..saya..
Jay mula jarakkan dirinya dari Anis. Dia faham maksud Anis.
Anis tunduk semula. Aduh! Mamat ni merajuk ke Ya Allahampunkan aku.
PULANG dari Paris tadi, Liya semakin galak mengusik Anis. Anis hanya senyum hambar. Tidak sangka dia akan bertemu dengan Jay di tengah-tengah kota cinta itu. Pertama kali memandang Jay tadi, hatinya mula berdegup kuat. Rasa pelik yang disimpan dulu untuk Imran kini mula berubah arah. Perlahan Anis meletakkan tangannya ke dada. Terasa degupan jantungnya semakin laju berdenyut.
Ya Allahkenapa dengan aku ni Takkanlah semudah itu aku merasa pelik macam ni.. Anis menekup muka. Perasaan pelik itu semakin menebal. Melihat Jay sama seperti dia melihat Imran. Berdebar-debar walaupun cuba disorokkan ke dasar hati.
Hey! Apa kau menung tu Teringat Jay eh
Anis mendongak. Termengenadah.
Hmm..Jay tu aku tengok handsome jugak orangnya tapi kalau dibuang jambang dan misai dia tu..aku rasa lagi handsome! Liya kenyit mata pada Anis.
Banyaklah kau punya handsome! Dia tu sejak dulu macam tu! Dengan aku pun dia masih nak sorokkan matanya. Anis melepas sebuah keluhan kecil.
Sorok mata Hmm..yalah..aku pun perasan. Cuaca sejuk macam tu pun nak pakai rayban! Lainlah matahari terik memancar atas kepala! Pelik aku! Opss! Sorry! Aku tak berniat nak kutuk husband to be kau tu! Liya menekup mulutnya dengan tangan.
Aku tak kisah..kenapa kau sebut nama aku tadi depan dia Anis mula teringat nama sebenarnya sudah diketahui oleh Jay.
Nama Aku tak faham.. Liya mengerutkan kening. Wajah Anis dipandang tepat.
Aku sebenarnya kenal dia melalui facebook. Nama dia dalam tu, JS, panggil Jay. Aku pulak Mawar Putih. Setakat ni dia tak tahu nama sebenar aku dan aku juga tak tahu nama sebenar dia. Tak adil pula rasanya dia tahu nama sebenar aku. Anis sedikit kecewa.
Hii!! Aku makin tak fahamlah. Kau kenal dia melalui facebook. Lepas tu kau dan dia tak tahu nama sebenar masing-masing.
Habis tu, macam mana korang boleh couple pulak Liya semakin bingung dengan kisah Anis.
Pembetulan! Sahabat! Sebenarnya panjang kisahnya Liya. Malaslah aku nak cerita. Anis mula baring. Kepalanya dialas dengan kedua lengan.
Pendekkanlah! Aku teruja nak tahu kisah kau. Liya turut baring di sebelah Anis yang memandang siling.
Malaslah! Yang penting dia sahabat aku dan faham hati aku. Kalau ada jodoh, kami kahwin. Anis mula mengiring membelakangi Liya.
Eh, peliklah kisah kau ni. Kau paksa dia ke apa Liya tarik tubuh Anis supaya mengadap ke arahnya semula.
Anis bingkas bangun. Dia pandang Liya yang turut bangun dan duduk bersila sepertinya. Terpaksa dia cerita kisah peliknya kepada Liya. Terangguk-angguk Liya mendengar penuh khusyuk.
Yang kau asyik angguk je dari tadi ni kenapa Anis mula ketawa. Geli hati melihat gelagat Liya yang terangguk-angguk begitu.
Tak adalah..aku rasa kisah kau ni, kalau buat novel tentu laris! Liya sengih.
Ke situ pulak! Anis lempar bantal ke arah Liya.
Liya pula membalas dengan membaling semula bantal ke arah Anis. Ketawa mereka mula berderai.
