MY PRETTY BOY - 55
TAK payah nak tinjau-tinjau sangatlah. Aku ada kat dalam, kata Tunku Hussein di hujung corong SG N5.

Dari tempat duduk yang bertentangan dengan pintu masuk Mels Caf, dia nampak Rudy Armani mendekatkan muka di cermin pintu dari luar sibuk mencarinya di dalam kaf.

Mana kau, bro Tak nampak pun kat tempat biasa! Tanya Rudy Armani yang masih dalam talian.

Haish, kau ni! Pakai lagi spek hitam pagi-pagi buta! Aku tukar tempat, tepi tingkap.

Talian dimatikan. Diperhatikan dari jauh lelaki maskulin itu menarik pintu dari arah luar dan berjalan masuk menuju ke arah meja yang terletak hujung kaf.

Lama tunggu, cayunk Sorry, aku terlajak tidur jelas Rudy Armani dan menguap beberapa kali kerana lewat pulang ke kondo. Ada beberapa kes ER di zon hijau yang perlu diselesaikan bersama Azmeer semalam.

Dari malam tadi aku tunggu kau kat sini, cayunk. Oh ya tadi ada bantal, aku dah bawa naik office, sindiran tajam Tunku Hussein membuatkan Rudy Armani tersentak seketika.

Matanya terus segar-bugar. Janji pukul 7, pukul 8 baru nampak muka!

Kau memang sah gila, Dr. T. Hussein!

Wei, suara kau tu kasi perlahan sikit, boleh Kalau dengar dek staff sini, kantoi aku! Kau ada bawa apa yang aku suruh

Adalah nah. Rudy Armani menghulurkan sekeping sampul sebesar kertas A3 ke tangan Tunku Hussein sekali dengan iPad Air. Sementara menunggu lelaki itu meneliti apa yang tertulis di skrin tablet, dia beredar membuat pesanan sarapan di kaunter.

Sela beberapa minit Rudy Armani kembali dengan sepinggan Toasted Bread dan segelas Orange Juices. Sambil mengunyah, pandangan dihalakan ke arah Tunku Hussein yang sedang menayangkan gambar x-ray bertentangan dengan cahaya.

Pesakit aku tu penari. Syok gelek atas pentas terus sesak nafas, kau rasa

Radang peparu atau pun asma.

Doktor intern dalam team aku seboleh-boleh kata disebabkan dehidrasi.

Doktor intern handles kes anak VIP ni! Biar betik, bro!

Macamlah kau tak kenal si Raff. Kesian aku tengok doktor baru tu. Dahlah cute tapi terpaksa jadi runner ER dan DMD. Comel-comel pun genius intern, bro.

Tak sia-sia MD rekrut dia. Papa yang rekrut Qamra

Dehidrasi pun boleh jadi penyebab sesak nafas juga, Rudy. Aku tak sangkal diagnosis doktor intern yang kau cakap tadi sebab dia diagnosis apa yang dia nampak pada pandangan sudut kasar. DMD pula nampak dari pandangan sudut halus. Itu bezanya.

Kalau ikut pada x-ray ni, lepas dari 48 jam pesakit kau konsisten dengan simpton pneumothorax. X-ray yang ni pula kurang dari 12 jam. Kau nampak tak lobus kanan atas nampak kelegapan, konsisten dengan edema pulmonari akut, terang Tunku Hussein secara terperinci. Selepas itu dikembalikan x-ray tadi ke tangan Rudy Armani yang masih mengunyah Toast Bread.

Perghh hujah kau sebiji macam Dr. Qamra. Tapi, apa boleh buatkan. Si kuku besi tak bagi peluang langsung kat dia.

Tunku Hussein hanya mampu tersenyum.

Dibiarkan dulu buat masa ini merahsiakan identiti Qamra Ain dari Rudy Armani. Buat masa ini, dipendam dulu kemarahan setiap kali gadis itu datang bercerita tentang perilaku Tunku Raffzul padanya.

Bila kau nak sarung whitecoat kau balik Kaukan cardiac warrior, bro! Kat CA, berapa ramai pesakit kau selamatkan di meja bedah Jangan sia-siakan bakat yang kau ada.

Belum tiba masanya, bro.

Apa-apa sajalah, TH. Okeylah aku nak gerak sekarang. Rudy Armani bingkas dari kerusi dan sekilas merenung jam di pergelangan tangan.

Selepas bersalaman gaya mereka, dia melangkah tergesa-gesa keluar dari Mels Caf. Dia pula, masih duduk menghala ke luar jendela sambil menghirup perlahan kopi yang sudah beransur sejuk.