MY PRETTY BOY - 56
TUNKU RAFFZUL menebarkan pandangan yang luas di luar jendela. Kedudukan bilik yang strategik dengan pemandangan persekitaran KL. Sehinggakan Batu Caves yang nun jauh di sana itu pun dapat dilihat dari mata kasar.

Fikirannya serabut di waktu ini. Sejak doktor pelatih yang berani menyangkal kata-katanya, hatinya tercabar. Sudah 3 tahun menyandang jawatan VP dan inilah kali pertama seorang doktor yang masih lagi pelatih tampil dengan berani melawan arahannya.

Bukan itu saja, malah pasukan DMD juga menunjang kata-kata Qamra Ain yang baru sehari bekerja di hospital ini. Yang bertambah musykil lagi, Qamra Ain satu-satu doktor pelatih yang tak menolak kes VIP. Kalau ikutkan sejarah doktor pelatih terdahulu tiada seorang pun yang berani menyahut cabaran. Ternyata, Qamra Ain bukan calang-calang doktor yang direkrut oleh MD dalam THSC ini.

Dia kembali duduk di sofa. Fail yang terdapat segala maklumat tentang Qamra Ain diambil dan diteliti satu persatu.

Qamra Ain Qaseem, 28 year olds, Bachelor of Medicine and Surgery, Akademi Al-Haq.

Qamra satu akademi dengan Hardie ke dulu Tumpuannya terganggu dengan deringan telefon bimbit yang elok menari-nari di atas meja mengikut rentak nada dering. Sambil membaca tangan kanan mencapai SG N5 yang tentera nama Papa Harith di skrin sesentuh. Segera dia menekan butang answer.

Yes, Papa. Raff datang sekarang, talian dimatikan. Fail tadi dicampak semula ke atas meja. Tunku Raffzul bangun dari sofa lalu mengatur langkah terus ke muka pintu.

T

UN TUNKU HARITH meletakkan kembali iPhone 6 di atas meja. Sementara menanti

Tunku Raffzul datang, dia menebarkan pandangan ke luar. Sungguh tenang dirasakan sejak beberapa tahun lalu. Penyakitnya juga sudah mula beransur positif. Hanya peristiwa di hujan petus lewat malam itu yang masih menghantui fikiran. Sudah 7 tahun berlalu, namun gadis yang dicari masih gagal ditemui. Pandora dan payung merah, itu saja petunjuk yang ada.

Petunjuk Petunjuk yang tak beri apa-apa bukti. Lainlah kalau masih ada asid nukleik (DNA) yang tercalit pada Pandora, dapatlah diminta bantuan pasukan DMD untuk dianalisa namun apakan daya kerana kesan DNA hilang bersama air hujan malam itu.

Dia tak pernah putus asa untuk mencari dan terus mencari. Semakin dicari, semakin wajah gadis misteri itu mula beransur-ansur keluar dari ingatan. Dia hanya ingat, gadis itu tangkas menggunakan tangan kidal. Tak ramai di kalangan doktor di THSC yang bekerja mengunakan tangan kidal walaupun di OT sekali pun.

Sejak Tunku Hardie ditimpa malang, dia terpaksa minta bantuan Tunku Raffzul untuk menguruskan THSC. Kebetulan pula, hari kemalangan Tunku Hardie sama di hari kejadian yang menimpa ke atasnya pada malam itu. Ternyata sungguh kebetulan!

ALLAH SWT penentu segala. Mungkin ada hikmah yang berlaku. Syukurlah, dia diberi kesedaran lebih awal. Sejak dari peristiwa itu, segala aktiviti yang tak bermoral ditinggalkan serta-merta. Masa yang terluang, didekatkan diri pada Yang Maha Satu. Tak jenuh-jenuh ditadah tangan berdoa di setiap sembah sujud yang panjang agar ALLAH SWT menyembuhkan penderitaan yang menimpa Tunku Hardie.