Tapi kankenapa Imran tak balas cinta kau Dia tahu ke kau cintakan dia Liya tiba-tiba bertanya. Ketawanya tadi terhenti serta-merta.
Kalau tahu sekalipun, aku tak layak untuk dia. Masa aku kat airport, dia sorang saja yang tak datang. Anis teringat kejadian di KLIA. Liya dipandang sekilas. Biarlah Liya tidak tahu yang Imran adalah suaminya. Sengaja dia tidak cerita bab tu kerana dia sendiri tidak pasti statusnya kini.
Yalah..kan Jay ada sekali. Kalau aku jadi Jay, aku pun tak nak Imran ada kat situ. Aku memang cemburu. Liya mencebik.
Tu kau! Aku tengok Jay tak kisah pun pasal Imran. Dia macam tak kisah aku sebut nama Imran di depannya. Anis mula berfikir. Teringat sikap Jay yang tidak marahkannya bila dia menyebut nama Imran masa di KLIA dulu.
Tak baik kau buat Jay macam tu. Jay tu dah berkorban untuk kau. Jadi penyelamat kau. Sepatutnya kau buang saja Imran tu dari hidup kau. Mulakan hari kau dengan Jay. Eh, siapa nama sebenar Jay eh Liya dakap bantal dan mengadap Anis.
Sebenarnya aku dalam proses nak lupakan Imran dan belajar mencintai Jay. Pasal Jay tu..aku pun tak tahu nama sebenar dia.
Macam aku cerita tadi. Anis termangu sendiri. Dia sandar tubuhnya pada kepala katil.
Hmm..pelik bin ajaib. Apa nak buattahi kambing bulat-bulat! Liya sengih. Cuba berjenaka.
Apa kena mengena pulak dengan tahi kambing Anis jeling Liya yang turut menongkat dagu di sebelah. Sebiji gayanya.
Kau ni lurus betullah! Itu trademark akulah! Pantun dua kerat! Ni..kau tak siasat ke siapa Jay Entah-entah dia tu penyangak ke, pembunuh upahan ke, atau perogol bersiri ke Liya membulatkan matanya yang sedikit sepet.
Hish! Kau ni! Ke situ pulak! Tak baik buruk sangka pada orang! Anis baring semula. Dia peluk bantal golek.
Bila Liya sebut pasal siasat, dia mula teringat sesuatu. Dia pernah menyuruh Izara menyiasat Jay. Hmm..apa agaknya maklumat yang Izara ada. Entah-entah Izara pun sudah tak ingat tentang hal tu. Selepas dia dan Izara bertengkar malam itu, tiada lagi khabar berita tentang Jay.
Dia sendiri yang menghindarkan diri dari Izara dan Imran. Hmm..salah aku juga. Anis luku kepalanya sendiri.
Apa yang kau fikir
Tak ada apa..
Jadikau tak nak siasat siapa Jay tu At least kau tahu nama sebenar dia. Liya mula mendesak Anis.
Tengoklah.. Anis mula pejam mata. Malas dia melayan Liya yang beria nak tahu siapa Jay. Dia sendiri pun tak teruja macam tu.
Anis mencuri pandang. Liya sudah menapak keluar dari biliknya. Lega.
TINGGAL tiga bulan saja lagi pengajiannya di institusi itu akan berakhir. Bermakna hanya tinggal tiga bulan saja juga dia akan meninggalkan negara Perancis. Rindunya pada tanah air begitu menebal. Betullah kata orang, walaupun hujan emas di negara orang, negara sendiri juga yang dikenang dan dirindui walaupun dihujani batu.
Sepanjang kuliahnya di situ, acap kali juga Jay datang menjenguknya. Di facebook, mereka sering berhubung. Anis melepaskan keluhan. Jay tidak pernah ingin mendedahkan siapa dia sebenarnya. Waima nama sebenar Jay pun sehingga kini dia masih tidak tahu!
Tak apaaku akan tanya kali ni.
Anis mula buka laman sosial itu. Salam yang diberi dibalas oleh Jay. Dia mengukir senyum.
