Nadhirah membawanya ke tempat sama mereka bertemu di Mongolia ketika kali pertama.
Huh Nadhirah yang sedang berkhayal antara dengar dan tidak sahaja dengan ucapan Faliq sebentar tadi.
Saya cakap, marry me Faliq menatap seraut wajah yang kelihatan berselirat dengan seribu satu masalah di hadapannya.
Dia sekali lagi mengucapkan benda yang sama cuma kali ini pandangannya tepat ditujukan ke wajah Nadhirah dan intonasinya juga lebih jelas dan terang. Dia mahu Nadhirah mendengar dengan jelas apa yang diperkatakannya.
Cakaplah sesuatu, janganlah diam macam ni. Sudi tak awak berkahwin dengan saya Jadi isteri saya, hidup dengan saya. Saya jaga awak sampai mati. Saya takkan pergi dan saya takkan biarkan awak pergi. Faliq mahukan jawapan.
Nadhirah masih dengan wajah blur.
Saya dah tahu macam mana sakitnya rasa bila awak tiada di depan mata saya. Saya tak nak benda macam tu berlaku lagi. Marry me Berkali-kali Faliq menyuarakan hasratnya. Tiada rasa segan apatah lagi malu. Yang Faliq tahu, dia mahukan jawapan dari Nadhirah.
Ini lamaran ke
Ya. Saya tak pernah seserius ini.
Entahlah. Banyak yang berlegar dalam kepala saya.
Come on. Awak tahu saya cintakan awak kan dan saya amat pasti yang awak pun cintakan saya. Soal layak atau tidak tak timbul, sebab saya pun bukannya bagus sangat. Well fix each other. Lembut sahaja Faliq memujuk.
Your parents Nadhirah masih ragu-ragu.
Cintanya pada Faliq memang sudah tidak dapat disangkal namun dia masih lagi berhujah dengan diri sendiri mengenai banyak benda. Terlalu banyak sehingga dia sendiri penat dan terseksa.
Dia orang dah tahu. Saya dah bercakap dengan Mama. Mereka tiada halangan. Faliq memberikan suatu kepastian pada Nadhirah.
Saya tak nak balik Malaysia. Saya betul-betul tak nak balik Malaysia. I dont think that I can fit myself kalau saya balik ke sana. Mata Nadhirah mula berkaca. Kita tak payah balik. Awak tak nak balik Tak apa. Kita tak payah balik.
Kerja awak Nadhirah merasa serba salah. Sudah banyak yang Faliq tinggalkan demi mengejarnya sehingga ke Mongolia.
Saya dah bincang dengan Abah. Saya akan uruskan cawangan Helmi Mazlan & Co di Toronto. Kita akan tinggal di sana kalau awak sudi. Tak payah balik Malaysia sehinggalah awak bersedia. Tak perlu nak tergopoh gapah. Ujar Faliq.
See, you need to change here and there for me. Saya tak nak jadi beban pada awak.
Bukan selamanya kita di Toronto. Kita akan balik juga ke Malaysia selepas awak dah bersedia. Saya tak ubah apa-apa pun. Kebetulan cawangan di Toronto memerlukan khidmat saya. Dan saya nak awak ingat satu benda. Awak bukan beban saya!!! Ingat tu. Faliq sedar, sukar mahu membina semula keyakinan Nadhirah terhadap diri sendiri.
Saya tak tahu. Balik lah Faliq. Cari yang lebih baik dari saya. I can stay here. Awak tak perlu tunggu saya. Kata Nadhirah perlahan. Dia tidak mampu memandang Faliq saat ini.
Saya tak nak awak terus tinggal di sini. Tak ada sesiapa di sini Nadhirah. Bahaya! Saya tak nak awak terus di sini dengan memikirkan yang tiada sesiapa di luar sana yang perlukan awak. Saya perlukan awak. Saya tak boleh hidup tanpa awak. Tak boleh. Saya takkan biarkan awak dekat sini sorang-sorang.
Saya bukannya tinggal seorang dekat sini. Ramai lagi yang ada.
Look, do you love me
Faliq duduk betul-betul di hadapan Nadhirah. Kedua-dua tangannya diletakkan di pipi Nadhirah. Bola mata mereka berdua bertembung.
Dont you love me Jawab jujur. Kalau awak cakap yang awak tak cintakan saya, saya takkan muncul di depan awak lagi. Saya takkan pasang harapan. Saya akan kemas beg malam ni juga. Kita bawa haluan masing-masing. Saya akan ikut kehendak awak
Nadhirah.
Gulp. Nadhirah telan air liur.
Do you love me Sekali lagi soalan sama diulang. Nadhirah seakan-akan mahu melarikan pandangannya.
Faliq tahu yang empangan air mata Nadhirah bakal pecah sebentar sahaja lagi.
I do, but Setelah begitu lama, Nadhirah akhirnya mengaku jua.
Saya tak nak dengar lagi tapi awak. Awak tengah cari alasan lagi kan Saya tak nak dengar. My parents dah ada di Toronto. Mereka tunggu kita di sana. Kita bertunang dulu. Saya boleh minta abang saya uruskan pertunangan kita. Faliq tersenyum sendiri membayangkan segalanya.
Apa yang awak senyum-senyum ni Saya belum bersetuju pun, kenapa awak yakin sangat yang saya akan terima lamaran awak Nadhirah menggelengkan kepalanya. Satu senyuman nipis terukir dibibirnya. Dia tidak menyangka yang Faliq sudah pun menyusun semua.
Awak tahu tak betapa susahnya nak dapatkan persetujuan awak Sebab tu saya tak minta. Senyuman Nadhirah mengendurkan sedikit tekanan yang dirasai Faliq. Dia lega apabila Nadhirah tersenyum padanya.
Thank you.
Untuk apa
You just make me realize love can come in many ways. Pendek sahaja jawapan yang diberikan Nadhirah namun ia disambut dengan senyuman Faliq. I love you. Sudi tak awak jadi isteri saya
Anggukan Nadhirah menjawab semuanya. Faliq akhirnya boleh tersenyum lebar apabila Nadhirah sudi menjadi suri hatinya. Dalam girang Faliq berjanji dengan diri sendiri yang Nadhirah akan menjadi insan paling bahagia. Dia mahu Nadhirah mengecap semula bahagia yang sebelum ini bukan miliknya.
Ini untuk awak. Sebentuk cincin yang sudah lama berada di dalam simpanannya dikeluarkan. Dia benar-benar mahu melamar Nadhirah bersaksikan pemandangan matahari terbenam.
Saya cintakan awak Faliq. Terima kasih. Buat pertama kalinya Nadhirah mengungkapkan kata cinta pada Faliq.
Hanya dengan empat patah perkataan sahaja, Nadhirah berjaya membuatkan Faliq hilang punca. Senyuman dibibir mereka berdua terukir penuh warna. Sungguh tanpa paksa. Siapa sangka kisah cinta mereka akhirnya terlaksana. Impian yang dipasang tercapai jua.
Dalam tangis, dalam senyum, dalam derita, dalam perit jerih. Faliq dan Nadhirah akhirnya menang menangkis segala. Sungguh cuma sesaat sahaja yang mereka perlu untuk sedar bahawa sukar untuk menafikan rasa cinta yang sudah pun lama bertapak dihati mereka berdua. Siapa sangka pengakhiran cerita di antara seorang Penyamun Australia dan Gadis Penyapu akhirnya membuahkan benih cinta. Setelah melepasi segala yang terjadi, mereka berdua kini jauh lebih dari bersedia untuk menempuh apa sahaja asalkan mereka bersama selama-lamanya.