Berber.
Tanah asal keluarga beliau di Kabylie pernah jadi tumpuan dunia sekitar awal 1990an, apabila perang saudara meletus di Algeria. Perang yang meragut hampir 100,000 nyawa. Sungguhpun begitu, ada beberapa pelobi dari puak bertelagah cuba mendekatinya, beliau tidak pernah sikit pun luahkan komentar terhadap krisis tersebut. Tempat di mana asal nenek moyang beliau.
Saya bangga dengan keturunan saya, Berber. Saya bangga untuk nyatakan keluarga saya berasal dari wilayah Kabylie. Saya membesar di La Castellane dan di Marseilles. Dan saya lahir di sini (Perancis) dan lebih bangga untuk katakan yang saya ini orang Perancis.
Luah Zidane, tatkala cuba dilontar soal tentang asal-usul beliau.
Keluarga beliau berhijrah ke Perancis sekitar tahun
1960an. Sepertimana lain-lain imigran, mereka majoritinya tertumpu ke kawasan utara daerah Barbs dan Saint-Denis. Kebetulan juga, di Saint-Denis lah letaknya Stade de France, venue final Piala Dunia 1998 di mana Zidane menjulang nama negaranya.
Kemudian keluarga Zidane berpindah pula ke Marseille. Di Marseilles, mereka seperti pulang ke kampung halaman, lantaran sudah banyak petempatan keluarga imigran dari Algeria di sana.
Bapa Zidane bernama Smal, bekerja sebagai buruh di sebuah gudang, dan acapkali bertugas di waktu malam. Dalam masa yang sama. Smal perlu rajin dan gigih, kalau tidak keluarganya akan kelaparan.
Menurut Zidane, bapanya Smal telah ajar sesuatu kepada beliau; Bapa saya lah yang ajar kami betapa kami golongan imigran harus bekerja dua kali ganda gigihnya berbanding orang lain jika mahu maju di Perancis, dan harus buang sifat putus asal.
Pesanan yang sememangnya berguna sepanjang penghidupan Zidane sebagai pemain bola sepak.
Ketika Zidane dan rakan-rakan menjulang trofi Piala Dunia 1998, nama beliau jadi sebutan. Secara tiba-tiba, Zidane jadi lambang ikonik penyatuan rakyat Perancis yang berbilang bangsa dan etnik.
Hingga muncul slogan Zizou Prsident, seolah mahukan Zidane bertanding merebut jawatan Presiden Perancis, yang ketika itu disandang oleh Jacques Chirac. Ia barangkali sekadar humor sinikal, tapi lebih daripada itu, impak yang Zidane hadirkan buat negara Perancis sememang besar.
Memilih ke Serie A untuk bersama Juventus pada tahun 1996 untuk mengembangkan bakatnya, walaupun pernah timbul ura-ura yang beliau akan berhijrah ke kelab juara liga Inggeris, Blackburn Rovers. Beliau tahu, Serie A adalah kancah terbaik bola sepak dunia ketika itu, kerana selain disertai begitu ramai pemain handalan dunia, ia turut punyai barisan jurulatih yang sangat pakar dalam hal taktikal.
Untuk jadi baik, kena berkawan dengan orang baik-baik. Untuk jadi pandai perlu sentiasa bersama orang-orang pandai. Maka itu lah yang Zidane lakukan.
Berganding dengan pemain handalan di Juventus dan bertembung dengan pemain handalan dari kelab lain dan perlu juga menghadap barisan pemain pertahanan yang mantap-mantap. Sebut sahaja lah siapa, masing-masing sama digeruni, malah saling menghormati.
Di Itali, Zidane yang ketika itu dalam lingkungan usia 25-26 tahun hadapi masalah untuk kawal kemarahannya dalam padang. Sering dilayangkan kad kuning dan pernah dibuang padang. Beliau juga acap kali bertindak balas bila diasak keras oleh pemain lawan. Presiden Juventus, Gianni Agnelli sangat sayangkan Zidane. Beliau mahu Zidane terus seronok bermain untuk Juventus di samping keluarga tercinta di Turin.
Lalu dimanjai Zidane dengan pelbagai imbuhan. Diberikan rumah banglo, kereta mewah, dianjurkan parti di kelab-kelab malam, malah gadis-gadis sunti turut disediakan buat Zidane, semata-mata mahu Zidane gembira.
Dan semua itu ditolak oleh Zidane dengan hemah. Benar atau tidak kita tidak ketahuan, tapi yang pasti insiden tandukan di dada Marco Materazzi di final Piala Dunia 2006, sedikit sebanyak ada berkait dengan perkara tersebut.
Bermacam versi yang muncul. Ada yang kata Zidane berang kerana Materazzi menghina ibu dan adik perempuannya. Ada juga yang dakwa Materazzi telah mengungkit kisah nakal Zidane ketika pemain itu di Turin, pastinya berkenaan para gadis pelempias nafsu. Barang diingat, jurulatih Itali, Marcello Lippi adalah jurulatih yang sama ketika Zidane masih di Juventus. Maka sedikit-sebanyak, cerita-cerita nakal Zidane di Turin ada dalam kocek si Lippi.
Saat Zidane berjalan menuju bilik persalinan melewati plak trofi Piala Dunia, saat itu lah seisi dunia hiba dan sedih. Pengakhiran yang tidak enak buat seorang legenda.
Dibuang padang dalam perlawanan akhir Piala Dunia, dalam penampilan terakhir untuk negaranya.
Zidane, masih dirindui gemalai gerakannya, masih teringat-ingat akan bisa umpanannya, masih terkenang akan gol-gol epiknya.
Kita semua pernah jadi saksi kepada aksi seorang pemain yang sangat istimewa!.
Satu-satunya Zinedine Zidane! Grande!