Dia lebih selesa dalam setiap mesyuarat bersama pasukan DMD dibincangkan di sini. Kalau hendak taichi atau terpekik sekali pun, dia tak perlu risau kerana dinding bilik diperbuat daripada bahan kalis bunyi. Berbeza dengan bilik mesyuarat pagi tadi. Suaranya yang nyaring boleh terdengar hingga ke kaunter depan.
Qamra Ain mengambil tempat duduk belakang manakala Rudy Armani duduk bersebelahan dengan Azmeer. Baru saja mereka mahu mulakan perbincangan, Yoonaniza muncul di sebalik pintu.
Maaf, Tuan Raff. ER interkom tadi yang pasukan mereka perlukan seorang dari pasukan Tuan bantu mereka di bawah. Ada 3 pesakit serentak daftar masuk ke Resus. Kalau boleh, doktor pelatih.
Dr. Qamra stay here. Inform them Dr. Elle will be there shortly.
I tak nak ke sana, Tuan Raff! Rimas dan serabut kepala I! You ajelah yang pergi, Dr. Qamra.
Biar saya aje yang pergi, Qamra Ain bangkit dari kerusi dan bersedia untuk pergi.
Kamu, duduk! Jari telunjuk Tunku Raffzul lurus meruncing ke depan. Dengan isyarat jegilan mata, dia mengarahkan Qamra Ain duduk semula. Kemudian beralih jari telunjuknya menuding ke arah Elmina, menyuruh doktor itu pergi ke ER.
Tuan Raff I suggest better we send Dr. Qamra there, because of diagnosis...
Tunku Raffzul angkat kening memberi isyarat menyuruh Azmeer diam. Pertelingkahan dengan Elmina masih belum lagi berakhir, Azmeer sesuka hati mencelah.
Dr. Elle, perlu I ulang sekali lagi ke! Atau you nak I swap you dengan Dr. Luke Lantang sungguh suara Tunku Raffzul sehingga bergema di segenap bilik. Pantang sungguh kalau ada berani yang mengingkari arahannya.
Sampai hati you tengking I, Tuan Raff! Giliran Elmina pula bersuara lantang.
Dia sudah menjangka selepas ini, Qamra Ain bakal merampas keistimewaan yang ada padanya. Blue-eyes Tunku Raffzul! Kalau itu yang bakal terjadi, terpaksa dia berusaha lebih demi memikat hati si egois itu. Hati Tunku Raffzul taklah selembut hati Tunku Hussein, yang mudah dipujuk rayu.
Elmina bangkit dan menolak kuat kerusi hingga terantuk ke dinding. Dia memulas kuat tombol dan menarik pintu. Sebelum melangkah keluar, sekilas dia mengerling tajam ke arah Qamra Ain. Bagi Qamra Ain pula, renungan itu tak sedikit pun mengugat kedudukannya malahan dibalas dengan tunduk hormat seperti mana yang dilakukan pada doktor senior yang ada.
Kau ni tak tau malu ke Kalau dah intern tu buat cara intern! Kau layak duduk di ER aje! Suka sangat menyusahkan aku! Bentak Elmina geram. Kedengaran rahang gigi Elmina berlaga menahan geram.
Qamra Ain tak berani berkata apa-apa. Biarlah Elmina hendak mengomel sampai esok pagi sekali pun bukan urusannya untuk ambil tahu. Ada 11 bulan 29 hari lagi untuk dia tamat tempoh percubaan. Kalau disebabkan Tunku Raffzul memihak padanya tadi menimbulkan ketakpuasan hati Elmina, satu ketika nanti dia perlu perbetulkan keadaan.
Excuse mehello, aku tak kemaruk macam kaulah nak pikat si arrogant tu. Tak hingin aku!
Maafkan saya sebab tak sempat kita bersuai kenal. Saya Qamra Ain Qaseem, lulusan Ijazah Kedoktoran dari A-AH. Mohon tunjuk ajar dari senior, baru kini dia dapat perkenalkan diri serta tunduk hormat pada mereka bertiga.
Wajah mereka yang kacak dan tampan bergaya itu diperhatikan silih berganti dan berakhir dengan wajah Tunku Raffzul. Azmeer dan Rudy Armani hanya membalas dengan senyuman. Takut bersuara tatkala mesyuarat bersama Tunku Raffzul. Lelaki itu pula tak menunjuk sebarang reaksi.
Rudy Armani memberi isyarat mulut yang entah apa-apa butir kata menyuruh duduk semula. Qamra Ain terasa malu. Dengan wajah cemberut dibuka fail kes sementara menanti arahan dari lelaki budget bagus itu.
Dah habis merapu, Dr. Qamra Tanya Tunku Raffzul sinis.
Tak eh dah habis, Tuan. Tergagap dia menjawab. Takut dijerkah lagi seperti pagi tadi.