Mawar Putih >Awak kat mana ni Masih di Cordoba ke
JS > Tak..saya dah pulang ke Malaysia. Kenapa
Mawar Putih >Oh..tak ada apa. Insya Allah tiga bulan lagi saya akan tamat pengajian.
JS > Alhamdulillah. Nanti beritahu saya ya. Boleh saya jemput awak di airport.
Mawar Putih > Hmm..maaf kalau saya tanya sikit..
JS > Banyak pun tak apa.
Anis senyum. Gaya ayat Jay sudah sepertinya dan teringat pula pada Izara yang suka menirunya begitu.
Mawar Putih > Boleh saya tahu siapa nama sebenar awak
JS >Cukuplah awak tahu saya ni Jay. Bila tiba saat yang sesuai nanti, saya akan dedahkan siapa saya yang sebenar.
Mawar Putih > Saya tahu awak Jay..maksud saya nama sebenar awak Tak adil la..awak tahu nama saya dan saya pula tak tahu nama sebenar awak.
JS > Oh..awak akan tahu juga nanti. Saya hanya menanti masa dan saat yang sesuai. Jangan bimbang, saya bukan penipu. Awak sendiri yang lihat kan
Mawar Putih > Tak boleh bagi tahu sekarang ke
JS > Saya nak buat kejutan untuk awak. Saya ikhlas. Boleh tak saya ke rumah awak nanti bila awak dah pulang ke Malaysia Itu pun jika awak izinkan
Mawar Putih >Datanglah..tapi untuk apa ya
JS > Kenapa
Mawar Putih >Tak adalah..selalunya yang saya tahu, kalau dah nak datang rumah tu, ada niat lain.
JS > Oh..jangan pula awak salah faham. Saya nak ziarah awak je tapi kalau awak sudi terima saya..thanks to Allah.:)
Mawar Putih > Oh
JS > Awak macam tak suka je
Mawar Putih > Bukan macam tusaya tak sangka awak tunaikan janji awak jadi penyelamat saya.
JS > Janji mesti ditepati..bukan dicapati..:)
Dah pandai politik pulak dia ni.
Mawar Putih > Awakawak sukakan saya
JS > Ya! Sangat-sangat!! Bukan setakat suka..tapi lebih dari tu.
Mawar Putih > Err..maksud awak Cinta
JS > Ya!
Anis menelan liur. Mamat ni dah buat dah.Apa aku nak buat ni
Mawar Putih > Awak serius ke
JS > Ya!
Mawar Putih > Err..awak sanggup terima saya..walaupun status saya dah berubah
JS > Ya!
Mawar Putih > Tapimacam mana gadis gajah awak tu
JS > Dia dah pergi jauh dari saya.
Mawar Putih > Kenapa Awak tak balas cinta dia ke
JS > Tak sempat..dia dah bawa diri jauh dari saya..
Mawar Putih > Oh..maaf. Jadi..sekarang niawak beralih pada saya lah ya
JS > Awak..masih cintakan Imran
Anis terkejut. Soalan Jay seperti berbaur cemburu.
Mawar Putih > Kenapa
JS > Yalahawak macam curiga dengan saya. Saya tahu di hati awak masih ada Imran.
Mawar Putih > Saya mengaku tapi sudah hampir setahun saya tidak bertemu dia. Bermakna saya boleh melupakan dia. Awak kena ingat, mencintai seseorang itu biarlah sekadarnya. Cinta yang lebih utama adalah untuk Allah dan Rasul.
JS > Ya ..saya tak lupa tentang tu. Saya juga tak menaruh harapan yang tinggi pada awak. Macam dalam nota awak.. Cukuplah mencintai seseorang sehujung kuku kerana kuku akan selalu tumbuh walau sekecil mana pun dan walau selalu dipotong.
Anis senyum lagi. Harapan Jay terlalu tinggi padanya. Dia sendiri bingung dengan dirinya sendiri. Perlukah aku minta Imran lepaskan aku dan terima lamaran Jay
Mawar Putih >Maafkan sayasaya rasa bersalah dan berdosa.
