MY PRETTY BOY - 57
SEAWAL jam 7 pagi dia berjaya memacakkan diri di THSC. Qamra Ain menghayunkan langkah ke wad ICU. Tahap situasi pesakit diteliti terlebih dahulu. Dia mengambil stetoskop dari dalam poket lalu diperiksa kadar denyutan jantung.

Salina terasa sesuatu menyentuh kiri dadanya. Kelopak mata diangkat dan anak mata terus tertancap ke arah seorang doktor yang sedang mencatat sesuatu di dalam rekod perubatan. Dia memeriksa pula IV yang tergantung di sisi katil.

Maya, nanti gantikan IV Salina, beritahu Qamra Ain di interkom yang menyambung terus ke kaunter depan.

Baik, Dr. Qamra interkom dimatikan.

Apa khabar awak pagi ni, Cik Salina Soal Qamra Ain sambil memeriksa pula branula di atas permukaan tangan kanan pesakit.

Saya masih sukar nak bernafas, rasa tersekat, adu Salina dengan suara yang tenggelam timbul. Sesekali kedengaran Salina terbatuk-batuk sambil mengurut-urut dada.

Keningnya berkerut. Qamra Ain memeriksa sekali lagi denyutan jantung dan peparu. Usai memeriksa, dia menarik lengan baju Salina ke atas. Terdapat tanda-tanda merah seperti ruam. Tanpa berlengah, dia terus berkejaran menuju ke lif yang membawa terus ke tingkat 2.

M

ANA Dr. Qamra! jerkah Tunku Raffzul sambil menepuk kuat meja kaunter sehingga segala bagai perkakas yang berada di atas meja turut terangkat sama.

Azmeer dan Yoonaniza yang berada di situ turut sama terkejut. Kebetulan Rudy Armani juga baru tiba turut menjadi mangsa jerkahan. Sampai terlupa hendak betulkan kedudukan tali leher yang kelihatan senget sebelah.

Yang kau, baru datang! Dah kena badi Dr. Qamra, suka datang lewat! Lurus telunjuk Tunku Raffzul menuding ke arah Rudy Armani dengan riak wajah yang menyinga.

Azmeer yang berdiri di belakang Yoonaniza tadi perlahan-lahan berundur ke belakang di waktu Tunku Raffzul sedang merungut dengan Rudy Armani. Nasib kaulah Rudy! Giliran kau pula kena taichi pagi ni!

Aku minta maaf terlewat bangun tadi, jawab Rudy Armani tergagap-gagap. Pagi-pagi buta dah kena taichi dengan VP. Disebabkan terlupa mengunci alarm dia terlajak bangun. Sedar-sedar sudah pukul 7.30 pagi sekaligus kelewatan bertemu dengan Tunku Hussein.

Aku tanya mana Dr. Qamra! Kenapa seorang pun tak jawab Bisu ke apa!

Dari tadi kami semua tak nampak dia, Tuan Raff. Yoonaniza memberanikan diri menjawab pertanyaan Tunku Raffzul.

Yang lain tak berani bersuara. Silap haribulan mahu melayang apa saja yang terhias di meja kaunter. Hanya Yoonaniza yang mampu meredakan api kemarahan yang membuak di dada Tunku Raffzul setiap kali berlalu situasi begini. Rudy ni pun satu, bertahun-tahun kerja dengan Tuan Raff masih lagi buat perangai yang sama. Datang lambat! Qamra pun satu hal, nak tunjuk kuku pun tunggulah tiga atau empat bulan dulu!

Check timetrack now!

Terkial-kial Yonnariza membuka TimeTrack System yang direka khas untuk menjejaki di mana lokasi staff di sekitar hospital melalui microchip yang dibina dalam sulaman nama di kot putih. Nama Qamra Ain ditaip. Dengan sekali tekan, keluar maklumat tentang doktor itu.

Kalau ikut sistem, Dr. Qamra check-in air gate no. 1, 7 pagi tadi.

Tunku Raffzul berjalan masuk ke dalam ruang kaunter. Diteliti sistem tersebut di skrin monitor sambil mencekak pinggang sebelah. Memang benar Qamra Ain tiba awal pagi ini. Tunku Raffzul menekan butang detail di mana doktor itu berada pagi tadi.