Jauh mengelamun, Pa. Are you still thinking about it Calm down, Pa. Just let it go, tegur Tunku Raffzul yang entah bila masa sudah berada di dalam bilik. Dihenyakkan punggung di atas sofa sambil menyilang kaki. Majalah Times di atas meja dicapai. Diselak satu persatu helaian dan membaca hanya sekali imbas.

Cause its all in my head and it hurts, Raff. Kalau tak sebab gadis tu, dah lama Papa terasa berat mulutnya untuk habiskan kata-kata.

Tuan tahu, kan merokok membahayakan kesihatan. Jadi, berhenti merokok kalau nak lama hidup!

Tunku Raffzul terdiam seketika. Dia juga tak putus asa mencari gadis yang dicari oleh Tun Tunku Harith. Mana mungkin mereka akan bertemu semula selepas 7 tahun tragedi itu berlalu. Satu jangka masa yang panjang!

Bukan hanya gadis itu saja yang ada di muka bumi ini malah berjuta-juta gadis yang ada di luar sana. Berjuta-juta yang mampu beli Pandora dan berjutajuta juga yang mampu memiliki payung merah! Hanya satu yang pasti dalam berjuta-juta itu iaitu seorang gadis yang kehilangan Pandora dan sekaki payung merahnya!

Pa panggil Raff tadi ada apa soal Tunku Raffzul serta-merta menyentak lamunan Tun Tunku Harith. Dia berkalih muka ke arah VP paling muda dalam sejarah THSC sedang leka menelaah telefon pintar di sofa.

Papa dengar ada selisih pendapat dalam mesyuarat kamu semalam. Apa cerita Tun Tunku Harith mengatur langkah dan duduk berlabuh di sofa empuk yang mengadap Tunku Raffzul.

Doktor intern yang Papa rekrut itu tunjuk pandai. Baru hari pertama lapor diri dah berani lawan cakap Raff. Bengang betul

Why lately ni Papa asyik dengar cerita havoc tentang kamu, Raff Staff merungut sebab kamu hot temper tanpa sebab. Cuba bawa bersabar sikit. Tadi, salah seorang doktor dari team kamu inform mesyuarat semalam, kamu buli Dr. Qamra.

Shes so annoying, Pa! Memang patut pun kena sedas, adu Tunku Raffzul geram. Puas rasa hati dapat melempias marah pada Qamra Ain. Semua doktor pelatih sama saja. Menyakitkan hati. Saja nak tunjuk lagak bagus!

Kamu seharusnya merasa bangga sebab ada doktor intern yang genius seperti Dr. Qamra. Yang kamu tak perlu nak coach. Dia tahu mainkan peranan sebagai newbie di sini. Kamu patut bagi peluang pada dia. Asah bakatnya bukan menindas sesuka hati kamu. Doktor seperti tu yang patut kita rekrut. Bukan doktor intern yang pernah bekerja dalam team kamu dulu, tergedik-gedik sampai pegang scalpel pun mengigil. Yang kamu tergila-gilakan sangat tu!

Jangan ungkit kisah lama, pa. Raff tak suka! Tegas Tunku Raffzul serius.

Tak habis-habis Tun Tunku Harith mengungkit kisah yang sudah lama berkubur tanpa nisan itu.

Please, Raff. Be a matured guy. Jangan disebabkan kesilapan lepas, kamu lunaskan dendam pada mereka yang tiada kaitan dalam sejarah hidup kamu. Ingat Raff, kamu tu VP. Kewibawaan kamu pemangkin utama staff di THSC. Lebih-lebih lagi terhadap team kamu. Jangan nak hot temper tak tentu pasal! Bebel Tun Tunku Harith hingga menimbulkan rasa rimas padanya.

Can we continue later, Pa. Raff ada mesyuarat dengan team DMD pukul 10. If you dont mind, come and join us. Nilai sendiri doktor pilihan, Papa tu. Tunku Raffzul bingkas dari sofa. Dia berdiri sebentar membutangkan blazer dan perkemaskan ikatan tali leher. Tunku Raffzul melangkah pergi ke arah pintu dengan perasaan ketidak puasan hati.

Kau taulah nasib kau lepas ni, Dr. Qamra Ain!