Minta maaf Mak Cik tak buat sarapan untuk Kimi dan Puan.
Kaget Hakimi. Pandangannya beralih ke meja makan yang kelihatan bersih dan tiada apa-apa hidangan sarapan pagi seperti selalu.
Mak Cik datang ni pun sekejap je. Mak Cik nak berhenti.
Wanita itu datang bersama teksi Pak Mat. Selepas menghantar Arissa ke jeti tadi dia terus ke sini untuk beritahu Hakimi yang dia mahu berhenti. Semalaman dia asyik memikirkan tentang hal itu. Rasa kasihan dengan Arissa dan kecewa dengan sikap Puan Hanim.
Mak Cik! Gamam Hakimi. Kenapa tiba-tiba nak berhenti pula
Mak Cik Ruhaya senyap. Banyak yang hendak diluahkan tetapi tidak sampai hati. Biarlah, bisiknya wanita itu sendiri.
Mak Cik... Hakimi merayu.
Ini separuh dari duit gaji Mak Cik sebab Mak Cik berhenti tengah bulan. Dihulurkan separuh gajinya yang berada di dalam sampul surat.
Terkulat-kulat Hakimi memandang sampul surat di tangan Mak Cik Ruhaya. Ditolak tangan wanita sambil menggeleng.
Jangan macam ni Mak Cik. Duit Mak Cik. Penat lelah Mak Cik masak. Bukan setakat masak je, kerjakerja lain pun Mak Cik buatkan Di tolak dengan baik.
Mak Cik Ruhaya mengangguk lalu menyimpan semula sampul itu di dalam begnya.
Tapi kenapa Mak Cik nak berhenti Diulang kembali soalan tadi.
Arissa dah tak ada... Mak Cik rasa... Wanita itu mengesat air matanya. Sedih sangat dia melihat gadis itu yang tidur berair mata malam tadi. Nyatalah dia terlalu mencintai suaminya dan bagaimana Hakimi. Lenakah tidur lelaki itu tanpa isterinya
Sebelum Arissa nikah dengan saya Mak Cik elok je. Kenapa ni Sebab Umi saya ke Rasanya itulah sebabnya. Puan Hanim. Mana ada pembantu rumah yang tahan dengan wanita itu. Hanya Mak Wan sahaja yang mampu bertahan lama.
Mak Cik Ruhaya menggeleng.
Kalau macam tu apa sebabnya Arissa kat mana sekarang Rasanya dia sudah tidak malu hendak bertanya kepada wanita itu di mana isterinya kini.
Mak Cik Ruhaya menggeleng beberapa kali tanpa menjawab soalan Hakimi.
Hakimi menghela nafasnya.
Kenapa Mak Cik nak berhenti Untuk kali ketiga dia mengulang soalan itu.
Mak Cik dah tua. Mak Cik nak berehat. Ya, itulah alasan yang terbaik, bisik Mak Cik Ruhaya.
Hakimi senyap. Tidak tahu apa yang patut dikatakan lagi mendengar itulah jawapan Mak Cik Ruhaya. Tegarkah dia menahan wanita itu
Itu je Mak Cik nak beritahu Kimi. Mak Cik balik dulu. Assalammualaikum. Mak Cik Ruhaya kembali menuju ke pintu dan hilang di sebalik pintu.
Lama Hakimi berdiri memandang pintu yang sudah bertutup rapat. Kemudian kembali memandang telefon bimbitnya. 29 panggilan tidak berjawab dari Arissa tidak dibalasnya. Begitu juga dengan mesejmesej dari isterinya. Mungkinkah disebabkan itu Arissa mengambil keputusan untuk keluar dari rumah mereka.
Eh, tadi dengar suara Mak Ciknya. Puan Hanim yang baru turun dari tingkat atas memandang sekitar ruang tamu.
Umi masaklah apa-apa ya. Kimi nak pergi kerja. Hakimi melangkah ke pintu.
Eh... Mak Ciknya mana
Dah berhenti.
Ternganga Puan Hanim. Kenapa semua orang dalam rumah ni!
