AYAH EDY PUNYA CERITA - 54
Pernahkah anda tahu asal-usul sekolah yang ada sekarang ini Ya, sekolah tempat kita semua belajar. Jujur sahaja, kami belum menemukan data yang pasti bagi menceritakan asal-usul sekolah yang ada di dunia ini, begitu banyak sekali versinya. Namun, sejarah yang paling relevan mencatat, Perancis merupakan salah satu negara yang ikut serta memberikan definisi sekolah dan mencatat sejarah perkembangannya.

Kononnya, perkataan sekolah diambil dari bahasa Perancis, iaitu Schulee yang bererti Taman. Jadi, pada awalnya konsep sekolah itu adalah Belajar di Taman. Oleh kerana itu, tak heran jika Ki Hajar Dewantara memberi nama sekolahnya Taman Siswa.

Dahulu kala, sekolah dan cara pembelajarannya dibuat sangat selesa dan menyenangkan para pelajarnya. Mereka belajar di taman dengan melakukan pengamatan-pengamatan terhadap objek yang ada di sekitar taman, hingga membuat ikhtiar berupa ciptaan peribadi secara bebas dalam bentuk yang beraneka ragam. Kerana sekolah taman ini begitu menarik dan menyenangkan, tidak hairanlah dalam waktu yang relatif singkat jumlah peminatnya terus bertambah. Sementara itu jumlah pertumbuhan taman tidak seimbang dengan jumlah peminat sekolah taman tersebut. Pada zaman itu, Perancis sedang mengalami revolusi industri besar-besaran sehingga tingkat pertumbuhan kilang jauh lebih pesat dari tingkat pertumbuhan taman.

an tanah untuk membangunkan kemudahan industri meningkat sedemikian pesat sehingga banyak tanah yang kosong digunakan untuk membangunkan kilang daripada membuat taman yang digunakan untuk sekolah. Apa yang terjadi Dari waktu ke waktu biaya untuk membuat taman yang baru menjadi semakin mahal. Di sisi lain, kesan dari Revolusi Industri adalah meningkatnya keperluan tenaga kerja, mulai dari pekerja kasar hingga pekerja terlatih dan mahir, itu ertinya keperluan pekerja dari para lulusan sekolah menjadi semakin tinggi. Namun, sekolah yang ada tidak mampu menyediakan lulusan dalam jumlah besar akibat terbatasnya taman yang mereka miliki sebagai tempat bersekolah. Sejak itulah muncul pendangan untuk mengubah konsep sekolah taman menjadi bangunan. Kerana pemikiran sebahagian besar masyarakat kala itu masih dipengaruhi kuat oleh revolusi industri dan sistem kilang, dibuatlah bangunan sekolah dengan sistem tata ruang yang meniru tata ruang kilang. Oleh kerana itu, para sejarawan sering menyebut sekolah yang ada saat ini adalah sekolah kilang (fabrical school).

Suasana belajar yang menarik dan tempat yang nyaman tidak lagi menjadi pertimbangan utama untuk membuat para pelajar boleh belajar dengan baik. Yang jauh lebih penting adalah bangunan sekolah dengan sistem kilang ini dapat merekrut sebanyakbanyaknya pelajar dan menghasilkan sebanyak-banyaknya lulusan untuk keperluan industri yang sedang berkembang pesat ketika itu.

Lalu bagaimana dengan kurikulumnya

Kurikulum juga konon ternyata berasal dari bahasa Prancis Curricula yang memiliki erti Rencana Pengalaman. Jadi, kurikulum pada awalnya diertikan sebagai Rencana Pengalaman yang akan dilalui anak-anak pada kehidupannya kelak, yang dirancang dalam sistem pembelajaran.

Ketika sekolah masih dalam bentuk Konsep Taman kurikulumnya benar-benar dirancang berdasarkan pengalaman yang akan dilalui oleh anak dalam hidupnya.

Oleh kerana itu, subjek terbesar dalam proses pembelajarannya lebih difokuskan pada proses PENGAMATAN dan KEMAMPUAN MENCIPTA. Dengan itu, apa yang diperolehi oleh setiap anak melalui proses pembelajaran akan berbeza-beza sesuai dengan objek-objek yang diminatinya, dan setiap anak boleh bebas berikhtiar sesuai dengan apa yang diinginkannya. Sementara itu, tugas para guru atau tutor hanyalah membimbing anak untuk menemukan objek-objek menarik bagi dirinya dan mendorong mereka untuk menuangkan hasil pemikiran peribadinya dalam bentuk yang beraneka ragam.

Namun, kerana dunia industri ketika itu menginginkan para lulusan yang sedia digunakan dalam jumlah yang besar pula, kurikulumnya pun akhirnya diubah ke dalam kurikulum berasaskan industri.

Kurikulum yang awalnya adalah sebuah keupayaan untuk membangunkan pengalaman peribadi dan ikhtiar bebas bagi setiap pelajar, kini diubah ke dalam bentuk pengetahuan standard yang dirancang sama bagi semua pelajar.

Para ibu bapa dan guru yang berbahagia, sejak itulah setiap anak yang bersekolah diharuskan untuk mengetahui hal yang sama, mengerjakan dengan cara yang sama, menghasilkan sesuatu yang sama, dan dinilai berdasarkan kaedah yang sama. Itulah konsep yang kemudian berkembang dan kini lebih dikenali sebagai Scholastic Aptitude Test atau yang disingkat dengan SAP.

Tercatat pula da lam sejarah bahawa Alfred Binnet, seorang pakar psikologi dari Perancis telah mencipta sistem penilaian kecerdasan berasaskan ujian kini lebih dikenali sebagai Test IQ sebagai pelengkap tahap ukuran kecerdasan anak yang hingga kini masih banyak di gunakan sebagai salah satu syarat untuk boleh masuk di sekolah sistem kilang.

Tahukan anda, apa perubahan nyata dihasilkan oleh sekolah sistem kilang ini

Menurut para penyelidik sejarah pendidikan, dahulu sekolah adalah tempat menghasilkan para ilmuwan berkaliber seperti Newton, tetapi kini sekolah hanya boleh menghasilkan barisan pekerja industri. Jika dahulu sekolah adalah tempat menghasilkan orangorang kreatif yang bekerja di pelbagai bidang, kini sekolah hanya boleh menghasilkan barisan pencari kerja.

Lalu dalam perkembangannya, sekolah kilang mula menciptakan tingkat-tingkat standard yang harus dilalui oleh setiap anak yang bersekolah. Untuk mencapai tingkat yang tinggi atau mungkin yang paling tinggi dalam sekolah, setiap anak memerlukan waktu bersekolah tidak kurang dari 17 hingga 20 tahun. Bukan main! Dua puluh tahun bukanlah waktu yang singkat. Namun sayangnya, setelah melaburkan waktu yang demikian mahal dan berharga ini, setiap lulusannya, masih harus belajar lagi dari kosong ketika mereka mulai bekerja.

Pertanyaan besar untuk kita semua adalah apa yang telah diberikan oleh sekolah kepada anak kita selama waktu yang panjang itu, jika, pada akhir masa pembelajarannya mereka masih harus memulakan langkahnya dari anak tangga yang pertama. Lalu di usia berapa nantinya anak-anak kita akan mulai memetik buah kejayaan selepas 20 tahun belajar Jika begitu, adakah jalan keluar bagi kita dan anak kita

Dulu sekolah adalah tempat menghasilkan para ilmuwan berkaliber seperti Newton, tetapi kini sekolah hanya boleh menghasilkan barisan pekerja industri.