JS > Kenapa
Mawar Putih > Saya sebenarnya masih isteri Imran tetapi masa saya berangkat ke Perancis dulu, hubungan kami dingin. Saya difitnah. Entahlah..mungkin dia sudah ada pengganti saya sekarang ni. Selagi saya bergelar isteri, selagi itulah kita hanya boleh bersahabat.Lainlah kalau dia dah lepaskan saya.
JS > Saya faham kalau awak tak dapat beri cinta awak pada saya. Cinta itu adalah kurniaan Allah. Jika kita ada jodoh, saya tak akan paksa awak mencintai saya. Namun saya tetap sabar menunggu cinta itu datang. Dan saya yakin kalau awak jodoh saya, walau sejauh mana pun awak pergi, walau dengan siapa pun awak bersama, awak tetap akan kembali dan menjadi milik saya.
Mawar Putih > Terima kasih awak.
JS > Saya minta diri dulu. Saya ada kerja sikit. Assalamualaikum wahai Humaira
Anis senyum. Baru dia perasan, waktu begini, di Malaysia adalah waktu siang. Esok seawal sembilan pagi dia ada kelas exam akhir. Otaknya ligat berfikir tentang Jay dan Imran. Silih berganti wajah kedua insan yang sama-sama menghuni hatinya. Jay akan menghantar rombongan merisik Ah! Parah macam ni! Nyata Jay serius menjadi penyelamatnya. Hati Anis mula tidak keruan. Dia belum kenal benar siapa Jay. Izara pula tidak memberinya peluang mengetahui apa status penyiasatannya.
Hmm..baik aku tanya Zara..
Izara masih online.
Mawar Putih > Assalamualaikum Zara..
Izabeth > Waalaikumussalam! Hey Anis! Lama kau tak tegur aku
Mawar Putih > Aku sibuk sikit. Maklumlah dah nak habis pengajian.
Izabeth > So, apa cerita Best tak belajar kat sana
Mawar Putih >Mestilah best tapi aku rindulah pada tanah air.
Izabeth > Rindu pada tanah air ke atau rindu pada Imran
Mawar Putih > Zaradah la tuImran tak suka aku...
Izabeth > Kau tu yang tak nak mengaku! Apa salahnya kau lafazkan kata cinta kat abang aku tu! Jay tu! Tiba-tiba muncul dalam hidup kau. Dan yang paling sadis sekali, dia cuba nak rampas kau dari abang aku!
Mawar Putih > Kami sahabat jelah! Kalau Jay nak rampas pun..apa salahnya Imran tak pernah sukakan aku.
Izabeth > Aku tahu..abang aku yang salah. Tuduh kau melulu macam aku tuduh kau dulu. Ada dia lafaz apa-apa kat kau
Mawar Putih > Sudahlah Zara..semua tu dah berlalu. Aku sedar siapa aku. Lagipun sejak dulu dia tidak pernah nak ambil tahu hati aku.
Izabeth > Jadi kau serius dengan Jay
Mawar Putih >Entahlahdia sekadar sahabat. Anyway, kau ingat tak apa yang aku suruh kau buat dulu
Izabeth > Apa
Mawar Putih > Siasat siapa Jay.
Izabeth > Yalah..aku dah lupa. Sebenarnya aku dah ada sedikit maklumat pasal dia tetapi bila aku nak serah kat kau. Waktu tulah aku nampak kau berbual dengan Razif.
Mawar Putih > Oh ya ke Jadi sebab tulah kau marah-marah kat aku malam tu
Izabeth > Yalah! Aku ingat kau bercinta dengan Razif.
Mawar Putih > Tulah..lain kali tanya aku dulu. Ni melulu je kau tuduh aku. Tak pasal-pasal persahabatan kita terjejas dan tak pasal-pasal Imran tu datang ambil aku tengah-tengah malam!