Salina, anak tokoh koporat Dato Sudin, Umur 21 tahun. Penari gamelan di IB, tiba-tiba sesak nafas ketika jalani latihan semalam, Tunku Raffzul mulakan perbincangan. Sementara menunggu mereka yang sedang membaca kronologi kes, dia menulis sesuatu di papan putih dengan Sharpie Marker pen.
Laporan diagnosis dari ER tiada tanda ketumbuhan, tiada kebocoran dalam peparu, tiada lebam, tiada tanda trauma, tiada penyakit kelamin (STDs), Rudy Armani membaca setiap apa yang tercatat di dalam fail itu.
STDs pun dorang buat ujian juga ke Monolog Qamra Ain dalam diam.
Bekalan oksigen tambahan hanya mencapai tahap bacaan kepekatan 60. Peparu masih lemah walau pun dipasang tiub dada (chest tube), Azmeer mencelah perbincangan. Dia hanya perlu membaca apa yang tertulis di dalam fail tersebut kerana ujian terhadap pesakit itu telah dilakukan oleh pasukan ER Resus. Dia dan Elmina hanya menjadi pemerhati mereka di zon itu menjalankan tugas.
Ruang-ruang putih (alveoli) dan suhu di tahap normal. Jadi, TED menolak kemungkinan pesakit ada jangkitan radang peparu (pneumonia).
Tunku Raffzul terhenti menulis. Seperti ada sesuatu yang tak kena dengan laporan itu. Dia menyelak helaian yang tercatat sesuatu yang perlu diperjelaskan dengan lebih terperinci.
Dia seorang penari. Macam mana kalau disebabkan oleh. dehydration Qamra Ain memberanikan diri beri pendapat. Takkan dia harus duduk diam membatu dan hanya mendengar doktor senior berbincang sesama sendiri. Sesekali dia harus menyampuk, sekadar mengingatkan mereka bahawa dia masih wujud di dalam bilik kalis bunyi ini.
Dr. Qamra, kamu andaikan pesakit itu tiba-tiba rebah disebabkan dehidrasi Sedas sindiran Tunku Raffzul sambil tersenyum sinis.
Lebih menyerlahkan lagi keangkuhan lelaki itu bila kaki kanannya menyilang di atas lutut dan memusingkan kerusi ke kiri dan ke kanan. Terbantut terus untuk Qamra Ain jelaskan lebih lanjut lagi tentang diagnosisnya. Sakit hati aku dengar nada kau yang sinis tu, Tuan Raffzul! Its so annoying!
Azmeer, apa pendapat kau kalau disebabkan lebam pada peparu (lung contusion)
CT scan tak tunjuk sebarang keradangan pada peparu. As you said, maybe because of lung contusion.
Macam mana kalau disebabkan oleh dehydration Qamra Ain bertanya sekali lagi. Kali ini semua pasang anak mata mengalih tumpuan padanya. Dia tak mahu putus asa. Betul atau tak, perkara kedua. Pertama, dia harus diberi peluang untuk berkata.
Maaf saya mencelah. Saya tau, saya hanya doktor pelatih yang baru 6 jam berkhidmat di THSC. Tapi, tak salah jika saya usulkan diagnosis sayakan
Teruskan, Dr. Qamra Rudy Armani memberi ruang untuk perincikan lagi usulan doktor pelatih itu.
Salina seorang penari. Sekiranya dia mengalami dehidrasi yang teruk, keadaan akan jadi parah sehingga ke tahap masalah penafasan dan kardiak.
Thats all, Dr. Qamra Saya ingatkan dua, tiga mukasurat kertas A4 diagnosis kamu, sindir Tunku Raffzul lagi sambil merenung tajam tepat ke arah Qamra Ain yang duduk bertentangan di hujung meja.
Mungkin betul juga apa yang dikatakan oleh
Dr. Qamra, ujar Azmeer yang menyokong pendapat doktor muda itu. Rudy Armani juga berpendapat begitu. Tak terlintas langsung perkara yang difikirkan oleh Qamra Ain tadi. Tunku Raffzul berfikir sejenak.
Oh, korang setuju Okey! Kamu semua pergi rawat pesakit untuk pastikan tentang dehidrasi. Jika betul kata Dr. Qamra, bagi dia infuse isotonic (NaCl) dan antibiotic untuk pneumonia. Jika tak, salah seorang dari kamu berdua harus bertanggungjawab! Pesan Tunku Raffzul serius sambil pandangan yang tajam mencerlung ke wajah mereka silih berganti dan diakhiri dengan Qamra Ain.
Bukan ke pesakit kita bebas pneumonia Kenapa nak bagi antibiotic pula soal Qamra Ain setelah sekali imbas membaca laporan tadi.
Ikut aje, jangan melawan. Kena panah petir nanti, you nak ke Pesan Azmeer sambil mengerling ke arah Rudy Armani yang sibuk mengemas fail di atas meja. Mereka bingkas dari kerusi serentak dan seorang demi seorang beredar keluar dari bilik.