Hakimi tidak bersuara lalu menutup pintu tanpa pamitan. Dia melangkah ke kereta Mercedes Benz E250 yang kerap diguna untuk ke pejabat. Matanya beralih kepada Toyota Harrier yang kerap dipandu oleh Arissa untuk ke pejabat bersama Encik Razali.
Dia mengangkat tangannya dengan senyuman. Kemudian tersedar tiada sesiapa di dalam kenderaan pacuan empat roda itu. Hanya bayangan Arissa sahaja.
Mana sayang pergi ni Nampak sangat yang dia begitu rindukan isterinya.
Segera dia masuk ke dalam keretanya setelah enjin dihidupkan. Dibiarkan di situ tidak bergerak ke mana-mana. Sekali lagi dia menelek telefonnya dan berkira-kira hendak menelefon Arissa.
Call je!
Ditekan butang hijau dan kedengaran talian bersambung namun tidak berjawab. Lama dia menunggu dan entah beberapa kali dia mencuba namun Arissa tidak menyambut panggilannya.
Kenapalah tak jawab sayang, oi!
Geram pula dia Arissa tidak menjawab panggilannya dan barulah dia sedar begitulah yang Arissa rasa semalam. Di mana isterinya sekarang
Mungkinkah di pangsapuri yang disewanya. Tetapi pangsapuri itu masih diduduki oleh kakitangan Sweet Arena Langkawi Resort walaupun mereka berada di Pulau Langkawi untuk waktu sekarang. Tak mungkin Arissa akan ke sana. Dia pasti sangat.
Atau, mungkin Arissa sudah berada di pejabat tingkat lima. Ya, mungkin isterinya di sana. Hakimi menurunkan brek tangan dan kereta mula bergerak keluar dari laman rumahnya.
LAMA Puan Hanim memandang meja makan yang hanya dihiasi jambangan bunga tulip berwarna kuning. Tiada apa di atasnya. Tidak seperti selalu, ada pelbagai hidangan sarapan pagi. Dia melangkah ke dapur untuk melihat apa yang patut dimasak untuk mengisi perutnya.
Tidak jadi dia membuka pintu peti sejuk. Diseluk poket bajunya sebaik mendengar bunyi mesej masuk ke dalam ruang aplikasi Whatsapp.
Wafa:
Umi, Wafa terpaksa bagi tahu mama. Mama marah sangat-sangat. Nanti mama nak jumpa Dato Azizan.
Macam mana ni. Mesti Naim marah dengan Wafa.
Ya Allah... budak ni. Kenapalah bodoh sangat!
Tiba-tiba dia rasa seperti hendak marah dengan Wafa. Kalau Puan Talha dah tahu mesti wanita itu tak akan bagi perjanjian asal tu kepada Wafa. Dia meminta Wafa mengambilnya secara senyap-senyap bukan beritahu kepada Puan Talha
Hisy! Dia berdegus kasar. Lama dia memandang mesej itu. Tidak pasti apa yang patut dibalasnya.
Macam mana mama Wafa boleh tahu
Kalau kau tak bagi tahu, mama kau tak tahulah! katanya sendiri sebaik membalas mesej Wafa. Dia menggeleng. Terasa dia berurusan dengan orang bodoh!
Diletak telefon bimbitnya di atas kabinet selepas membuka pintu peti sejuk. Apa yang patut dimasaknya. Masakan hendak makan lauk semalam. Payahnya kalau tak ada Mak Cik Ruhaya, desisnya sendiri. Dia cukup malas hendak menghadap dapur.
Masaklah apa-apa pun, desisnya sendiri.
Tetapi apa yang hendak dimasak. Dia memandang kepada ikan dan ayam yang sudah direndamnya. Matanya beralih kepada telefon bimbit yang berbunyi. Segera dicapainya.
Ini mesti pasal si Wafa! Dia mengagak sebaik melihat nama pemanggil.
Puan Hanim berdengus kasar.
Assalammualaikum! Mendatar suaranya memberi salam.
Puan Hanim mula melangkah ke ruang tamu dan berdiri berhampiran sofa di situ.
Eh, kau ajar anak aku jadi jahat ya! Pekik Puan Talha di sebelah sana tanpa menjawab salam.