Izabeth > Heheheeloklah tu. Kau tak rasa ke abang aku tu sebenarnya suka kau juga
Mawar Putih > Dahlah Zaratak payah ungkit lagi.Siapalah aku dengan Imran. Kau sendiri tahu taste dia.
Izabeth > Mana kau tahu abang aku tu tak suka kau
Mawar Putih > Entah..aku agak je. Dari cara dia layan aku, aku dah rasa dia memang tak sukakan aku. Jadi buat apa aku terhegeh-hegeh kat dia. Ni..apa maklumat pasal Jay
Izabeth > Hmmkau tak kesian kat aku ke
Mawar Putih > Kesian apa
Izabeth >Tak dapatlah aku merasa masakan kau lagi. Sedihlah Anis..
Mawar Putih > Ohjadi ada udang sebalik mee la ni. Kau lagi tak ikhlas tahu tak
Izabeth > Alah..aku berani kata macam tu sebab aku tahu kau sebenarnya cintakan abang aku! Mengaku jelah wahai cik Anis oi!
Mawar Putih > Sudahlah..tak ke mana perbualan kita ni. Mana maklumat Jay
Izabeth > Aku dah dapat alamat rumahnya..masa aku ikut motosikal Aprilla dia hari tu. Tapi.
Mawar Putih >Tapi apa
Izabeth >Ah! Tak payahlah kau tahu! Kau kan dah ada mamat serabut tu!
Mawar Putih >Hmm..kau sorok sesuatu eh Tak apalah kalau kau tak nak bagi tahu. Maklumat lain Nama sebenar dia
Izabeth > Eh..kau yang nak sangat berkawan dengan mamat serebeh tu, kau tanya aku pulak. Apa jenis couple korang berdua ni
Anis sengih. Dia sendiri tidak faham perhubungannya dengan Jay.
Mawar Putih > Jadi kau pun tak tahu
Izabeth > Dah kau nak sangat mamat serebeh tu jadi pengganti abang aku, kau carilah sendiri!
Izara terus offline. Anis terkedu. Izara dah merajuk. Ah! Kacau! Izara pun tak tahu nama sebenar Jay. Anis termenung. Keliru. Izara tidak marah-marah. Hmm..jadi memang betullah Imran sudah lepaskan aku. Tak apa..balik Malaysia nanti, aku kena cari kepastian dari Imran sendiri.
Takkan selamanya aku nak hidup digantung tak bertali macam ni. Aku pun ada kehidupan aku sendiri.
Lampu bilik ditutup. Matanya dipejam rapat-rapat. Ya Allahapa yang telah aku buat ni Betulkah keputusan yang aku ambil ni
JAUH di Malaysia, Izara termenung seketika. Ternyata Anis sudah nekad untuk berpisah dengan Imran dan Jay pengganti Imran.
Dia keluarkan sampul surat yang mengandungi maklumat tentang Jay. Tidak banyak maklumat yang dia dapat.
Hmmsiapa Jay ni sebenarnya Izara mengamati gambar yang diambil dari jauh. Sebuah kereta yang sangat dikenalinya tersadai di garaj rumah dua tingkat itu.
Aku mesti siasat lagi. Aku nak buktikan yang Jay ni tak sesuai dengan Anis. Ya! Aku mesti siasat! Izara letak semula sampul surat di dalam laci meja dan dikunci.
Dia segera menapak ke tingkat tujuh. Sudah seminggu dia tidak keluar makan tengah hari bersama Imran. Tiba di tingkat tujuh, Safiah, pengganti Anis dari jauh lagi sudah tersenyum kepadanya.
Tuan pengarah ada Izara bermanis muka sambil merapati Safiah.
Tadi dia keluar mesyuarat. Sekejap ya! Safiah mula mendail nombor Imran.
Dia tak jawab la Cik Izara. Nak tinggal pesan apa-apa
Tak apa..
