JAM sembilan pagi, Daniel memandu perlahan ke pejabat. Cuti sakit yang masih berbaki terpaksa diabaikan. Kerja di pejabat masih banyak yang belum diselesaikan. Dia perlu bereskan sebelum dia melangsungkan pernikahan dengan Arissa dan juga sebelum dia ke Mekah untuk menunaikan umrah.
Sebaik tiba di pejabat, Daniel terus ke bilik.
Morning boss! I thought you are still in mc mood Sherry bangun dan mengekori Daniel ke bilik sebaik melihat bos mudanya meluru menuju ke arah bilik.
No, Im not. I have something important to do. Daniel hempaskan tubuh di kerusi. Mejanya agak berselerak. Memang jika dia tiada di pejabat, dia tidak benarkan sesiapa masuk termasuk setiausahanya sendiri.
What can I do for you boss Sherry berdiri di depan meja Daniel sambil memegang pen dan nota kecil.
Hmm...just give me all the office keys! Daniel tidak pandang Sherry. Dia terus menatap komputer.
Ada sesuatu yang dia perlu tahu. Malam tadi, Gagak sudah dapat sesuatu dari siasatan yang disuruh dulu.
Keys Sherry berkerut kening.
Yes! I need it now! Daniel mendongak seketika dan kemudian kembali menatap skrin komputer.
Sherry berlalu pergi dan kembali dengan segugus kunci pejabat.
Here the keys boss. Kunci tadi dihulurkan kepada Daniel.
Thanks! You may go now.
Sherry masih bingung. Selalunya kalau banyak hari Daniel tidak masuk pejabat, cepat saja Daniel akan minta segala jadual dan janjitemu dengan klien.
Err...boss, you have a meeting with Silver Aluminium company this evening. 3 pm. Sherry baca juga jadual Daniel.
Cancel all of it! Keras suara Daniel. Dia masih menatap skrin komputer.
Sherry menapak laju meninggalkan bilik Daniel. Dia berpaling sebentar sebelum menutup pintu.
Hmm..apa kena dengan dia
DANIEL tidak hiraukan Sherry yang kebingungan. Maklumat yang diterima dari Gagak semalam cukup membuatkan darahnya membuak. Kunci yang diberi Sherry tadi dimasukkan ke dalam briefcase. Dia perlu tukar semua kunci itu. Maklumat dari Gagak jelas menunjukkan ada seorang pengkhianat dari pejabatnya sendiri.
Hmm..patutlah malam tadi lelaki tu boleh masuk macam tu je. Tak ada kesan pecah atau kumpil. Daniel termenung panjang.
Selama ini hanya dia dan Encik Hasnul sahaja yang pegang kunci pejabat. Encik Hasnul kena selalu datang awal untuk menyelesaikan segala urusan akaun yang dikendalikan untuk semua syarikat di bawah naungan JB Corp Berhad.
Hmm...so, siapa yang khianati aku Daniel masih berfikir.
Sejak kejadian hari tu, semua cctv diteliti dengan penuh cermat. Memang jelas penceroboh itu mempunyai kunci pejabatnya. Dari pintu utama ke pejabat sehinggalah bilik pejabatnya walaupun malam itu bilik pejabatnya tidak berkunci.
Keadaan yang agak samar dan cahaya lampu yang hanya sebiji terpasang menyukarkannya mengenali wajah penceroboh itu.
Aku kena hati-hati. Daniel sandar di kerusi.
Sherry, please call encik Zahid. I need to see him. Daniel mula interkom Sherry.
Okay boss!
Lama Daniel memerhati kelibat dalam cctv. Semua cctv itu diambil foto dan disalin ke thumbdrive. Itu bukti yang perlu disimpan.
Boss! Encik Zahid here!
Good. Let him in. Daniel senyum.
Daniel tersenyum sebaik melihat pegawai yang bekerja di bahagian sumber manusia itu menapak ke mejanya.
Silakan duduk Encik Zahid.
Terima kasih bos. Ada apa bos nak jumpa saya Zahid mula terasa ada sesuatu yang tidak kena. Jarang bos mudanya panggil macam tu kalau tak ada hal penting berhubung kakitangan JB Corp Berhad.
Saya nak awak buat sesuatu untuk saya. Dapatkan maklumat tentang dua orang ni! Daniel hulur dua keping gambar kepada Zahid.
Zahid melihat gambar ukuran 3R itu.
Err...apa yang saya boleh buat Zahid berkerut kening. Takkan nak pecat dia orang ni
Cari maklumat lengkap. I mean..kerja dia orang sebelum join syarikat ni. Saya perlukan segera! Daniel sandar di kerusi sambil memerhati Zahid yang masih terpinga-pinga.