Pagi-pagi lagi dah ada kat ICU! Dia tak tau ke setiap pagi kena jumpa aku dulu! Kau tak inform dia ke Rudy Anak mata Tunku Raffzul tajam mencerlung ke arah Rudy Armani yang teragak-agak mengeleng.

Angguk pun kena, mengeleng pun kena. Kenapa aku pula yang kena bagitahu Bukan kau ke

Sedang gosip pencarian masih belum berakhir, Qamra Ain tiba di DMD. Tanpa memandang ke hadapan, dia berjalan sambil leka membaca rekod perubatan Salina di tangan. Langkahnya terhenti di hadapan kaunter.

Yoona, tengok kat sistem. IV Salina Maya dah ganti ke belum, pinta Qamra Ain sambil membaca fail tadi. Dia tahu hanya Yoonaniza yang duduk di kaunter pagi ini.

Tiada jawapan. Qamra Ain terhenti pembacaan sebentar seraya mendongak ke atas. Terkejut beruk dek semua mata tertumpu ke arahnya termasuk sepasang anak mata hazel yang merenung seolah mahu menelannya hidup-hidup.

Kenapa dengan korang semua pagi ni Kena sampuk ke apa Soal Qamra Ain sambil memandang ke arah mereka silih berganti.

Dr. Qamra, masuk ke bilik saya sekarang!! Arah Tunku Raffzul keras serta beredar pergi menuju ke depan pintu bilik. Tombol pintu dipulas dengan kasar lalu pintu berkayu itu ditolak dan ditutup dengan kuat sehingga mereka yang berada di kaunter terkejut untuk kali kedua.

Ada apa hal meroyan tak tentu pasal pagi ni Nak kata period, takkan lelaki period kut Soal Azmeer yang muncul selepas Tunku Raffzul masuk semula ke bilik.

Malas dia hendak mendengar terpekik terlolong lelaki itu pagi-pagi buta. Pelik juga, sudah lama dia tak mendengar Tunku Raffzul menguji kelantangan vokal seperti dulu. Kali terakhir semasa dihalau doktor pelatih 4 tahun lepas. Dia, Luqman dan Yoonaniza yang ada di kaunter semasa kejadian itu berlaku.

Mana you pergi Naik bernanah telinga kami ni dengar Tuan Raff meroyan tau! Yoonaniza leka meneliti rekod rawatan Salina dalam sistem serta mencari info yang diminta oleh Qamra Ain tadi.

I I pergi jenguk Salina tadi, jawab Qamra Ain. Tidak salah rasanya kalau ada masa terluang sebelum waktu bekerja dia pergi melawat untuk bertanya khabar pesakit.

Mulai esok, setiap pagi you kena tunjuk muka you kat Tuan Raff dulu baru you boleh buat kerja lain.

Kenapa pula Takkan setiap hari I nak mengadap doktor arrogant tu! Tak hingin I! sangkal Qamra Ain.

Tak mahu ada kaitan langsung dengan doktor budget bagus itu. Never and ever! Lagi diikut perangai gila Tunku Raffzul, lagi serabut kepala. Baru hari kedua berada di sini, pelbagai perkara mengganggu kerjanya. Semalam, kena cekik. Hari ini Sah-sah kena taichi lagi!

Tuan Raff, assessor you. You patut ikut, kalau tak habislah. Potong kepala! Sambung Rudy Armani lagi. Dia pun pelik juga, surat tawaran yang ditunjuk oleh Qamra Ain tak pula tertulis fasal doktor pelatih perlu melapor diri pada VP setiap pagi. Entah-entah. Oh my gucci!

Yang you ni, Qamrabuat apa pagi yang gelap kat wad ICU

I pergi buat pemeriksaan tadi dan I jumpa symptom baru tau!

You jumpa apa Azmeer berminat ingin tahu.

Begitu juga dengan Rudy Armani. Baru Qamra Ain hendak buka mulut, interkom di meja kaunter berbunyi. Yoonaniza segera mengangkat gagang. Sesekali dia mengangguk kepala sambil melirik ke arah Qamra Ain.

Baiklah nanti saya inform dia, itu saja yang didengari oleh Qamra Ain sebelum talian dimatikan.

