ADIK... akak datang ni,
Sapa Dhia perlahan. Sayu matanya memandang pada cara pemakaian adiknya. Baju bersaiz besar itu sungguh tidak padan apabila disarungkan ke tubuh kecil adiknya. Namun, di sini bukan tempat untuk seorang pesakit memilih pakaian mereka.
Dhia mengeluh.
Wajah Nini Darina ditatap Dhia Anna dengan penuh sayang. Ditenung wajah itu, meskipun Darina tidak membalas renungannya. Gadis itu rela mengalihkan pandangannya ke arah lain dari memandang seraut wajah kembarnya sendiri. Oh, sungguh Dhia kecewa.
Adik tak rindukan kakak ke Kakak rindukan adik ni, sayu suara Dhia bertutur. Sebak dia jadinya.
Entah kenapa. Ruang dan waktu yang memisahkan antara mereka sungguh membebankan Dhia. Dia terlalu rindukan kembarnya. Dia langsung tidak tahu akan kembarnya masih hidup lagi setelah terjadinya kemalangan itu dulu. Sangkanya, jasad itu sudah hilang entah ke mana di dalam gaung. Puas dicari, puas diteliti dari satu persatu namun tetap juga tidak diketemui.
Kenapa akak datang Akak sengaja nak tengok adik terseksa duduk dalam ni kan Akak sengaja kan
Dhia menggeleng. Darina tersenyum sinis.
Semua orang kata adik gila. Mahkamah pun kata adik gila. Airish pun kata adik gila. Kenapa akak datang tempat gila ni Akak pun nak jadi gila jugak ke
Air mata Dhia Anna terus murah membanjiri pipi.
Mahkamah telah memutuskan bahawa keadaan mental Nini Darina yang tidak stabil itu telah menjadi punca jenayah yang dilakukannya. Berbanding dihukum penjara atas tuduhan menculik, dan percubaan membunuh, gadis itu diputuskan supaya menerima rawatan di hospital sakit jiwa.
Airish sekeluarga menerima keputusan itu dengan tenang. Dhia sendiri kagum dengan keikhlasan jiwa Afiqa yang terlalu mudah memaafkan perbuatan Darina. Malah, ketika dia sekeluarga memohon maaf juga, Afiqa hanya tersenyum dan langsung tidak menyalahkan dia dan papanya, Dato Sulaiman.
Kita semua mangsa keadaan, kata Afiqa ikhlas.
Papa dan mama mesti bencikan adik! bentakan Darina menyedarkan kembali Dhia.
Gadis itu hanya menggeleng.
Papa dan mama memang marah. Tapi, hati ibu mana yang tidak tersentuh tengok anak dia duduk di sini. Hati ayah mana tidak merintih tengok anak dia merana di sini. Papa dan mama cuma kecewa... tapi percayalah, sayang dan kasih mama dan papa pada adik tak pernah pudar.
Akak tipu!
Dhia Anna mengukir senyuman sambil menyapu air mata di pipinya.
Kakak, mama dan papa sangat sayangkan adik. Adik duduk sini baik-baik, ikut rawatan. Nanti bila adik sudah sembuh. Kami akan bawa adik pulang..., bicara lembut Dhia menusuk masuk ke dalam jiwa galau Darina. Gadis itu langsung termenung panjang.
Dik, kasih sayang kami tak akan pudar. Keyakinan kami jugak takkan luntur. Akak yakin satu hari nanti, Nini Darina Dato Sulaiman akan pulang semula ke pangkuan kami.
Darina terus mendiamkan diri.
Cik, masa melawat sudah tamat, tegur seorang pengawal wanita yang bertugas ketika itu. Dhia mengangguk sahaja. Darina mengetap bibirnya.
Adik, akak tunggu adik. Kita bina hidup baru bersama. Akak, papa dan mama akan sentiasa tunggu adik. Adik cepat keluar ya. Life well, dik.
Darina akhirnya mengangguk juga. Sayu pandangannya bersabung pada pandangan Dhia. Dhia mengetap bibirnya, sebelum bibirnya memberi senyuman sebagai tanda pengakhiran pertemuan mereka. Darina menunduk, dengan air matanya tidak pernah surut di situ.
Akak sayangkan adik!
AIRISH tersenyum memandang satu susuk tubuh yang berdiri di balkoni biliknya. Puas dia merantau dari satu tempat ke satu tempat mencari isteri kesayangannya ini, namun tidak juga jumpa. Nasib baiklah isterinya ada di sini.
