LAMA mata Afiqa menghala pada tanah yang menggelembung itu. Dua batu yang memahatkan sebuah nama yang amat dia sayangi. Seketika matanya teralih pula pada lagi dua batu yang mengukir indah seorang lagi nama. Ingatan yang diterjahnya pada masa lalu, kembali ke zaman kini. Sedar tak sedar, sudah berpuluh tahun, mak dan ayah meninggalkan dirinya.
Surah Yassin di tangannya ditutup dan dikucup. Afiqa terus membelai nisan yang tertancap di kuburan ibarat membelai wajah ibu dan bapanya. Sebak di dada, ditahannya sahaja. Nafas panjang ditarik. Udara yang begitu nyaman dengan sesekali angin yang sepoi-sepoi mengibarkan indah selendangnya sangat menimbulkan sebuah suasana yang cukup meriah dalam sanubari Afiqa.
Mak, ayah... Fiqa bahagia sekarang. Alhamdulillah... Fiqa akan sentiasa berdoa semoga kita sekeluarga akan disatukan di akhirat kelak. Amin... Fiqa balik dulu ye
Assalamualaikum.
Jom, sayang.
Pandangan mata Afiqa lari dari menghadap kubur ibu dan bapanya. Wajah Airish yang sedang tersenyum manis padanya turut dibalasnya sama.
Papa dah tunggu kita di rumah. Kita dah janji nak makan tengah hari sama-sama.
Afiqa mengangguk. Percaya atau tidak. Keluarganya sungguh meriah kini. Kesanggupan papa mertuanya untuk kembali merayu pada Datin Fariza sungguh membuat Afiqa terharu. Lelaki tua itu akhirnya sedar yang dia tidak boleh hidup tanpa isteri dan anak-anaknya di sisi.
Melihat betapa teguhnya cinta Datin Fariza pada suaminya, membuatkan Afiqa berasa kagum pula dengan ibu mertuanya. Entah berapa tahun dia bertahan dengan sikap suaminya yang jelas tidak sukakan dirinya. Namun, bagaimana penghujungnya Bukankah sekarang mereka sedang hidup bahagia sama seperti keluarga yang lain.
Dua tahun sudah berlalu sejak peristiwa dia diculik oleh Darina. Gadis malang itu masih mendapatkan rawatan di hospital. Mentalnya cedera parah. Jiwanya terlalu sakit.
Kerjaya Dhia Anna pula kembali bersinar selepas satu Malaysia digemparkan dengan peristiwa hitam yang berlaku itu. Ternyata gadis itu mempunyai semangat dan aura yang kuat. Begitu juga dengan Rayhan. Rayhan dan Dhia Anna baru saja memenangi Anugerah Pasangan Paling Serasi dalam Drama semasa Anugerah Bintang Popular tempoh hari. Drama lakonan mereka yang diadaptasi daripada novel berjudul Complete Me! itu meletup-letup dan menjadi kegilaan ramai.
Aidil dan Katrina serta Bella dan Daus pula sudah selamat mendirikan rumahtangga. Airish telah berhenti daripada dunia hiburan dan mewarisi perniagaan papanya bersama Bella.
Dia sendiri
Duduk di rumah bersama Datin Fariza. Macammacam aktiviti yang dilakukan mereka berdua. Afiqa merasakan nikmatnya mempunyai seorang ibu. Maklum saja, ibu angkatnya dahulu sentiasa sibuk. Dia tak sempat nak bermanja.
Afiqa bangun dari bersimpuh duduknya. Tikar mengkuang digulung Airish sebelum dibimbitnya di sebelah tangan kiri. Afiqa pula mencapai jug kosong dengan sisa bunga-bunga yang masih melekat di sekitar mulut jug tersebut. Mereka berbalas senyuman buat seketika sebelum bahu Afiqa ditarik dekat dengan Airish.
Lantas, satu kucupan penuh kasih dan cinta dilepaskan di dahi Afiqa. Tangan kanan Afiqa berlingkar di pinggang Airish dengan kepalanya dengan manja dilentokkan ke lengan Airish. Mereka berjalan ke hadapan dengan penuh yakin, menunjukkan pada satu dunia bahawa merekalah pasangan sejoli yang sungguh romantik.
Pada wajah masing-masing tergambar satu riak wajah ceria yang sukar sekali untuk mereka gambarkan ketika itu. Rasa bahagia yang menguliti mereka sungguh membuatkan mereka berada dalam keadaan tenang dan nyaman. Airish tersenyum manis pada Afiqa. Tongkat basikal yang disandarkan di bawah pepohon rendang dicapai Airish sebelum punggung Afiqa dilabuhkan di atas para tersebut.