Izara melangkah lemah ke pintu lif semula. Ligat otaknya berfikir cara untuk menyatukan Anis dan Imran. Sebaik pintu lif terbuka, Imran sudah tersenyum kepadanya.
Adik nak ke mana
Nak ajak abang makan tengah hari. Ada hal penting adik nak bincang. Izara tarik tangan Imran masuk semula ke dalam lif.
DI RESTORAN mamak, Izara dan Imran mula menikmati juadah tengah hari. Izara sengaja membiarkan abangnya menghabiskan nasi beriyani di dalam pinggan. Tunggu mood abangnya okey sedikit.
Hmm..apa dia yang penting sangat tu Imran menyapu mulutnya dengan tisu. Jus epal disedut sehingga habis separuh. Straw hitam diputar-putar dalam gelas.
Abang dah ada pengganti Anis
Pengganti Bila masa abang ceraikan dia Imran ketawa mendengar kata-kata Izara.
Seriuslah sikit! Betul ni Anis masih isteri abang Abang jangan nak bergurau! Dulu masa Anis keluar dari rumah, abang ada sebut sesuatu. Abang dah lupa Izara renung mata biru abangnya.
Kata apa Abang tak faham.. Imran hirup jus epal yang sudah tinggal suku.
Abang kata..kalau Anis pergi ke Perancis juga, abang tak nak ambil tahu hal dia lagi.. Izara ingatkan semula.
Oh kalau yang tu, tak jatuh talak la cik adik oi! Imran sengih.
Ya ke Abang jangan nak main-main dalam hal ni. Baik abang tanya ustaz..
Abang pasti. Tulah..belajar agama tak habis. Imran mencebik.
Huh! Mentang-mentanglah dia tu dah belajar sampai ke luar negarasombong! Tak baik tau sombong macam ni. Itu riak namanya! Izara turut mencebik.
Sudahlahapa yang penting sangat tadi Imran kembali tanya.
Adik nak abang tackle Anis semula. Sekarang ni Anis dah serius dengan Jay. Izara mulakan mukadimah.
Habis tu, apa yang adik nak buat Imran tanya lagi. Dia senyum dengan riak Izara yang cemas. Sepatutnya dia yang merasa begitu.
Macam ni..sekarang ni Anis dan Jay dah serius. Mereka mungkin nak kahwin dan kemungkinan besar Anis nak minta abang lepaskan dia. Jadi, abang kena halang perkahwinan mereka tu. Abang carilah mana-mana perempuan dan suruh dia goda Jay. Biar Anis tengok dan lepas tu Anis putuskan hubungannya dengan Jay. Izara mula melontarkan rancangannya.
Hish! Tak baik buat macam tu. Imran bersuara agak keras.
Habis tu! Abang tak rasa ke yang Anis tu dah terluka kerana abang buat dek je kat dia Izara masih tidak puas hati. Geram dengan sikap kembarnya yang tidak pernah serius.
Oh..hati orang lain yang terluka adik sibuk nak ubat, hati abang yang terluka ni Imran habiskan jus dalam gelas. Straw dalam gelas diletakkan di atas meja.
Itu salah abang sendiri. Kenapa masa Anis tinggal serumah dengan abang dulu, abang tak jaga hati Anis. Abang lukakan hati dia. Sekarang ni abang rasa macam mana rasa dilukai, pandai-pandailah abang cari ubat sendiri. Izara mencebik.
Kuasa talak tu di tangan suami. Selagi abang tak lafazkan, Anis tetap isteri abang dan dia tidak boleh berkahwin dengan sesiapa. Imran berkata tegas.
Itu adik tak nafikan tapi abang kena ingat, abang dan Anis sudah hampir setahun tak berjumpa dan abang tak pernah ambil tahu hal dia. Dari segi nafkah pun abang tak bagi. Jadi Anis ada alasan kukuh nak minta cerai dari abang. Izara pula melontarkan hujahnya.
Wah! Dah pandai adik abang sekarang ni. Mana adik tahu abang tak bagi nafkah pada Anis Sekali lagi Imran bertanya.
