MY PRETTY BOY - 54
APA hal muka ketat aje awak ni Baru hari pertama dah buat tarik muka sentap, soal

Tunku Hussein selepas menjemput Qamra

Ain di parkir THSC.

Terkedu sejenak tadi bila Qamra Ain menelefonnya sejam yang lalu. Mujurlah tiada siapa yang perasan kemunculan kereta Nissan GT-R di depan pintu masuk hospital tadi, jika tak sudah tentu rahsia yang disimpan selama ini meletus sekelip mata.

Qamra, lepas ni saya jemput awak kat bus stop ajelah. Sesak betul jalan nak masuk ke sini. Ambulans selalu keluar masuk, takut ganggu laluan dorang pula nanti, Tunku Hussein memberi cadangan dan berharap tiada bantahan dari Qamra Ain.

Lepas ni awak jemput saya kat bus stop depan sana, balas Qamra Ain sambil ibu jari menuding ke arah perhentian bas yang dikatakan itu.

Orait! lega rasa hati bila cadangan diterima pakai oleh Qamra Ain.

Bukan senang nak memujuk gadis ini kalau tak kena pada gaya soalan. Silap-silap, mahu terpaksa dijemput Qamra Ain di depan THSC setiap hari. Kalau menyorok sekali pun, rata-rata doktor di situ kenal dengan fizikal keretanya.

Sejak bila awak pakai kereta, Sein Kalau trade-in scooter sekali pun tak mungkin harganya sama dengan harga kereta ni.

Sepanjang mengenali Tunku Hussein, hanya skuter saja yang pernah dia tengok lelaki itu membonceng ke Mels E. Pernah juga Tunku Hussein mengajak namun dia lebih rela berjalan kaki dari membonceng berdua. Takut timbul spekulasi kurang sopan pula nanti.

CEO Mels E suruh bawa service kereta. Service selesai awal, saya test drive. Haip, jangan sesekali awak fikir yang saya curi pakai kereta company, okey

CEO Mels E Saya yang lebih lama kerja dari awak kat situ, tak pernah saya nampak CEO yang awak cakap. Macam mana dia boleh kenal awak Tanya Qamra Ain serius.

Tunku Hussein hanya mampu tersengih sehingga menebengkan barisan gigi yang tersusun. Akulah CEO tu! Kalau kau nak tahu kereta yang kau naik sekarang adalah kereta aku dan kau adalah gadis pertama yang berjaya duduk sebelah aku di dalam kereta ni! Tahniah buat kau, Qamra!

Kebetulan CEO buat lawatan mengejut pagi tadi. Mula-mula saya cuak juga tiba-tiba dia muncul tempat pengasingan mel. Sebab tu dia kenal saya dan warga pekerja lain. Ala dah tak ada rezeki awak nak jumpa dia, nak buat macam manakan Spontan saja mulut Tunku Hussein menjawab di waktu idea membongak tiba-tiba datang menerjah. Terima kasih wahai ide sebab selamatkan aku!

Percaya sangat CEO tu sampai kereta mahal macam ni dia kasi awak drive. Bawa elok-elok, Sein. Manalah tau kalau tersagat kat mana-mana, setahun gaji pun belum tentu dapat bayar, nasihat Qamra Ain sekadar mengingatkan. Terpancar jelas riak kerisauan di sebalik wajahnya yang ayu.

Saya tengok awak macam tak happy aje Why, Qamra Kena smackdown dengan leader awak soal Tunku Hussein ketika mereka sudah berada di dalam kereta. Wajah sugul Qamra Ain ditatap sekali imbas. Tampak jelas keletihan di sebalik raut wajah yang ayu bertudung. Kot putih juga tak sempat ditanggal. Masih lagi tersarung di badan. Tunku Hussein membaca sesuatu yang tertulis di tag nama Dr. Qamra Ain, DMD.

Sudah 4 tahun dia tak menyarung kot putih yang serupa. Kali terakhir, semasa bertugas di CHCC sebagai doktor sukarela di sana. Sekarang, kot putih kebanggaan itu hanya tergantung kemas di dalam almari. Masih lagi tersimpan rapi bersama tag nama, T Hussein.