Puan Hanim ketawa.
Tak jawab salam saya pun.
Tak payah nak bersalam bagai!
Puan Hanim senyum sinis. Padan dengan muka. Dah kau tipu aku. Sekarang dah dapat balasan dia, cemuhnya sendiri.
Apa benda jahat lagi yang kau nak ajar pada anak aku, haa!
Yang mengandung tak bernikah tu... baik ke Macamlah anak dia tu baik sangat. Alhamdulillah Hakimi tidak mengahwini Wafa. Kalau tidak, tak tahulah apa akan jadi.
Puan Talha senyap.
Tak sangka saya yang Wafa mengandung. Mujurlah Hakimi tak kahwin dengan dia. Kalau tak buta-buta Hakimi jadi pak sanggup!
Jangan mulut kau tu Hanim!
Siapa yang mulakan Akakkan! Geramnya dia dengan wanita yang tak mahu mengalah.
Kau tu yang asyik nak menipu je!
Apa yang saya tipu Apa Saya dan Razali dah bayar segala ganti rugi persiapan perkahwinan hari tu! Lapan puluh ribu. Ingat sikit ke duit tu Tegas Puan Hanim mengingatkan cek yang diserahkannya kepada Puan Talha ketika mereka datang berbincang tentang perjanjian yang dipersetujui sebelumnya di Penthouse tempoh hari.
Tapi, kau dah janji nak bagi lima belas peratus syer kau pada kami sama ada jadi atau tidak Hakimi dan Wafa bernikah! Kau lupa ke!
Saya tak lupa. Tapi, saya nak tahu mana perjanjian asal yang kita setuju hari tu! Syarat-syarat dalam tu tak cukup... mana syarat yang saya letak!
Hampir sahaja dia hendak memekik kerana terlalu marah. Licik sungguh Puan Talha. Dia tidak akan tertipu dengan keluarga wanita itu lagi.
Puan Talha senyap.
Mana lawyer akak tu. Haa Mana dia Atau lawyer olok-olok! ejek Puan Hanim.
Dia outstation.
Berapa lama outstation Sepuluh tahun Banyak sangat ke kes yang dikendalikan sampai tak balik-balik. Banyak sangat ke pejabat dia sampai tak tahu di mana pejabat di Kuala Lumpur! selar Puan Hanim. Dia dapat rasakan yang Puan Talha dan Encik Ammar memberi sejumlah duit kepada lelaki yang dikatakan peguam untuk menipunya.
Hisy! Jaga kau! Talian diputuskan.
Puan Hanim senyum lalu memutuskan talian telefon bimbitnya. Dia melangkah menghampiri meja konsul apabila terlihat sampul surat bersaiz A4.
Ini surat untuk orang tua tu, katanya sebaik melihat nama Encik Razali di sampul surat berwarna putih dan berlogo Hotel Sweet Arena Doha. Puan Hanim membalikkan bahagian belakang untuk melihat nama pengirimnya.
Ruben sebutnya.
Segera dia mengoyak tepi sampul itu. Kaget dia melihat perjanjian asal yang baru disebutnya tadi. Cepat-cepat dia membalikkan helaiannya dan benarlah. Ia ada 8 syarat dalam perjanjian itu dan salah satunya perjanjian itu akan terbatal jika Wafa membuat perkara-perkara yang disenaraikan.
Lebar senyumnya.
Tunggulah surat saman ya, Puan Talha. Puan Hanim ketawa kecil.
Tiba-tiba dia rasa dapat menarik nafas lega. Terasa lapang dadanya. Rasa kusut di kepala terlerai akhirnya.
Pasti selepas ini dia dapat tidur dengan lena.
Siapa pula ni!
Lambat-lambat Puan Hanim mengangkat telefon bimbitnya. Dia berdengus lagi melihat nama Wafa di situ. Dia sudah tidak memerlukan gadis itu untuk menyempurnakan misinya. Bukti sudah ada di tangan.
Diletak semula telefon bimbit di atas meja konsul tanpa menjawab panggilan Wafa. Tak kuasa dia hendak melayan gadis itu lagi. Dia melangkah semula ke dapur.