Saat punggung Afiqa benar-benar mahu melabuhkan di atas para itu dengan lebih selesa Airish terus memecut basikalnya ke hadapan sehingga memaksa Afiqa memeluk pinggang lelaki itu. Afiqa mengetap bibirnya. Nakal sungguh! Lalu, belakang Airish ditampar halus oleh Afiqa. Airish tergelak.
Namun, pelukan di pinggang Airish tidak dilarikannya malah semakin dikemaskan pelukan itu. Kepala Afiqa bersandar di belakang Airish. Ah! Sungguh selesa rasanya. Inilah yang diimpikannya selama ini. Tidak sangka anganannya menjadi kenyataan.
Sayang! Sayang buat apa tu Abang tak nampak apa yang sayang buat tu. Jangan nakal-nakal kat belakang sana tau.
Afiqa mengangkat kepalanya dari bersandar di belakang tubuh Airish.
Abang ingat Fiqa macam abang ke Airish tergelak kecil sesaat.
Memanglah. Fiqa lebih nakal daripada abang.
Afiqa mencubit pinggang Airish. Airish mengaduh. Sakit betul. Kalau sayang sedar, semua orang tengah pandang kita sekarang,
Abang dekat depan sana, jangan nak menggatal tau. Jangan nak main jeling kat mana-mana perempuan.
Airish hanya melayangkan wajah selambanya sahaja.
Sayang tahu tak betapa cinta dan sayangnya abang pada Fiqa
Afiqa mencebik.
Andai Fiqa dapat melihat hati abang, pasti Fiqa akan rasa teruja. Andai saja Fiqa dapat membaca fikiran abang pasti Fiqa akan sentiasa igaukan abang. Begitu jelasnya bahawa abang hanya mahukan Fiqa sahaja yang bertakhta di hati abang. Wajah Fiqa, sentiasa menghiasi hari-hari abang. Senyum dan suaramu teduhkan jiwaku, sayang. Maka, cintailah abang dengan penuh rasa kasih dan sayang. Hah! Sweet tak, sayang Inilah namanya Romeo Airish!
Afiqa mencebik. Ceh! Baru nak rasa terharu terus tak jadi. Berlagak betul suaminya.
Sayang tak pernah nak confess rasa sayang dekat abang.
Bicara Airish dengan matanya setia memandu basikal mereka. Afiqa hanya tersenyum.
Tak perlu nak luahkan, abang. Cukup dengan perilaku Fiqa pada abang. Kan Alah, lagipun Fiqa malulah. Bak kata orang, luahan cinta ni ibarat kentut. Makin ditahan makin terasa sakitnya. Nak dilepaskan... macam Fiqalah malu. Tapi, bila dah keluar keluar... fuh! Lega!
Membuntang mata Airish dibuatnya.
What Tak romantik langsung isteri abang ni.
Airish sudah merajuk. Lantas, pinggang Airish semakin erat dipeluk Afiqa.
Fiqa sangat cintakan abang. Ibarat Highland Tower, sentiasa akan menghantui diri abang tanpa henti. Cinta Fiqa juga seperti Villa Nabila, sekali abang masuk ke dalam hati Fiqa, jangan harap abang akan dapat berpatah balik kembali. Selamanya abang akan jadi milik Afiqa.
Airish tersenyum panjang. Panjang sehingga tertayang gigi putihnya.
Betul ke
Afiqa memanjangkan kepalanya agar dapat memandang Airish. Kepalanya diangguk, mengiakan apa yang dikatakannya. Airish semakin mengeratkan lingkaran tangan Afiqa di pinggangnya.
Jom kita balik, sayang. Tak sabar nak hadiahkan cucu pada papa dan mama! Dah dua tahun cuba, tapi abang takkan putus asa! Kita akan terus cuba sampai berjaya.
Afiqa membulatkan matanya. Cubitan dilepaskan di tangan Airish. Terjerit kecil lelaki itu.
Gatal! komen Afiqa sebelum bibirnya turut tersenyum sama. Mereka terus berlalu bersama sejuta senyuman menghiasi bibir.
Afiqa memejam matanya. Ada satu rasa yang mengalir indah dalam jiwanya. Akhirnya, kuntuman senyuman penuh makna terukir juga di situ.
Mak, ayah. Fiqa bahagia. Fiqa sangat bahagia!