Ini semua gara-gara Papanya. 5 tahun pengajian di CA dalam bidang perubatan hanya sia-sia belaka. Dia yang sepatutnya balik ke Malaysia menyandang tugas Tunku Hardie, diberi pula jawatan itu pada Tunku Raffzul. Elok sudah memegang jawatan CEO di Mels E dialih tugas ke THSC. Dia pula terpaksa menyambung legasi yang ditinggalkan oleh Tunku Raffzul.

Namun begitu, dia berterima kasih pada mereka berdua. Kerana mereka, dia dipertemukan dengan Qamra Ain. Sejak itu, dia rela lepaskan dunia kedoktoran demi Qamra Ain. Biarlah kerjaya yang ada terpesong jauh, asalkan dapat bersama Qamra Ain. Pendek kata, kebahagiaan yang dicari ada pada Qamra Ain. Dia dan Qamra Ain, kongsi rasa yang sama. Masing-masing dikhianati cinta!

Sampai bila harus membohongi diri bila berdepan dengan Qamra Ain Sampai bila dia harus sembunyi status keturunan Tunku Sampai bila Sampai bila dia harus rahsiakan Tunku Hardie adalah abangnya, Tunku Hazreen adalah kakak kembarnya, Tunku Raffzul adalah sepupunya dan Tun Tunku Harith adalah Papanya Apakah reaksi Qamra Ain jika kebenaran terbongkar dari mulut orang lain

Jika itu yang berlaku, bagaimana harus dia terangkan keadaan sebenar di sebalik rahsia itu Adakah Qamra Ain terimanya lagi Atau pun, menjauhkan diri Dia tak sanggup berpisah dengan Qamra Ain sampai bila-bila. Tak! Itu kenyataan yang memeritkan untuk diterima. Kenyataan yang amat menyakitkan! Cukuplah keperitan yang dilalui bersama Elmina di CA dan tak untuk kali ini!

Entahlah, Sein. Saya rasa macam nak resign dan kerja balik dengan awak di Mels E. Tak payah serabut kepala fikir tentang diagnosis, tentang leader yang arrogant tu, rintih Qamra Ain perlahan. Seharian di THSC, ada saja yang dibuat serba tak kena di mata Tunku Raffzul. Itu tak kena, ini tak kena. Lambat 5 minit, berminit-minit di taichi oleh si egois itu.

Takkan baru sehari awak di THSC dah pancit kut Jangan begini, Qamra. Bila awak pilih untuk terjun dalam arena kedoktoran, di dalam dada awak perlu cekal dan tabah. Jangan mudah putus asa. Kalau setakat kena taichi or whatever, awak ignore aje. Biasalah, doktor pelatih memang selalu kena smackdown. Yang penting, be humble. Awak bertahan ajelah dalam sebulan dua ni, pujuk Tunku Hussein.

Tunku Hussein memusingkan stereng kereta membelok ke jalan sebelah kiri. Anak mata liar mencari kalau ada parkir kosong dan akhirnya ternampak ada satu parkir yang pemilik kereta baru beredar. Dia menekan pedal minyak dan terus memarkir berhadapan dengan kaf yang bakal mereka masuk sekejap lagi.

Jom, kita dinner dulu sebelum saya hantar awak balik, ajak Tunku Hussein. Kedua-dua belah pintu dibuka serentak dan mereka melangkah keluar dari kereta. Sebelum pintu kereta ditutup, cepat-cepat Qamra Ain menanggalkan kot putih, melipat ala kadar dan diletakkan atas kerusi duduk bahagian depan. Sambil membetulkan tudung, dia berjalan mengekori lelaki itu dari belakang.

Qamra Ain memilih untuk duduk di luar kaf. Meja yang di bawah payung kembang berwarna pelangi itu menjadi pilihan mereka. Apatah lagi mengadap ke arah Menara KL. Ditambah dengan angin-angin sepoi malam, tenang dan terasa damai di jiwa.