HENDAK bertanya kepada gadis di kaunter dia malu lalu dia melangkah terus ke lobi lif.
Beberapa minit kemudian dia sudah berada di tingkat lima dan melangkah ke bilik seminar yang dijadikan pejabat sementara Sweet Arena Langkawi Resort.
Cuba dipusingkan tombol pintu. Nyata ia berkunci. Tak pasti berkunci dari dalam atau memang berkunci.
Hakimi memandang jam dipergelangan tangan.
Dah pukul 9.15 pagi.
Arissa tak pernah lambat datang ke pejabat. Kalau bukan ke pejabat ke mana isterinya pergi Janji temu
Assalammualaikum. Selamat Pagi Encik Kimi, sapa Encik Amrin Ketua Pengawal Keselamatan yang tiba-tiba muncul entah dari mana.
Err... Waalaikumussalam. Selamat pagi. Teragakagak dia menjawab. Saya nak ambil barang saya dalam bilik ni. Arissa terlupa nak bawa balik semalam. Encik Amrin ada kunci. Dia lupa nak bagi saya. Cuba dicipta alasannya sebagai ingin tahu ke mana Arissa.
Sekejap, saya minta budak-budak ambil di key box.
Encik Amrin mula memanggil anak buahnya melalui walkie talkie di tangannya dan meminta menghantarkan kunci untuk bilik seminar di tingkat lima. Kalau dahulu ia di simpan oleh Pengurus Dewan Bankuet tetapi Hakimi meminta semua kunci-kunci dipegang oleh Bahagian Pengawal Keselamatan.
Bimbang ia akan disalah guna oleh staf Bankuet.
Hakimi senyap dan terus menunggu.
Cik Arissa dah pergi ya Encik Amrin memandang Hakimi.
Aah... Hakimi mengangguk dalam teragak-agak. Pergi mana Soalnya sendiri.
Penat juga berulang alik dari sini ke Langkawi. Resort tak sediakan rumah ke
Ooo... jadinya Arissa sudah ke Langkawi. Macam mana dia boleh tidak terfikir tentang perkara itu. Walhal isterinya ada beritahu perkara itu kelmarin.
Sekali lagi dia memandang jam di tangan. Sudah pukul 9.30, bermakna sudah sejam Arissa berada di dalam bot. Hakimi menarik nafasnya dalam-dalam. Di mana isterinya tidur semalam
Dalam proses Encik Amrin.
Yalah... perlahan-lahan.
Sekali lagi dia memandang jam di tangan.
Saya ada hal ni. Boleh minta dia orang hantar kunci tu ke pejabat saya tak. Kalau tak ada bagi dekat
Nita.
Yalah.
Hakimi segera melangkah meninggalkan lelaki itu dengan sedikit tergesa-gesa menuju ke lobi lif yang terletak di tengah-tengah bangunan hotel itu.
Sesampai di bilik pejabatnya dia segera menutup pintu. Lama dia memandang telefon bimbitnya. Siapa yang patut dihubungi Encik Razali Badrul Arissa sudah tentu tidak akan menjawab panggilannya.
Terkejut dia bila telefon bimbit di tangan berbunyi.
Apa hal pula perempuan ni sungutnya.
Lemas sungguh dia melihat nama itu di skrin telefon bimbitnya.
Assalammualaikum... apa halnya Hendak tak hendak terpaksa juga dia menjawab panggil Wafa.
Kimi... macam mana ni Mama I dah tahu yang I mengandung.
Haa! Terkejut dia dengan pengakuan Wafa. Me... mengandung Anak siapa Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Naim!
Naim. Perlahan Wafa menjawab.
Hakimi senyap. Dadanya berdebar-debar. Tidak tahu mengapa.
Umi I nak jumpa Uncle Zizan.
Hakimi menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Tak tahu nak cakap apa. Padanya itulah yang sebaik-baiknya. Biar Naim tahu tanggung jawab.
Mesti Naim mengamuk. Macam mana ni Kimi
Mana I tahu. Youlah... buat kerja bodoh buat apa! Tengking Hakimi geram.
