Kekentalan dan susuk fizikalnya sangat cocok bila mana diletakkan di bahagian tengah. Bakatnya cukup unik, adunan tenaga dan hantaran yang baik, di mana Arsenal dan
Perancis lah yang paling memperoleh manfaat dari kemantapan Vieira di tengah padang.
Di Perancis, bersama kelab AS Cannes lah Vieira mengasah bakat.
Tahun 1993, di usia 17 tahun, beliau membuat penampilan pertama untuk kelab. Asalnya beliau bermain di hadapan pertahanan tengah, sebagai stopper. Hal ini lah yang membangunkan sisi pertahanan dalam diri Vieira. Menjelang musim 1994/1995, beliau di peranan lebih penting, di alih ke bahagian tengah, posisi di mana Vieira menyinar. Pada usia 19 tahun, Vieira diberi lilitan lengan ketua pasukan kelab Cannes.
Reputasi Vieira buatkan A.C. Milan tidak segan untuk membida beliau. Musim panas tahun
1995, kehadiran pemain kelahiran Dakar,
Senegal diharap dapat
mempertajamkan bahagian tengah AC Milan. Bil-makna Vieira lebih awal semusim datang ke kancah Serie A berbanding Zinedine Zidane berhijrah ke Juventus pada tahun 1996.
AC Milan waktu itu cukup hebat. Reputasi yang dibawa sejak akhir 80an dan awal 90an cukup gah. Segala-galanya berkisar tentang sains sukan, rejim latihan yang telah dipupuk sejak zaman Arrigo Sacchi. Semua perkara disusun agar sentiasa berada bagus. Jika kapal terbang biasa punyai penerbangan kos rendah dan kelas pertama, AC Milan boleh lah diumpamakan seperti penerbangan kelas eksekutif. Serba berkualiti, mantap dan mewah.
Anak muda berusia 20 tahun di bumi asing yang bahasa dan budayanya juga agak berbeza, pasti sukar untuk diharung. Vieira diberi jersi bernombor 31, yang terakhir dalam senarai skuad AC Milan musim 1995/1996, tanda betapa junior nya Vieira di kalangan pemain AC Milan.
Memang satu idaman buat mana-mana pemain muda untuk bermain untuk AC Milan. Tapi itulah harga yang perlu dibayar. Vieira agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu di Kota Milan.
Sistem latihan di AC Milan sangat tersusun. Para pemain akan dikumpulkan untuk beberapa hari. Satu tempat barangkali kawasan peranginan di pergunungan berhawa sejuk dipilih untuk dijadikan tempat latihan pusat. Sistem training camp ini turut sama digunakan oleh lain-lain kelab di Itali.
Bagi para pemain yang memang berasal dari Itali mahupun yang telah lama berkelana di Itali, ia bukan suatu masalah. Namun tidak bagi Vieira.
Anak muda di kota asing, kekangan komunikasi dari segi bahasa, jauh dari keluarga, dengan sistem yang serba baharu, pasti sukar buat Vieira.
Di Milan ketika itu, hanya ada seorang pemain berasal dari Perancis, siapa lagi kalau bukan pemain yang kemudian mendapat gelaran The Great Wall, Marcel Desailly. Seorang lagi pemain yang boleh berbahasa Perancis adalah penyerang Liberia, pemain yang baharu dinobat sebagai Pemain Terbaik Dunia, George Weah.
Peluang Vieira bersama skuad utama AC Milan juga terhad. Pengendali AC Milan, Fabio Capello sememangnya terkenal dengan falsafah rigid. Jika kamu berlatih dengan baik, menurut kata jurulatih, berjaya memahami adapatasi taktikal, tiada masalah untuk kamu diturunkan dalam perlawanan sebenar.
(Menariknya, Capello kemudiannya membida semula Vieira pada tahun 2005, ketika beliau mengemudi Juventus).
Perkara ini lah yang buatkan Vieira, anak muda yang berbakat besar tidak berapa nak menjadi bersama AC Milan. Malah saat kepergian Vieira dari Milan ke Arsenal sekitar musim panas 1996 juga tidak berapa hendak ditangisi atau dikesalkan oleh para penyokong AC Milan.
Masakan tidak, peluang terhad, penampilan pun sangat sedikit, tentunya tiada siapa yang ingat.
Musim itu, Vieira hanya buat 5 kali sahaja penampilan untuk AC Milan. Dua perlawanan liga, satu perlawanan Piala Itali dan dua lagi perlawanan dalam Piala UEFA.
Kisah sendu di hati mu, rindu di jiwa ku Vieira ini rupanya satu rahmat buat yang lain.
Arsne Wenger yang baharu dilantik sebagai pengurus Arsenal, menjadikan Vieira sebagai pembelian pertama beliau di Highbury. Wenger tahu akan potensi Vieira, dan Wenger juga tahu bagaimana untuk membongkar segala kualiti yang ada pada pemain itu.
Saya sangat berbesar hati dapat menyertai Arsenal dengan Arsene Wenger sendiri menjadi jurulatih. Dapat bertutur bahasa Perancis dengan beliau memudahkan saya di Highbury. Ujar Vieira sebaik sahaja menyertai Arsenal.
Vieira, seperti mana lain-lain bintang bola sepak di dunia, pernah alami zaman suram dalam karier. Dalam penghidupan ini ada pasang surutnya, dan percaya lah setiap kali kita jatuh, pasti akan ada tangan yang menghulur bantuan.