Tunku Hussein kembali dengan menatang dulang yang berisi 2 muk Cappuccino dan 2 pinggan Spageti Bolognese. Dihidangkan terlebih dahulu untuk Qamra Ain dan kemudian untuknya.

Saya tau awak lapar. Kerjaya doktor ni, makan pun tak sempat tau... sibuk jadi runner ke sana ke mari.

Awak ni tau aje, entah-entah awak ni

Kalau kau nak tau, Qamra time aku dulu poket seluar jeans penuh dengan candies. Sebab masa tu aku jadi volunteer hospital kanak-kanak. So, setiap kanakkanak yang aku rawat aku umpan candies. Kalau tak, jenuh nak suruh mereka ikut cakap kita.

Hello, saya taulah. Itu pun sebab saya tonton drama pasal doktor-doktor ni dan sejak berkawan dengan doktor. jawab Tunku Hussein di kala di dalam mulut yang penuh dengan spageti.

Qamra Ain gelihati melihat gelagat lelaki di depannya menjamu selera. Jika diperhati, macam seminggu tak makan. Gelojoh ya amat!

Kut ya nak jawab, telan dulu sampai habis. Karang tercekik, tak ke naya. Cukuplah kes CPR minggu lepas, taubat saya.

Seharian di Mels E saya tak ada selera nak makan okey! Sebab ada awak, selera saya datang balik.

Giliran Qamra Ain pula menyuap ke dalam mulut dan mengunyah perlahan-lahan. Selepas ini, dia harus bersedia dengan waktu makan minum yang tak tentu masa dek berkejaran di ER dan DMD.

Saya nampak tag nama awak tulis intern DMD.

Awak tau ke DMD tu apa

Diagnostic Medical Department, betul tak Saya sempat Google tadi dalam SG N5 masa tunggu giliran pesanan kat dalam, beritahu Tunku Hussein walhal terasa bersalah terpaksa menbongak lagi.

Ikut kelayakan, posting awak seharusnya di jabatan yang berkaitan kardiak.

Entahlah, Sein. Pagi tadi teruk saya kena taichi dengan ketua DMD. Lewat 5 minit aje kut. Bagi direction ke HRMD pun salah. Nak demand lebih, saya sekadar doktor intern. Terima ajelah!

Dont worry, Qamra. Setiap doktor pelatih akan bertukar posting. Awak bersabar aje. Lepas tu awak mintalah posting kat jabatan lain. Kat pediatric ke, orthopedic ke. Tapikan Qamra, awak ni kira tererlah juga, posting pertama DMD. Tabik spring kat awak! Puji Tunku Hussein sambil menunjukkan tabik hormat pada Qamra Ain dan kemudian menyambung semula mengunyah.

Apa Yang sehari ni pun rasa terseksa. Entah berapa lama lagi saya boleh bertahan kalau leader layan saya seperti macam saya tak ada harga diri.

Tunku Hussein terhenti suapan. Dihalakan pandangan ke arah Qamra Ain yang leka menguis-guis spageti di pinggan. Tak luak langsung, masih penuh seperti dipesan tadi.

Why, Qamra Awak benar-benar putus asa

Baru sehari jadi doktor, awak jadi begini Bagaimana hari-hari yang datang Esok Lusa Tulat Kulat Cendawan Haish, apa yang saya merepek ni Tunku Hussein cuba berlawak jenaka.

Kalau saya ada kuasa veto, dah lama saya tukar Tuan Raffzul jadi tempoyak. Biar saya lenyek-lenyek dia dengan timun! Berlagak sangat! Menyampah! Rungut Qamra Ain sambil menunjukkan aksi melenyek tempoyak dengan timun.

Terkedu Tunku Hussein bila nama yang amat dikenali disebut oleh Qamra Ain.

Apa yang Raff buat pada awak! Keras suara Tunku Hussein bertanya sambil mengetap gigi. Riak wajah turut berubah. Bila Qamra Ain mengangkat muka serta-merta diukir senyuman menyembunyikan kemarahan tadi.

