Laba kami dilagak oleh kerabatmu tuai kami lunasi ke tekakmu bangsai kami disimpan di liang lahad lagi engkau khutbahkan khilaf kami yang menjadikan kualat gerun aku dengan lancungmu, Tuan saban waktu kebenaran ditimbun wang
Tinta akhbar dibecokkan dengan kisah haram yang dihalalkan ketulusan jadi tumpul dibenamkan kuasa mahsyur lalu tempik bertokok engkau seperti seorang alim
mengalah wali Tuhan
gerun aku dengan lancungmu, Tuan
Kalammu menganyam sejarah.
Kerana engkau sang pemenang tanpa pengadilan dan anakanda-anakanda yang belum terlahir bakal diasuh dengan dongengan yang engkau rangkai memenangi perjuangan pongahmu begitu manis engkau bertertib rupawan sedang rawan terbungkam bisu dalam nyaman... sungguh, gerun aku dengan lancungmu, Tuan.