Tubuh isterinya dipandang sayang. Dress hitam labuh sungguh sesuai apabila disarungkan ke tubuh isterinya. Afiqa kelihatan sungguh menawan malam itu. Lantas, langkahnya semakin dilajukan menuju ke arah Afiqa.
Afiqa yang tidak menyedari kedatangan Airish, merenung kosong ke arah kolam renang yang terletak cantik di halaman rumah mereka di bawah sana. Pandangannya dilemparkan ke arah air yang tenang itu. Udara malam ini yang nyaman sungguh memberinya sejuta nafas kelegaan buat dirinya.
Sayang buat apa kat sini sorang-sorang
Airish menerpa tubuh Afiqa. Dipeluknya erat belakang tubuh Afiqa ketika itu. Afiqa spontan terkejut. Lengan Airish yang berlingkaran di pinggang ditampar halus. Kepalanya disandarkan di dada bidang suaminya dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya.
Fiqa sedang khayalkan, abang..., usik Afiqa nakal. Tersengih Airish dibuatnya. Pipi Afiqa diciumnya.
Sayang jangan macam-macam. Abang tak bagi sayang turun bawah nanti..., amaran itu hanya dibalas dengan tawa kecil sahaja daripada Afiqa.
Abang, panggil Afiqa lembut.
Hurm
Sejak bila abang jatuh cinta pada Fiqa Afiqa bertanya. Dia ingin tahu bagaimana lelaki itu boleh mencintainya. Sampai sekarang dia tidak tahu bagaimana suaminya boleh meluahkan rasa cinta padanya.
Perlu ke untuk abang jawab soalan tu
Afiqa menampar halus lengan suaminya. Tergelak Airish dengan tingkah spontan isterinya. Jari-jemari runcing Afiqa digengam Airish lembut lalu diusapnya sebelum dilepaskan beberapa kucupan hangat di situ. Terasa bahagia sungguh apabila dia dilayan seperti itu.
Cinta tak pernah kira di mana awal dan akhirnya. Sayang, tak perlu tahu di mana titik mulanya cinta abang pada sayang. Sebab apa yang lebih penting sekarang,
adalah sayang perlu tahu yang abang hanya cintakan sayang seorang sahaja.
Afiqa terkedu seketika. Kata-kata suaminya meresap jauh ke dalam jiwa. Dia terasa bahagia dan sungguh terharu ketika mendengarnya.
Ya ke Afiqa bertanya dengan senyuman nakalnya. Airish geram melihat wajah ragu-ragu isterinya.
Oh, apa tu lurus telunjuk Airish ke hadapan. Afiqa turut berpaling menghadap ke arah yang sama.
Cup!
Afiqa kaget. Ciuman di pipi Afiqa sungguh dia tidak menjangka akan tentangnya sama sekali.
Apa abang ni Fiqa bukan nak ni Fiqa tanya ni, abang cepatlah..., kata-kata Afiqa terhenti di situ apabila bibirnya diragut pergi oleh bibir Airish sekaligus mengusir suaranya pergi. Membulat mata Afiqa tatkala menerima ciuman untuk beberapa saat itu.
Tak cukupkah dengan tu Sayang nak lagi Saya dah rasakan betapa cintanya abang pada sayang Atau sayang masih ragu-ragu Kalau masih ragu-ragu jomlah ikut abang, mata Airish menjeling pada katil yang tidak jauh dari mereka.
Afiqa menelan liurnya. Mood untuk mengusik suaminya hilang entah ke mana.
Rasa mukanya sudah tebal berinci-inci tebalnya.
Airish tersenyum dengan wajah Afiqa yang sudah memerah itu. Tampak sungguh ayu gadis itu dalam perilakunya yang comel.
Jangan tanya abang lagi, bila abang cintakan sayang. Sebab cinta abang pada sayang, tak terkira jumlahnya. Dulu, kini dan selamanya.
Afiqa menunduk.
Fiqa faham, ujar Afiqa perlahan sahaja suaranya. Airish senyum lagi dengan keletah isterinya. Rasa mahu dicubit-cubit pipi isterinya. Isterinya nampak sangat menawan dengan gayanya yang tersendiri.
Abang akan mencintai Fiqa sehingga ke akhirnya...!