Itulah yang I minta tolong dari you hari tu. Tapi Naim kata dia dah... dengan Arissa. Perlahan ayat-ayat terakhir Wafa.
You jangan nak tuduh sebarangan Wafa. Fitnah namanya tu, faham tak! pekik Hakimi geram apabila isterinya dituduh begitu.
I tak tuduh. Naim yang cakap macam tu. Dia beritahu masa you balik Shah Alam dengan Umi hari tu. Masa makan malam di rumah you hari tulah, agaknya. Tapi memang I tak percaya dengan Naim ni. Cakap dia 10 pun belum tentu betul!
Hakimi senyap. Cuba diingat-ingatkan ada atau tidak Arissa bercerita atau mungkin berkias dengannya. Faham sangat dengan Arissa yang suka berkias-kias.
Dah tahu macam tu kenapa you serahkan badan tu pada dia! Selar Hakimi geram. Eee... disebabkan mulut Wafa hubungannya dan Arissa berantakan.
Janganlah marah I! pekik Wafa di sebelah sana. I tahulah I silap!
Padan dengan muka. Murah sangat diri tu. Eee... geramnya dia tak tahu nak cakap. Rasa nak bertempik memanggil isterinya balik.
Kenapa I call Umi, dia tak jawab
Mana I tahu. Dia sibuk masak.
Hisy!
Apa halnya ni Hakimi menyoal.
Umi bagi tahu I... kalau I boleh dapatkan agreement dia dengan mama dan papa, dia akan pujuk Naim pinang I.
Gamam Hakimi. Nafas ditarik dalam-dalam apabila telahan demi telahan menerjah fikirannya. Adakah ini rancangan Puan Hanim. Astaghfirullah al azim. Berdosa dia bersangka buruk terhadap Uminya.
Tetapi itulah yang dia nampak pada cerita Wafa. You mengadu pada Umi
Yalah... dah I cuba minta tolong dari you, tak mahu tolong I.
I nak tanya you... Naim pernah masuk ke
Penthouse Walid tak Wafa senyap.
Wafa! tempik Hakimi.
Err... ya. Hampir tidak dengar suara Wafa.
Perlahan sangat-sangat.
Hakimi menggeleng-gelengkan kepalanya.
Penampilan you tak selari dengan perangai you tahu tak. Isterinya seribu kali lebih baik daripada perempuan yang berada di talian itu.
Habis tu tolonglah I. Eee... geramlah. Perut I ni dah dua bulan tahu tak Mana I nak sorok! Wafa mula menangis di sebelah sana.
Hakimi senyap. Rasa kasihan pun ada.
Macam ni... you beritahu pada Naim nak jumpa dia di Penthouse hotel KL. Tetapkan masanya. Nanti call I balik. Tiba-tiba dia mendapat idea. You nak buat apa
Adalah! Garang Hakimi bersuara.
Hmm... okey. Lemah suara Wafa di sebelah sana.
Nanti beritahu I. Cakap kat mama you jangan jumpa Uncle Zizan. Pandai-pandailah you cari alasan supaya dia tak jumpa dengan Uncle Zizan! Wafa senyap.
Oit! Dengar tak!
Dengarlah! Lantang suara Wafa di sebelah sana. You nak buat apa
Adalah. Nanti you tahu. Bersedia je, okey! Lagi satu, jangan beritahu sesiapa. Walaupun Umi I, faham tak! Bukan boleh percaya dengan Wafa ni. Tak boleh simpan rahsia. Namun dia tekad kali ini.
Okey!
Mendengar jawapan Wafa yang tidak membantah membuat dia senyum sendiri. Memang gadis itu betul bendul dan mudah percaya kepada lelaki.
Wafa, Wafa, keluhnya sendiri.
Selepas memutuskan talian dia segera menghubungi seseorang di Hotel Sweet Arena Kuala Lumpur untuk membantunya dengan rancangan yang baru sahaja melintas di fikirannya sebentar tadi.
Harap berjaya. Tupai tak selamanya selamat di atas pokok. Sesekali kena pijak tanah juga kan ungkap Hakimi dengan senyuman.