Dengan penuh penyesalan akhirnya helang dan telurnya dia bawa pulang. Helang tersebut tidak jadi dimakan melainkan dikuburkannya di tepi rumah. Sementara dia masih bingung memikirkan apa yang harus dibuat pada telur tersebut. Aha! Dia ingat, di belakang rumah ada seekor ibu ayam yang sedang mengeram telurnya. Lalu dengan segera dia menyelinap dan meletakkan telur helang tersebut bersama telur ayam yang lain untuk dieram bersama.
Tibalah masa telur-telur itu menetas, betapa bahagia sang ibu ayam mendapati semua telurnya menetas. Cuma dia agak hairan melihat ada dua anaknya yang berpenampilan agak sedikit berbeza, wajahnya agak keras, suka teriak-teriak, tidak sabar, dan badannya agak lebih besar. Namun tak mengapalah, aku akan besarkan mereka semua dengan baik, fikirnya.
Ketika anak-anak ayam mula tumbuh membesar, ibunya berasa bingung melihat kedua anaknya yang dulu berbeza. Sekarang, mereka memiliki kebiasaan yang juga berbeza. Jika saudaranya mudah sekali diajar untuk mencakar-cakar mencari makan di tanah, kedua anak ini malah lebih suka melompat-lompat. Kerap kali si ibu ayam harus memarahi kedua anaknya ini. Suatu ketika kedua anak itu melihat burung yang terbang tinggi melayang-layang di angkasa. Lalu anak-anak ini berkata pada ibunya bahawa mereka ingin terbang seperti burung-burung tersebut.
He ... sudah-sudah. Kamu ini ayam, mana mungkin boleh terbang. Tak usah mimpi untuk boleh terbang. Eloklah kamu belajar cakarcakar tanah seperti saudara-saudaramu supaya nanti kamu boleh jadi ayam yang berjaya, ujar si ibu ayam.
Namun, anaknya tetap minta belajar terbang. Berkali-kali dicuba dan berkali-kali mereka jatuh dan jatuh lagi. Lalu si ibu pun berkata lagi, Ibu sudah ingatkan. Jatuh! Kamu, tak mahu mendengar pesanan ibu.
Lalu kedua anak itu mencuba untuk melawan dengan berkata, Tapi, aku ingin sekali terbang tinggi seperti burung-burung itu!
Sudah-sudah, kamu itu keturunan ayam. Tempat kamu di tanah. Kamu tak akan mungkin boleh terbang, apa lagi setinggi burungburung itu. Ayuh, kita cakar-cakar lagi .... Hingga suatu ketika tibatiba sang ibu ayam berteriak-teriak kepada anaknya.
Sembunyi ... ayuh cepat sembunyi! Ada burung helang! Segeralah sang ibu dan anak-anaknya sembunyi kecuali kedua anak tadi.
Tibalah seekor helang besar bertengger dekat kedua anak itu. Lalu sang helang bertanya, Heh, ke mana saudara-saudaramu yang lain
Oh, mereka semua sembunyi ketakutan.
Oh, kamu tak sembunyi
Oh iya. Kerana aku tidak takut, justeru aku ingin bertanya apakah aku boleh terbang seperti kamu. Sejenak sang helang besar tadi mengerutkan dahinya sambil memperhatikan kedua anak itu. Lalu dia menjawab, Saya yakin kamu pasti boleh, kamu punya sayap, kamu punya bulu dan ekor yang bagus, tapi yang jauh lebih penting adalah kamu berdua punya keberanian dan keinginan yang kuat.
Bukan main girangnya kedua anak ini. Di bawah bimbingan sang helang besar, mereka mula belajar terbang. Jatuh, terbang lagi, jatuh lagi, terbang lagi hingga akhirnya berhasil membumbung tinggi di udara. Kini kedua anak ayam kembali menjadi helang yang sebenarnya.
Para ibu bapa dan guru yang berbahagia, begitulah kita pada umumnya. Memiliki anak atau pelajar yang agak berbeza dari anak-anak lain ialah dengan mendorong dan memotivasi mereka untuk boleh mencapai potensi terbaik yang dimilikinya, bukannya mematahkan semangatnya. Bahkan yang jauh lebih buruk lagi, kita sering menganggap anak-anak yang berbeza sebagai anak bermasalah!
Para ibu bapa dan guru yang saya cintai, mungkin itulah sebabnya mengapa kita lebih banyak melahirkan generasi-generasi ayam yang hanya pandai menggali kotoran dan berebut makanan di antara sesama mereka, daripada mencetak generasi helang yang mampu terbang tinggi di angkasa dan bertengger dengan gagahnya di tempat-tempat tertinggi yang ada di dunia.
Kita lebih banyak melahirkan generasi-generasi
ayam daripada mencetak generasi helang yang mampu terbang tinggi di angkasa dan bertengger dengan gagahnya di tempat-tempat tertinggi di dunia.