Tak kira dari kelab mana, dari negara mana, sejauh mana sekalipun, barisan bintang-bintang ini telah pun berkumpul di situ sejak tengah hari lagi.
Suasana sedikit bingit namun masih tenang. Masing-masing sakan berbual, bertanyakan khabar masing-masing. Musim itu, liga kian menutup tirai, ada senggang masa, maka mereka meluangkan sedikit masa di situ.
Tujuannya satu, menziarahi sahabat mereka yang sedang berjuang melawan kanser hati.
Eric Abidal...
Teman paling rapat Abidal, si Dani Alves kelihatan begitu gusar sejak tadi. Terjengket-jengket kaki beliau meninjau-ninjau di sebalik cermin pintu bilik pembedahan.
Beberapa rakan sepasukan FC Barcelona yang lain turut ada di situ. Carles Puyol, duduk bersandar di kerusi. Di hadapan beliau sedang duduk mencangkung adalah
Xavi dan Andres Iniesta. Bungkam seribu bahasa mereka bertiga, menanti keputusan dari bilik bedah. Leo Messi pula berdiri sambil berpeluk tubuh. Pemain dari seteru Barcelona, Karim Benzema turut berada di kalangan pemain Catalan. Benzema dan Abidal memang teman rapat, sejak mereka sama-sama cipta nama di Olympique Lyonnais dahulu.
Lain-lain pemain Real Madrid C.F. termasuklah Cristiano Ronaldo, Iker Casillas, lagenda Estadio Santiago Bernabu, Ral Gonzlez turut berada di situ. Raul sendiri sanggup terbang dari Gelsenkirchen, dan minta pelepasan dari FC Schalke 04 semata-mata untuk menziarahi Abidal. Cristiano Ronaldo, yang mulanya tampak malu-malu kucing di kalangan kelompok pemain itu, dilihat kian mesra berbual dengan pemain yang sering kali memecah rekod, siapa lagi kalau bukan Lionel Messi.
Luar tampak bermusuh, tapi sebenarnya tiada sebarang masalah antara mereka berdua. Itu semua cakap-cakap kosong, isu yang disensasikan dek media dan akhbar untuk melariskan berita.
Pengendali Barcelona, Pep GuardioIa turut ada di situ sebelum itu. Cuma kelibatnya tidak kelihatan, barangkali beliau ke tandas agaknya.
Beberapa ketika selepas itu, masuk gerombolan bekas pemain yang sama-sama berkelana bersama Abidal di Lyon. Mereka termasuk lah Michael Essien, Florent Malouda, duo-pertahanan dari Brazil Cris dan Caapa, sepasukan dalam skuad Les Blues, Sylvain Wiltord dan Sidney Govou. Kelompok pemain Lyon ini diketuai oleh tidak lain dan tidak bukan, lagenda kelab itu sendiri, pakar bola mati dengan ketepatan 97%, siapa lagi kalau bukan Juninho Pernambucano.
Sebaik mereka memasuki ruang legar lobi hospital, bergegas mereka mendapatkan kelompok para pemain Barcelona bagi mendapatkan kepastian.
Juninho Pernambucano terus menuju ke arah Dani Alves yang cukup sugul wajahnya. Perjabatan tangan antara mereka menggambarkan kerisauan yang terpendam dalam jiwa masing-masing.
Dani, kamu di sini Aku ingat kamu sekali di bilik bedah. Soal Juninho Pernambucano kepada Dani Alves yang nampak sungguh kerisauan.
Tak bang, memang niat pada mulanya untuk dermakan hati pada Abi, tapi doktor nasihatkan komplikasi selepas itu andai pembedahan dilaksanakan. Lagipun Abi tak benarkan. panjang lebar Dani Alves menjelaskan.
Jadi siapa yang derma hati untuk Abi soal Juninho Pernambucano lagi.
Grard, sepupu Abi. pendek jawab Dani Alves.
Suaranya perlahan, seolah-olah tahan sebak.
Juninho Pernambucano menepuk-nepuk belakang badan Dani Alves.
Aku bergegas terbang dari Rio, sebaik dapat berita tentang Abi. Sabarlah Dani, Abi tabah, dia pasti OK. tenang si Juninho Pernambucano yang cuba meredakan kekecamukan jiwa Dani Alves.
Suramnya suasana, sesuram Kota Catalonia bermandi tangis sewaktu di bawah rejim Jeneral Francisco Franco dahulu...
Apa nasib sahabat mereka
Adakah Abi akan selamat
Seorang jururawat muda berjalan di lorong lobi, cuba mengelak di celah-celah jasad-jasad tegap para pemain bola sepak yang sedang berkumpul di situ. Jururawat itu, sekali pandang, memang cantik. Rambutnya yang panjang diikat rapi bersanggul. Langsing orangnya, manis rupanya, dengan satu tahi lalat elok tersemat di bawah bibir mulus jururawat tersebut.
Nyata, meski pun jururawat yang serba molek itu berlalu di situ, suatu mata pun tidak tertancap padanya. Masing-masing begitu asyik berbual di antara satu sama lain, menunggu perkembangan sahabat mereka, Abi. Hanya Vctor Valds yang sempat mengerling ke hayunan lenggang-lenggok jururawat itu berjalan, tapi itu pun hanya sekejap.
Berlalunya pergi si jururawat, muncul pula isteri Abidal, Hayet Kebir bersama dua orang anak perempuannya yang masih kecil. Hayet, yang juga bekas gimnas Perancis baru selesai bawa anak-anak beliau makan di kafeteria.