Err..kalau duit belanja tu mungkin abang bagi tapi nafkah batin macam mana Izara sengih. Abangnya sudah terperangkap dengan pertanyaannya sendiri.
Tersentap sekejap mendengar hujah Izara. Imran diam. Memang dari dulu dia tak pernah bagi nafkah batin pada Anis. Itu perjanjian yang dibuatnya sendiri. Rasa bersalah semakin bersarang di hati. Jadi mungkin Anis boleh gunakan alasan tu untuk menuntut cerai.
Kalau Anis tu dah ditentukan oleh Allah jadi isteri abang, walau abang buat dek sekali pun, dia tetap akan jadi milik abang. Dan kalau Allah tak izinkan, walau macam mana kita cuba sekalipun, dia tetap bukan milik abang! Jadi, tak payahlah beria sangat nak ambil hati minah somtam tu! Lagi pun adik sendiri pun tahu kan..dia tu tak suka cintan cintun ni! Orang yang bercinta ni banyak buruk dari baiknya! Minah tu sendiri yang cakap dengan abang. Imran lontar semula jawapannya.
Izara diam. Memang Anis cintakan Imran tapi Anis tak pernah tunjukkan rasa cinta itu malah Imran pula dituduh cuba mengambil kesempatan ke atasnya masa Anis pengsan dulu masa alam pertunangan.
Hmmbetul juga ek. Tapi kanAnis tu dah serius dengan Jay tu. Anis sendiri yang bagi tahu adik yang dia dan Jay mungkin akan bernikah.
Baguslah! Tak adalah adik sibuk nak suruh abang pikat Anis. Dia dah ada pilihan sendiri. Biarlah! Yang adik sibuk sangat nak suruh abang tackle dia kenapa Imran terasa Izara terlalu mendesak dalam hal ini.
Adik bukan apasayanglah abang lepaskan Anis macam tu je. Dia pandai masak, hormat orang tua, pandai agama malah cantik rupa parasnya. Abang sendiri pernah hidup serumah dengan Anis. Tentu abang lebih tahu macam mana Anis layan abang.
Perempuan yang macam mana lagi yang abang nak Izara renung mata biru milik abangnya. Cuba mencari jawapan pada mata itu.
Ini bukan masalah kesempurnaan..ini masalah hati. Hati abang masih luka. Abang masih dalam proses berubat.
Abang nak lupa kisah dulu. Abang masih mencari ketenangan. Adik kan tahu semua tu!
Yalahadik tahu. Abang pun dah banyak berubah. Tak macam dulu, berserabai. Tapi tu tak bermakna abang tutup pintu hati abang untuk cinta. Memanglah mencari cinta Allah itu lebih utama tapi abang pun kena cari jodoh abang. Jodoh ni bukan jatuh ke riba. Tunggu saja macam tu! Izara masih tidak putus asa memujuk Imran.
Abang tahu tu. Macam nilahhal jodoh abang, adik jangan risau. Tiba saat dan ketikanya nanti, abang akan bersedia untuk itu.
Tunggu sajalah. Imran senyum.
Jadiabang dah ada calon Izara mula teruja.
Belumtapi masih mencari..
Hmmmaknanya bukan Anislah.. Izara menarik muka masam.
Imran diam. Biarlah Izara berteka-teki. Dia sendiri tidak mahu bertanya khabar tentang Anis. Di wajah gadis itu, jelas memberitahunya bahawa Anis tidak pernah menunjukkan sikap manja dan menagih cinta dan kasihnya. Mungkin gadis itu sudah membencinya. Biarlah. Ya gadis! Anis tidak pernah disentuh. Itu perjanjian yang terpaksa diikutinya. Perjanjian gila yang membuatkan dia dan Anis begitu jauh terdampar dan berpisah. Tiga bulan sahaja lagi gadis itu akan kembali ke tanah air. Dia perlu bersemuka. Ada sesuatu yang Anis perlu tahu. Ya! Anis perlu tahu!