TORA DATANG LAGI - 53
Di Malaysia, sukan badminton merupakan sukan kedua popular selepas bola sepak. Popularnya badminton sehingga boleh dikatakan semua rumah ketika itu pasti mempunyai sekurang-kurangnya sebatang raket badminton tidak kira yang murah ataupun yang mahal. Main tak main, lain cerita.

Selain digunakan untuk bermain badminton, antara kegunaan lain raket badminton yang disalahgunakan adalah:

Memukul lebah atau lalat.

Membawa barang-barang kotor atau berbau.

Dijadikan gitar permainan.

Dijadikan senapang permainan.

Mengait buah dari pokok.

Hiasan dinding ruang tamu.

Menapis bendasing di dalam air.

Menggaru belakang badan.

Menyekat ikan di dalam akuarium.

Menekan butang televisyen untuk menukar saluran.