Dr. Qamra, Tuan Raff panggil masuk sekarang. Dia tanya, you korek telinga ke tak pagi tadi sebab dari tadi suruh you masuk bilik dia, beritahu Yoonaniza dengan nada yang geli hati.

Qamra Ain mencebik bibir. Pagi-pagi buta VP berani menyindir.

Yunk, doktor gila!

And both of you Tuan Raff pesan jangan ke mana-mana. Lepas selesai dengan Dr. Qamra nanti dia interkom, masuk ke bilik.

Apa yang dia nak sebenarnya dengan I Penatlah nak melayan. Terkejar-kejar I dibuatnya.

Adalah benda dia nak tanya tu. Lama dah Tuan Raff tak meroyan macam tadi. Baik pergi lekas sebelum dia keluar dari bilik macam tadi. Kena taichi lagi. Dengan kami sekali kena tempias.

Qamra Ain menghela nafas panjang. Dia mengumpul segala tenaga yang ada untuk menghadapi segala kemungkinan yang terjadi. Baru hari kedua sudah pelbagai perkara Gaban yang berlaku. Belum lagi dikira untung nasib di minggu ke 3, bulan ke 4, tahun ke 5. Menanti tempoh akhir posting setahun-dua serupa menanti 10 - 20 tahun!

Di depan pintu, Qamra Ain terkumat-kamit melafaz Bismillah sebelum memulas perlahan tombol. Pintu berkayu itu ditolak separa terbuka. Ditemani dengan perasan mengigil berbaur takut digagahi juga melangkah masuk ke dalam dan menutup semula pintu perlahan-lahan. Pandangan terus dihala ke arah doktor tampan bergaya yang sedang meneliti beberapa dokumen yang tersusun elok di atas meja. Semalam aku tengok ada kumis, kenapa nampak licin aje bawah hidung dia

Apa yang kamu buat di wad ICU pagi tadi! Bukan kamu harus mengadap saya dulu! Jerkah Tunku Raffzul di kala Qamra Ain sedang leka memerhatikan lelaki itu. Tak langsung mengangkat muka.

Saya datang awal, jadi tak salah rasanya kalau saya melawat pesakit sementara waktu bekerja pukul

8.

Ada aje jawapan kamu!

Saya rasa jawapan saya tak salah. Kalau saya tak pergi jenguk Salina pagi tadi tentu kita tak dapat kesan sesuatu yang berlaku pada dia!

Tunku Raffzul berhenti menyemak. Terus dia mendongak kepala tepat ke arah Qamra Ain yang berdiri tercegat tak jauh dari meja kerjanya. Hendak diharapkan doktor Gabanto itu panggil duduk memang sampai ke sudah dia tercegat berdiri.

Berani kamu tinggi suara pada saya! Saya team leader kamu, Dr. Qamra! Kamu nak tunjuk bagus depan saya! Kenapa kamu tak bincang dengan saya dulu

Apa sebenarnya yang Tuan nak dari saya Begini ajelah. Dari kita berdua bertekak dan buang masa bazir sebaldi air liur biar saya cakap sesuatu. Kalau Tuan Raff rasa saya tak sesuai bekerja di bawah team Tuan, drop saya dari kes dan transfer saya. Habis cerita.

Dr. Qamra Ain!

Dengar apa yang saya nak sampaikan dulu. Darah Salina tak serasi dengan antibiotik.

Jadi, kamu nak kata diagnosis saya tentang pneumonia salah

Saya tak kata pun salah, saya cuma bagitau yang darah Salina tak serasi dengan antibiotik.

Dr. Qamra Ain!

Itu saja, Tuan. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu. Qamra Ain beri tunduk hormat dan kemudian berlalu pergi.

Tunku Raffzul melepaskan keluhan kuat. Rambut yang terjuntai di dahi diraup ke belakang dengan kasar. Pen di tangan, dibaling ke arah dinding. Panas sungguh dirasakan bila melihat perilaku doktor pelatih yang berani menyangkal kata-katanya. Tak apa! Satu hari nanti kau tau siapa aku!

R

AFF, masa kau diskusi dengan Dr. Qamra aku turun ke wad ICU. Salina alahan dengan antibiotik. Pernafasannya juga masih sama, tak stabil. Rudy Armani memberitahu dengan wajah yang cuak.