Awak sebut apa tadi Raff tanya Qamra Ain dengan kening berkerut rapat.

Raff Siapa Raff Saya tak sebut pun saya sebut Raphael tadi ala kartun Ninja Turtles tu... terpaksa dia membongak sekali lagi.

Saya dengar awak sebut Raff tadi, Qamra Ain yakin benar yang Tunku Hussein menyebut kuat nama ketua DMD berlagak itu apatah lagi dekat sangat di telinganya.

Apa masalah awak sebenarnya Cuba cerita satu persatu bagi saya faham, Tunku Hussein mengubah topik perbualan.

Kalau saya cerita pun awak takkan faham, Sein.

Aku juga seorang doktor seperti kau, Qamra. doktor pakar kardiak lagi!

Walaupun saya tak faham bahasa doktor, sekurang-kurangnya saya ada untuk jadi shoulder to cry on awak. Untuk lepaskan keluh-kesah yang merelung di hati awak. Mungkin saya boleh bagi pandangan walau pun terpaksa merepek meraban.

Saya tak nak saratkan otak awak yang kecil tu dengan masalah saya. Awak jadi pendengar pun dah cukup buat saya. Terima kasih, Sein. Terima kasih sebab awak selalu ada untuk saya.

Qamra, awak habis makan dulu. Saya nak buat call kejap.

Qamra Ain menyambung semula suapan.

Sementara menanti gadis itu menghabiskan makanan di dalam pinggan, Tunku Hussein beredar menuju ke arah tasik yang terletak di lokasi belakang kaf. Sambil berjalan dia mengeluarkan SG N5 dari dalam kocek seluar jeans. Kata laluan dimasukkan dan terpampang ikon di skrin sesentuh. Ikon phonebook ditekan, ibu jarinya turun naik mencari nombor yang hendak dihubungi. Nombor didail. Hanya beberapa deringan terus panggilannya dijawab.

Hello yunk! I miss you so much! Lirih suara Tunku Hussein memberi salam. Kedengaran ketawa kecil di dalam talian.

Kau gila ke, bro Gedik aku dengar! Mimpi apa panggil aku cayunk

Calm down, bro. Aku nak jumpa kau esok, tempat biasa. Mels E Caf. Kau aku together-gether breakfast, ok

Esok pagi aku ada meeting dengan Raff. Kes VIP, bro. Masak rentung kalau lambat tunjuk muka aku yang ensem ni nanti, TH.

Kau bangunlah awal! Aku jumpa kau pukul 7 pagi waktu Malaysia, Dr. Rudy Armani. Okay, chow!

Belum sempat Rudy Armani memberi kata-kata terakhir talian terus dimatikan. Baru saja Tunku Hussein hendak menyimpan semula SG N5 ke dalam poket, bunyi bip mesej kedengaran. Direnung ke arah skrin telefon. Ikon WhatsApps ditekan.

Rudy the Poyo Doc.:

Aku belum habis bebel, kau dah mati talian! Kau memang Gaban! Esok, aku jumpa kau. Nanti aku bawa sekali apa yang kau nak! Grrrrrrrr~ stress aku ada kawan Gaban macam kau ni!

TH:

Jangan la marah, yunk! Senyum sikit! Ngeeeee~

Selepas mesej dibalas, Tunku Hussein menyimpan semula SG N5 ke dalam poket sambil berjalan menghampiri Qamra Ain. Kelihatan gadis itu sudah selesai makan tanpa tinggalkan kesan sedikit pun. Memang bersih sebersihnya. Sehinggakan sudu pun teratur disusun di sebelah tepi pinggan. Tampak ketelitian gadis ini dalam segala tindak tanduk. Pendek kata, sebotol Sunlight boleh jimat sampai 2-3 bulan!

Jom, aku hantar kau balik. Dah lewat malam ni, tegur Tunku Hussein di kala gadis itu leka merenung ke hadapan.