Semalaman anak-anak beliau tidak mahu makan kerana bimbangkan keadaan ayah mereka. Selepas puas dipujuk, baharu lah anak-anak kecil itu setuju untuk mengalas perut.
Kehadiran Hayet ke ruang lobi itu buatkan seluruh rakan-sahabat Abidal bergegas mendapatkan Hayet. Juninho, Casillas dan Puyol dilihat sedang bercakap-cakap dengan Hayet, barangkali cuba menenangkan isteri
Abidal itu. Sedang si Karim Benzema pula mendukung anak bongsu Abidal yang berusia tiga tahun. Kedua-dua anak Abidal sememangnya mesra dengan Benzema, lantaran Benzema sendiri acap kali bertandang ke rumah Abidal semasa mereka berdua masih di Lyon,
Perancis.
Sudah entah berapa jam si Abidal berada dalam bilik bedah.
Masing-masing masih mengharap.
Langit kian gelap, tanda senja kian berlabuh.
Matahari di langit Catalan tidak kelihatan lantaran kehujanan sejak tengah hari lagi. Mendung, dengan awan larat hitam pekat. Corak alam yang seolah merasai hiba dan risaunya seisi para manusia di lobi hospital itu.
Kelompok pemain di situ dikejutkan dengan kehadiran dua bintang bola sepak yang cukup hebat di zaman puncak mereka.
Tersenyum masing-masing melihatkan dua kelibat legenda itu.
Mereka adalah Fabio Cannavaro dan Thierry Henry, dua pemain yang kalau kebetulan bertemu pasukan mereka di padang, samada kelab mahupun negara, acapkali juga lah bertagak dan bertegang urat.
Rupanya mereka berdua baharu selesai menjalani suatu rakaman program televisyen dengan CANAL+ di Paris. Cannavaro yang ketika itu sudah pun di penghujung karier bersama Al-Ahli Dubai F.C. manakala Henry pula masih tabur khidmat di Amerika Syarikat, bersama New York Red
Bulls. Henry, pastinya lebih terkesan memandangkan Abidal sendiri adalah rakan sepasukannya dalam skuad kebangsaan Perancis dan semasa beliau masih bermain di Barcelona.
Cannavaro pula, kalau siapa masih ingat semasa perlawanan peringkat kumpulan UEFA Euro 2008, siapa boleh lupa aksi agak menjengkelkan Cannavaro yang membuat isyarat memerli sebaik sahaja Abidal dibuang padang. Cannavaro ketika itu sekadar di bangku simpanan, malah namanya tiada dalam senarai skuad tapi dibawa bersama oleh Roberto Donadoni. Beliau tercedera di saat akhir sebelum EURO 2008.
Atas dasar reputasi Cannavaro sebagai ketua pasukan, Donadoni turut sama menamakan Cannavaro sebagai salah seorang pegawai pasukan.
Aksi isyarat menjengkelkan Cannavaro itu dirakam oleh lensa kamera. Ramai peminat Perancis yang marah akan aksi Cannavaro. Pada mereka tidak sepatutnya bekas Pemain Terbaik Dunia dan pemenang Piala Dunia membuat isyarat sebegitu.
Itu cerita empat-lima tahun sebelum itu.
Sekadar di padang.
Di luar, mereka tetap manusia. Tetap budiman sesama teman.
Kehadiran Cannavaro dan Henry disambut senyuman di kalangan para pemain yang berada di hospital. Mereka di sapa oleh bekas rakan sepasukan dan rakan dari kelab-kelab seteru mereka dahulu.
Cannavaro dan
Henry, bersama-sama m e n g h a d i a h k a n jambangan bunga kepada Hayet, isteri Abidal. Di dalam tersemat kad yang tertulis kata-kata semangat dari isteri Cannavaro dan Henry.
Hayet sangat berbesar hati.
Beliau sangat terharu akan sokongan yang suami beliau terima.
...merci semua....
Hanya ucapan terima kasih sahaja yang bisa Hayet titipkan kepada sahabat-sahabat suaminya.
Tiba-tiba, lampu merah di atas pintu bilik bedah terpadam cahayanya.
Itu tanda pembedahan sudah selesai.
Para sahabat Abidal semuanya bingkas bangun.
Menanti dengan penuh debar.
Hayet memeluk kedua-dua anaknya di sisi, sambil berdoa pada Tuhan agar suaminya tidak apa-apa.
15 minit lamanya mereka menanti.
Akhirnya pintu bilik bedah dikuak.
Kelibat seorang lelaki gempal dengan bertopeng muka muncul di hadapan pintu.
Barangkali itu doktor.
Masing-masing masih diam, menanti maklum balas dari doktor.
Hayet juga sabar menunggu.
Lelaki gempal itu membuka topeng dan sarung tangannya.
...grande!!!....
Hanya itu jawapan si doktor, sambil tersenyum menunjukkan isyarat bagus.
Maklum balas doktor berbangsa Itali itu disambut dengan rasa lega di kalangan sahabat Abidal, terutamanya Hayet, isteri Abidal sendiri.
Para pemain Barcelona, Real Madrid, bekas rakan sepasukan di Lyon, dan lain-lain bintang bola sepak dunia di situ, berpelukan sesama mereka.
Dani Alves paling hiba. Tertitis air mata kegembiraan beliau sebaik mendapat perkhabaran Abidal selamat. Tangisan seorang sahabat yang cukup besar ertinya dalam ukhwah sesama manusia.
Dan malam itu, cukup panjang untuk diraikan... Buah hati Barcelona selamat menjalani pembedahan hati dari sepupunya.
Retro Bola Sepak :
"Orang baik akan
selalu dikenang... "