Kelam kelibut dia bersama Azmeer turun ke bawah dan bergegas terus menuju ke wad ICU. Jururawat yang bertugas beritahu yang ada tandatanda merah dan ruam di serata kulit pesakit.

Tunku Raffzul melirik ke arah Qamra Ain yang duduk bertentangan di hujung meja seperti semalam. Mesyuarat kali ini agak menarik sedikit kerana ada Tun Tunku Harith menyertai pasukan mereka.

So, kau kata Salina alah pada antibiotik. Ermmm Azmeer, kau buat ujian terperinci untuk sahkan tentang pneumonia. Jika betul ikut diagnosis aku, siaplah korang semua especially you, Qamra!

Lagi-lagi pneumonia! Dah sah-sah tulis kat rekod yang Salina bebas pneumonia! Ke kau tak reti bace, Raff Gumam Rudy Armani perlahan.

Apa pula pendapat kamu, Dr. Qamra Tun Tunku Harith bersuara setelah usai meneliti kronologi kes VIP yang pertama kali melibatkan doktor pelatih. Sesekali doktor yang masih pelatih perlu didedahkan dengan pengalaman bekerja dengan doktor yang lebih arif dalam arena diagnosis.

Saya

Dr. Qamra, kamu assist Dr. Azmeer. Kita jumpa semula lepas waktu luncheon. REMEMBER, be on time! Cepat Tunku Raffzul mencelah. Malas hendak mendengar hujahan panjang lebar Qamra Ain nanti.

Qamra Ain merenung tajam ke arah Tunku

Raffzul yang menyusun fail kes di atas meja. Kelihatan sesekali dia menjawab pertanyaan Tun Tunku Harith pada lelaki itu. Qamra Ain juga turut mengemas.

Azmeer yang sudah selesai mengemas terlebih dahulu mengisyaratkan yang dia menanti di luar. Rudy Armani juga turut beredar mengekori Azmeer.

Ada sesuatu kamu nak katakan, Dr. Qamra Tanya Tunku Raffzul sambil menyilang kedua-dua belah tangan rapat ke dada. Renungan lurus ke depan, memerhatikan gadis itu yang masih terkial-kial mengemas.

Qamra Ain bingkas dari kerusi tanpa menjawab pertanyaan VP berlagak itu. Tiba di muka pintu, dia menoleh ke arah Tun Tunku Harith yang masih duduk, masing-masing berbalas senyum.

Terima kasih, Tuan sebab bagi peluang pada saya menjadi sebahagian daripada keluarga THSC, ucap Qamra Ain seraya tunduk hormat sebelum beredar keluar dari bilik Tunku Raffzul.

Selepas pintu ditutup rapat, Tun Tunku Harith menoleh ke arah Tunku Raffzul yang berlalu pergi ke arah meja kerja.

What is wrong with you, Raff Kenapa kamu buat

Dr. Qamra begitu Malukan dia di depan team kamu!

Malukan dia Raff dah bagi peluang pagi tadi pun dah cukup baik.

Ini bukan sebab diagnosis Dr. Qamra, kan Tun Tunku Harith memerangkap soalan.

Apa maksud, Pa dia menyoal semula.

Tun Tunku Harith hanya menjawab dengan senyuman sambil menepuk perlahan bahu anak saudaranya sebelum beredar keluar dari bilik. Dia menarik pintu dan sebelum melangkah keluar, ditoleh semula ke belakang.

Dr. Tunku Raffzul, kalau Papa dengar kamu buat havoc lagi, jaga kamu! pesannya serius. Kali ini dia tak bagi muka langsung dengan Tunku Raffzul yang semakin menjadi-jadi menunjuk taring.

Sudah lama dia ingin menjejaki gadis itu selepas peristiwa di mana Tunku Hardie koma dalam wad ICU. Mujurlah Tunku Hazreen tahu serba-sedikit tentang Qamra Ain yang kebetulan tinggal sebumbung dengan anak perempuannya. Dia jejaki Qamra Ain kerana Tunku Hardie, hanya Qamra Ain saja yang boleh memangkin semula semangat anaknya.

Tapi, biarlah diberi peluang pada Qamra Ain untuk capai impian bergelar seorang doktor yang selama ini gadis itu impikan. Sampai tiba masanya nanti, dia harus berterus-terang. Buat masa sekarang, biarlah rahsia.