Okay boss! Zahid bangun dan mula minta diri. Dia tidak banyak tanya.
Daniel menyambung semula kerja yang tertangguh. Semua kertas kerja yang sudah siap dibaca satu persatu dan diluluskan sebelum dihantar.
Hmm..I need to go. Jam di pergelangan tangan sudah menghampiri sebelas pagi. Dia sudah berjanji dengan Gagak.
DANIEL menapak ke sebuah restoran di Damansara Utama. Gagak sudah menunggunya di sana.
Boss! Gagak melambai ke arah Daniel.
Daniel segera melangkah ke arah meja Gagak.
So, ada maklumat lengkap Daniel melabuhkan punggung sebelah Gagak.
Gagak angguk. Ini bos!
Sampul coklat bertukar tangan. Daniel segera meneliti isi kandungan sampul tadi.
Hmm..good! Jadi..ini semua kerja Datuk Mustafa Daniel mengusap dagu. Masih meneliti maklumat yang berada di tangannya.
Tak mustahil kalau semua ni dari arahan Tan Sri Johari. Sebelum ni, Datuk Mustafa memang berpakat dengan Tan Sri Johari mengkhianati ayah saya. Daniel mengetap bibir. Sungguh licik!
Bos, saya rasa setiausaha bos tu yang bersubahat dengan Datuk Mustafa. Gagak beranikan diri bersuara.
Maksud awak
Saya selalu juga terserempak Sherry dengan Sharif. Kadang-kadang Sherry bertiga bersama Datuk Mustafa. Macam ada sesuatu yang tak kena. Mula tu saya ingat Sherry salah seorang koleksi Sharif tapi saya pelik sebab Datuk Mustafa ada sekali. Gagak mula berterus terang.
Jadi awak rasa, Sherry yang beri kunci tu pada penceroboh pada malam tu Daniel menelan liur.
Gagak mengangguk.
Mulai sekarang, saya nak awak ikut ke mana Shery pergi dan dengan siapa Sherry keluar. Ambil foto. Arah Daniel.
Gagak mengangguk lagi.
Actually...ada lagi seorang my staff yang pegang kunci pejabat. Dia selalu datang awal. We need to check on him as well. Daniel teringat Encik Hasnul.
Siapa bos Gagak berkerut kening.
Hasnul. Dia pegawai akaun syarikat.
Oh...
So, tentang kes Nelissa, sudah sedia semua rancangan Daniel mula mengubah topik.
Kita ada masalah bos. Nampaknya, veneu tu diubah ke tempat lain. Bukan di rumah Tan Sri. Majlis akad nikah dan sanding diadakan di sebuah hotel di KL. Gagak mula kemaskini maklumat.
Hotel mana
Setakat hari ni, Hotel Le Meridien di KL Sentral.
Ok...just keep in touch with Robin. Update me for any changes. I need to inform Zarul as well. Daniel sandar di kerusi.
Dah minum
Gagak geleng.
Daniel senyum. Dia terus pesan makanan dan minuman.
SAMPAI di rumah, Daniel sekali lagi meneliti maklumat yang diberi Gagak tadi. Sudah jelas Datuk Mustafa dan Tan Sri Johari sudah mulakan permainan.
Tentu dia ingin dapatkan semula surat perjanjian asal tu. Teringat surat perjanjian antara Tan Sri Johari dan mendiang ayahnya tentang pembinaan makmal dan projek rawatan air sungai tercemar.
Dia perlu lebih berhati-hati selepas ini. Sekarang ini dia hanya perlukan maklumat dari Gagak saja. Jika sudah ada bukti kukuh, mana yang sudah terang-terang mengkhianatinya akan terima padahnya!
Daniel segera ke bilik air. Waktu maghrib sudah lama masuk.
Malam itu seperti biasa dia akan mula membaca terjemahan quran, menyambung membaca di halaman yang telah ditanda.
Alhamdulillah... Quran ditutup. Daniel menapak ke katil. Maklumat tadi diteliti lagi.
Permainan sudah bermula.. Daniel senyum sinis. Wajah sedih mendiang ayahnya masih terbayang di ruang mata. Apa lagi saat ayahnya rebah dulu. Aunt Beth yang setia menjaga mendiang ayah yang sakit.
Apa khabar agaknya Aunt Beth Daniel capai telefon. Dia segera hubungi Aunt Beth di Edinburgh.
Lama dia berbual. Sesekali dia gelak. Ternyata Aunt Beth masih seperti dulu. Lucu dan ramah!